Thursday, January 30, 2014

[CERPEN] Biarkan ia berlalu

Sakit hati teringatkan kata-kata kau yang amat menguris hati kecil ku. Aku juga manusia. Sampainya hati kau perlakukan aku begini. Inikah yang dimaksudkan dengan kau akan menjagaku? Semua kata-kata yang pernah kau tuturkan untuk mengambil hatiku terlintas dibenak fikiran bila mendengar kata-kata dusta menolak fakta yang kau lahirkan. Aku wanita yang punya hati yang amat rapuh. Tak menyangka insan yang amat aku cintai sanggup melakukan perkara yang pernah dijanji takkan berlaku. 

***********

"Saya janji, saya akan jaga awak. Awak selamanya dihati saya. Saya takkan sia-siakan awak dan cinta kita. Saya sayang kan awak sepenuh hati saya. Saya akan jaga awak, sayang awak sampai saya hembuskan nafas terakhir. Saya janji." 

***********

Apakah makna janji itu? Adakah janji itu hanya sekadar kata-kata mainan? 4 tahun hubungan yang dibina dihancurkan begitu saja? Sampainya hati mu. 

***********
"Nama saya, Kamal Khuzairi. Awak boleh panggil saya kamal, atau khuzairi atau sayang. Abang pun boleh. Tak payah la berencik-encik ni. Saya rimas. Kita kawan, tak payah formal sangat okay? Nama awak?" 
"Zaris Dania. Panggil Zaris je pun okay juga."
"Kalau saya nak panggil sayang?" 
"HAHAHAHA" 

Pertemuan yang tidak pernah dirancang dan disangka disebuah gedung buku akhirnya membawa kami ke sebuah cafe. Entah bagaimana hatiku tertarik untuk mengikuti dirinya ke cafe itu. Ada sesuatu pada dirinya yang membuatku ingin mengenali jejaka yang agak lucu perwatakkannya. Hatiku berkata aku mahu mengenalinya. Aku mahu tahu siapa sebenarnya Kamal Khuzairi. 

************

"Apa awak buat sini?" 
"You love surprises right. So I came. Surprise!" 
"Ya I do love surprises. Tapi ini betul-betul buat saya terkejut.

Ya dia datang. Dia hadir ke tempat kerja ku dengan 100 kuntum bunga ros merah yang diselitkan gambar kami diantaranya. 100 kuntum bungan ros merah yang dikatanya sempana 100 hari kami berkenalan. Aku langsung tidak menyedari hari ini hari yang ke berapa. Sikap nya yang spontan, lucu dan kadang kala romatik buat aku sedar, aku menyukai jejaka ini. Adakah tempoh 100 hari itu terlalu singkat untuk aku mengakui rasa cinta ini? 

************

Khabar yang aku terima sewaktu aku sedang kerja itu benar-benar mengejutkan. Pesanan ringkas yang aku terima dari nombor telefon nya buat aku cemas. 

"Kamal accident. HSI. Hope you can come a.s.a.p. -aida" 

Aku seakan ingin pitam. Dunia sekelilingku berputar terlalu pantas. Aku tak mengerti. Adakah ini hanya cubaan untuk aku? Teruk sangat ke keadaannya. Hatiku resah. Semakin lama aku disini, semakin banyak andaian yang terlintas difikiranku. Aku tinggalkan semuanya. Semua kerja ku aku biarkan terbengkalai. Aku mengambil cuti mengejut. Lantas aku menuju ke hospital yang dimaksudkan dalam pesanan ringkas sebentar tadi. Aku mahu berjumpa dengan nya. Aku mahu tahu keadaannya. Aku mahu ada dengan nya waktu susah dan senang. 

*************

"Saya minta maaf. 3 bulan ni, awak yang kena jaga saya. Saya tak mampu nak jaga awak. Patutnya saya yang jaga awak, ni awak yang jaga saya." 
"Awak sakit. Saya sebagai kawan kenalah tolong jaga awak juga. Bukan saya jaga awak 24 jam pun. Apalah sangat."
"Siapa? Siapa kawan awak? Saya kawan awak ke? Siapa kata? Tak sayang saya dah ke?"
"Ish mengada tau. Yelah sayang. Awak kan kekasih hati saya. Kalau bukan saya yang jaga awak siapa lagi nak jaga awak. kan?" 
"Haa macam tu lah. Awak sayang saya ke?" 
"Haaa lebih lah tu. Orang cakap sikit je dia lebih-lebih pula." 
"Eleh orang tanya sikit marah. Eh saya ni sakit tau. Sampai hati nak marah saya?" 
"Ish mengada-ngadanya orang sakit ni. Kalau saya tak sayang awak, dah lama saya biar awak dekat hospital tu sensorang. Takyah saya susah-susah ke hulur kehilir jaga awak tau." 
"Eh seronok juga kan sakit ni. Ada juga orang nak mengaku dia sayang kita. Selama ni susah nya lahai nak mengaku. Kalau macam ni, baik saya sakit je, tak payah sembuh." 
"Mengada!"
"Eleh yang mengada ni lah yang awak sayang tau." 

Setiap hari, ada saja perkara yang dilakukannya mencuit hatiku. Setiap tutur kata yang keluar dari mulutnya, setiap perkara yang dilakukan, membuatkan aku rasa semakin selesa apabila berada bersamanya. Dia pandai mengambil hati. Dia tidak pernah mengadu sedikit pun tentang perangai ku yang degil kadangkala aku sendiri rasa malu dengan kerenah ku, tapi dia setia melayan. Itu yang membuatkan aku bertambah suka dan aku akui perasaan yang ada padaku untuk nya kini telah menjadi sayang. Ya. Aku menyayanginya. 

*************
Petang itu, aku terima pesanan ringkas dari Aida. Dia mahu berjumpa denganku. Atas urusan apa. tidak pula diberitahu. Katanya ada hal yang harus dibincangkan. Pertemuan itu diatur disebuah cafe. Kebetulan aku tidak bekerja pada hari itu. Sama ada memang benar kebetulan Aida mahu berjumpa denganku pada hari aku bercuti atau dia memang sudah tahu aku cuti hari tu, aku tak berapa pasti. 

"Akak cuma nak tahu, apa hubungan awak dengan Kamal?" 
"Kenapa akak tanya saya macam tu? Saya dengan Kamal kawan. Macam apa yang akak nampak." 
"Tapi akak tak nampak awak dengan Kamal tu macam kawan." 
"Haaa?" 
"Awak tahu keluarga Kamal sudah ada calon menantu pilihan untuk Kamal?" 

Soalan yang ditanya Aida petang itu memang benar buat aku tertanya. Apa motifnya bertanya begitu? Dari cara dia bercakap seperti seolah-olah dia tidak senang aku berkawan dengan Kamal. Seperti dia mahu aku menjauhkan diri dari Kamal. Tapi kenapa dia tidak berterus terang denganku bahawa aku harus memutuskan hubunganku dengan Kamal. 

"Awak fikirlah baik-baik. Ini soal masa depan Kamal. Awak sanggup tengok dia dibuang keluarga semata-mata untuk bersama dengan awak? Kamal rapat benar dengan ibunya. Awak sanggup biar mereka berpisah kerana awak? Sampai hati awak pisahkan hubungan ibu dan anak? Fikir betul-betul. Kalau benar awak sayangkan Kamal, awak tahu apa yang sepatutnya awak buat. Akak cuma tak sanggup nak tengok masa depan Kamal tanpa keluarganya." 

**************

"Morning sunshine. Wake up princess. It's a brand new day. You're strong! Come on! Wake up and give me that smile. You know my day gonna be dull without your smile. Have your breakfast and I gonna give you a call on lunch time. okay? I love you more princess. Wake up!!" 

Aku tak pernah celik mata tanpa mendapat pesanan ringkas darinya. Setiap pagi, mesti aku dapat mesej yang cukup membuat aku senyum dari pagi aku membuka mata sehingga malam nanti aku menutup mata. Dia terlalu istimewa buatku. Dia terlalu sempurna untuk diriku. 

**************

"Get yourself ready. I'll pick you up at 8.
your hero,
Kamal Khuzairi."

Sejambak bunga dihantar oleh seorang lelaki ke rumahku disertakan dengan sekeping kad. Cukup buat aku tahu siapa pengirimnya. He's never can be predict. Kamal sangat gemar membuat kejutan. Sikapnya tak boleh dijangka. 

***************

Suasana romantik direstoran mewah itu membuat aku rasa dihargai. Aku dimanjakan Kamal dengan pelbagai kejutan dan kebahagiaan. Cuma aku tak tahu kejutan apa yang bakal menantiku sebentar nanti. 

"You look so beautiful. Day by day. Bagitahu saya, macam mana saya boleh tak terpikat dengan awak kalau awak setiap hari semakin cantik." 
"Awak butalah rasanya." 
"Awak sentiasa cantik dimata saya. Surprise. Happy Birthday sayang. I love you more." 

Makan malam yang diiringi gesekkan biola benar-benar buat aku rasa seperti berada dialam cerita dongeng cinderella. Selesai makan malam, dia meminta untuk aku tunggu sebentar memandangkan dia perlu ke tandas. Tanpa aku duga, dia kembali dengan bermain gitar sambil menyanyikan lagu This I promise you. Kamal memang sukar untuk dijangka. Ya aku terkejut. Benar-benar terkejut. 

"Saya tahu, saya tak sempurna untuk awak. Saya tak mampu nak berikan semua yang awak mahukan. Tapi saya akan cuba untuk buat awak rasa bahagia. Saya akan usaha untuk berikan semua yang awak nak. Sejak pertama kali saya bertemu dengan awak, hati saya tertarik dengan senyuman awak. Awak buat saya tak menentu bila teringatkan awak. Sikap awak, buat saya semakin bertambah sayang dari hari ke hari. Saya nak awak tahu, saya sayang awak. I don't care about what others might say. Awak yang penting. I'll do anything to make you feel my love. 2 is better than 1 and I'm better when I'm with you. From the moment I know you, you're my princess, my one and only. Zaris Dania, will you be a mother to my children and the queen of my heart, be with me through hard and easy?" 

Dengan sebelah lututnya dilantai dan tangannya memegang sebentuk cincin berlian yang sangat cantik dan bersinar berserta senyuman yang mencairkan hatiku, adakah ini satu lamaran darinya untukku?  

"Nobody perfect in this world. Either me or you. Saya tak minta untuk awak berikan semua yang saya mahukan. Cukup untuk awak berada dengan saya sentiasa. Yes I do like you. so much. Even, I never thought how my life would be without you. Your presence, complete me. I do believe someone will be lucky to have you. And I know, that someone is me. Yes Kamal Khuzairi, I want to be a mother to your children and the queen of your heart as long you're the king of mine. And of course, through hard and easy, you can count on me." 

***************

Perkara terindah yang pernah berlaku dalam hidupku adalah bersamamu. Tegarnya hatimu meninggalkan aku tanpa sepatah kata setelah hatiku kau miliki. Aku tidak menyangka janji itu hanya tinggal janji. Kini tiada lagi ucap selamat pagi dari mu. Tiada yang membakar semangat untuk aku terus bangun. Tiada yang cuba untuk membuat aku gelak disaat aku mahu menitiskan airmata setelah penat kau mendengar ceritaku. Tiada yang mahu datang secara tiba-tiba memberi kejutan. 

Aku tidak mengetahui apa yang berlaku keatas dirimu. Apa yang sebenarnya. Adakah semua itu hanya sandiwara yang kau mainkan untuk menghancurkan hatiku? Kau beri ku harapan dan kau biarkan semua itu hanya menjadi mimpi. Kau lebih kejam dari apa yang aku sangka. 

Selangkah kau pergi, tolong jangan kembali. Aku sedang cuba untuk meneruskan semua tanpa kau. Janji mu hanya sebuah kata-kata yang setiap insan mampu tuturkan. Kau dan mereka tiada beza. Hanya menghancurkan dan melukakan. Biarkan rasa dan kenangan itu terus berlalu tanpa kesan. Hilangkan semuanya Aku terlalu kecewa. Tolong jangan kembali. 

to be continued.....

Sunday, January 26, 2014

TOP 10 perangai customer yg buat sales coordinator bengang

Okay. Memang dah lama dah sebenarnya aku nak buat entry gini. Cuma tengah kumpul points. Memang sakit hati gila bila terfikirkan semua points ni. So ini list untuk TOP 10 perangai customers yang buat sales coordinator bengang. Let's jom check it out.

10. When we smiles to you, why not you just smile back. Susah sangat ke nak senyum balik dekat kitorang? Well yeah. Kitorang cuma sales coordinator, bukan kerja yang ada pangkat besar. Tapi memang perlu sangat untuk korang korang yang masuk butik berjenama tu buat muka berlagak mak aii sedangkan datang tengok je. Bukan beli pun. Jenis macam ni memang beria je lebih. Sometimes annoying sangat k. Mahal sangat kau punya senyum sampai kitorang senyum kau buat bodoh je? Bukan tak perasan kitorang senyum, lepas tu tweet kata staff butik berjenama berlagak macam butik tu dia punya. Woi, kitorang takkan berlagak kalau customer tak macam kau. Beria.

9. Cakap leklok boleh kan? Tak perlulah macam nak gaduh bila cakap. Kami ni pun manusia. Tahu sakit hati. Awak ingat awak je tahu sakit hati bila orang kasi service tak bagus? Oh sakit hati bila dapat service tak bagus? Nak complain? Takde sape nak layan awak punya complain tu. Sakit hati kitorang bila kau tanya somethings macam nak gaduh, macam nak marah tu taknak kira pula? We do have names. Taktahu nama at least panggil lah akak ke, adik ke, use salutation. Bukan main panggil eh eh je. Manners pernah belajar kan?

8. Tolong tolong tolong lah. Minta tolong sangat ni. Kalau nak cari baju, atau seluar atau benda yang ada saiz, tolong lah minta kitorang yang carikan. Apa guna kitorang berdiri dekat sebelah tu kalau tak suruh. Ni korang main bongkar je asal boleh sampai bersepah benda tu semua. 2 3 kerja lagi kitorang nak buat. Sorry to say tapi bukan korang je yang kitorang nak kena serve. Lepas tu pun ada juga lagi customer lain. And bila dah cakap saiz takde tu takde lah. Takkan kitorang nak tipu. Kitorang nak sales juga la weh. Yang tak percaya sampai nak cari sendiri kenapa? Ni siapa yang kerja sini ni?

7. We know where do we put our stock. You don't have to help us to find. Memang ambil masa sikit bila nak cari. Sabar kejap kitorang cari boleh kan. Ni tak ehh dia pula yang bagitahu kita stock tu semua dekat mana dekat mana. Well excuse me, sejak bila kerja sini ni? Nak ke? Kalau nak isi borang.

6. Bukan nak kata apa, tapi butik berjenama, biasalah, barang kami tu agak mahal juga. Ye, saya tahu anda mampu beli tapi jangan lah main pakai campak je bila nak try. Seliper kau campak, kasut kau campak. Memang takkan rosak kasut kalau takat campak gitu tapi have some respect ah. Pemalas nya kau sampai nak pakai seliper pun campak dari atas. Sakit hati woi tengok barang kena campak. Dengan muka berlagak kau campak seliper tu. Tapi tak beli pun. Pffttt

5. Dah tahu tempat sempit, butik kecil macam tempat aku tu, takyah la nak tolak juga troli bawa masuk dalam. Kalau time takde orang tu boleh terima lagi, kalau time tengah ramai orang, kau tolak juga troli masuk dalam sampai langgar semua cermin memang minta kaki. Kalau pecah? Nak bayar? Memang tak lah kan. Say sorry pun belum tentu. Dah terang terang dekat luar ada sign no trolley, no foods and drinks, no camera. Bukan tulis, bergambar. Tak faham juga? Sedihnya manusia sekarang, sign bergambar pun tak reti tengok.

4. Dear parents of naughty children, please behave your kids. Anak akak dah berlari sana sini, terjerit-jerit, akak boleh buat bodoh je main facebook sambil tunggu suami try baju? Wah hebat akak ni. Butik kami ada meja yang ada bucu. Kalau anak akak berlari-lari lepas tu tersadung apape terhantuk berdarah, siapa nak tanggung? Lepas tu nak saman kami sebab tak ada kesedaran tentang keselamatan? The hell akak? Akak yang dok sibuk main facebook situ, kami yang kena saman? Dekat luar butik tak ada sign kata anak anda kami jaga sementara anda memilih barangan. Sorry to say tapi, Please, Control anak anda. Butik bukan playground untuk anda melepaskan mereka bermain.

3. Rasa rasa dekat luar dah ada dah sign no foods and drinks allowed. Tapi still ada manusia yang tak reti baca sign bawa masuk makanan. Tak kisah la lagi. Ni sampai bawa masuk makanan, sampai terkena baju untuk kami jual? Kami berniaga. Anda rosakkan barang kami, siapa nak tanggung? Kalau kami jual baju putih yang terkena kotoran aiskrim baskin robbins perisa strawberry, anda nak beli ke? Taknak kan? Jadi tolonglah. Bila kami kata no cameras allowed, means tak boleh ambil gambar lah. Jangan lah dok sibuk nak menganjing kami kata ambil gambar guna handphone, bukan camera. Sorry cakap la bang eh, dekat handphone abang ada camera kan? Ambil gambar guna camera handphone kan? Camera juga kan? Cuba abang ambil gambar guna handphone cokia yang buat baling anjing takde camera tu,boleh ada ke gambarnya? Jadi tolonglah, jangan lah jadi bebal sangat menganjing kami dengan ayat gitu. Tak lawak pun. Nampak yang abang ni bebal lagi ada lah.

2. Jenis yang berlagak sangat taknak dengar kata kami memang layak tak dihormati. Berlagak sangat. Bila kami tanya dengan baik, jawab dengan baik juga boleh kan? Jangan lah berlagak sangat. Bila kami tanya saiz okay ke tak, tolonglah jawab dengan baik. Karang kalau abang beli ketat, sakit pakai, abang salahkan product kami tak selesa pakai. Karang kalau abang beli longgar sikit, dia makin mengembang, abang complain product kami cepat mengembang. Padahal abang yang tak dengar pendapat kami. Explaination kami abang taknak terima. Malas nak serve orang gini.

1. Manusia pernah buat salah. Kami manusia biasa juga. Ye kami tahu kami pun pernah tersalah bagi anda saiz ke apa ke sampai anda sendiri kena datang lagi tukar. Tu memang saya mengakui yang kami bersalah, tapi kalau datang, bagitahu kami elok elok boleh kan. Tak perlu rasanya nak marah-marah. Kami dah tolong anda simpan kasut, sebelum membayar pun kami ada kata itu last pair, tak ada lagi yang lain. Akak pun dah check banyak kali sampai ambil masa yang lama. Tiba tiba time akak datang ambil 3 bulan lepas akak bayar, akak kata kami tukar kasut akak. Tak ada siapa yang buka kasut akak tu. Apatah lagi nak keluarkan dari kotak. Tiba tiba akak kata kami tukar kasut akak dengan yang lama. Dah la tu marah-marah. Kami berniaga. Kalau customer lain dengar akak marah-marah tapi atas sebab bukan kesilapan kami, cuma salah faham, customers lain mungkin akan salah faham dan takmahu beli dari kami. Kami cari makan kak. Tolong lah. Akak dah lah cerewet. Satu kasut je kami nak kena serve dekat 1 jam lebih. Kami manusia. Cakap elok-elok pun boleh kan.

EXTRA : Bila nak jawab call atau apa pun, tolonglah buat diluar butik. Apa kejadahnya abang jawab call pasal kerja dekat dalam kedai kami tapi tak buat apa. Kalau jawab sambil try kasut ke apa boleh la terima lagi, ni takat jalan tengok-tengok sikit-sikit, cakap dekat phone lebih. Mohon keluar. Susahkan kami nak kena tunggu abang jawab call. Dah la tu, tak beli pula. Abang ingat butik kami tempat abang jawab call?

So itulah dia TOP 10. Sebenarnya rasa macam banyak lagi tapi rasa macam melebih pula kan sebab kata top 10 je kan. Eh tapi betul lah. Banyak lagi sebenarnya. Kesabaran perlu tinggi juga sebenarnya bila jadi sales coordinator ni. Kena sabar dengan perangai orang.  Apa yang aku senaraikan ni semua based on my own experiences. Yes, people like that do exists. So, mohon anda jangan jadi sebahagian dari itu. Berkemungkinan besar, aku akan sambung dan tambah lagi lain kali. Perhaps another 10 points pasal ni? Haha

Page 26 of 365

Baru hari ke 26. Tapi banyak yang aku kena terima. Sakit hati, kecewa, suka, gelak. Aku gagal nak cuba lupakan semua yang buat aku sakit masa 2013. Tak suka. Aku nak hidup happy. Bukan nak sesedih je. Lifeless la hidup madah nak sesedih je. Hari-hari sakit hati, apa yang aku dapat. Boleh gila tau macam ni. Asyik sakit hati je. Dah berapa tahun asyik sakit hati je. Jangan tanya kenapa kalau one day aku tekanan perasaan dan buat benda yang bukan-bukan.

Selalu fikir, kenapa hidup aku gini? Oh ya. Aku yang pilih jalan macam ni. Aku taknak tapi aku pilih. Kenapa? Bukan tak ada pilihan. Aku dah terlalu jauh dengan pilihan yang sepatutnya. Terlambat untuk aku berpatah balik. Terpaksa teruskan pilihan tu.

Aku tahu, dalam hidup, kita akan rasa suka dan duka. Bukan sepanjang masa kita akan happy je tanpa rasa sakit. Tapi, aku mampu ke terus kuat bila banyak yang datang cuma sakit hati?

Takkan ada pelangi tanpa hujan. Benar. Memang betul. Tapi hidup aku dah terlalu banyak hujan ribut segala. Mana pelangi tu? Penat lah.

Memang orang lain hidupnya ada yang lebih mencabar dan memang betul tak semua orang akan dapat pelangi tanpa hujan ribut or else. But at some other time, they do enjoy their life sebab dorang ada yang sayang. Masih ada yang mampu nak bagi semangat dekat dorang. Me? I'm stronger because of myself. I can't depends on others to give me strength. I have to find it by myself. Alone.

Aku penat mencari kekuatan untuk diri aku sendiri, tiba-tiba ada orang lain yang cuba nak jatuh kan aku? Hell no man. Kau ingat sesenang gitu? Memang tak lah. I might be stronger when I'm alone than I with others. Others make me weak? Yeah. Sometimes.

When I laugh too much, doensn't mean I'm not hurt inside. Sometimes, I laugh to cover all my sadness.

The wound might be heal but the scars will remain there forever. So please, think think and think before you do something or say something. Maybe it sounds okay to you but not to other person. You might hurt them. And of course they will never tell you or show it to you. Getting hurt by our trusted ones are the most hurtful feelings ever. So do take care of your love ones. Words might be sound okay but sometimes it can kills many people without you even know it.

Friday, January 17, 2014

Living my world

Its 2014 guys! So, macam mana dengan azam kita yang telah dicipta sejak malam tahun baru hari tu. Eleh. Mesti dah ke mana entah azam tu kan. Kelaut. haha. Cakap orang kau pun lebih kurang je alia. Azam tahun tahun tahun tahun lepas kau bawa ke tahun ni, baru masuk hari ke 17 tahun 2014 dah entah kemana semua azam kau tu. kah!

Living the world I used to live with the way I used to making me sometimes feeling insecure, happy, and else. Tak tahu nak describe acane. Hidup ni memang banyak yang kita kena tempuhi. Semuanya depends pada kita sendiri untuk pilih jalan tu. Kalau kita pilih untuk hidup begitu tapi tak gerak kemana untuk berubah, memang sampai bila-bila pun kita takkan berubah. If we want our life to be change into a better place for ourselves, we better make a move starting from this moment. Tak kemana lah sayang bila awak cuma kata nak berubah, nak study jadi top student tapi still lagi duduk depan laptop menghadap twitter dan facebook serta social network yang lain tanpa memikirkan assignment yang banyak menimbun. Oh ya. Ada fikir kan pasal assignment tapi kata nanti lah baru buat. Date line lambat lagi. Bagus nya pemikiran.

Okay. The world that I've been live in these 19 years is really taught me how to be strong. How to keep my smiling no matter what people do to make me cry. I do cry. Bukan kata hati keras mak aii tak pernah menangis. Aku selalu juga menangis. Tapi mungkin tak siapa yang tahu. Sengaja taknak orang tahu. Penat. Buat apa kasi orang tahu. Orang bukan kisah pun. Awak jangan beranganlah orang nak kesian bila orang tahu awak menangis sebab masalah awak yang tak seberapa tu. Masalah orang tu sendiri tak selesai. That's why I always remind myself, there's no point letting people know that you cry. Trust me, bila orang lain tahu awak menangis sebab masalah tu, 80% tak kisah apa yang awak alami dan apa yang awak rasa, 27% bangga awak hadapi semua tu dan cuma tak sampai 3% pun sebenarnya yang betul-betul peduli. Menangis untuk release tension but never let people know. Berkemungkinan besar, mereka cuma akan menambah rasa sakit yang awak rasa.

Yup.This world is unfair. Memang tak adil. Kebanyakkan orang memang sangat pentingkan diri. Mereka tak peduli tentang awak. Sebaliknya mereka akan beranggapan yang awak ni cuma menyusahkan orang. Sebab tu, amatlah digalakkan untuk kita pun turut pentingkan diri sama. Tapi tolonglah, mengalah untuk sesetengah perkara. Tak susah pun turun kan sikit ego tu. Ego tinggi melangit tak kemana lah.

Banyak kali kata penat dengan sandiwara dunia. Tapi apa yang kita mampu buat. Takkan nak bunuh diri memandangkan itu saja cara untuk selesaikan sandiwara dunia ni. Berdosa tu dik. Jangan. Sabar, Serahkan semua pada Allah swt. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. (Lain macam pula skemanya ayat aku hari ni. kah!)

Tuesday, January 7, 2014

Make you feel my love


"There's nothing I wouldn't do to make you feel my love." 

I'm crying k listening to this song. Sedih sangat. Lagu dia sedih, cara dia nyanyi sedih, tengok kawan-kawan dia semua nangis. Sedih gila aku rasa.

When the rain is blowing in your face
And the whole world is on your case
I could offer you a warm embrace
To make you feel my love

When the evening shadows and the stars appear
and there is no one there to dry your tears
I could hold you for a million years
To make you feel my love

I know, you haven't made your mind up yet
But I would never do you wrong
I've known it from the moment that we met
No doubt in my mind where you belong

I'd go hungry
I'd go black and blue
I'd go crawling down the avenue
No, there's nothing that I wouldn't do
To make you feel my love

 the storms are raging on the rolling sea
And on the highway of regret
The winds of change are blowing wild and free
You ain't seen nothing like me yet

I could make you happy

Make your dreams come true

Nothing that I wouldn't do
Go to the ends of the earth for you
To make you feel my love


Lelaki vs Perempuan?

Selalu bertelagah dengan kawan pasal apa yang perempuan boleh buat dengan apa yang lelaki boleh buat. Tapi semua perdebatan tu tak kemana pun sebab bila semua dah penat nak bagi hujah yang kadang-kadang ada juga yang tak masuk akal, semua blah pergi ke topik lain yang konon lebih menarik walhal tak penting. fuhhhhhh takde noktah seh aku type. kah!

Memang betul banyak benda yang lelaki boleh buat tetapi perempuan tak boleh buat dan vice versa. Tapi bila tengok balik dunia yang sedang pesat membangun *tetibe teringat karangan bahasa malayu spm* kebanyakkan benda dan perkara yang lelaki ceburi akan ada juga at least ada seorang wanita terselit tetibe datang entah dari mana dekat situ. K aku memang malas sebenarnya nak guna noktah ke apa benda tanda baca yang lain semua.

Actually nak cerita pasal satu perkara yang aku dengan kawan aku debatkan hari tu. Disuatu petang itu, *cewah kemain* takde customer masuk. Duduk borak lah kami apa lagi. Tiba-tiba kawan aku tu kata, "Aku rasa lelaki yang kerja bawah air-cond ni pemalas."  And I was like, "Whoa! statement. sangat berisiko." Dan masa tu bermula sesi perdebatan yang boleh kata mengarut juga lah. Dua-dua pakai bedal je apa benda yang terlintas dalam kepala otak yang boleh dibuat berdebat.

Point kawan aku ni sebenarnya gini, "Lelaki kerja air-cond ni pemalas. Yelah, bila sampai masa punch card, masuk kerja buat benda yang perempuan pun boleh buat. Housekeeping, lipat baju, kemas kaunter, tukar display sikit-sikit. Bila sampai masa makan, keluar makan yang kadang-kadang melebih waktu pula. Lepas tu masuk balik kerja, bukan buat kerja pun. Apa jelah kerja yang tinggal bila time takde orang gini. Borak, main-main. Bila bosan pergi la mengular, merokok ke. lepas tu sampai waktu balik, balik lah. Kerja-kerja gini, apa lah sangat untuk lelaki. Kerja bawah air-cond mcm kerja tak keluar peluh. serupa tak ada. Tapi sampai tak ada masa nak untuk family. Kerja masuk pagi balik petang. Kadang-kadang kerja masuk pagi sampai malam. Masa apa yang ada untuk family?"

okay. Actually panjang juga la lagi point yang kawan aku tu nak sampaikan tapi sebab panjang sangat, aku pun macam ada lupa sikit. so mungkin tu agak tak penting kot. okay.

Aku perempuan. Tapi aku 100% tak setuju dengan apa yang dia cakap tu. Lelaki kerja air-cond kerja pemalas tanpa kemahiran. Berani betul keluar statement gitu. okay. Memang betul setakat kerja lipat baju, kira stock, susun stock ke pebenda tu semua perempuan pun boleh buat. Tapi ada juga kerja bawah air-cond yang kita perempuan perlukan lelaki untuk buat supaya kerja jadi lebih senang. Such as,

Angkat stock yang berat mak aii. Bila stock yang satu carton tu berat gila datang. Dan dia datang bercarton-carton. Bukan satu. Kau nak angkat? Okay la mungkin kau nak angkat la kan memandangkan kau pun jenis yang lasak dan dah biasa buat kerja kasar gitu. Tu pun mustahil lah kau nak angkat sorang kan. Kalau aku, kau angkat ah sorang. Aku tak kuasa nak angkat stock yang berat mak aii tu. kah! Tapi kalau tempat lain staff perempuannya yang ala ala jaga sangat kuku tak kasi patah, kau ingat dorang nak angkat ke? Kau yang tak ada kena mengena ni nak ke pergi tolong angkat? Memang tak la kan. Di situ perlu nya staff lelaki yang kau tengok pemalas tu buat semua tu.

Safety. Aku sebagai perempuan rasa macam tak selamat bila kedai tak ada lelaki. Rasa tak dilindungi. Tak faham? okay. Contoh, ada customer yang psiko sangat datang kedai kau sampai kan taknak balik bila kedai nak tutup. Benda ni pernah jadi dekat aku. Customer tu sangat psiko dan menakutkan. Dia taknak balik even dia tahu kitorang dah nak tutup kedai dan sebelum tu dia datang buat kecoh. Kau perempuan ni. Satu kedai tu staff semua perempuan. Apa perempuan boleh buat dengan lelaki psiko gitu. Kau berani nak suruh dia balik tanpa menaikkan kemarahan dia? Kalau kau berani, mohon kau buat. Aku balik dulu. k? Berani mana pun kau, kau still perempuan, ingat tu. Dekat situlah guna nya staff lelaki. Mungkin dia boleh slow talk dengan brader tu cakap kedai nak tutup or what. Atau even kalau brader tu buat hal pun, ada staff lelaki yang boleh protect kita. Tak gitu?

Aku pun sebenarnya malas nihaa nak type panjang-panjang. Penat tahu penat? Kah!

So, conclusion dia dekat sini sebenarnya, tak semestinya lelaki yang boleh buat kerja perempuan bawah air-cond ni pemalas. It all depends on the person. Kalau dah orang tu sendiri pemalas, kerja bawah terik matahari pun boleh jadi pemalasnya. Takyah la kita cakap based on apa yang kita tengok je. Kita tak tahu kerja apa yang dia buat dekat sana. Kita taktahu kerja dia susah ke senang ke. Tahu cakap je. okay? *peace*

Thursday, January 2, 2014

Thank you my dearest 2013

Happy new year 2014 to every person in this world. Have a great year ahead. Enjoy your life! Cewaaahhhh. Kemain ucapan. Haha

2013 banyak sangat benda yang dah jadi. Yang happy, yang tak happy, macam-macam benda.

My dearest family, kita tahu kita banyak buat salah sepanjang 2013 ni. Kita tak dengar cakap mak dengan abah. Kita tak jaga mulut. Kita degil. I'm very very sorry for what has happened. Hopefully, tahun baru ni, kita jadi orang yang lebih berguna dan dengar cakap mak. Love you!

My dearest sahabat, aku tahu walaupun aku paling tua antara kita, aku yang paling berperangai macam budak-budak. Taktahu nak fikir secara matang. Seriously, aku bersyukur sangat dapat jumpa korang. Aku tak boleh benci 2013 sebab dalam 2013 ni lah aku jumpa korang, kenal korang, share everything dengan korang. Tahun baru ni, minta maaf sangat sangat semua salah aku dekat korang. Aku nak buka buku baru. Aku nak lupa semua yang menyakitkan hati sepanjang 2013. Nur Zaki Amanina, Fatin Syahirah, Muhammad Amran, Nor Shah Zahira, Aziemullah Firdaus, aku sayang korang. Aku minta maaf. Stay with me please.

My dearest friends, you light up my life. Thank you for the memories given. How I hope time can rewind to our greatest memories. 2013 banyak kawan baru, banyak pengalaman baru. Thank you for everything and I'm sorry for all the mistakes.

My dearest special ones, I like you. I do like you. Your smile starts everything. I love your smile. Your words, your hugs, your kisses, your scents, I miss them. Why you do this to me? Saya gembira dapat kenal awak, dapat tahu cara awak. You brought me to your life. Start dari awak senyum dekat escalator tu sampai awak bawa saya keluar kenal cara hidup awak. Walaupun sekejap, saya nak awak tahu, awak penamat 2013 saya. Kenangan kita yang tak seberapa bagi awak tu, sangat bermakna. Awak buat saya sedar betapa pentingnya fikir dulu sebelum kata "yes I do." Saya hargai semua tu. Muhd Danial Shakri, terima kasih untuk semua nya. Saya hargai. Saya takkan benci awak.

My dearest enemies, I glad you hates me. Thank you for making me stay who I am and making me stay strong. I'm not hate you that much. Aku minta maaf atas kelakuan aku yang buat korang benci aku.

"New year is the start of the new me." same bullshit every year. But still, I will make sure, aku akan jadi macam apa yang aku azam kan, at least aku akan cuba.

Happy new year! ;)