Saturday, April 26, 2014
Life is Unfair
Dunia ni tak adil. Betul.
Bukan nak kata membahan orang tu salah sebab kenkadang pun aku ada buat juga tapi sebagai orang yang madah selalu kena bahan tak kira lepak dengna siapa pun, aku sangat membantah jika ada antara yang membahan secara melampau. Memanglah gelak, tapi kalau kau, sampai hati ke nak marah orang yang tengah seronok gelak kan kita dan sekali gus buat spoiled suasana? Aku tak. Some people might said, "Hek eleh. Gurau pun nak marah. Tak boleh gurau masuk surau aaa." Kalau dah membahan sampai buat orang sakit hati dan sekali gus membahan benda yang buat orang ni sakit hati, bergurau kepala anda. Beragak ah. Tu dah kira menghina. Sakit hati doh dengar even kita pun gelak sama.
Yang buat aku lagi tak puas hati bila dia bahan kita boleh, aku bahan dia nak sentap pula. Otak awak. Karma tahu karma? Kau dah seronok bahan aku, bila sampai aku nak bahan kau, kau nak sentap touching bagai. Ain't nobody got time for that. Fikir aku nak say sorry amende bagai ah? Kau menghina mengutuk aku takde pula aku dengar perkataan sorry tu keluar dari mulut kau. sepak satgi tahu. haaa
Marah k. Aku cerita dekat kau pasal tu sebab aku percaya kau. Tak sangka tetibe kau gunakan point tu nak bahan aku? Otak kau dekat mana sehh. eeee Rasa macam nak tapak-tapak je muka kau.
Tak pe. Sabar. Kawan kan. Sabar.
Thursday, April 24, 2014
[CERPEN] Biarkan ia berlalu 2
Sedang aku leka memikirkan alasan yang wajar aku berikan pada Datuk Razlan sekiranya aku lewat, tiba-tiba kedengaran satu hentaman yang tidak begitu kuat. Bunyinya seperti datang dari belakang keretaku. Aku melangkah keluar untuk melihat keadaan keretaku.
"Ya Allah! Kereta aku!" aku terkejut melihat sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna hitam melanggar belakang kereta milikku.
"Saya minta maaf. Saya cuai. Awak okay ke?" Soal pemandu terbabit.
"Ya Allah. Kenapalah. Macam mana awak bawa kereta? Kereta saya warna sikit punya terang macam ni pun awak tak nampak ke? Ke awak main handphone? Ish. Awak tahu tak bahaya main handphone sambil drive? Awak dah bahayakan pemandu lain. Tengok apa dah jadi. Nasib baik sikit je ni." ujarku panjang. Boleh pula aku membebel dekat situ.
"Zaris?" Aku terdiam sebaik mendengar nama yang disebutkan oleh pemandu terbabit. Aku mendongak untuk melihat siapa sebenarnya pemandu itu dan aku kehilangan kata-kata.
"Zaris? It's you. Zaris Dania right? You haven't change." balas lelaki itu seperti dalam nada keriangan.
"Sa... Saya tak kenal awak."
"What? Mustahilnya awak tak kenal saya. Saya lah. Kamal Khuzairi. Takkan awak tak kenal saya?"
"Saya tak kenal sesiapa dengan nama tu."
"Sayang? What's wrong? Kita akan terlambat nanti." Muncul seorang wanita dari dalam keretanya. Cantik rupa paras wanita itu. Berwajah kacukan sesuai dengan dirinya yang juga ada darah campuran cina.
"Hurm.. Macam nilah Encik, siapa nama awak tadi, Kamal ye? Macam nilah Encik Kamal, memandangkan benda ni sikit je, saya cadangkan untuk kita settle sini je. Tak payah lah buat report segala bagai ni walaupun memang dah jelas salah awak, tapi takpe. Kita settle sini je."
"Mana boleh. Saya yang salah. Saya patut bayar ganti rugi dekat awak. Kalau awak tak buat report, macam mana awak nak claim insurans?"
"Takpelah. Saya tak kisah. Saya sendiri akan bayar dekat bengkel nanti."
"Awak tak pernah nak berubah. Kalau setiap kali awak accident orang langgar awak dan awak berkelakuan macam ni, orang akan senang-senang tipu awak tahu tak?"
"Accident dengan awak je saya macam ni." ucapku perlahan.
"Apa dia?"
"Sayang? Apa yang lama sangat tu? Hurry!" wanita itu bersuara lagi. Kali ini dengan nada yang lebih manja. 'Eeee gedik betul makwe. Sepak satgi sia-sia je.'
"Ye. sabarlah." balasnya.
"Saya nak cepat ni. Takpe. Anggap je benda ini tak pernah berlaku."
"Mana saya nak jumpa awak lagi lepas ni? Boleh saya cari awak?"
"Jangan. Ini yang terakhir."
"Kenapa? Banyak benda yang saya nak cakap dengan awak."
"Saya tak kenal awak pun. Saya tak ada benda nak cakap dengan awak. Saya sibuk ni. Saya pergi dulu." Serentak dengan perkataan terakhirku, aku mengangkat kaki berlalu masuk ke dalam kereta meninggalkannya kebingungan disitu. 'Siapa dia tu? Aku tak kenal dia. Tapi macam mana dia boleh tahu nama aku? Tapi aku macam pernah nampak lah muka dia. tapi kat mana? ishh banyak betul tapi aku. hmm'
Friday, April 11, 2014
Aku rindu kau
Aku rindu kau. Sangat. Kenapa kau pergi? Aku perlukan kau. Aku suka kau. Aku sayang kau.
Waktu aku mula sayang, waktu aku mula cuba untuk faham kau, kenapa kau pergi? Kenapa kau tinggalkan aku?
2 minggu yang terlalu singkat tapi berharga buat aku. 2 minggu sepatutnya tiada apa yg harus aku ingat. 2 minggu tulah yang setiap hari aku fikirkan. Yang setiap hari aku kenang.
Sekarang, 4 bulan sejak 2 minggu itu. Kau muncul. Tapi bukan untuk aku. Waktu aku masih tak boleh terima kepergian kau tanpa aku tahu sebabnya, kau kembali menunjuk wajah tanpa sebarang rasa bersalah.
Mana hati kau? Mana perasaan kau? Apa kau manusia? Atau kau adalah buaya tanpa hati?
Senyum padaku waktu aku masih belum terima semuanya seperti tiada apa pernah berlaku antara kita? Aku mengaku kau adalah insan paling kejam yang pernah aku temui.
Kadang aku terfikir. Senangnya kau berlalu pergi. Mudahnya kau melangkah jauh selepas semua kata-kata itu.
Benarkah kenangan yang pernah jadi antara kita tu tak pernah wujud pada kau? Adakah aku hanya seorang asing yang tak pernah kau kenal?
Beri aku jawapan pada semua soalan aku. Waktu kau tunjuk muka didepan aku, jangan hanya berlalu, berhentilah. Dengar kan pada aku semua jawapan tu.
Aku tak marah. Aku cuma kecewa. Aku sakit hati.
Aku mahu dengar alasan itu. Apa pun alasan tak munasabah yang kau reka, aku mahu tahu. Aku mahu dengar.
Aku berhak tahu sebelum aku nekad untuk lupakan semua tu. Sebelum aku benar-benar lepaskan kau. Sebelum aku benar-benar buang kenangan yang pernah terjadi.
Aku penat pura-pura aku boleh bahagia tanpa kau. Aku sakit berpura aku gembira walaupun tanpa kau. Kerana aku tahu aku tak bahagia walaupun aku tengok kau bahagia kerana bahagia kau bukan dengan aku.
Aku nak tahu. Aku perlu tahu. Kerana kau masih penting dalam hidup aku. Kerana aku masih berharap pada kau. Aku tunggu kau sampai semuanya jelas.
Aku rindukan kau. Sangat rindukan kau.