Apa yang kau tahu tentang kawan kau? Tentang seseorang yang kau kata kawan baik tu kononnya? Apa yang kau tahu tentang hidup dia?
Aku? Kau kawan aku, apa yang kau tahu tentang aku? Kau mungkin kata banyak fakta tentang aku yang kau tahu. Tapi apa? Aku yakin sangat sangat apa yang kau tahu tentang aku tu salah! Paling kurang pun, tak sampai separuh hidup aku kau tahu. 35% pun belum tentu kau tahu. Sama macam mana aku taktahu tentang diri kau.
Aku tak pernah bercerita tentang hidup aku pada sesiapa. Apa yang sebenarnya berlaku pada keluarga aku. Siapa mereka. Tak pernah aku bangkitkan. Cukup untuk mereka tahu tentang yang biasa. Biar mereka tidak tahu tentang apa yang terkandung.
Aku berani bertaruh, tak seorang pun orang yang aku kenal, tahu apa yang berlaku dalam hidup aku. Tak pernah ada dalam sejarah hidup aku, seorang itu kekal dan sentiasa ada bersama kecuali keluarga.
Kau tak kenal aku. Kau tak tahu siapa aku. Aku paling benci bila dengar orang kata, dia kenal sangat aku ni siapa. Dah masak dengan perangai aku. You know absolute nothing about me. You don't even know what has happened in my whole life. Kau tak tahu apa yang aku hadap. Apa yang aku rasa. Berhentilah bercakap seolah olah engkau selalu ada dengan aku dan memahami setiap isi dan gerak langkah aku. Kerana kau tak pernah tahu.
Kau tak tahu siapa disebalik NuraliaAzila yang kau lihat selalu bergelak, tersenyum, berlawak dan kadang kala marah. Kau tak pernah tahu. Kalau kau tahu pun, semua tu salah. Percayalah cakap aku, kau salah. Kau tak boleh tahu tentang aku sikit pun dengan hanya melihat. Kau tak merasa apa yang aku rasa. Kau tak melihat apa yang aku lihat. Dan pasti, kau tak pernah tahu apa yang terjadi dalam setiap saat hidup aku.
Kalau benar kau faham dan kau tahu fakta aku, fakta hidup aku, kau dah masak sangat dengan aku, kau senaraikan satu persatu. Aku cabar kau. Aku nak tengok sejauh mana kau tahu tentang aku? Apa yang kau tahu? Tak banyak. Sebab setiap fakta yang kau kata kau tahu tu salah.
Sama ada kau sahabat, kau kawan, kau teman, atau siapa pun kau, kau tak tahu siapa sebenarnya aku. Kau taktahu apa yang aku mampu buat. Kau tak kenal aku. You don't know my true colors. Percayalah cakap aku. Kau salah. Sedang aku sendiri tak tahu siapa aku. Aku masih mencari identiti sendiri, macam mana kau boleh berkata kau cukup masak dengan perangai aku. Setiap detik hitam hidup aku kau tahu? Tidak! Jadi mohon berhenti mengeluarkan kata kata yang kau cukup masak dengan perangai aku sebab kau takkan faham siapa aku. Kau takkan tahu.
No comments:
Post a Comment