Friday, November 28, 2014

No Tears November Challenge?

Its almost end of November which is means almost near to December. Yeay! Amboi bersepah english. Hahaha.

Early of this month which is November lah kan, aku nominate diri sendiri dalam cabaran No Tears November! Jangan tanya cabaran ni siapa yang invent. Jawapan dia aku sendiri. Suka hati lah aku nak cabar apa pun. Mengarut pun aku cabar diri sendiri,kau ada? Eheemmmm. Okay lebih.

No Tears November Challenge ni aku buat semata untuk cabar diri sendiri yang gembeng cengeng sangat setiap bulan mesti nak menangis teruk teruk. Paling kurang pun sekali. Sadis nya aku ni lahaii. Baru sedar. K. So sebab dah bosan kononnya asyik menangis, malu kay senanya. Kita cabarlah diri kita yang kadang tak mampu nak sahut cabaran ni untuk tidak menangis teruk yang amet pada November. Sadisnyaaaa challenge kau aliaaa. Eeeee.

Kisah ke aku? Nak jadi azwan ali kejap. Mak tak kisah naaakkkk. Kau ado? Nan hado haaaa.

So, memandangkan November cuma tinggal lebih kurang 2 hari dan aku masih belum menangis teruk sampai bengkak mata, aku beranggapan yang aku akan berjayaaaa!!!! Wuhuu! Tapi pun tak sure lagiiiiii. Boleh gitu. Konpiden tapi tak sure gitu kens. Lol sangat.

So, kalau aku berjaya, opkos la ada rewards kan. Haaa. Ada lah menanti. Sabar lah wahai diri. Tahan sikit lagi.
December will coming and I will not let the same thing happen twice. WILL NOT! Takkan biar benda lama menghantui diri puns. Well aliaaa, its been a year kottt. Ehemmm. Okay calm.

Next month nak cabar diri untuk cabaran lain pulaaa. Seronok doh cabar diri sendiri. At least aku ada matlamat tiap bulan. It increase aku punya confidence level kottr. Bagus dohh. Macam motivated diri sendiri untuk teruskan hidup dengan tabah dan gagah serta berani. Yeay!

Tunggu next month cabaran apa pula yep. Entah sejak bila suka mencabar diri yang penakut tu. Oh ya, sejak rasa diri ni kosong tanpa matlamat. Kayyy. Tanpa matlamat. Kayyyyyyy

Fakta aku? Kau salah

Apa yang kau tahu tentang kawan kau? Tentang seseorang yang kau kata kawan baik tu kononnya? Apa yang kau tahu tentang hidup dia?

Aku? Kau kawan aku, apa yang kau tahu tentang aku? Kau mungkin kata banyak fakta tentang aku yang kau tahu. Tapi apa? Aku yakin sangat sangat apa yang kau tahu tentang aku tu salah! Paling kurang pun, tak sampai separuh hidup aku kau tahu. 35% pun belum tentu kau tahu. Sama macam mana aku taktahu tentang diri kau.

Aku tak pernah bercerita tentang hidup aku pada sesiapa. Apa yang sebenarnya berlaku pada keluarga aku. Siapa mereka. Tak pernah aku bangkitkan. Cukup untuk mereka tahu tentang yang biasa. Biar mereka tidak tahu tentang apa yang terkandung.

Aku berani bertaruh, tak seorang pun orang yang aku kenal, tahu apa yang berlaku dalam hidup aku. Tak pernah ada dalam sejarah hidup aku, seorang itu kekal dan sentiasa ada bersama kecuali keluarga.

Kau tak kenal aku. Kau tak tahu siapa aku. Aku paling benci bila dengar orang kata, dia kenal sangat aku ni siapa. Dah masak dengan perangai aku. You know absolute nothing about me. You don't even know what has happened in my whole life. Kau tak tahu apa yang aku hadap. Apa yang aku rasa. Berhentilah bercakap seolah olah engkau selalu ada dengan aku dan memahami setiap isi dan gerak langkah aku. Kerana kau tak pernah tahu.

Kau tak tahu siapa disebalik NuraliaAzila yang kau lihat selalu bergelak, tersenyum, berlawak dan kadang kala marah. Kau tak pernah tahu. Kalau kau tahu pun, semua tu salah. Percayalah cakap aku, kau salah. Kau tak boleh tahu tentang aku sikit pun dengan hanya melihat. Kau tak merasa apa yang aku rasa. Kau tak melihat apa yang aku lihat. Dan pasti, kau tak pernah tahu apa yang terjadi dalam setiap saat hidup aku.

Kalau benar kau faham dan kau tahu fakta aku, fakta hidup aku, kau dah masak sangat dengan aku, kau senaraikan satu persatu. Aku cabar kau. Aku nak tengok sejauh mana kau tahu tentang aku? Apa yang kau tahu? Tak banyak. Sebab setiap fakta yang kau kata kau tahu tu salah.

Sama ada kau sahabat, kau kawan, kau teman, atau siapa pun kau, kau tak tahu siapa sebenarnya aku. Kau taktahu apa yang aku mampu buat. Kau tak kenal aku. You don't know my true colors. Percayalah cakap aku. Kau salah. Sedang aku sendiri tak tahu siapa aku. Aku masih mencari identiti sendiri, macam mana kau boleh berkata kau cukup masak dengan perangai aku. Setiap detik hitam hidup aku kau tahu? Tidak! Jadi mohon berhenti mengeluarkan kata kata yang kau cukup masak dengan perangai aku sebab kau takkan faham siapa aku. Kau takkan tahu.

Kebahagiaan

Persoalan yang tak pernah lepas dari fikiranku. Mengapa ini yang harus aku hadapi? Dimana hak aku sebagai seorang insan untuk bahagia? Apa makna bahagia hidup aku? Sampai bila aku harus terima, bahagia itu bukan untuk aku?

Tapi setiap kali persoalan itu muncul, aku sering kali bertanya kembali pada diri. Apa yang aku sudah miliki mampu untuk buat aku bahagia? Apa yang aku lakukan setiap hari itu mampu untuk aku rasa bahagia? Bahagia itu terletak pada diri sendiri. Apa yang aku mampu tempuhi untuk kebahagiaan itu? Layak kah aku?

Kebahagiaan. Mungkin persepsinya dari sudut semua orang itu berbeza. Dari segi apa, bermula dari mana, apa tujuannya, pasti berbeza dari sudut pemikiran semua orang. Tapi yang pasti, tujuannya cuma satu. Matlamatnya satu. Satu perasaan yang muncul dalam diri tetapi sukar untuk diungkapkan.

Ada orang cinta itu kebahagiaan. Ada orang duit itu kebahagiaan. Ada orang bermewah itu kebahagiaan. Ada orang melihat orang lain bahagia itu kebahagiaan. Ada orang melihat orang menderita itu kebahagiaan. Ada orang apabila bersendiri itu kebahagiaan. Ada orang masyarakat itu kebahagiaan. Ada orang masa itu kebahagiaan. Bergantung pada diri untuk menilai dari mana kebahagiaan itu.

Diperingkat usia ini, adakah aku layak selayaknya untuk menerima dan mengecapi rasa bahagia tanpa usaha? Bergantung pada diri. Punya otak, fikir. Bukan dibuang.

Saturday, November 22, 2014

Crush bukan milik kau

Sadisnya tajuk. Lols

Lately, I've been thinking, sampai bila aku nak suka orang tak tentu hala. Suka entah sesiapa yang rupanya menyedapkan mata. Sesiapa pun. Entah orang tu bapa budak ke, suami orang ke, tunang orang ke, boyfriend orang ke. Semuanya engkau main sapu je jadi crush. Tak kenal nama pun boleh jadi engkau ni kann. Tak baik kayy. Jangan kejam sangat please.

Tapi, bila aku suka means aku suka. Suka tengok. Suka tengok dorang senyum, suka tengok tingkah laku dorang, even aku jarang jumpa pun. Aku suka tengok, bukan aku suka sampai berazam nak dapat kan pun. Tapi kalau mana yang kosong tu aku dapat tu kira bonus ah. Kahkahkah

Orang kata bila suka, jangan beria sangat. Nanti tak dapat. Tak serik ke entah dah berapa kali kau suka orang tapi kau tak pernah dapat. Kau suka dia dah berapa tahun? Rasanya macam lebih 2 tahun dah, tapi tak dapat, kenapa? Sebab kau tu perasan. Kau sorang je beria. Padahal dia tak suka kau pun. Kau je yang yeye poyo. K yang ni lebih.

Awak dah tak muda lagi la sayang oii. Bila masanya nak focus on your life goals? Kereta dan rumah sendiri sebelum kahwin? Well, rasanya sempat kot. Sebab memang takkan kahwin awal punyaa sebab boyfriend pun takpernah ada, lagikan pula nak kahwin? Banyak sangat tengok drama nii. Lols

Crush crush crush. Bosan dohhh. Bila jumpa orang baru sikit asyik nak crush je pun tak boleh jugaa. Cuba tenangkan diri dan anggap semua tu kawan. Kitaran hidup, biasalah ada kawan lelaki. Susah orang yang tak bergaul dalam masyarakat ni. Bila borak dengan jantina berlawanan, mulalah kekok, mulalah mudah jatuh hati. Erghhhh. Tension nyaaaa.
Macam nilahhh. Macam mana kalau kau, buat dek je dengan semua perasaan konon konon suka kau tuu. Takat suka tengok tu, sekali je. Lepas tu dahh. Tak payah nak cari cari lagi semata mata tak tengok orang tu. Well heyyy! Tak malu ke cari cari orang yang tak pernah cari kau. Eeee please.

Engko kalau crush dekat orang tu engko dapat peluang kenal orang tu, kau bukan bebetul ambil peluang kenal orang tu, bukan nak bebetul jaga hati dan perasaan orang tu. Ecewahhh hati dan perasaan kateko. Haaa. Bila tak dapat, kemain engko mencari, bertanya tanya kenapa dia tak turun lalu sini hari nilah, dah lama tak nampak lah, rindu lah. Euw. Tapi cuba kalau dapat, kau tak reti nak jaga perangai. Tak reti nak ambil hati orang tu. Kau merimaskan. Kau annoying. Lepas tu bila dia pergi baru kau nak sedar. Padan muka haaa. Wah marah betul ni. Haha

So, okayyy. Lepas ni taknak dah crush crush ni berbagai kayy. Kita focus je dekat life goals. How to makes your life better. Money is the key to happiness these days. Bak kata eylaa,"buat apa crush crush boyfriend la berbagai ni. Baik cari duit. Kumpul duit untuk masa depan. Lagi bagus." Lepas tu entah siapa yang beria sangat gembiranya sebab dapat whatsapp dengan crush. Duhhhh. Hahaha