Monday, February 24, 2014
Memories won't fade (part one)
Saturday, February 22, 2014
Guys is an ATM machine for girls?
Selalu la juga terbaca dekat twitter and so on pasal things boys do for girls. Okay. Tak tipu. Most of it pasal boyfriend bagi present yang besar-besar dekat girlfriend. Huge teddy, huge bouquet of roses, a box of dresses, a huge box of chocolates. Dan ada juga terbaca pasal things yang girls nak boys buat untuk dorang. Contohnya macam nak boys tetibe datang memalam buat surprise bawa makanan sebab kau lapar, nak boys tetibe letak depan pintu satu box yang dalam dia ada dress, heels, accessories semua untuk kau pakai makan malam nanti dengan dia, nak boys tetibe datang bawa breakfast for girls, nak boys prepared some fireworks lah hape lah. Sweet. Memang sweet. Tapi hakikatnya? Guys. They will never do it until girls asks them to. Tu semua dalam drama je buat dik. You're on reality. Takyahlah nak berharap sangat.
Entah kenapa macam dah jadi lumrah pula bila keluar dengan partner, boys yang bayar. Seems like, girls melepaskan tanggungjawab nak bayar apa yang digunakan tu. He's not your husband yet. Kenapa nak tunggu dia juga bayar. Okay. Dia yang volunteer nak bayar. Tapi ada kau offer nak bayar sekali? Macam 50-50. Kau bayar separuh, dia bayar separuh. Kau tak offer, memang lah dia je yang bayar sorang.
Yang jenis suka bergantung dekat boyfriend tunggu boyfriend bayar movie tickets, meals tu okay lah lagi. Atau yang jenis nak pakwe kaya je. Yang jenis nak beli barang pun minta duit boyfriend apa cerita? Nak beli kasut suruh boyfriend bayar? Well boyfriend kau tu ATM ke cemana? Kau memang dah tak ada duit langsung nak bayar ke cemana? Lainlah kalau dia kata dia nak belanja sempana birthday ke anniversary ke, logik la juga. Ni tak. Kau yang merengek minta sampai hentak-hentak kaki apa pasal? Kau siapa? Kau bukan tanggungan dia. Okay sekarang aku tengah bercakap pasal couple yang tak kahwin lagi tu. Memang dia kerja nak suruh kau habis duit dia cemana? Kalau boyfriend taknak belikan, merajuk sampai taknak contact for a week. Seriously? ergh please lah. Lepas tu dok update dekat social networks merajuk dengan boyfriend cause he didn't get you what you wanted.
GIRLS please. Guys is not an ATM machine. Jangan nak beria sangat minta memacam dekat dia. Dia kerja penat weh cari duit nak sara hidup dia. Kau sesenang nak minta memacam. Kau ingat kau bini dia? Lepas tu kalau dia kerja lebih masa kau kata dia keluar dengan perempuan lain. Apa seh jenis perempuan macam kau. Please understand. Tak semua barang yang awak nak awak akan dapat dengan suruh boyfriend belikan. Duit sendiri ada kan? Beli lah guna duit sendiri. And please do not expect on guys untuk buat surprises yang macam melampau siap belikan dress letak dalam box bagai. Guys never thought about it pun kalau tak ada orang yang bagitahu. Guys is a simple creature. Dorang tak ada terfikir nak buat surprise yang sarat-sarat ni kalau tanpa kawan perempuan yang suggest. Don't expect on guys to much. Kang tak dapat awak juga kecewa.
Guys, don't worries. I know how you feel bro. Biarkan je kalau makwe jenis yang merengek sampai hentak kaki bila tak dapat apa yang dia nak. Biar dia merengek tepi tu. Dia ingat kau apa an bro. Duit sendiri simpan, duit kau dia kebas kasi licin an. Murah takpe, ni taknak kalah. Nak teddy bear yang paling besar je. Dia tak tahu harga teddy bear tu sampai beratus. Kalau dia tahu pun dia nak juga. Dia ingat kau tadah duit guna baldi belakang rumah agaknya. Biarkan je bro perempuan gitu. Aku sebagai perempuan pun sedih gak tengok perempuan gitu. Dia bukan wife kau, so kau boleh biar je dia kat situ even sampai tahap kebulur pun.
As a girl, sedih tengok perempuan gitu. Duit kau tahu taknak keluar. Duit lelaki tu, sampai koyak wallet kau kerjakan. Think rational lah. Takkan benda remeh pun semua nak berkira. Kalau macam aku, aku tak biasa guna duit orang lain melainkan dia yang kata dia nak belanja. Kalau tak, memang akan rasa bersalah madah nak bayar balik je duit yang dia dah keluarkan untuk kita. Entah lah eh, mungkin dah biasa tanggung diri sendiri. Semahal mana pun barang yang aku nak beli, selagi bukan duit aku, aku takkan beli. Even dia offer nak kasi pinjam duit ke apa, memang tak ah kan. Melainkan kalau dia beli as a present ke okay la lagi an. Tapi seriously, I'll be tolerate with guys about money. You're buying a movie tickets? okay then, I'll get the popcorn and snacks. You're paying for the dinner? Never mind, I'll fill up your petrol gas. Why should we bother about money. Tak matilah keluar sikit duit untuk pakwe awak. Always give and take untuk hubungan yang lebih harmoni. Tak adalah rasa rugi sangat kalau break nanti. (Y)
Second Chances
In case, your partners cheat on you with your own bestfriend. :O wuuuuu~ panas sangatkan contoh. okay. Sakit hati tak bila tahu pasal benda tu? Sakit kan? Bila dapat tahu your partner cheat on you even bukan dengan bestfriend pun, tak sakit hati kau? Takkan happy bergembira suka ria bersama pula kan. mesti sakit hati betul tak. And mesti rasa marah sampai kenkadang ada rasa nak hentak sensorang tu guna water jet kan? Uishh sakit hati kena tipu ni takyah cerita lah. Memang sakit sangat gamaknya. okay. He cheat on you with your bestfriend and he lied about it and still taknak mengaku. Dah lah curang, dengan kawan baik kita, dah kantoi, taknak mengaku lagi tu. Apa agaknya yang patut dorang tu dapat selayaknya? Kaki? Tak payah. Kasi je terus batu bata yang orang dok buat rumah tu. Sesuka hati dorang je nak buat gitu kan. Okay. Kau dah tahu ni pasal ni, tapi dia still taknak mengaku. Still kata tak ada apa. Dan kau pun membangangkan diri mempercayai kata-kata dusta lelaki yang sering menanam tebu di tepi bibir. Gives him a chance dengan harapan yang dia akan tunaikan janji yang taknak curang lagi. Suddenly, one day, kau dapat tahu dia curang lagi. Kali ni memang kantoi depan mata punya. Amboi bukan main mesra. Patutlah bila ajak bestfriend tu teman shopping taknak. Balik kampung jaga atuk sakit konon. Mudanya atuk kau. Mesra sangat. Patutlah bila tanya boyfriend kerja ke tak kata tak kerja tapi nak keluar lepak dengan Haziq cari barang kereta. Sampai panggung wayang cari barang kereta dengan Haziqah rupanya. Bagus sangat perangai boyfriend dengan bestfriend. Orang macam ni patut rejam je. ishhh aku pula yang geram ni.
okay. Based on what example on above, lelaki perangai begitu tak layak peluang kedua. Bukan lelaki je, kalau ada juga perempuan yang buat gitu, aku mohon, korang tarik lah dua-dua rejam guna vacuum sampai mampus. Takguna. Orang macam tu tak patut wujud dalam masyarakat. Menyusahkan orang je. okay. Aku dah terlebih emo dah ni rasanya.
That guy has cheat on you, twice. I repeat, TWICE!!! And do you still thinking to give him a second chances? g mati please. Bukan peluang kedua je, peluang pertama pun tak tentu dapat kalau dengan aku. Jangan harap.
Eh hello, please. Dia dah tipu kau. Dah curang dengan kau. Kau rasa dia layak dapat apa lagi selain dari kaki? He's not deserves a second chances at all. Kau dah bagi dia peluang sebelum ni kan. Apa lagi yang dia nak. Kalau kau bagi dia peluang kedua atas alasan sayang, mohon dengan kau-kau sekali pergi terjun gaung sana.
Move on itu senang?
Sunday, February 2, 2014
Kejam nya dunia
Its normal being judged and hurt in our daily life by people. That's what we called life. Yeah it is hurt.
Pelik. Yang kita hadapi ni hidup kita tapi kenapa orang lain sibuk sangat nak judge kita, nak menilai kita. Dan yang lagi peliknya, sometimes, kita kisah sangat pasal apa yang orang cakap sampai kita tak fikir yang kita sakit sangat hadap benda tu semua.
A word can hurt you more than a blade can do. Tahu sakit hati bila dengar orang cakap yang bukan bukan pasal kita sedangkan dia taktahu langsung apa yang kita rasa, apa yang kita hadapi. Tapi kenapa kita macam terus biarkan dunia menghukum? Kita masih dengar cakap orang dan cuba untuk menjadi macam apa yang orang mahu kita jadi sedangkan diri kita yang sebenar lain sangat. Itu menipu diri sendiri namanya.
The wounds might be heal, but the scars will remain there forever. Tak kira betapa banyak kemaafan yang kau beri bila kau dah sakitkan hati orang, tak kira apa yang kau buat, hati dia dah terluka. Mungkin boleh sembuh tapi tidak untuk jadi seperti sediakala. The scars is a prove that we're survive the most hurtful ever and never give up to achieve the most happiness moment ever. Situasi kasarnya sama dengan bila kau belajar main basikal dulu dulu masa kecik. Berapa kali kau jatuh sebab tak reti nak imbang badan. Berapa kali kaki tangan semua luka berdarah sebab jatuh. Berapa kali kau tetap cuba bangun nak belajar naik basikal tu supaya kau boleh berlagak dengan kawan-kawan yang kau boleh kayuh basikal tanpa pegang handle. Kau terus cuba dan mencuba. Sampai sekarang dah reti naik motor berkuasa tinggi yang lagi besar dari kau. Ever thought kalau dulu kau give up dari belajar imbangkan badan naik basikal tu, boleh ke kau naik motor berkuasa tinggi sekarang? Semua luka tu berbaloi dengan kesenangan yang kau hadapi sekarang. Tapi parut tu takkan hilang.
Pendapat orang tu kadang-kadang memang penting tapi tak perlu rasanya nak dengar cakap orang yang entah apa apa tak membantu langsung. Dan bila orang perlukan pendapat kau, mohon lah bagi pendapat dan kata-kata semangat yang sepatutnya. Bukan kau lagi menjatuhkan sisa-sisa semangat yang tinggal dekat dia. Dia tengah sakit tapi kau sebagai kawan, tambahkan lagi sakit dia. Kau hukum perasaan dia yang dia sendiri keliru. Patut ke macam tu? Mana perginya hati nurani sebagai kawan. Ya. Faham kau pernah alami rasa sakit yang lebih teruk tapi kau macam nak dia turut rasa sakit yang sama. Maaf cakap tapi kau kejam.
Dia dah berubah. Ya. Berubah kepada yang lebih baik. Dia taknak hidup dengan bayang-bayang masa lalu. Bagus tu. Tapi kenapa kita masih nak mengungkit apa yang pernah dia buat? Kita masih nak menghukum dia. Kita buat dia macam dia tak layak berubah. Kenapa? Kita tak tahu betapa susahnya dia nak berubah. Betapa peritnya perjalanan dia nak jadi diri dia yang sekarang. Kita tak tahu betapa terseksanya dia nak lupakan tu semua. Semua dia hadap seorang. Tak pernah minta apa-apa dari kita. Tapi kita? Senang-senang nak mengungkit. Senang-senang nak menghukum. Mana pergi nilai-nilai murni yang pernah dipupuk masa sekolah rendah dulu? Habis dekat sekolah rendah je ke? Siapa kita nak menghukum?
Sometimes, better be silent and let them questions our quietness than be speak out and let them judges us and hurt us. Its weird how people only appreciates when we're gone. Be tolerate and think about there is other people in this planet too. Not only us. Spread the love and we can feel the love.
"Kadang - kadang, lebih baik terus berdiam dan biarkan mereka mempersoalkan kesenyapan kita dari kita meluahkan dan biarkan mereka terus menghukum dan menyakitkan kita. Pelik bila manusia cuma tahu menghargai bila dah kehilangan. Bertolak ansur lah dan fikir, ada orang lain yang huni planet ni juga. Bukan cuma kita. Sebarkan rasa bahagia dan kita akan rasa kemanisannya."