Friday, November 30, 2012

Untuk kita

Bismillahhirahmannirahim

Ya Allah ya Tuhan ku
Jika dia dicipta untukku
Kau terang kan matanya
Kau buka kan hatinya
Untukku

Jika dia bukan dicipta untukku
Kau kaburkan mataku
Kau tutup kan hatiku
Untuknya

Ya Allah ya Tuhanku
Jika dia jodohku
Kau temukan kami
Kau dekatkan kami
Bersama

Jika dia bukan jodohku
Kau pisahkan kami
Kau jarakkan kami
Berasingan

Ya Allah ya Tuhanku
Jika dia untukku
Kau tetapkan hatinya
Kau teguhkan imannya
Bersamaku

Jika dia bukan untukku
Kau tetapkan hatiku
Kau tabahkan diriku
Melupakannya

Ya Allah ya Tuhanku
Jika antara kami tiada jodoh
Kau tentukan jodoh yang terbaik
Kau bahagiakan kami berasingan

Jika ada jodoh antara kami
Kau kuatkan hati kami
Kau satukan hati kami
Kau cekalkan hati kami

Amin ya rabbal'alamin :')

Warkah untuk Crush

Dear Crush,

Saya tahu awak pernah tahu saya suka awak dari dulu. Tapi awak tak tahu nak kata apa. Kan ? Saya tahu saya sepatutnya move on bila awak kata macam tu. Saya tahu saya patut sedar yang saya takkan ada harapan untuk dengan awak. Saya tahu yang awak tak mungkin akan berpaling untuk saya. Tapi tahukah awak yang saya akan tetap tunggu awak.

Pertama kali saya nampak awak, saya suka muka awak. Saya puji awak depan kawan saya, dia kata awak Ex dia, so saya back off. Itu dua tahun yang lepas. Sejak tu, saya tak pernah fikir pasal awak sampai satu masa, saya sedar saya tak boleh kalau satu hari saya tak nampak  awak. Setiap hari saya cuba perbaiki diri saya sebab saya tahu, saya bukan jenis yang awak suka. Saya berusaha walaupun hampa. Saya simpan semua perasaan saya.

Hari ni, genap 1000 hari saya suka awak. Ya. Saya tak mampu buang awak dari fikiran saya walaupun waktu tidur. Awak dalam fikiran saya. Sentiasa.

Uniform putih, seluar hijau, tie hitam atau hijau, jam biru merah, beg biru, kasut putih. Saya masih ingat rupa awak dalam pakaian tu walaupun dah lama. Saya teringin nak tengok awak pakai macam tu. Saya rindu tu.

Saya tak sepatutnya berharap bila awak tegur saya buat kali pertama. Saya sepatutnya terima hakikat yang awak tak pernah pandang saya. Waktu awak kata awak suka cousin saya, saya tahu saya patut lupakan awak walaupun saya tahu awak takkan dapat cousin saya.

Saya buat keputusan yang saya akan lupakan awak, teruskan hidup saya sama seperti waktu saya tak pernah kenal awak. Saya tahu saya mampu. Dan saya berjaya. Tapi tak lama. Saya taktahu puncanya. Bila saya ternampak orang lain yang mata sepet, saya mesti teringat awak. Saya sedar saya masih perlukan bayangan awak. Walaupun saya tahu semuanya mustahil. Saya tak mampu cari pengganti awak dalam hati saya. Bukan saya tak cuba.

Walaupun saya banyak kecewa sebab awak. Mereka kata "kau boleh cari yang lebih baik. Buat apa tunggu dia" tapi saya taknak. "kau buang masa. 2 tahun. Orang kalau kahwin dah ada anak tau" lantaklah. Saya tetap dengan pendirian saya. "kau ingat ingat kat dia, dia rindu sangat lah kat kau kan. Perasan" saya tak pernah kata awak akan ingat ingat kat saya. Cuma kadang kadang ada lah saya harap awak pun rasa rindu yang saya rasa ni. 

Sekarang, awak tahu tak saya masih tunggu awak. Awak tahu tak saya masih simpan hati saya untuk awak. Awak tahu tak semua lagu cinta untuk awak. Awak tahu tak saya tak pernah berubah hati. Awak tahu tak saya masih berharap. Awak memang tak tahu atau awak saja buat tak tahu ? Kejamnya.

Walaupun saya tahu, saya hanya akan kecewa kalau saya terus begini. Walaupun saya banyak pilihan untuk tukar haluan saya. Saya akan tetap pilih jalan ini.

Kalau awak tanya saya kenapa saya suka awak, sorry. Saya tak ada jawapannya. Saya tak tahu. Kalau awak minta saya lupakan awak, sorry. Saya tak boleh tanpa bayangan awak. Saya tak mampu.

Untuk hari yang ke-1000, saya masih suka awak. Saya masih tunggu awak. Walaupun saya tahu tak ada apa yang akan berubah. Saya minta maaf, saya akan tetap disini tunggu awak walaupun awak tak nampak.

Sincerely me.

Monday, November 19, 2012

FREEEEEEEEDOM !

For us, what does freedom means ? Are freedom is just a word that describe our freedom to live in this world ? Or theres another meaning behind that ? Its all depends to individu itselves.

Depends on who are we asking to the meaning of freedom. Kalau ditanya pada student yang baru lepas habis exam atau yang baru lepas grads, dah tentunya dorang akan kata freedom ialah kebebasan dari segala soalan latihan, assignment or anything yang buat dorang hilang sakit kepala.

Some people thoughts freedom is when we are free to make our own desicions in this life without any objection from others.

Some people might says freedom adalah kebebasan hak bersuara dari apa saja segi dalam segala jenis cara.

But for ourselves, what does freedom really means ?

Time flows, we're change

When we're young, we had so many memories. Memories that we could never forget. The best memories or the worst, we don't want it to fade away. In fact, if we can, we want the same things to happen at least for once again. But unfortunately, it will never happen again :)

KIDS. The days that we start to know worlds. Zaman dan waktu yang sangat indah. Tak perlu fikir apa-apa masalah. Tak perlu buat segalanya sendiri. Semuanya dah di susunkan. Tak perlu fikir nak jaga perasaan orang. Tak perlu sembunyi rasa sedih. Semuanya gembira. Yang kita tahu, main dengan kawan, balik bila mak panggil makan. When I was kids, I have everything. I would never forget all of it.

Pagi pagi dah bangun tidur semata-mata nak tengok kartun kegemaran. Tengahari lepas makan dah pergi rumah Airin sebab nak ajak main baling selipar kat rumah Lala. Walaupun tengahari panas terik tetap nak main jugak. Oh dulu tak ada iPad, PS3, XBOX bagai. Kalau ada pun, video game yang pakai tape dan animasi yang sangat lame. Tapi still berebut kalau dapat main. Kat rumah Lala, tunggu yang lain datang sebab kalau main baing selipar, lagi seronok kalau main ramai ramai. Bila dah cukup orang, main depan rumah pun jadi sebab panas terik kalau nak main kat padang. Dah bosan main baling selipar, mulakan permainan lain sampai beralih alih lokasi bermain. Belon acah a.k.a galah panjang, main cari barang, lumba lari, jalan jalan naik basikal, duduk makan aiskrim malaysia, dan yang paling seronok sekali, Explorace. (punca punca kulit gelap tak serupa anak orang melayu -__-") Satu taman kitorang pusing semata mata nak selesaikan misi. So time tu seriously feeling feeling macam dalam the amazing race, and maybe kalau zaman sekarang ni, Running man ? tapi paling pantang kalau hujan lebat. Mula lah semua berlari dengan selipar jepun, seluar pendek berkejar kejar pergi padang. Hujan bukan nak balik, lagi pergi padang ada lah. So budak kampung. Bila hari jumaat malam, mesti dah janji nak jumpa kat court tu sebab nak ajak lepak tengok orang main taekwando. Setiap minggu. Tapi masuk nak belajar taekwando tu tak jugak. Bila takde taekwando, kecewa sebab takde alasan nak cakap dengan mak nak keluar malam. Kawan gaduh, kawan gelak, kawan tempat lepak, ramai. Lelaki, perempuan, umur lagi besar ke, india ke, semua kawan baik. Walaupun ada yang sekolah asrama, hujung minggu balik mesti main sama sama. I could never forget about it. Kalau boleh nak buat reunion main semua permainan kita dulu. Jasreen, jasmeen, lala, petak, amat, iman, ina, syahir, syafiq, ambali, angah, tasha, nabawi, nisa, novel, chacha. Yes. Aku ingat lagi korang. I wish I could meet you guys at least for once again :')

PRIMARY. Agenda main di bawah tengahari panas terik still ada bila cuti sekolah. Cuma dah kurang. Tak hari hari macam sebelum ni. Lagipun bila dah sekolah, kerja sekolah, tuisyen, semua tu kena buat. Jarang dapat main dari tengahari sampai petang, sambung pulak lepas maghrib. Tapi setiap sabtu ahad mesti main kat court kan. Bila cuti sekolah, pagi pagi dah bangun, sungguh rajin sebab nak pergi jogging konon. Berjanji ramai, yang muncul berapa kerat je. Sampai pergi rumah petak, nak panggil nama dia apa pun confuse. Tak tahu nak panggil dia amirul ke, firdaus ke, shah. Sebab kitorang je yang panggil dia petak. Last last panggil nama penuh. Pun still tak keluar. Fed up. Pergi rumah ina, bagi salam. Abang dia sorang tengah sidai kain, sorang lagi tengah cuci pinggan. Dia dengan adik perempuan dia sungguh rajin, tidur kat ruang tamu, kitorang panggil tak sedar. Bila petang boleh pulak tanya kenapa kita tak panggil dia ajak pergi jogging -__-"

LOWER SECONDARY. Semuanya dah besar. Tak ada main baling selipar lagi. Lala dah sekolah asrama penuh. Petak dah pindah. Angah dengan amat ada family probs, pindah. Semua dah tak ada. Busy dengan hal sendiri. Pergi macam tu je. Tak ada kata-kata selamat tinggal. Kecewa. Mula sekolah menengah, dah tahu pasal social networks. Myspace, twitter, blogger, tagged, facebook. Dan dah mula kurang keluar rumah. Cuti sekolah duduk rumah, online. Tak keluar, terus tak ada jumpa dorang dah. Start dari Myspace, dah mula tahu nak flirting. Thanks to airin ? Sekolah menengah, dah tahu macam mana nak bercinta. Cinta monyet, I guess. Sabtu ahad dah tak ada nak main baling selipar. Sabtu ahad, keluar ke bandar, jusco. Dah tahu social networks, dah tahu nak menjadi dewasa. Dah mula fikir pasal kerja, nak cepat cepat habis sekolah. (kalau waktu tu aku tahu macam mana rasanya kerja *sigh)

UPPER SECONDARY. Dah mula ada crush. Crush yang cuma tahu nak hancurkan hati. Dah mula banyak masalah yang timbul. Kawan, homeworks, crush. Sakit kepala. Tapi still boleh handle. Exams coming tapi still fikir pasal crush yang totally gives me nothing. Gaduh dengan kawan. Tapi lepas tu baik semula. A week before exam, we should keep on study. Tapi kitorang ? Study. Tapi tak berterusan. 4 days before exams, pergi seminar. Well thats good. Habis seminar, photoshots pulak dekat sekolah orang. Seronok gelak ketawa kan ? Sampai dah lupa balik apa yang dah di ajar kat seminar tu tadi. 3 days before exams, tak study. Pergi sekolah, dengar ceramah kesedaran diri. Sedih menangis bila dengar apa yang dikatakan abang tu. Parents, cikgu, kawan, lawan. Forgives and forget abang tu kata sebab nak exam. 2 days before exams, pun tak study. Pergi sekolah tolong cikgu kemas meja dekat dewan. Tak sentuh pasal buku pun. Tak sedar dah nak exam. Last day before exams, tak study jugak. Duduk kat dewan, ambil slip peperiksaan, dengar cikgu curhat (curahan hati), menangis tengok video kenangan, tahun akhir kat sekolah baru sedar banyak salah dengan cikgu. Majlis mohon restu, menangis nangis nak cikgu maafkan salah takut ilmu tak berkat. Lepas tu photoshots lagi. Tak sudah. Kenangan akhir katanya. Dengan mata bengkak menangis, semua senyum walaupun kandid taknak gambar kenangan nampak kusam muka sedih. Final day of exams, habis exam keluar gate sekolah, rasa bebas. Bebas dari semua soalan latihan yang annoyed. Tapi mula aku keluar gate sekolah tu, aku mula rasa, itulah permulaan hidup aku selepas sekolah. Tapi sebelum tu, aku nak luangkan masa dengan kawan kawan untuk kali terakhir. Baling telur, tepung, conteng baju sekolah. Kenangan. Itulah kali terakhir kita kumpul sama sama kan. Tapi still fikir pasal crush. Crush tak datang pun semalam. Ima, ella, eka, najua, juwita, hasnel, aeha, kelly, ain, fatin, teha, shima, mira, yaya, yat, akhmal, amir, zahrul, ezzal, khairul, adzhim, Aku still ingat and rindu kat korang. Korang ? :')

YOUNG ADULT. I start to work after take a break for a few weeks I've done my exams. Kerja satu pengalaman baru buat aku. Aku tak pernah cuba. Takut. Gementar. Tak rasa aku boleh buat. Semuanya aku rasa bila first day aku start kerja. Tapi bila dah buat, aku rasa selesa. Lepas 6 bulan, macam macam benda jadi, buat aku give up. Sometimes. Pernah terfikir nak berhenti, tinggalkan semua tu. Tapi aku berjaya tahan. Kerja, macam macam jenis orang aku jumpa. Kerja. Dah mula nak cari boyfriend. Tak penting pun lah. 7 bulan, boyfriend. Tapi still tak boleh lupa crush time sekolah. Crush. Apa khabar sekarang agaknya. Sekarang, almost 1 tahun aku kerja, aku jumpa macam macam jenis orang. Aku belajar dan mula faham orang sekeliling. Walaupun aku rasa aku masih tak mampu. Cara partner kerja yang macam tak suka keadaan aku, bagi aku tekanan. Aku tak sanggup. Aku stress. Tak mampu nak tahan lagi. Cara orang itu yang hanya nak cari salah aku, aku tak sanggup. Aku hanya mampu cuba faham orang sebab aku tahu orang takkan faham aku. Tapi, setiap gelak tawa, setiap gurauan, setiap detik bersama gembira buat aku terus yakin yang aku boleh buat walau berbagai cubaan yang datang. Kerja juga yang bagi aku peluang kenal dengan orang yang tak pernah aku kenal. Cara mereka, rentak mereka, aku hampir mengenali setiap orang disini. Mereka buat aku rasa sayang untuk meninggalkan semua yang ada walau aku ditekan dengan pelbagai situasi. Ada masa aku rasa, kalau lah aku boleh berada disini bersama mereka tanpa peredaran masa yang begitu pantas. Setiap waktu aku bersama mereka, aku berasa gembira walau ada dukanya. Berborak, gelak ketawa, bergaduh, bergurau, semua itu situasi biasa yang aku hadapi hampir setiap hari. Bergurau sampaikan kadang kadang aku boleh gelak tak henti, sampai menangis, sampai terduduk. Teringat waktu itu, boleh buat aku tergelak dan tersenyum sendiri. Kadang kadang dorang kata aku gila ? Sebab gelak tiba tiba dan hampir setiap hari aku gelak taknak berhenti ? Setiap tingkah laku, tutur kata dan perkara yang dibualkan membuatkan aku seperti orang hilang akal gelak ketawa. Aku kumpulkan semua kenangan kita untuk aku mampu ketepikan semua rasa negative, tekanan yang ada. Ekin, wani, eka, ayu, fahmi, daniel, nani, aidil, mimi, raja, kak sha, grace, ema, mila, aku tak pernah lupa korang walau korang dah tak ada dengan aku sekarang. Kak fy, bani, dharma, kak naza, kak dahlia, ahfang, amoi, aunty, aina, akma, niko, huda, kak su, kak farah, miko, angel, kak manja, zuki, david, is, aku takkan pernah lupa dengan apa yang dah jadi. Semua pengalaman, tunjuk ajar, gurauan, gelaran, kerjasama yang ada, aku akan ingat semua :')

Walau sesukar atau semudah mana jalan yang kita hadapi dalam hidup, pasti ada kenangan manis dan kenangan pahit yang terselit. Aku hampir mengalah dari meneruskan semuanya. Tapi, segala yang berlaku aku tahu ada hikmahnya dan aku pilih untuk terus kuat. Pengalaman hidup setakat ini mengajar aku kesabaran dan ketabahan untuk faham situasi yang ada. Pengalaman yang berjaya aku kumpul, memberi beribu makna walau kata orang perjalanan hidupku sebenarnya masih jauh. Aku bersyukur, aku punyai mereka yang memahami. Terima kasih atas pengalaman ini. I can't wait for another adventure of my life. This journey has a long way to go. InsyaAllah, I can go through it all :D

Sahabat :)

"kita kawan. Sampai bila bila pun, kita still kawan." Kawan. Betul kata kau, kita kawan. Cuma kawan. Tak boleh lebih dari tu.

Tapi kenapa. Kenapa aku macam rasa, keadaan kita sekarang, tak sama dah macam dulu. Aku sorang je yang rasa macam tu ke, memang sekarang ni dah lain.

"Things gonna change. No matter how hard we try to make it the same. Times, plans, even people, everythings gonna change." Betul. Aku tak boleh harap semuanya kekal sama sedangkan orang sekeliling pun dah lain.

Mungkin sebab sejak Fy da takde, kau pun dah susah nak ada bila malam, Dharma pun dah jarang nak datang lepak sebab kau takde. Semuanya dah lain. Aku pun patutnya tak boleh nak harap semua benda kekal sama,kan.

Tapi, seriously, aku rindu time kita 4 orang duduk lepak bila malam. Bila korang kacau aku tengah buat daily sales. Bila kita gaduh, gelak, gurau sama sama. Bila weekend, Nabila datang, kita layan kerenah dia. Bila kau dengki aku. Kita asyik gaduh je. Serious. Aku rindu time tu.

Mungkin sebab Fy dah takde, tinggal aku sorang je perempuan and things become awkward among us. Awkward. Sangat awkward. Even now, I think I annoyed you both. Am I ?

BEFORE. Kau selalu dengki aku. Aku selalu marah kau, pukul kau. Kita selalu gaduh. Even mula mula kau masuk kerja, aku benci gila dengan kau. Tak suka langsung tengok muka kau. Tapi bila dah tegur, dah borak, baru tahu macam mana. Don't judge the books by its cover :) Selalu lepak, borak, share gula gula, gelak sampai kena warning dengan cik Aishah. Aku tak suka kalau minggu tu aku morning, sebab tak dapat lepak huha huha dengan korang kecuali weekend. Aku rindu kita time tu :'(

NOW. Susahnya kita nak macam dulu lagi. Kadang kadang, nak tengok muka kau yang jahat gila tu pun dah susah. Bila kau ada, mesti Dharma takde, and aku pun taktahu nak borak apa. Untuk 2 bulan ni pula, kak Naza takde. Dah takde siapa nak control bila kita gaduh. Sejak Fy takde, kita bertiga nak borak sama pun dah payah, apa lagi nak lepak, gelak, share gula gula tu semua. Aku tak suka kita yang sekarang !!! :(

Bila kak Naza ada, kak Naza selalu usik kata kita mcm suami isteri sebab asyik gaduh je (lebih akak ni -__-") tapi kita still anggap benda tu gurau and buat tak kisah. Bila aku gelak sorang sorang time tengah kemas counter, kau kata aku gila gelak sorang sorang. Tapi aku je yang tahu kenapa aku gelak tetibe macam tu :'D

Bila sometimes aku takde mood, kau mesti datang tanya aku kenapa. Suruh aku share dengan kau. Pujuk aku suruh aku gelak balik. Tapi most of the times, mesti aku moody sekejap je sebab kau buat aku gelak dan senyum balik.

Bila aku gelak gelak tengah text dengan airin, mesti kau tanya aku kenapa aku gelak gelak. Suruh aku bagi kau baca text tu. Tapi aku tak bagi kau baca sebab. Sebab aku taknak kau tahu siapa yang kitorang tengah borakkan sampai gelak macam tu. Lepas tu kau merajuk sebab aku taknak share dengan kau, "kau dengan aku pun macam ni kan. Dengan aku pun kedekut." lepas kau kata macam tu, kau blah, taktahu pergi mana. Aku rasa bersalah gila lepas tu :(

Sejak leaking hari tu, aku cuma rapat dengan Dharma je sebab tak sempat nak borak dengan kau panjang panjang. Aku gaduh dengan Dharma sampai kak Fang, kak Su dengan auntie kata aku ada apa apa dengan Dharma. Kau pun macam mula nak jauhkan diri dari aku. Taktahu lah aku je rasa ke. Harap aku je yg rasa macam tu :/

Mungkin sekarang ni, shift kita dah tak clash, Fy takde, kak Naza takde. Actually, aku pun tak tahu apa sebab dia sebenarnya :/ Bila aku rindu Fy, aku dengar lagu favorite dia. Bila aku rindu kau pun sama. Aku dengar lagu kau. Lagu yang buat aku teringat kat kau bila aku dengar lagu tu. Earrings yang kita tukar tu je, boleh buat aku fikir positif pasal friendship kita berempat :')

Aku rindu time kita tu. Sekarang nak pergi kerja petang pun dah malas sedangkan sebelum ni, kalau boleh aku nak tukar shift petang sampai malam. Lepas ni dapat tak kita lepak sama lagi ? Harap harap dapat la.