Saturday, August 31, 2013

Kisah antara kau dan dia

Hatinya lemah
Semangatnya tak kuat
Hatinya mudah terluka
Semangatnya mudah goyah

Kau yang mulakan bicara
Kau yang mulakan gurau senda
Kau yang mula mengambil berat
Kau yang mula memberi harapan

Dan dia
Mula tertarik denganmu
Mula menyukai mu
Mula menyintaimu
Mula menyayangi mu

Dan engkau
Menyambut cintanya
Menerima dirinya
Memberi kata cinta
Membuat dirinya hanyut

Hanyut dalam dunianya bersamamu
Lena dalam khayalan masa depan bersamamu
Lemas bersama kata dan janji manismu

Dia mahukan dirimu
Dia inginkan dirimu
Dia menyerahkan seluruh hatinya untukmu
Dia melakukan apa saja untukmu

Tapi
Itu semua dulu
Segalanya berubah

KeMana dirimu?
Kenapa kau mengikari janjimu?
Bagaimana kau boleh meninggalkan perempuan yang amat menyintai dirimu?

Semua orang tahu
Kau tak punya jawapan
Kau tak tahu apa yang kau mahukan

Hatinya kini rapuh
Hatinya kini hancur
Kerana kata-kata dusta yang kau pernah beri

Dulu
Hanya kata cinta diucapkan
Kini
Kata hinaan dan cacian dilemparkan

Tegarnya hatimu
Sampainya hatimu
Melukakan hatinya
Hanya kerana seseorang yang tidak pernah kau kenali

Di saat dia mahu bahagia tanpamu
Mengapa kau kembali?
Diwaktu hatinya mahu pulih
Mengapa kau hadir dengan kata dusta?

Diluar dia tersenyum
Diluar dia gelak tawa
Diluar dia bergurau
Diluar dia amat gembira

Dihati siapa tahu?
Dia tak sekuat yang disangka
Dia tak setabah yang diharap

Didalam dia menangis
Didalam dia terluka
Didalam dia kecewa
Didalam dia merana

Kerana dia seorang wanita
Yang dianggap kuat tetapi tidak
Kerana dia seorang wanita
Yang diminta untuk bersabar tetapi tidak disokong

Tanpa dia menyangka
Begini kisah cintanya
Pengorbanannya disia-siakan
Tiada belas kau mendera perasaannya

Dia manusia
Yang punya hati
Yang punya perasaan

Mulai saat ini dan seterusnya
Dia akan hidup tanpamu
Dia akan bahagia tanpamu
Dia akan dapat pengganti yang lebih baik darimu

Kerana dirimu tak pernah menghargai dirinya
Kerana cintanya terlalu murah bagimu
Kerana kau terlalu buta untuk melihat antara kaca dan permata

Kau akan menyesal atas perbuatanmu
Disaat dia sudah mula bahagia
Jangan sekali kau tunjukkan bayangmu
Kerana sahabatnya takkan benarkan

Dia mungkin kehilanganmu
Tetapi dia masih punya sahabat
Sahabat yang sentiasa ada.

Saturday, August 24, 2013

Pengakhiran sebuah persahabatan.

"Assalamualaikum awak. Dah jumpa kotak ni? Bila awak pun dah jumpa dan dah buka kotak ni, bermakna saya dah tak ada lagi. Haa awak menangis tak? Apa?! Menangis sikit?! Kan saya kata jangan menangis. Awak ni kann.

Okay. First sekali, saya nak minta maaf lagi sebab saya tak dapat teman awak lama dalam dunia ni. Second, saya nak berterima kasih banyak-banyak dekat awak sebab awak dah banyak tolong saya. Saya tak mampu nak balas semua yang awak dah berkorban untuk saya. InshaAllah, Allah akan balas semuanya dekat awak.

Haa. Awak rindu saya tak? Hehe

Awak, cuba awak buka kotak yang ada reben pink tu. Awak ingat tak keychain tu? Saya simpan lagi tau. Keychain yang awak pas dekat mak saya sebab awak nak minta maaf tapi saya tak nak tu. Ingat tak? Saya sayang nak buang benda tu, jadi saya minta awak tolong simpankan keychain tu untuk saya boleh? Tu barang pertama yang saya dapat dari awak. Saya sayang sangat keychain tu.

Awak. Awak nampak tak satu balang besar yang ada kertas dalam dia tu. Kalau awak ada masa dan kalau awak rajin nanti, awak bolehlah buka dan baca apa yang ada dalam kertas tu. Semua rahsia yang saya ada. Banyak kan? Hehe. Awak jangan lah marah saya sebab saya tak luahkan dekat awak. Saya taknak beban kan awak, penuhkan fikiran awak dengan masalah saya. Jadi, saya tulis dan simpan dalam bekas tu.

Lepas ni, saya dah tak boleh masakkan untuk awak lagi. Tak boleh dah nak buat kan awak cheese cake lagi. Maaf ye awak. Tapi awak boleh cuba lah buat sendiri kalau awak teringin sangat. Tu, kan ada buku kecil sangat yang awak ejek saya kata saya kedekut nak beli buku besar tu kan, dalam tu ada resepi dan cara-cara nak masak semua masakan yang saya buatkan untuk awak. Kalau awak cuba buat,mesti lagi sedap dari saya buat. Sayang nya saya tak dapat cuba masakan awak. Tapi kan awak, buku saya tu tak kecil sangat pun lah.

Waktu saya selalu tunggu awak baik kerja nak datang melawat saya, saya tak ada buat apa. Jadi saya minta kak Shaa belikan kertas yang panjang tu banyak-banyak. Awak tahu saya buat apa dengan kertas tu? Tu awak tengok lah dalam bekas yang besar tu. Banyak kan? Sebenarnya, setiap sepuluh biji bintang yang saya buat, semasa saya tunggu awak, teringat kan awak. Kalau awak nampak, dekat atas almari bilik saya, ada lagi 3 balang benda yang sama. Bintang. Saya buat setiap kali saya rindukan awak, rindukan kenangan kita, semasa awak pergi tanpa khabar tu.

Awak, buku warna hitam dekat tepi tu, diari saya. Tak ada lah diari sangat pun. Saya mula tulis diari dari dua tahun lepas, sampai lah bulan lepas. Maaf. Saya tak sempat nak tulis sampai semalam. Mana saya tahu saya nak pergi. Kalau saya tahu, saya dah lama tulis panjang-panjang, banyak-banyak untuk awak. Dalam tu tak ada yang menarik pun. Cuma pasal hari-hari saya. Banyak yang saya nak ceritakan dekat awak pasal hidup saya sepanjang kita berpisah, tapi saya tak mampu nak cerita semua. Jadi saya tulis. Awak, kalau ada masa, baca ye. ^.^

Awak, jangan lah menangis. Saya tak suka lah tengok awak menangis. Awak tak handsome bila menangis. Kalau ada awek nampak awak menangis macam mana? Tak macho lah gitu. Jatuh saham awak. Dah. Lap air mata tu cecepat.

Lagi satu, album gambar kita pun ada dalam kotak ni sekali. Banyak kan gambar kita. Saya dah minta Farhana tolong cucikan semua gambar kita. Tak boleh la simpan dalam memori kad je, kalau memori kad hilang, macam mana? Hilang semua. Mana boleh! Jadi, saya yang bijaksana lagi comel ni dah buat persediaan awal walaupun tak mampu iaitu, cuci semua gambar kita untuk elak dari hilang!! Yeayy!! Dan nanti, boleh lah awak ambil satu keping gambar kita letak dalam wallet awak. Macam saya ni. Yeayy!! Kita sama!!

Tak banyak saya boleh bagi dekat awak. Tapi awak dah bagi saya banyak sangat. Tak boleh dikira dengan tangan. Kalau saya kira campur jari kaki sekali pun masih tak cukup. Betapa banyaknya. Hehe

Awak. Nanti study baik-baik tau. Tunaikan harapan orang tua awak dan impian awak. Awak janganlah baik sangat dengan orang. Nanti orang pijak kepala awak lah.

Okay lah awak. Maafkan semua salah saya ye. Satu je yang saya minta dari awak untuk kali yang terakhir ni, awak doakan saya ye. Awak jangan lupa kan saya tau. Even awak dah ada awek baru pun, awak jangan lupa saya tau. Kalau awek awak tanya siapa saya, awak cakap lah saya kawan lama awak.

Okay. Saya kena pergi. Tak larat saya nak tulis banyak-banyak lagi. Terima kasih awak! Saya sayang awak! Awak jangan rindu saya tau! Selamat tinggal awak!

   Assalamualaikum, Hares Fiqri.

                     Sahabat lama mu yang tersangat jauh,
                              -Qarisaa Razak"

Thursday, August 22, 2013

Persahabatan kita, dari saya untuk awak

"Assalamualaikum awak. Mula-mula sekali, saya nak minta maaf atas semua yang pernah terjadi antara kita. Saya minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dengan awak. Saya minta maaf kalau saya ada buat awak tak suka dengan saya. Saya nak minta maaf atas semua cerita yang awak dengar dari dorang pasal saya.

Okay. Rasa macam banyak sangat pula saya minta maaf ye.

Awak, awak tahu tak, awak lah kawan yang paling bermakna bagi saya. Banyak kenangan kita bersama.

Awak ingat tak masa kita mula-mula kenal dulu. Awak memang tak suka saya betul kan. Tapi saya tetap nak berkawan dengan awak. Kalau ikut hati, memang saya pun menyampah nak tengok muka awak dekat sekolah tu hari-hari sebab awak pun rasa macam tu juga kan dekat saya. Tapi entah macam mana, another part of me rasa nak sangat berkawan dengan awak. Saya betul-betul nak kenal dengan awak. Bukan sebab awak pujaan pelajar perempuan, tapi... Entahlah awak, saya pun tak tahu.

Awak ingat lagi tak masa awak ejek saya depan semua orang. Malu saya tau. Lepas tu, seminggu saya tak datang sekolah sebab semua orang ejek saya juga. Malu nya saya rasa. Tapi, saya tetap menyemak nak kenal dengan awak juga kan. Mesti awak rimas. Maafkan saya ye awak.

Tak lama lepas tu, awak tiba-tiba je datang kelas saya. Awak kata awak nak jumpa saya lepas sekolah. Saya tunggu awak sampai waktu sekolah sesi petang habis tau. Tapi awak tak ada pun. Kawan saya telefon tanya saya dekat mana, saya cakap saya dekat sekolah tunggu awak, tapi dia cakap, awak ada dengan dia tengah lepak. Dah saya kena balik jalan kaki lalu hutan waktu hujan. Penat tau awak. Lepas tu seminggu saya mc demam panas teruk. Sampainya hati awak buat saya macam tu.

Awak ingat lagi tak, awak rasa bersalah sangat dekat saya sebab awak dah buat saya demam sampai seminggu. Sampaikan awak datang rumah saya nak minta maaf. Tapi saya berlagak dan sombong sangat taknak tengok muka awak pun. Tapi awak hari-hari kirim keychain "I'm sorry" dekat mak saya sebab saya taknak jumpa awak. Sweet juga awak ni kan.

Bila saya dah naik sekolah, hari-hari awak cari saya dekat kelas sebab nak minta maaf, saya tak layan pun. Sebenarnya saya tak sampai hati nak buat awak macam tu, tapi tu je satu-satunya cara nak bagi saya dapat jumpa dan dengar suara awak setiap hari. Sebenarnya, saya kesian tengok awak. Hari-hari awak beria nak minta maaf dengan saya.

Tak lama lepas tu saya maafkan awak, tapi dengan syarat,awak kena ajar saya math. Awak dengan muka terpaksa pun setuju dengan syarat saya. Saya tahu awak terpaksa. Tengok muka dah tahu terpaksa. Bila tiba masa nak ajar saya je awak macam mengelak. Bila nampak muka saya nak tanya pasal math, awak mengeluh. Comelnyaa awak mengeluh.

Lama-lama kita jadi rapat. Awak pun dah jadi macam biasa. Saya gembira sangat, awak dah tak benci saya. Saya pun hari-hari dapat study dengan awak. Bahagianyaa saya! ^^

Tapi tu semua cerita dulu. Masa kita sekolah dulu. Betul lah tu, saya tak pernah lupa setiap masa dan kenangan yang kita ada. Kalau boleh, saya nak ulang semua tu.

Apa jadi dengan kita sekarang? Dulu, kita sama-sama usaha nak berjaya. Kita sama-sama ada untukbagi semangat. Sekarang? Mana awak?

Saya betul-betul rindu kan awak.

Awak ingat tak, kita pernah janji untuk tunai kan impian kita. Kita pernah janji untuk sentiasa ada sebagai kawan. Kita berjanji takkan putus asa. Awak pernah janji takkan tinggalkan saya. Awak janji nak jaga saya.

Ya awak. Saya ingat semua tu. In fact, saya ingat semua janji kita. Alhamdulillah, saya hampir berjaya tunai kan impian kita. Tapi kenapa awak tak tunaikan janji awak nak jaga saya. Awak kata awak takkan tinggalkan saya. Mana awak?

Hubungan kita sebagai kawan, menjadi semakin rapat. Sebagai kawan. Awak menjaga saya, saya menjaga awak. Sekali pun awak tak pernah tunjuk yang awak ada perasaan lebih dari kawan dengan saya. Sekali pun tak pernah walaupun kita semakin hari,semakin rapat.

Awak tahu, awak lelaki pertama yang pernah singgah dan menetap dihati saya untuk jangka masa yang lama. Saya tak pernah lupakan awak. Saya tak pernah bagitahu awak perkara yang sebenar. Saya tak pernah bagitahu yang sebenarnya, saya sukakan awak.

Mulanya, saya yakin, perasaan saya untuk awak wujud sebagai kawan. Takkan pernah lebih. Tapi, saya tak mampu menahan perasaan suka dan sayang itu dari datang ke hati saya.

Maafkan saya tak pernah bagitahu awak perkara yang sebenar. Saya terlalu sayang kan awak, terlalu perlukan awak. Saya risau jika awak tahu perkara sebenar, awak akan menjauhkan diri dari saya dan saya akan kehilangan awak. Saya taknak. Biarlah saya simpan perasaan saya dan saya takkan kehilangan awak, sahabat baik saya.

Awak ingat tak, saya terketuk jari saya guna tukul sebab nak gantung jam dekat kelas. Sampai biru tangan saya. Awak yang tolong carikan ais nak kurangkan bengkak jari saya. Muka awak jelas tunjukkan yang awak risau sangat dengan keadaan saya sampai nak bawa saya pergi klinik bagai. Comel sangat muka awak bila risau. Terus hilang rasa sakit saya bila tahu awak risau sangat pasal saya. Tak dapat saya lupakan wajah awak yang berkerut kerisauan masa tu. Comelnya awak! ^.^

Birthday awak, selama kita kenal dan berkawan, sekali pun saya tak pernah lupa. Awak pun sama. Setiap tahun hadiah berlainan. Setiap tahun mesti ada kek. Saya tak pernah lupa yang awak terlalu suka cheese cake sampaikan awak paksa saya belajar buat cheese cake. Untuk awak, saya buat juga. Maaf. Tahun ni tak dapat saya bagi awak favorite cake awak tu.

Banyak sangat perkara yang saya tak boleh lupakan. Awak terlalu bermakna buat saya. Awak harapan saya. Awak semangat saya. Awak beri saya cahaya baru. Awak mengajar saya semuanya.

Awak. Ingat tak? Hari ni ulangtahun persahabatan kita yang ke-8 tahun. Lama juga kan kita berkawan. Maafkan saya awak. Saya tak dapat bagi awak apa-apa hadiah. Cuma kenangan kita yang saya ada je saya boleh kongsi kan sekali. Awak tahu lah, keadaan saya tak membenarkan saya buat macam-macam untuk awak. Maafkan saya.

Terima kasih sangat awak. Awak selalu ada untuk saya. Awak selalu bagi saya semangat nak teruskan hidup walaupun kita semua tahu, saya tak ada harapan lagi. Tapi, awak bagi saya semangat, harapan baru. Maafkan saya jika saya tak menjadi sahabat yang baik untuk awak. Terima kasih sebab pulang untuk persahabatan kita. Awak sedang tunaikan janji awak untuk jaga saya. Awak memang tak pernah tinggalkan saya.

Awak, saya nak awak tahu, persahabatan kita ni, suatu yang sangat berharga bagi saya. Saya tak boleh kehilangan persahabatan kita. Saya tak mampu kehilangan awak.

Awak, saya tak kuat dah. Saya tak mampu nak ada dengan awak support awak macam dulu. Saya tak larat. Maafkan saya ye awak.

Awak, nanti bila saya dah tak ada, saya minta sangat, awak jangan menangis ye. Masa tu saya tak mampu nak bangun lap airmata awak lagi. Saya nak mampu nak tepuk bahu awak tenang kan awak. Saya tak suka tengok awak sedih-sedih. Awak senyum je ye nanti bila saya pergi. Saya suka senyuman awak tu. Awak hantarlah saya dengan senyuman awak tu, jangan hantar saya dengan airmata jantan awak tu. Awak doakanlah yang terbaik untuk saya. Kalau awak rindu saya, awak datang tempat saya, bacakan hadiah untuk saya nanti k.

Okaylah awak. Nurse ni asyik paksa saya makan ubat je. Ubat ni tak sedap lah awak. Nanti awak cipta ubat yang tak pahit dan selesa untuk pesakit macam saya ni ye. So nanti tak ada lah dorang kena makan ubat yang tak sedap ni je. Awak, chemoterapy tu tak seronok lah. Awak tak ada. Tak best tau benda tu. Saya tak suka. Sakit lah awak. Orang tu asyik paksa saya je. Menyampah tau.

Awak, last - last. Janji dengan saya, awak akan teruskan impian awak nak jadi doktor. Awak jangan lupakan saya kalau saya tak ada nanti tau. Awak jangan putus asa tau. Saya tahu awak mampu nak teruskan. Saya dah tentu-tentu tak mampu nak teruskan impian saya. Saya dapat tengok awak capai impian awak je tu pun dah cukup bermakna bagi saya.

Okay awak. Ingat tau apa yg saya bagitahu ni. Lagi satu, saya ada simpan satu kotak barang tepi katil bilik saya. Apa dalam dia? Surprise! Tunggu saya tak ada nanti baru buka dan ambil ye. Tak sabar? Nak sangat saya pergi cepat ke? Hehe

Okaylah awak. Kalau cakap dengan awak ni kan, lagi 10 tahun pun tak tentu habis. Tapi mustahil sangat lah kan saya nak bercakap dengan awak lagi 10 tahun tu. Hehe

Happy 8th anniversary of our friendship awak. Awak, saya sayang awak sangat tau. Saya hargai sangat hubungan persahabatan kita. Awak segalanya bagi saya. Terima kasih awak. Jangan lupa saya tau. Jangan rindu saya nanti. Senyum! Aipp jangan nangis lah. Apa ni nangis-nangis ni. Hares Fiqri kan lelaki macho, playboy, buaya darat. Lelaki macho, playboy, buaya darat macam awak ni mana reti nangis. Hati kental. Maluu je nangis. SENYUM!!!!

Assalamualaikum, awak!

           Sentiasa menjadi sahabatmu,
                                    -Qarissa Razak"