Friday, September 30, 2011

[FRIDAY FAVORITES] Korean heroes! aww aww

sekarang kan tengah kemaruk pasal korean wave kan,so i nak laa cerita sikit pasal i punya favorites korean heroes *berkata dengan nada yang tersangatlahh gedik

okayy memang i'm a k-pop lovers. so what? tapi i taklahh sampai nak posters,original cd, nak jumpa bagai kan. takat minat gitu je. sebab tengoklahh muka-2 dorang tuh so handsome and smart okayy. korean heroins pon cantik2 jugak tapi hari nii nak cakap pasal korean heroes je.

AMARAN : entry nii mungkin untuk yang minat dan bolehh layan korean heroes saja. sebab yang tak brape nak in sangat dengan korean nii maybe akan meluat dan menyampah baca nii okayy. jadi jangan cakap aku tak warning pulak :)



RAIN BI / JOON JI HOON 
dengan muka yang handsome,mata yang sepet, dan absolutely mempunyai six-packs-abs siapa yang tak terpikat dengan RAIN? suara yang memikat hati dan senyuman yang menggoda mampu membuat kami,k-popers minat Rain sampai sekarang. plus,Rain lahh punca-punca I minat korean heroes.


LEE MINHO 
senyumannya yang menawan buat most of the k-popers wanna be his special. and want someone like him. ketinggian yang luar biasa buat dia menjadi salah satu antara korean heroes yang handsome. bilaa dia menyanyi buat kitaa tak sangka yang itulahh suara dia. halkum dia yang jelas kelihatan buat ke-macho-an diaa terserlah (tak ada kerja aku tengok halkum orang) 

CHOI SIWON
lesung pipit kt pipi anggota kumpulan SUPER JUNIOR nii menarik perhatian. he just made me more interested to hear and dance along a super junior's music. rambut spike kedepan diaa buat diaa lagi handsome.plus muka dia sekali pandang macam Ivan okayy  :)

KIM HYUN JOONG 
siapa yang tengok BOYS OVER FLOWERS tuh mesti kenal sangat dengan this guy kan. tipulahh kalau kata those yang tengok drama nii tak berkenan langsung dengan sikap KHJ sebagai Yoon Jihoo yang tersangatlahh gentleman dan penuh dengan sikap macho-nya. lincah menari dan suara yang menggoda sangat menarik minat nak tau perkembangan diaa lepas drama Boys Over Flowers 


SEUNG RI 
ahli kumpulan BIG BANG nii boleh tahan 
jugak handsome nyaa. boleh kata antara ahli bigbang yang lain,dialahh kot yang paling handsome (bigbang punya fans jgn marah pulak ye) dia menari best,handsome bila senyum 


CHANSUNG
one thing i can describe him, he's HOT weii! his dance moves made me wanna dance along with all 2PM's song 




LEE SEUNG GI
senyuman yang comel buat muka dia yang 'jambu' semakin lahh comel. sekali pandang muka dia mcm Rain. dia pun tak kurang handsome-nya dan drama dia, BRILLIANT LEGACY sungguh awesome!


KYUHYUN 
this guy is awesome. enough said. ramai2 ahli SUPER JUNIOR dia jelaa kot yg paling cute selain SIWON. smart weii dia menari. bila senyum,muka dia sopan habis =) kyuhyun is one and onlyy!! 







setakat nii tuh jelaa yang mampu untuk disenaraikan dan yang terlintas di fikiran. banyak lagi sebenarnya. nak list satu2 memang tak ar. haa kan? handsome dan smart kan semua. next time psal korean heroins pulak okayy 

Thursday, September 29, 2011

[LYRICS] KRU - 3 Kata




Yeah..lagu ni ditujukan kepada mereka yang sudah lupa erti cinta
Hanya 3 kata sahaja
cukup besar maksudnya
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
(chorus)
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta
Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Di takdirkan berpisah
(rap)
Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan
Dengan mereka disisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga
Mempunyai bahu setia untuk kita bersandar
Pejamkan matamu
Lihat lah di hatiku
Semua kasih terhimpun,
Dibiarkan terkurung
Jadi keluarkan
Sekarang luahkan
(korus)

Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta (aku cinta padamu)

Wo aini..I Love You


p/s : sorry video lain. itu je yang aku jumpe. alaa asalkan lagu nye betul sudaa laa kan =) 

Monday, September 26, 2011

[MONDAY VIDS] Sam Tsui is a one in a million

Sam Tsui is a guy who has a great talent inside him. he has a great voice. for me he is one in a million. 
Sam Tsui mempunyai bakat yang sangat hebat. suara diaa sedap. suka dengar suara diaa. kreatif cara dia nyanyi dlam vids dia semua. handsome lagii. 


MELVA MOTION PICTURES present....
Sam Tsui cover songs

haa best kan? kan? kan? tepuk tangan kuat2
yang kt bawah nii lagi best! 


betul kan ape aku cakap. 
nak lagii? hambek kau


siapa cakap suara dia okay-okay je. best tau! 
niihaa amek lagi satu


best kan. kalau kau kate tak best,mmg kau tuh sebenarnya pekak atau jealous dengan diaa. 
=)

Saturday, September 24, 2011

C.I.N.T.A ???

cinta. ada apa dengan cinta? haa tak de kena mengena dengan filem ADA APA DENGAN CINTA lakonan Dian Sastrowardoyo dengan Nicholas Saputra tuh okay. tak seriously,ada apa dengan cinta? i mean apa ada pada cinta? korang yg ada boyfriend/girlfriend mesti tau kan. aku? ohh tak. aku tak tau sebab tuh aku tanya korang. agak2 apa yang ada pada cinta eh? orang kata bercinta tuh indah. segalanya indah belaka. bak kata mak aku pon, masa bercinta boyfriend/girlfriend kentut bau mcm telur busuk pon kate wangi. padahal dah satu papan telur rebus dia bedal. okay sesungguhnya aku tak faham orang yang bercinta. adakah bila di kata begitu makna nya orang yang bercinta akan bau kentut bf/gf mcm wangi atau hanyalah sekadar kata-kata menyindir orang yang bercinta? confuse aku dengan orang bercinta nii. 

okayy,cinta memang indah. memang manis dan seronok rasanya seperti berada di taman yang penuh dengan segala manisan bagai. dapat memberikan kita rasa bahagia. tapi bukan ke cinta jugak yang bg kita rasa menderita. kecewa dengan sikap bf/gf kau yang da berubah sejak akhir2 nii. derita jiwa kau bila break off atau kena tinggal dengan kekasih yang setia menanti kononya. sakit hati,sakit mata kan bila menangis terkenang semua kenangan manis kau dengan dia atau terkenang semua kata-kata dusta yang dijanjikan dengan penuh dengan kesungguhan seperti melafazkan ikrar rukun negara. even kau tau perangai diaa memang mcm tuh tp kau percaya jugak dengan kata-kata dia. semuanya kerana cinta tuh buta.

CINTA TU BUTA?macam orang slalu cakap jugak "cinta tu buta.sebab tuh orang yang bercinta meraba-raba" okayy kata2 tu terlalu berterus terang pulak. tp itulah kebenaran walaupun pada hakikatnya tak semua orang yang bercinta mcm tuh. jangan salah faham pulak apa yang aku ckap nii. walaupun cinta itu indah pada mulanya tapi cinta akan tetap memberi kita derita,tangisan atau kepedihan yang akan memberi kesan yang amat mendalam dalam diri kita. mesti korang kata "ehh dia nii cakap mcm pernah putus cinta je. beria-ia kate cinta tuh derita" ohh tak. tak semestinya aku cakap mcm nii sebab aku pernah putus cinta dulu (kecewa siket je) aku boring dan sungguh tak suka bila some guys ckap "ohh honey,i sanggup berenang lautan api,meredah hutan belantara,terjun gaung untuk you. semata-mata kerana you sayangg" ohhh please! nampak sangat kau tipu. berenang lautan api? sungguh cliche okayy. dia ingat main game mario ke ape,lautan api bagai.haaahh tak logik okayy. terjun gaung? wei,kau tak sayang perempuan tuh ke? klau kau terjun gaung, confirm mati wei. perempuan tu? menderita sebab kau mati. sayang ke mcm tuh? kau tanak hidup dengan perempuan tuh lama siket ke wei? gahh hello? jangan cliche sangat okay guys. 

so back to basic,apa ada pada cinta sampai makan tak kenyang,tido tak lena,mandi tak basah, hati berdebar-debar.betul ke kalau bercinta mesti makan tak kenyang,tido tak lena, mandi tak basah. abes kalau ada orang bercinta yang makan bertambah,tido berdengkur, mandi sampai lecak luar bilik air macam mana? is that mean dorang tak betul2 bercinta? ahh sudahh. confuse lagii aku nii.. tak faham lahh orang bercinta nii!! ishhh

apa ada pada cinta bg korang? kenapa couple best?penting ke cinta dan couple? pendapat aku sendiri laa. couple tuh tak best okayy. sebab, nak kena text 24/7,klau tak text, bf marah and merajuk.call nak cakap comel2,suara tak comel teetttt reject weii. seminggu nak kena jumpa at least sekali. everytime buat apa,makan apa,dengan siapa mesti nak kena bagitau. tak rimas ke? couple kau tuh takde life ke sampai nak masok campur life kau? ohhh please! get your own life!!! memanglahh tak semua boyfriend/girlfriend mcm tuh. untung kau klau dapat bf/gf yang faham. tapi kalau bf/gf yang mengongkong atau cemburu buta, sorry to say laa kau memang malang. tapi kalau dah sayang,semua tuh buat kau rimas pon kau buat bodoh je kan? =)