For all this time, I know theres many things I did that didn't pleased you. I'm sorry for all my doings. I love you and I always will.
You're like a brother, a best friend, an enemy, a father, a hero to me. No one could replace you.
I know, its hard for you to hear me saying that magical words 'Iloveyou' from my own mouth using my own voice. It is not because I didn't love you but it is because my love is too expensive, exclusive and limited. Only just for you. And I also doesn't want you to get bored of my love because I keep saying the same things.
I know, you've been too much patient and get your ego lower when you're with me. But I never realize that. I'm sorry. That was my bad.
Right here, Right now, if theres some room for me to stay in your heart, Can I have this Dance ? A dance that we used to. Its Now or Never. If I didn't tell you that I don't wanna Walk Away from your heart, I might be lose you. That night, I could never forget that night. At that moment, all I know is I Just Wanna be With You and until now, it is our Night to Remember. And now, I want that night, that second chance, that old you. All I know right now is I Want it All moment I have with you :*
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tetapi kenapa setiap pertemuan menggembirakan harus diakhiri dengan perpisahan yang sungguh sukar untuk diterima oleh insan berhati rapuh yang mudah tersentuh ini. Adil kah Tuhan perlakukan aku begini ? Kebahagiaan sementara yang aku alami, ditarik secara halus dan perlahan. Sesungguhnya, hakikat bahawa mereka tiada lagi menceriakan hari-hariku, sungguh sukar dan terlalu pahit untukku terima. Mengapa ini semua berlaku padaku ? Mengapa Tuhan tidak membenarkan mereka berada denganku pada masa yang lama. Namun, aku terpaksa akur dengan takdir yang mahu kami berpisah demi masa depan masing-masing yang lebih cerah.
Aku mengenalinya semasa tingkatan 4. Pada mulanya aku tak suka berada sekelas dengan pelajar yang ku sangkakan sombong dan berlagak sejak tingkatan 2. Pada saat aku mengenalinya, segala tanggapan ku pada nya meleset. Dia benar-benar berbeza. Dia ibarat kakak dan teman yang mungkin tiada gantinya pada diriku. Aku boleh percaya padanya. Dia menceriakan hariku dengan telatahnya yang kadangkala seperti anak kecil. Sayang sekali, diriku terlalu bodoh dan buta sehingga kami bergaduh besar hanya kerana perkara yang sia-sia. Sampainya hatiku, memulakan semua sengketa itu. Maafkan aku, teman. Namun, sehingga kali terakhir aku temuinya beberapa minggu lalu, dirinya sama sekali tidak berubah. Dia masih yang sama. Aku hampir menitiskan airmataku tetapi aku mampu bertahan. Dari mata, dan riak wajahnya, tergambar seribu kekecewaan terhadapku. Aku tahu, dia juga hampir menitiskan airmata. Maafkan aku. Aku tak pernah lupakan kau.
Sedari sekolah rendah. Namanya sudah sebati dalam hidupku. Sebut saja namanya, pasti tergambar sikapnya yang ceria dan sentiasa membuat kami gelak ketawa. Berpisah selama 2 tahun semasa tingkatan 1 dan 2, tak membuatku lupa akan perwatakannya yang peramah dan seorang yang ceria itu. Tanpa dia, kami ibarat sebuah kumpulan yang tiada ketua. Pilihan kami melantiknya sebagai penolong ketua tingkatan selama 2 tahun sungguh tepat. Dia tegas tetapi masih memikirkan sahabatnya. Aku tak pasti jika dia masih mengenali ku tetapi aku pasti, dia masih lagi orang yang sama.
Gelak tawanya dan jeritannya yang memanggil namaku setiap kali tanganku mendarat memukul pehanya, tak pernah ku lupa. Bahkan, kalau boleh, aku mahu merakam dan memainkan suaranya apabila aku rindukan dia. Dia yang memberiku nasihat ketika hatiku yang hanya sekuat tisu,menghadapi dugaan hidup sebagai pelajar tingkatan 5. Aku gemar mengganggunya. Aku suka dia menjerit namaku. Namun kini, hubungan kami agak renggang. Mungkin kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Walau apa pun, aku merinduimu.
Aku menghargai setiap orang temanku. Walaupun bukan dengan cara yang engkau harapkan, tetapi aku menghargaimu dengan caraku. Jujur ku katakan, setiap perkara yang berlaku antara kita semua bagaikan baru berlaku semalam. Segalanya masih jelas dalam ingatanku. Aku yakin, walau selama mana kita berpisah, kenangan kita selama 2 tahun akan kusimpan seeloknya dimemori ingatanku. tidak ada yang tertinggal sedikit pun. Semuanya istimewa bagiku. Tiada yang kurang. Kau cahayaku tatkala aku berada dalam kegelapan. Tangisan ini, takpernah kering setiap kali aku teringat kan kau semua. Setiap 40 orang dikelas 4T1 dan 5T1 tak pernah sedikit pun ku lupa. Kalaulah masa boleh diputar semula dan dibekukan. Aku hanya mahu waktu kita bersama.
Dearest 5T1, I love you and I miss you more than you guys ever thought. Aku ingin memohon maaf atas segala kesalahan yang telah ku lakukan selama aku bersama kalian. Masa terbaik dalam hidupku adalah masaku bersama kalian. Maafkan aku kerana tak berkesempatan bersama kalian sewaktu kalian keluar bersama. Aku berharap aku boleh pergi, tetapi tuntutan kerja memaksaku membatalkan niatku itu. Lain hari mungkin sewaktu kau semua tak sesibuk sekarang, kita boleh keluar berhibur bersama. Aku menunggu saat itu. Forgive me for what I've ever done. You guys are my friends, siblings, enemies and lovers. Your places in my heart would never be replace.