Thursday, June 9, 2011

Father's day gift ideas

tak lama lagi Father's day,korang ada plan or present untuk abah / ayah / papa / daddy / walid korang? 
tak ada? 
here some tips or ideas for you guys make to be given to your dad 

1. Beri hadiah yang mereka (your dad) dah lama nak / suka 
tanya kepada ibu atau sesiapa yang rapat dengan mereka mengenai barang kesukaan mereka. hadiah tersebut akan menjadi lebih istimewa JIKA korang beli dengan duit korang sendiri. dah tak jadi hadiah dari korang lah kalau korang beli guna duit yang korang minta dari ibu korang. tu dah jadi hadiah dari ibu korang yang korang belikan. tapi mestilah dengan harga yang berpatutan ye. jangan sampai poket terlalu kering sebab beli present. sudahnya minta ayah jugak yang belanja dinner. 


2. Cari barang mereka yang dah rosak / lama dan gantikan dengan yang baru
kalau korang tengok barang yang ayah korang selalu pakai tu da rosak,belikanlah yang baru. mesti tak sampai hati kan tengok ayah kita pakai barang yang dah lama / rosak. kalau ayah korang slalu basuh kereta and dia punya car wash kit dah nak habis,rosak or what,gantikanlah dengan car wash kit yang baru. kalau ayah korang suka bercucuk tanam,belikanlah gardening kit yang baru. dan begitulah pula yang sebaliknya. 




3. Buat hadiah sendiri
buat hadiah sendiri kalau tak berapa nak mampu beli hadiah yang special. maklumlah dah tengah2 bulan nii,lagi2 student macam saya niihaa,cuti2 memanglahh poket kering mcm gurun sahara. buat present sendiri mempunyai nilai sentimental-nya yang tersendiri. selain tu,buat hadiah sendiri dari barang terpakai boleh menjimatkan duit korang yang ada dlm poket yang sememangnya dah kering. buat hadiah tu biarlah kreatif siket. supaya hadiah tu nampak lebih menarik dan cantik dari hadiah yang dibelli. mesti ayah bangga dengan korang bila dia dapat tahu yang hadiah tu korang buat special untuk dia. 



4. Hias hadiah yang dibuat / dibeli dengan lebih kreatif
hias hadiah tersebut dengan lebih kreatif supaya ia nampak lebih menarik. hiaslah dengan se-kreatif mungkin. time ni jelah untuk korang letak semua hiasan yang korang terfikir nak letak untuk ayah korang. walaupun hiasan tu nampak sarat,crowded,semak, dan penuh mesti ayah korang terima dengan hati yang terbuka sebab anak dia yang bagi kan




5. Masak  untuk mereka
Apalah salahnya kalau korang masak makanan kegemran mereka sekali-sekala. kalau tak reti belajarlah dengan ibu atau nenek korang. lagi-lagi anak perempuan. mesti mereka seronok nak makan and bangga dengan masakan korang walaupun tak brape nak sedap. nasib koranglah kalau lepas ni dia suruh korang masak untuk dia pada hari yang lain lagi. tapi apalah salahnya kan. 





6. Manisan
Maniskan muka untuk menjejakkan kaki ke dapur dan seterusnya buatlah manisan untuk mereka. kalau ayah korang ada penyakit contohnya diabetes ke janganlah buat dessert yang melampau manisnya macam tertumpah satu paket gula dalam dessert tu. kalau korang sayang ayah korang,agak-agaklah weii. hidangkan dessert tu lepas dia makan hidangan yang korang masak tadi. mesti dengan manis muka dia cakap, wahh manisnya anak ayah buat dessert. 







7. Breakfast on the bed
ucapkanlah selamat pagi kepada mereka dengan hidangan sarapan pagi di bilik mereka. pasti mereka terkejut dengan surprise tu. tak salah kalau bangun pagi awal sikit untuk buat breakfast untuk dorang. 






8. Hopes and happiness 
berilah mereka harapan dan janji untuk membahagiakan hidup mereka kelak dan akan menjadi orang yang berjaya / berguna. berilah kebahagiaan kepada mereka. tiada apa yang membuat mereka bahagia selain melihat dan menikmati kebahagiaan yang diberikan oleh anal-anak mereka. 




9. XOXO (hugs and kisses) 
peluklah dan ciumlah mereka sebaik mereka melangkah masuk kerumah selepas balik kerja dengan ucapan We love you daddy!! pasti terkejut. hugs and kisses for them,and for you hugs and kisses back. dan pastinya sepanjang malam mereka akan tersenyum.  






haaa sekarang da ada idea? 
apalagi,do it. 
inilah antara cara untuk  menunjukkan kepada mereka bahawa kitaa sayang kan mereka. 
good luck

HAPPY FATHER'S DAY to my daddy and all fathers out there!!!! 
XOXO

No comments: