Apabila mengharap pada yang salah
Hati sakit
Hati terluka
Jiwa merana
Jiwa terseksa
Sekali pun tidak pernah ada yang ambil tahu.
Hati ini hancur
Patah
Remuk
Hingga hilang segala debunya
Entah kemana pergi serpihan hati yang merana terluka kerana perbuatan orang.
Luarannya tersenyum
Tergelak
Bahagia
Tapi dalamannya merintih
Menangis
Meraung
Tanpa siapa peduli
Dunia ini berputar
Kifarah Allah itu ada
Atas alasan itu dia bersabar
Dia mahu orang sedar
Segala kesakitan
Kedukaan
Keperitan
Yang dirasa itu membunuhnya secara perlahan.
Dunia ini tak pernah adil sepanjang hidupnya
Kejam
Tanpa mengira waktu
Hati ini rapuh
Hanya serpihan pudar
Tiada jangka hayat
Akan hilang tanpa bayang
Pergi menghilang dari radar
No comments:
Post a Comment