Monday, March 4, 2013

[CERPEN] Kerana Dhia

"APA yang kau nak ?! Kenapa kau buat aku macam ni ?! Kau nak apa sebenarnya ?!" sakit tekak ku menjerit. Jeritan ku yang lantang dan nyaring bergema di seluruh gudang yang kosong. Kepala ku berdenyut. Aku tidak tahu bagaimana diriku berada disini. Setahu aku semalam selepas Eskandar menghantarku pulang, aku tidak dapat bernafas, kedua hidungku ditekup dengan kain lembab dan bau yang ada dikain itu telah membuatku lemas dan pengsan. Tengah hari tadi, aku tersedar dek kerana cahaya matahari dicelah celah lubang kecil dinding zink gudang tersebut memancar tepat ke arah ku. Tangan dan kaki ku juga diikat dengan tali. Ikatannya sangat kuat. Sakit. Mulutku juga diikat dengan kain. Kepala ku berdenyut. Pening dan keliru. Rambut ku berserabut sedangkan semalam aku telah kemaskan rambutku dengan klip rambut. Entah kemana hilangnya klip rambut itu. 'Siapa yang bawa aku kesini ? Apa yang penculik tu nak ? Aku bukan anak orang kaya. Kalau nak wang tebusan pergilah culik anak orang kaya sana. Kenapa aku ? Janganlah dia apa-apa kan aku. Ya Allah lindungilah hambamu ini dari segala niat jahat penculik itu.'
"Selamat pagi sayang. Dah bangun?" kata penculik itu. Aku membuntarkan mataku. Tangannya membuka ikatan dimulutku. Rupanya Kamal yang menculikku. Terkejut. Tak sangka dia memperlakukan perkara ini kepada ku. "Kamal?" Tangannya mengusap rambutku. "Terkejut?" Dia bangun lalu mengambil sebotol air mineral yang terletak diatas meja usang tak jauh dari tempatku berada. "Nah! Minum ni tuan puteri." Dia menyuakan mulut botol itu kearahku. Tetapi aku berpaling tanda tidak mahu. Entah apa yang dicampurkan kedalam minuman itu. Dalam hatiku tidak putus-putus meminta perlindungan dari Allah. Dia mencengkam kedua pipiku dan menuang air itu kedalam mulutku secara paksaan. Air itu tidak keseluruhan masuk ke mulut ku. Sebaliknya tumpah masuk ke hidungku dan membasahi mukaku. Perit rasanya air masuk melalui hidung. "Kau degil sangat kenapa? Aku suruh minum tu minum jelah!" Merah pipiku kerana cengkamannya. Aku menjeling tajam ke arahnya.
"Kau nak apa?! Kau dah gila ke?!" teriakku.
"Memang! Memang aku gila! Aku gilakan kau!"
"Kenapa kau buat aku macam ni Kamal? Kita dah lama kawan. Kenapa kau buat aku macam ni?" nada suaraku direndahkan. Tekakku pedih.
"Kawan? Tu yang selama ni kau anggap aku?"
"Dari dulu sampai sekarang, kau tetap kawan aku. Aku sentiasa perlukan kau."
"Kalau kau perlukan aku kenapa kau nak kahwin dengan Eskandar? Kenapa kau taknak kahwin dengan aku? Mana janji kau nak kahwin dengan aku?!"
"Aku perlukan kau sebagai kawan aku. Kalau jodoh aku kahwin dengan Eskandar, aku tak boleh menolak. Aku tak pernah janji nak kahwin dengan kau. Apa kau cakap ni?"
"Jodoh? Kau nak kahwin dengan Eskandar sebab kau ada hati dengan dia! Bukan sebab jodoh! Aku tak pernah lupa lah janji kau. Senang-senang je kau lupakan!"
Seingat aku, aku tak pernah berjanji mahu mengahwini Kamal. Aku hanya menganggapnya sebagai kawan, tak pernah lebih. Apa tah lagi untuk berumah tangga dengannya.
         ********************
19 tahun lalu...
Petang itu, cuaca cerah. Kanak-kanak bermain dengan riangnya. Aku berada dipondok bawah pokok hadapan rumah yang ayah bina untukku bermain masak-masak atau anak patung. Aku bermain keseorangan petang itu. Kawanku Shira yang sering datang ke rumah ku untuk bermain pulang ke kampung untuk melawat datuknya. Tiba-tiba Kamal yang hanya tua setahun dariku berlari ke arahku. "Dhia, kenapa main kat sini sorang-sorang? Jomlah main dengan kitorang. Main kejar-kejar. Mesti seronok." Dia mempelawaku untuk bermain bersamanya. Mungkin kerana dia melihat aku keseorangan. "Taknaklah. Ibu Dhia tak kasi Dhia main kejar-kejar, lari-lari. Tu mainan budak lelaki. Ibu cakap Dhia budak perempuan tak boleh main lari-lari. Budak perempuan main anak patung, masak-masak je." Ibu memang tidak menggalakkan untuk aku bermain permainan budak lelaki. Ibu juga jarang membenarkan aku berkawan dengan budak lelaki kecuali Kamal. Ibu bimbang aku akan terikut-ikut dengan cara budak lelaki yang kasar. "Kalau macam tu biar kita teman Dhia main kat sini ye. Dhia nak main apa? Kita main kahwin-kahwin nak?" Memang permainan itu yang sering kami mainkan bersama rakan-rakan yang lain.
"Dhia kena janji dengan kita, nanti kalau dah besar, Dhia kena kahwin dengan kita tau."
"Kenapa Dhia kena kahwin dengan awak pulak?"
"Sebab kita kan selalu main kahwin-kahwin dengan Dhia. Dhia kenalah kahwin dengan kita nanti bila dah besar. Kalau tak kita taknak teman Dhia main lagi."
"Ala, kalau awak tak teman Dhia, siapa yang nak teman Dhia main nanti?"
"Sebab tu Dhia kena janji dengan kita tau."
"Okeylah kalau macam tu."
"Janji?"
"Janji."
       *******************
"Janji kau tu! Dah lupa ke?!" Serentak dengan jerkahan Kamal yang kuat dan bergema didalam gudang kosong itu mematikan lamunanku mengenai janji yang dikatakan Kamal sejak dari tadi. Janji itu yang dibuat sewaktu aku berusia 6 tahun. Waktu itu aku masih mentah dan tidak mengerti apa-apa erti sebuah janji. Aku tak pernah memandang serius mengenai perkara itu. Aku tak menyangka Kamal menuntut untuk aku tunaikan janji itu. "Kamal." perlahan suaraku. Peluh yang menitik membasahi rambut dan dahiku. Mukaku merah menahan bahang yang terkumpul didalam gudang itu. "Ingat?!" sergah Kamal. Aku terkejut. "Perkara tu dah terlalu lama untuk diungkitkan. Aku terlalu mentah untuk berjanji soal kahwin. Tolonglah Kamal." Dia tidak mahu menerima jawapanku. Tong kosong dibelakangnya ditendang sekuat hati. "Aku cintakan kau, kau tahu tak?!" kini mukanya hanya jarak beberapa inci sahaja dari wajahku. Hatiku gelisah, fikiran ku buntu. Tidak tahu apa lagi yang harus aku katakan untuk melembutkan hati Kamal.
        *****************
"Maju Bina Sdn Bhd. Boleh saya bantu?" jawab operator pejabat itu sebaik nombor yang dihubungi dapat disambungkan. "Sarah? Cik Dhia Nadira ada disana?" soal Eskandar dengan nada cemas. Hatinya tidak enak memikirkan diriku yang tidak menjawab panggilannya sejak dari pagi tadi. "Oh Encik Eskandar ya. Maaf Encik Eskandar, Cik Dhia hari ni tak masuk ke pejabat. Dia ada hantarkan sms yang mengatakan dia mengambil emergency leave hari ni." 'Hairan. Dhia tak pernah mengambil emergency leave. Kenapa hari ni tiba tiba pulak.' Hatinya mula tak tenang. Bimbang perkara buruk akan terjadi. Dicuba untuk menghubungiku berkali kali, tetapi hampa tiada jawapan. "Awak tahu tak kenapa Dhia ambil emergency leave?" soal Eskandar ingin tahu. "Maaf Encik Eskandar, Cik Dhia tak ada menyatakan sebabnya. Saya pun kurang pasti." Eskandar bertambah hairan. "Tak apalah kalau macam tu. Terima kasih Sarah." Talian diputuskan. Fikirannya ligat memikirkan apa kemungkinan yang terjadi kepadaku. Tangannya lantas mengambil kunci kereta yang terletak diatas meja lalu beredar meninggalkan pejabatnya. "Batalkan semua appointment saya hari ni," kata Eskandar pantas. "Tapi Encik Eskandar banyak temujanji penting hari ni." jawab setiausahanya. "Batalkan atau awak saya pecat," tegas Eskandar lalu beredar dengan pantas.
         *****************
"ESKANDAR!" jeritku. Tangan Kamal yang memegang telefon bimbitku menjauhkan telefon itu sebaik Eskandar menjawab panggilan yang dibuat. "Kalau kau nakkan sangat tunang tersayang kau ni, datang sini seorang. Kalau aku tahu ada orang ikut kau, kau mati, dia mati." talian terputus. Airmata ku mengalir perlahan. Aku risau akan keselamatan Eskandar. Aku risau jika dia datang kesini dan Kamal akan melakukan sesuatu diluar kawalan. Aku tak mahu perkara yang buruk berlaku. Didalam hatiku berharap Eskandar takkan datang.
Selang 20 minit, bayang Eskandar kelihatan. Hatiku semakin resah. "Eskandar." bisik hatiku. Tak sangka dia akan datang kesini untukku. Perasaan gembira timbul diantara risau dan gundah gulana memikirkan keselamatan kami. "Datang pun kau. Ingat tak datang tadi. Tapi kenapa lama sangat? Tak sayang ke dekat tunang kau ni?" hujung mata pisau yang agak tajam itu disuakan ke hujung daguku. Terasa dingin besi mata pisau. Tangan Kamal menarik rambutku kuat. Eskandar semakin cuba mendekati kami dengan perlahan. "Kau nak apa? Jangan apa-apa kan dia. Apa pun yang kau nak, semua tu boleh dibawa berbincang. Ni semua bukan jalannya." Eskandar cuba menenangkan Kamal yang kelihatan semakin diluar kawalan. "Aku nak tunang kau ni. Kau boleh bagi?" saja dikeraskan gelaran tunang. Tangannya kuat menarik rambutku lalu dihidunya dengan penuh kenikmatan. Airmataku pantas mengalir. Wajah Eskandar turut mempamerkan riak risau. Aku yakin dia juga tidak mahu perkara buruk terjadi. "Bertenang Kamal. Kita selesaikan benda ni elok-elok." Eskandar mencuba sekali lagi. Airmataku semakin laju mengalir. "Selesai? Kau putuskan pertunangan korang. Bagi aku kahwin dengan Dhia. Senang. Semuanya selesai."
Eskandar dibawa kesebelahku. Tangan dan kakinya juga diikat kuat. Buat masa ni kami harus mengikut kehendak Kamal untuk mengelakkan dia bertindak diluar kawalan. Kamal pergi meninggalkan kami.
"Awak okey tak? Dia tak buat apa-apa pada awak kan?"
"Tak. Saya okey. Kenapa awak datang?"
"Takkan awak nak saya biarkan awak. Takkan saya nak biarkan dia buat apa-apa pada awak."
"Dia takkan berani buat begitu pada saya. Kalau ada apa-apa jadi pada awak macam mana. Tak payah nak risaukan saya."
"Awak ni degil,kan. Tak faham ke saya cakap, saya takkan benarkan sesuatu terjadi pada awak. Saya akan jaga awak selagi saya mampu."
"Saya cuma takut keadaan jadi lebih teruk. Saya cuma risaukan awak. Saya taknak apa-apa jadi pada kita."
"Saya tahu. Tapi saya takkan biarkan awak lalui semua ni seorang. Saya akan jaga awak sampai akhir hayat saya. Saya akan lindungi awak. Itu yang saya pernah janji,kan."
Airmataku mengalir mendengarkan kata-katanya. Terharu. Tak sangka dia akan membuktikan kata-kata yang pernah diucapkan sebelum ini.
           ****************
Cubaan Eskandar untuk memotong tali yang mengikat tangannya menggunakan serpihan kaca yang terdapat dibelakangnya berjaya. Rancangannya adalah untuk membawaku pergi sebelum Kamal pulang. Malangnya Kamal datang sebelum sempat dia memotong ikatan ditanganku. Tanpa disedari, dibelakangnya ada beberapa orang lelaki. Sepertinya mereka diupah Kamal untuk melakukan sesuatu. Kamal menghampiriku dan membuka ikatan di tangan dan kakiku. Dia mengarahkan salah seorang lelaki tadi untuk bangunkanku dan memegang kedua tanganku kebelakang. Kamal kemudiannya mencengkam kolar baju kemeja Eskandar menariknya untuk bangun. Memandangkan ikatan ditangan dan kakinya telah terbuka, dia mengambil tindakan drastik untuk menumbuk dimuka Kamal. Kamal terkejut dengan tindakan Eskandar, begitu juga diriku. Serentak dengan itu mereka mula bergaduh. Tetapi pergaduhan itu tidak dicampuri oleh lelaki yang diupah Kamal. Pergaduhan mereka semakin hebat. Masing-masing tidak mahu mengalah. Aku meronta minta dilepaskan. Sebaik genggaman lelaki itu terlepas, aku cuba menghalang mereka daripada terus bergaduh. Tapi malangnya aku ditarik oleh lelaki tadi. Dia menampar pipiku kuat. Dia menumbuk mukaku. Dia membelasahku seperti membelasah seorang lelaki. Tubuhku menjadi lemah. Eskandar yang terlihat apa yang berlaku didalam pergelutan itu, cuba mendapatkanku. Tapi dia ditahan oleh beberapa orang lelaki yang lain. Lelaki tadi mencampakkanku ke lantai setelah puas membelasahku sehingga lemah. Kepalaku terhentak kuat.
"DHIA!!!!" teriak Eskandar. Kepala ku sakit. Pandanganku menjadi kabur. Tapi aku masih dapat melihat Eskandar dibelasah dan dipukul dengan teruk. Aku terlalu lemah untuk bangun. Eskandar tidak boleh melakukan apa-apa untuk menghentikan semua ini. Lelaki tersebut menyerangnya bertalu-talu sehingga tiada ruang untuk dia membalas semua serangan itu. "Eskandar." gerak mulutku perlahan. Aku terlalu lemah untuk bergerak. Hanya gerakan mulut tanpa suara yang mampu aku lakukan sebelum semuanya hilang.  Pandanganku kosong, hitam. Tiada satu perkara yang ku mampu lihat.
            **************
6 bulan sejak tregedi hitam itu berlaku. Aku kini menjalani hidupku seperti biasa. Kamal ditahan polis dan dikenakan hukuman penjara. Eskandar pergi meninggalkanku. Selepas Kamal dan kuncu-kuncunya membelasah Eskandar pada malam itu, mereka menikamnya didada. Pada keesokkan harinya aku ditemui oleh seorang pakcik yang kebetulan lalu disitu dan melihat pintu gudang yang selalunya ditutup,terbuka pada pagi itu. Aku koma selama dua minggu dan Eskandar meninggal dunia ditempat kejadian. Aku terkilan kerana tak sempat untuk menatap wajahnya buat kali terakhir.
Pandangan laut yang terbentang luas dihadapanku menenangkan. Angin bayu yang menghembus meniup rambutku. Aku duduk diatas batu besar ditepi laut ini sambil mengimbau kembali kenangan kami. Aku merinduinya. Tanganku mendail nombor kegemaranku. "Hi, I'm Eskandar. I couldn't pick up your calls right now. Leave your message and I'll call you back later. Thank you." Suara yang telah lama tidak ku dengari, kedengaran dihujung talian. Airmataku mengalir tanpa disedari. Aku mengesat airmataku lalu mendail nombor untuk mendengarkan pesanan suara yang ditinggalkan untukku.
"Hai sayang. Assalamualaikum. I'm not sure if I'm still alive and be with you when you listen to this but I want you to know that I'm always love you no matter what happens. Saya tahu saya tak boleh selamanya jaga awak, jadi saya minta sangat awak jaga diri awak bila saya tak ada nanti. Jaga diri, jangan lupa makan on time. Kalau sakit pergi klinik. Jangan degil sangat. Jangan terlalu ikutkan perasaan tau. Awak tu degil sangat. Geram saya. Haha. Awak, jaga diri awak okey. Saya sayang awak."
Pesanan suara terakhir yang ditinggalkan olehnya untukku. Airmataku mengalir. Aku terlalu rindukan dirinya. Aku tak mampu menahan sebak didada. Dia menjagaku dengan baik sepanjang perkenalan kami. Dia melayanku seperti puteri. Dia terlalu manjakanku. Sebelum ini, aku tak mampu menjalani hariku tanpa suaranya. Kini aku kehilangan insan yang amat kucintai.