Thursday, December 1, 2016

You thought you had learned the lesson. But the truth is you don't. You still put your hopes up. You stay loyal for nothing. You stay here waiting for nothing.

I actually wait for the promises.

Yeah right. Promises that he never had any attention to fulfill. Promises that supposed to be an only promises.

Promises are made to be broken.

Realize that. Remember that. Open up your eyes. He's not coming back to what he has said before.

One thing, I know it hurts. But please. Please please please stop being his shadow. Stop following him. Stop trying to do something to make him stay cause he won't. He doesn't worth any seconds of your time.

Menyedari anggukan kepala itu adalah kerana keterpaksaan. Keterpaksaan menerima hakikat yang selama ini kau cuba elakkan.

Remember one thing. People's lives is not your priority.

Friday, November 18, 2016

Kau pernah nampak dia sedih? Ye. Dia tu. Dia yang selalu buat lawak, ketawa mcam takde hari esok, yang muka kerek nak mampus bila nampak orang yang lagi kerek. Dia pernah badmood. Tapi kau pernah tak tahu kenapa? Kau kata kau kawan. Apa jadi dekat dia pun kau tak tahu?

Kau tahu kenapa dia badmood? Mungkin sebab dia dah penat. Penat nak dengar cakap orang. Mungkin dia rasa dipergunakan. Orang nak something dari dia baru orang cari dia. Bila tak, they left her. Taking her for granted. It hurt her you know.

Everyone has their own dark side. Tak adil rasanya kalau kau terus menghukum bila kau cuma sekali nampak dia macam takde mood. Everyone has their own problems too. You can't expect them to be the same 24/7. It's not fair.

Kau pernah kisah kenapa tetiba dia diam je sedangkan tadi dia ketawa macam nak pecah tekak? Mungkin ada yang dia simpan. Yang tak boleh dia luahkan. Dia cuba jaga hati semua orang dengan berdiam diri. They said if you don't have something nice to say, better be quiet. And maybe sebab tu dia macam tu.

Well. Dia manusia. People make mistakes. And learn from it. Dia mungkin kecewa bila kau pecah kan kepercayaan dia dekat kau dan dia cuba berhati hati lepas tu tapi the trust is never gone. Dia tak buang terus kepercayaan dia tu in fact, dia cuba build the trust by remembering what you guys did together. And she's end up with the same heartbreak. Is it fair for her?

Listen to her. To what she's been kept all this while. She needs a great listener too.

Sunday, October 2, 2016

Still here with the same feeling for the same person. How dumb I am.

Hardest thing to do? Move on.

Kau tahu susah kan nak keluar dari perasaan suka dekat seseorang tu sebab kau dah terbiasa.

Dah biasa fikir pasal dia hari hari. Dah biasa teringat kat dia bila ada orang yang lebih kurang sama segi fizikalnya. Dah biasa teringat dia bila terbau perfume orang tu lebih kurang sama. Teringat dia bila makan makanan yang dia pernah cerita dia suka makan. Teringat dia bila tengah berjalan betapa kau berharap dia ada tengah berjalan dengan kau masa tu. You even wish he's among the crowd you've been. And yeah, he's doing fine without thinking even about your shadows.

How to get out? Get out from that feelings?

Kau kata kau dah move on bila kau dah jarang bercerita pasal dia. But deep inside, you know he's still there.

Kau tipu.

Kau ingat kau boleh lupakan semua dengan menggantikan yang baru sedangkan yang baru langsung tak ada kenangan sama yang boleh ganti.

Jarang nak dengar yang kau ni betul.

It's hurt you. I know.

Kau selalu terfikir if he's not feel the same way like you do, why is he acting like he's into you.

Dan dalam masa yang sama juga, kau terfikir, if he's into you, why did he act like he doesn't care about you at all?

Is he ever ask you whether kau dah sampai rumah belum setiap kali korang keluar by separate cars? No he didn't.

Is he ever ask you untuk teman dia kemana mana or to find anything he needed? No he's not.

Is he ever care to fulfill the promises he made? I don't even think he's remember that.

Yeah that "little" thing doesn't define anything.

You know it's hurt you the most.  You know he never cares about you the same way like you did. But why did you still there, waiting for him to realise that he has you who stand by his side in any decisions he make?

You're acting like you're trying to commit suicide. By killing yourself doing that.

Why?

Ask yourself.

Is he really worth it?

What hurt you the most is you know he's not.

Tuesday, August 23, 2016

Fakta yg kau tak pernah tahu

Aku tahu berat. Berat hati kau terima semua. Taktahu macam mana nak terus kan. You're not as strong as you thought you were. You're suffered enough. Been through everything but still didn't achieve anything that you wanted so bad is your biggest failure. Sampai bila?

Ya kau rasa ini adalah yang paling teruk dalam hidup kau. Tapi kau ingat tak masa arwah nenek kau meninggal? Betapa teruk sangat kau nangis masa tu sebab dah tak ada orang pujuk kau nanti bila kau nangis. Tak ada siapa yang akan lari dulu dapatkan kau bila kau tidur katil double decker pastu jatuh dari atas kebawah sampai patah gigi. Bila rambut kau dah panjang dan dah tak ada org nak bawa kau potong rambut ngam ngam bawah telinga sebab taknak kasi cepat panjang. Masa arwah abang ijam meninggal? Kau duduk terdiam bila mak kata abang ijam dah takde. Berapa lama baru kau boleh lupa pasal abang ijam bila kau lalu kat tempat dia accident dulu. Macam mana kau duduk tepi gate tunggu dia balik dari main bola sebab dia selalu suruh kau belikan dia teh ais dan lepas tu dia belanja kau. Bila kadang malam kau tidur bilik dia sebab kau rindu nak tengok dia main game dalam bilik. Kau terlalu muda masa tu untuk terima kehilangan berat waktu semua orang tak peduli tentang kau. Kau hilang 2 orang yang paling penting. Macam mana kau boleh terus stay strong? Because they taught you how to.

How I miss them so much. I don't even have their photo with me.

Dulu kau kuat. Kau cuma nangis bila kau kena marah. Kau tak pernah nangis sebab orang taknak kawan dengan kau. Kau tak peduli sikit pun apa orang kata pasal kau. Tapi kenapa sekarang kau tissue sangat?

Kau terduduk diam bila sekarang kau rasa ni masalah paling teruk dalam hidup. Bila kau ingat this is the worst month of your life. Kau ingat masa kau kena tarik rambut seret dari dapur sampai depan gate semata sebab abang kau lapar? Bila kau kena pijak sebab terlupa nak cuci cawan? Tangan kau, jari kau, luka sebab kena baling dengan bakul patah. Kau lupa ke?

Your childhood was awesome back then. But everything has changed when you lost 2 orang yang selalu support kau. You thought you will find that happiness when you're in secondary school. Yet that's all just your dream. Sampai kau kena tipu cikgu bila dagu kau ada kesan lebam. Kau cakap kau terjatuh sebab kelam kabut nak siap pergi sekolah padahal kena pukul sampai terhentak dekat kerusi kayu. Kena tumbuk sampai berdarah hidung. Kau pernah lupa? Paling pedih bila darah daging kau sendiri suruh kau keluar dari rumah sebab taknak kau gaduh dengan yang lain sedangkan bukan salah kau. Kau terlalu muda untuk survive sendiri. Tapi kau terima sebab kau yang paling muda. Kau yang bongsu jadi kau kena dengar cakap semua orang.

Lagi pedih bila semua orang selalu cakap kau ni menyusahkan bila minta tunggu tak sampai 5 minit sebelum kau habis kerja padahal kau selalu tunggu berjam jam lama. Tak pernah ungkit sikit pun bila kau kena tunggu sampai pukul 1 pagi padahal habis kerja pukul 11 dekat tempat dah tak ada orang. Rasa kesian tu sikit pun tak pernah ada. Lagi marah bila kau lambat sikit. Terus balik bila kau keluar lambat tak sampai 5 minit. Ye kau yang terakhir. Kau kena terima. Kau ni menyusahkan semua orang. Hidup kau tak pernah nak senangkan orang lain.

Yes, I've been abused mentally and physically. I've been through the moment bila kau jadi yang paling disayang dan kemudian jadi yang paling dibenci. Sekelip mata.

Kau tak pernah terima hakikat yang kau tak penting. Kau tak pernah menangis teruk teruk teringat betapa malang nya hidup kau. Sebab kau tahu, dalam kasar dorang pada kau, dorang sayang kau. Kau tak pernah ambil hati dengan semua tu. Sampai tahap sekarang.

Sekarang bila kau kena tinggal sikit, kau menangis. Kenapa kau cepat sangat terasa padahal dulu kau pernah lalu lebih teruk. Tissue nya kau.

Kau menangis sampai tersedu sedu sebab orang lupakan kau macam kau tak biasa. Kenapa kau tak pernah ingat sikit pun apa pernah jadi? You've been through harder than this. Kenapa nak nangis beria. Orang tak pernah peduli pun.

One time I was looking at the moon. Full moon. Thinking how great if I can turn back time. Halang abang ijam pergi kerja malam tu, tentu sekarang dia selalu ada nasihat. He's better than my own brother.

When I was about to cry these days, aku selalu ingat balik, how strong I used to be. Dulu boleh kuat takkan sekarang tak boleh, kan. Sampai satu tahap, aku tak boleh tahan dah. Please. Help. I need help.

Aku tak suka bila orang ask me to do something tapi aku tak buat. Even berat hati, selalu nya aku akan cari cara untuk buat. Aku tak suka tengok kawan aku sorang. Aku orang yang paling susah untuk cakap tidak pada orang lain. Tapi jawapan yang aku selalu dapat dari orang lain is always a no. Aku boleh menangis teruk sampai tersedu bengkak mata sepanjang malam dan pagi esok ketawa macam nak pecah tekak bagai takde hari esok. Aku masih boleh senyum kata ya dekat semua orang padahal dalam hati aku kata tak boleh. I get upset and cry in short time even masa aku tengah lunch break dan lepas tu sambung ngutuk orang lalu lalang depan kedai. I get confused with myself sometimes.

Kalau kau tak pernah tahu apa pernah jadi dalam hidup aku back then, jangan cakap kau tahu aku macam mana. Cause I'm not me bila depan kau. Kau tak kenal aku.

Sometimes they said aku paling senang orang nak predict. Tapi aku boleh jadi apa yang kau paling tak pernah sangka. They thought they know me well but they was wrong. They said aku cepat terasa but you don't know what it feels like to be ignored by people you care.

I'm a product of failure marriage. And it's not easy. Trust me you don't want to know what happened. You won't understand. None of my friends know about what has happened in my life. Aku pernah jadi kanak kanak paling bahagia bila aku selalu dapat apa aku nak sebab parents kaya and give you everything and suddenly lose everything within 5 years.

You don't know the struggle bila nampak dengan mata sendiri parents bergaduh tengah malam. Kau tak faham susah dia macam mana bila terpaksa tahan niat nak beli barang keperluan sedangkan kau tak pernah tak dapat apa kau nak.

Life is hard. But I always thought that one day, those hardships is worth. Stop judging. You don't know what I've been through. You don't know what it feels to be me.

So dear self, chin up! Kau pernah jadi lebih teruk dari ni. Kenapa nak menangis macam orang tak pernah jatuh? Kenapa lupa apa sebab kau mampu berdiri macam ni? Takkan lupa semua hardship semata sebab orang yang tak penting tu tak peduli kan kau? They don't know you. Aku tahu kau tak lupa. Let that be your strength.

Saturday, July 23, 2016

Hati mati
Berganti tanpa pengganti
Waktu berlalu
Mengejar pelangi
Hujan itu mengingati
Rasa yang tak pernah pergi
Jika apa yang dilakukan itu dirasa adil
Kau tak pernah benar
Aku takkan mampu teruskan sendiri
Apakah rasanya meneruskan ego yang kian meningkat
Aku terduduk mengutip sisa kenangan
Merendah setiap benak perasaan
Aku melempar bayangan
Ombak laut indah bertemu hujung langit merah
Burung berteriak mencari rumah
Tanpa itu fitrah kehidupan
Wahai hujan berikan bauan yang tidak pernah hilang
Duhai bulan jadilah saksi pertemuan perbuatan kenangan
Bercinta berdasar hati tanpa otak
Hati sering sendiri berkira mampu berdiri
Aku merindu setiap titis hujan waktu itu
Merindu setiap bait kata lagumu
Merindu setiap udara yang mengisi
Merindu momen antara aku kau dan kenangan
Aku
Tak pernah buang
Tak pernah terima
Dia hadir
Dia pergi
Seperti angin membawa khabar rindu
Perasaan itu tak pernah surut
Seperti rasa cinta ibu kepada anak
Tak pernah pudar
Aku masih disini
Merindu kenangan lalu takkan kembali

Seperti rasa kasih ayah kepada pencipta

Thursday, July 21, 2016

3 years of waiting. Did I get what I want? No I didn't. How does it felt? It breaks me apart. It tear me. It takes my heart. And here I am. With some pieces of broken heart.

2 years waiting for an explaination that I never get. Wasting time? Yeah it does. Do I regret on that? No I'm not. At least I know how far I can be loyal to one person. Feel stupid. Stay loyal for nothing. Pity me.

Do I still have to wait for another year? It's been fews. I'm afraid that I can't.

Dear a guy that I've been in love with,
I don't think my time has wasted. I wait if I want. I stay when I'm in love. Your past, has nothing to do with me. I don't care about it. Our future that matters. But at least let me know. I want to know you more than your friends did. I don't want to hear from others about what kind of person you are. I want to see the real you with my own eyes, not ears. I don't believe them. I believe you. But if what they said is true, and you really want to know me for who I am and you're ready to see the real me, do know me from me. Not them. I don't want to waste another year. Grown up people don't do that. Please tell me something I need to know. Don't let me questioning your attitudes towards me. Don't let me think that I'm better gone. I want to know you more. Stop keep the distance between us. It's killing me. I can't handle it. Stop giving me hopes that I'm gonna get you someday if the truth is I won't. If what I've been thinking all this while is wrong, step forward, look into my eyes, tell me the truth. Tell me about your heart through your eyes. Between us. Again, I'll wait when I want to. Don't expect for me to move on to another guys so quick cause that is not me. Yeah you know the phrase, once you've entered into my heart, you won't find the exit, cause I already lock you in.
From, the girl who fall for you since the beginning.

Monday, July 18, 2016

Pasang mata melihat
Memerhati seperti mengerti
Dedah setiap kata yang terkandung
Mempamer susuk wajah sepi
Dusta janji kelmarin hadir
Menghantui setiap pelusuk sisa jiwa tinggal
Bayang hitam mula timbul
Menjejaki kisah abadi semalam
Cinta berdusta tanpa permulaan
Diteruskan dengan adanya kata penipuan
Menipu sendiri hingga terdarah
Kau tersiksa kau merana
Mengapa tak jujur saja biar semua mengetahui
Menutup perasaan dengan kata kata tapi tidak dengan mata
Hati terpisah bagai kaca berpecah tanpa tanda
Kesempatan yang dimohon
Kerana serpihan tertinggal
Katamu aku menanti
Hati itu bukan kau saja yang memiliki
Kesempatan yang diminta tak hadir tanpa usaha
Aku berhenti
Memilih untuk pergi berhenti mencari
Berhenti memilih yang sejati
Kerana yang sejati itu
Adalah kamu
Kelmarin
Hari ini
Bahkan hari yang mendatang
Perasaan yang wujud disetiap celah keretakan hati yang tertinggal
Adalah untuk kamu

Thursday, June 30, 2016

Unforgettable experience: Krabi, Thailand

Sejak dua menjak tiga menjak ni, kemain, asyik rindu je. Rindu betul rasanya haa. Rindu Krabi senanya. Takde kena mengena dengan orang lain. Pft

Rindu krabi. Serious. Nak return balik sanaaa pleaseeee.

Tahu kenapa rindu sangat? Sebab dekat krabi ada benda yang aku takde kat sini.

Aku jarang pergi tempat jejauh. Tak suka senanya sebab takut tak selesa. Lagi nak tidur sana. Pft. Tak biasa la nak tidur bukan dekat katil sendiri. Masa nak pergi tu, tak confident aku nak pergi.

Betul ke awak nak pergi jauh ni alia? Paling jauh awak pernah pergi KL nun sana tu. Tu pun balik hari. Malaysia tak habis pusing lagi, tuptup sampai krabi nak keliling pulau katanya.

Mixed feelings masa tu. Excited. Takut pun ada.  Teruja sangaat. Sebab selalu tengok kat socmeds gambar pulau sana cantik cantik. Pasir putih tepi pantai gittew. Air jernih. So bila teringat sendiri nak pergi memang excited gilos.

Berbekal kan tak sampai seribu ringgit pun kesana, lelagi belum gaji. Tabah la pergi sana kena tahan nafsu shopping. Senanya tak terfikir pun kat sana nak shopping gegila sebab aku bukan kaki shopping pun. Tapi bila sampai sana, aku rasa macam nak balik malaysia ambek gaji lepas tu patah balik lagi shopping. Haha

Cramp kaki bontot semua bila dari siang sampai ke malam sampai ke pagi sampai ke petang duduk dalam van. Gigih nya nak sampai kat krabi dengan bajet ciput.

Aku tahan je rasa excited nak bagi tahu semua orang aku nak pergi krabi sebelum tu. Biasalah, kepoh sangat. Mana boleh tahan nafsu nak bercakap ajaa. Aku minta cuti tak lama pun. And no one actually knows I'm going there.

Lepas masuk Malaysia-thailand border pagi tu. Rasa excited tu bertambah tambah. Walaupun dah sehari tak mandi pasal duduk je dalam van membuta. Kepala otak dah terbayang bayang bilik hotel ada aircond siap ada water heater memandangkan aku pergi masa hujung tahun, musim hujan. Tak sabar gilaa nak sampai hotel, nak mandi and paling penting nak charge phone sebab batt mati dah sepanjang jalan takde hiburan. I've survived a day without smartphone!

Bila dah sampai hotel, dah check in, dah nampak katil rasa macam woooowwww. Berbaloi gilaaa rasa dengan apa yang dibayar. Hotel memang tiptop. Breakfast sedap gilaa. Katil best. Toilet best. Cuma takde siaran tv jela. Ngadap la ko iklan thailand yg org kata iklan thailand ni sedih belaka. Dan aku sedar, iklan tv thailand memang macam drama bersiri panjang dia.

Tips yang aku dapat dari akak tour guide tu, dia kata kat sana belasah je nak cakap english terabur ke pe benda. Takde sape kisah. And hotel yang aku duduk tu, Ban Aonang Resort. Dekat sangat dengan aonang beach. Puas hati walaupun bukan five star hotel. Tapi still terbaik dengan harga yang aku kena bayar untuk the whole package trip tu.

Akak tu kata lagi, next time kalau nak pergi sendiri, cari hotel yang dekat dengan Aonang Beach sebab sana ada night market,  check point untuk trip island hopping pun dekat je. Jangan cari hotel dekat bandar krabi sebab jauh dengan pantai. Jenuh nak cari transport ke laut nanti. Unless kalau korang memang jenis back packing yg suka cabaran gittew.

Benda yang paling mengagumkan bila aku dekat sana is aku tak ingat langsung orang dekat sini. Yes aku kesana nak bercuti lupa masalah kat sini tinggalkan semua. First thing aku fikir, aku nak cari tomyam. Kahkahkan hanat betei perangai datang jejauh tomyam ajaa kau ingat.

Impressed betul aku bila makan kat warung tepi jalan je pun ada wifi siap. And cara dorang hidang makanan kalah kat hotel. Nasi dgn chicken black pepper je pun. Dia punya gigih nasi tu siap bentuk love lagi ko. Sini ada? Balik balik bentuk bulat.

Malam first dekat sana tidur lena bakhanggg. Dgn comforter tebal aircond kuat padahal kat luar hujan, pukul 11.30 dah tidur konon penat sehari perjalanan. Dekat sana lambat 1 jam dari kat sini so aku consider aku tidur awal walaupun kalau ikut waktu Malaysia time tu dah 12.30.

Nak keluar pergi night market, malas ya ampuunnn. Pergi sekejap je. Survey ole ole fikir apa nak beli bawa balik. And gigih cari case handphone yang waterproof tu sebab esok nak pergi island hopping nak bawa handphone. And guess what, kakak angkat aku tu husband dia beli case tu still air masuk gak kena handphone. Untung tak rosak je.

Balik bilik pun sikit punya awal konon penat. Padahal kau dah selesa dah melantak, kat luar pun hujan get ready nak tidur je. Paling serabai abang tour guide tu cakap tak muda la tidur awal. Dia suggest kita pergi massage kat luar hotel tu je. Keluar lobi hotel tu tepi sikit je ada kedai massage. Impressed aku dengan dia dah drive satu hari santak dia boleh steady pergi jalan pergi massage lagi dengan wife dia. Yang kitorang ni dah terbongkang mengalahkan orang jalan kaki dari JB ke Krabi nun.

Eksaited nokhare bila nak pergi island hopping. Wuhuu island hopping kot. Krabi kott. Selama ni nampak dekat socmeds orang kata Phi Phi Island tu lawa gilaa. And depan mata senanya lagi lawaaaaa. Nampak kesan kesan tsunami 2004 dulu. Tetibe boleh terbayang plak macam mana kalau aku tengah jalan kat situ tetibe tsunami. Ish pemikiran masatu macam nak tinggalkan je otak taknak kasi fikir yang bebukan. Tour guide island hopping tu awesome teruk. Sampai rasa kalau nak pergi lagi, nak cari balik dia. Wawa nama dia, baik sangat tapi garang bila ada tourist yang tak ikut masa dia nak gerak.

Chicken Island la, Monkey Island la, Rabbit Island la, memacam. Baru aku teringat betapa besarnya dan hebatnya ciptaan Allah. Air laut dia lagi jernih dari air paip rumah kau.

Sekali seumur hidup terjun laut dalam nak snorkeling. Takut sebab tak reti berenang. What if aku lemas kat situ? Taknak try memula tapi aku fikir, kalau aku tak try kali ni, bila lagi aku nak try. So gigihnya aku turun speed boat tu konon nak snorkeling tapi tangan dok raba pelampung sebab takut tenggelam. Ambek gambar acacah snorkeling tapi tangan tetap tak lepas pelampung. Aku panggil akak aku sampai dia sendiri dapat tengok dalam laut tu sekejap je. Hahaha aku nampak nemo dalam laut tu! Lawa dia Ya Allah, speechless aku.

Malam sebelum balik tu, abang tu bawa kita pergi night market yang jauh sikit dari hotel sebab dia kata sana lagi banyak choice. So, night market tu besar gilaaa, sampai kita punya risau boleh sesat. Rambang mata serious memang rambang sangaaattt nampak barang. Semua benda nak grab. Murah memang murah. Harga sehelai tshirt dalam lebih kurang 100 thaibath je. Rate masa aku pergi tu dalam RM12.50 gitu la. Banyak barang beli sampai aku rasa macam aku je bawa barang paling banyak.

The day we had to leave, rasa sekejap je dekat sana. Rasa macam baru je sampai dah nak kena balik. Bila balik tu maknanya cuti dah habis and kena naik kerja. Sigh

Taknak balik.

Kitorang pergi dengan bajet. Bajet hanya cover untuk island hopping dengan hotel dekat sana je. So tak ada pergi tempat tempat best lain dekat sana. Tapi kita sempat singgah floating market dekat Hatyai on our back home which is nice sebab sana banyak makanan! Yeayy!

Habis dah berjalan dekat Thailand. Unforgettable experience. Ohh kitorang sempat gak rasa pancake Krabi yang dikatakan sedap sangat tu. Aku rasa okaylah. Rasa macam roti canai dalam dia ada nutella dengan pisang? Yeap. Sama. Satu keping tak tebal sangat tu dalam 30-50 thaibath. Yang 150 thaibath pun ada. Mahal. Huishhh ada lobster ke cane dalan tu.

One thing yang kakak aku tak puas hati is dia tak dapat cari Thai green tea dgn thai red tea yang viral masa tu kata sedap sangat. Sampai sekarang dia suruh aku dok cari. Tapi bila aku dah jumpa orang yang jual sepaket teh tu kat sini dia kata dia cuma nak secawan je. Five Jump pun ada jual benda tu secawan. Gigih aku cari untuk dia. Halahh

Okay. That's it. Trip to Krabi dengan bajet ciput tak sampai RM1k. Includes hotel dengan transportation. Hotel dengan transportation tu kira RM650 dari Seremban sampai hotel. Dari JB ke Seremban naik kereta sendiri, satu kereta 4 orang so kita divide la expenses. Jimat. Cuma kena gigih la sikit bontot tu tahan kena duduk more than 12 hours. Thaibath yang aku tukar tak sampai RM300. Dapat banyak gak la aku beli barang. Tips nak beli barang murah, beli banyak lepas tu tawar menawar. Seller kat situ semua peramah. They don't mind your language. Lantak ko la nak cakap english terabur ke pe benda. Takde sape peduli. Yang penting barang kau dapat murah.

Aku tak habis banyak sangat untuk makan. Makan pun share share je yang mana beli dekat night market tu. Buat rasa rasa, buat hilang kempunan. Those yang bajet besar boleh la spend banyak sikit untuk makan sebab makanan dia sumpah sedapp. Kamon la. Thai food kot. Sedappp. Rasa menyesal tak standby duit lebih sebab kengkonon nak stay bajet under 1k.

Dengan bajet segitu dapat pengalaman yang sangat berharga. Aku bersyukur diberi peluang untuk menikmati keindahan alam yang betul semula jadi. Kalau nak cerita penuh, ikutkan panjang lagi. Point aku senanya kat sini, aku rindu Krabi sebab aku bukan aku bila aku kat sana.

InshaAllah nak return ke sana lagi next time. Maybe kali ni dengan flight pula untuk jimat masa?

Saturday, June 25, 2016

Yes she did

She would not show that she was afraid. But being and feeling alone was too much to face. Though everyone said that she was so strong. What they didn't know is that she could barely carry on. She did gave up before. But she knew that she would be okay. So she didn't let it get in her way. 

She showed them her brightest smile to cover up everything. She's lied. She's smiling and laughing at every single pieces of words they say even though it would hurt her. She knew that she would be okay.

Taking her for granted. She'd used to. Back then until now. Either she is too kind or too dumb to realise that this world is trying to knock her down.

Berdiri sendiri benci diri. Dia berdiri tanpa sokongan. Berdiri sendiri dengan segala rasa terperosok menutup hati. Benci aksi mereka melakon watak pentas dunia. Namun dia terpalit. Terjebak dengan aksi utama menusuk jiwa.

Sepi sendiri menanti. Melihat kelibat mana mungkin merubah bersama. Tanpa sedar sendiri bayang itu. Gelap semakin pekat. Menutup bayang yang dinanti. Tenggelam disebalik rasa benci semakin menghitam.

Menabur serata manis nya kata kata. Penipuan tanpa pengakhiran. Mengharap manis itu mampu menutup kata sandiwara. Menghapus segala jejak menghakis hati.

Berdiri teguh rasa berhenti. Mengatur langkah tanpa peta. Tanpa petunjuk mereka berteka. Usah bertanya itu permintaan kalian.

Hilang disebalik senyum gelak tawa. Dia semakin lemah. Mental. Jiwanya terdera. Begitu bahagia hati menyiksa. Sesal sendiri nanti tak perlu ditanya.

She's strong. She hold her loved ones. But they never sees her. They knocked her down. They tear her apart.

Yeah she's give up. She's tired. She's done with everything. Stop asking. You wont get your answer cause it is in your heart.

Tuesday, June 21, 2016

Bicara dengan hati

Gittew. Bicara dengan hati. Hati mana hati? Ada lagi rupanya? Ingat hilang dah. Oh lupo. Ada tapi gelap. Oh patut lah

Sayang, apa yang awak boleh buat ek selain dari mencari bahan nak hancurkan hati orang lain? Apa yang ada dalam kepala otak selain dari nak musnahkan semua yang orang ada?

Tak penat ke? Berapa tahun cuba? Tak pernah nak give up ek. Bagus. Never lose hope. Terpuji betul sikap gitu.

Halah halah ko. Mukadimah takde kena mengena langsung dengan tajuk. Pe bendaaaa. Dari merepek baik pergi settle kan semua post yg tergendala. Mohon lepaskan semua imaginasi dekat cerpen konon konon ko yang tergantung semua tu. Kamon la.

Penat nak fikir nak post pasal apa ni semata nak bagi korang ada bahan nak bahan ni. Korang nak baca apa meh bagitahu princess post. Kahh

Akan jadi bahan in 3 2 1

Ada masa kau rasa nak nangis. Ada masa kau rasa macam nak tinggalkan semua nya pergi. Sebab kau dah terlalu penat nak hadap semua. Hati dah terlalu terbeban dengan semua pandangan orang lain. Betul. Pandangan orang tu tak penting tapi tu semua effect dekat kau.

Sesukar mana kau cuba berlari jauh tinggalkan semua, at the end of the day, benda tu akan balik pada kau. Masalah. Kau takkan boleh lari.

Berat hati kau nak terima semua. Tapi itu jalan yang kau kena hadap. Suka atau tak. Kau kena ambil. Terima. Telan. Hadam.

You won't get a rainbow without a little rain. So, untuk masa ini, terima lah walau apa yang kau hadap tu hujan lebat, angin kencang, tornado or even tsunami. It's life. Kau akan nampak rainbow tu nanti. Kau sendiri akan rasa rainbow tu mcm skittles. Well. Macam skittles la. Memula masam, lepas tu sedap je en. Gittew.

Aku tahu susah. Susah untuk kau hadap. Sabar tu kunci dia. Jangan dengar cakap orang boleh tak.

Kau tak boleh expect orang lain untuk faham siapa kau. Orang nampak tapi orang tak tahu. Orang tak faham. Kau sendiri kena faham siapa kau.

Aku tahu kau penat. Penat nak hadap semua benda ni. Aku tahu hati kau dah penuh dengan beban sedangkan hati kau tinggal sisa sisa yang pernah pecah.

Sisa serpihan yang tinggal tu yang paling kuat. Sebab tu boleh bertahan sampai hari ni.

Jangan percaya yang lain selain diri sendiri. Well. Jangan percaya hati. Percaya otak please. Hati kau tak selalu betul. Hati kau pentingkan diri.

Get your head to your life, yourself. Takde siapa yang lagi penting. Mohonla.

Sunday, January 17, 2016

Tak tahu

Benda dah lepas alia. Bila kau nak move on? Kau masih nampak bayang dia diantara beratus orang yang berlalu. Come on alia. Gadis hati sado? Well I don't think so.

Kenapa taknak move on? Obviously he's happy without you. You never be apart of his life. Let him be. Let the memories go.

No. Bukan taknak. Tak boleh. Aku tersepit. Antara kenangan lalu dengan realiti. Aku keliru hati aku dekat mana. Pada dia dulu atau yang lain sekarang. Aku tak jumpa hati tu.

Tak tahu.

Random facts you should know about me

Tak kisah la kau nak ambek tahu ke taknak. Yang penting aku nak post juga. So bila kau dah buka post ni kau kena baca juga. Okies?

1. I love foods! Makan. Yeay! I can think about supper later on when I have my breakfast. Well. Kita kena pandang masa depan. Kan.

2. Aku tak naik motor. I mean, bukan taknak naik. Tak reti. Yes. Even menumpang duduk belakang pun. No. Tak reti. Last naik motor dengan abang masa form 1. Itu pun 2 kali je. So no, jangan suruh cuba naik motor.

3. I didn't take public transport. Except for cabs. Yes. Again. Bukan taknak tapi tak reti. Tak pernah naik bas sorang. Tak sukaaa naik bas actually. Last naik bas masa form 3. Itu pun dengan classmates, dorang bayarkan, kita naik je. I take cabs kalau nak p memana before a lesen. Tak cerewet ok.

4. I don't eat prawn, crabs, kupang, kerang, ikan and so on. No. Tak cerewet tapi tak suka. I'm that type of person yang suka benda simple. Come on gais, kita makan nak cepat kot. I don't have much time nak kopek kulit udang ketam kupang segala. Tak ada masa nak asingkan tulang ikan. No. Actually ikan tu sebab dulu selalu tercekik tulang, so kind of phobia bila nak makan ikan. Luls

5. I don't eat sayur sawi, shitake mushrooms. Give me any kind of veges or fruits, I'll take it all except those two. Haha. Come on. Rasa dia lain kott. Well. I love foods but not those two. Haha

6. Deeply in love with music. I love music so so so much. I can sing all day. So, dear future husband, standby telinga awak untuk dengar saya melalak sepanjang hari okay. Haha

7. Shopping? Actually I'm not that kind of person. Jenis aku, aku akan survey benda aku nak beli sampai aku termimpi mimpi nak benda alah tu baru aku beli. It's about needs and wants. Kalau aku rasa aku perlu, berbulan lepas tu baru beli. Tak pernah masuk kedai atau butik lelama nak pilih barang sebab leceh. Well siapa yang spend almost 2 hours dekat satu kedai semata untuk pilih baju? So, step aku senang. Survey, masuk, bayar. Tapi biasa bila masuk, terpandang benda lain, kalau suka terus ambek. Ha ha ha

8. Writing. Yes. I love writing. Sebab biasa banyak benda aku fikir sampai kadang tu aku sendiri tak tahu apa yang aku fikir sampai aku pening. I express my feelings, my thoughts through writings. Well. Why talk while we can write?

9. I'm so bad at drawing. Nope. Never asked me to draw. Unless kalau kau memang nak gambar orang lidi tepi sawah dengan matahari dekat bucu kertas. Lol

10. Not a big fan of chocolates. Sikit okay. Tapi banyak sangat tu no. Aku tak makan milk chocolate yang plain tak ada kekacang. Sebab rasa plain je. Tak crunchy rasa macam hambar nya hidup smooth gitu je. Ha ha ha

11. Aku tak make up. Tak touch up tebal, kening lukis, kulit tebal bedak, bulu mata tambah. Nope. Tak pernah cabut bulu kening. Paling fancy make up pun, cuma foundation, mascara, lipstick. That's it. Kening I original. So mana guys yang nak cari gadis kening original dan tak lukis tu?

12. I can cook! Tell me what you want to eat. Aku akan usaha nak masak. Even tak ada masa. Oh and, tak berapa suka mengemas dapur. Suka masak, tapi tak suka kemas. Jadi future husband, saya boleh masak, awak kemas. Nampak. Winwin situation. Adil bukan.

13. I write puisi and cerpen. Yes. Jiwang. Kekek dia jiwang. Tak jiwang. Deep sikit je. Sebab tak expert. Huhu

14. Beaches!! I want to build a house dekat tepi laut. Acacah macam rumah orang putih yang dekat tepi laut tuu. Ombak, pasir, air. I love it. Kalau pergi laut, tak pernah puas. Rasanya nak kena duduk tepi tuu je sampai puas.

15. Homaigod, I love to laugh. Aku boleh gelak macam apaa hanya dengan teringat masa masa kelakar dgn orang. Yes. Teringat je pun aku boleh gelak. Sometimes, I laugh at the most random things. Hashtag mudah terhibur.

Extra: usually, I didn't tell people what I want or what I feel. I'm that kind of person kalau marah, diaaaamm je sampai rasa nak meletup. That kind of person yang simpan je apa rasa. Lepas tu menangis sorang malam malam. Kahh.

Double extra: psstt. I didn't dress up fancy. But if you see me in dress or trying to be better in front of you, you should know that I might be like you. Luls

Thursday, January 14, 2016

Bila kita berkawan dengan ramai orang, kadang kadang sikit ke banyak, mesti ada rasa tak puas hati. Rasa kecik hati.

Cerita dia macam ni. Kau ada kawan. Kau bawa kawan kau tu jumpa kawan kawan lain. Kau kalau nak buat apape yang melibatkan kawan kau, mesti kau nak semua ada. Mesti nak complete. Sebab apa? Sebab kau taknak ada orang rasa left out. Kau taknak ada yang rasa disisihkan. Sebab kau tahu macam mana rasa being left out. Rasa disisihkan.

Jadi, cerita dia macam tu lah. Kau beria nak gather orang lain sama sama untuk pengalaman dan memori yang sama tapi bila sampai turn kau, they act like you don't exist.

Cara aku senang. Aku ajak semua. Siapa nak nak sekali, great. Siapa taknak, tak paksa. Even aku tahu the answer will be no, at least aku pelawa.

Taknak cerita kecik hati la. Tak nak cerita membelakangkan. Sebab tu semua hak individu dia nak buat apa pun. Lantak la sana kan.

Satu je. Jangan sampai aku menyesal layan kau macam kawan. Jangan sampai aku mempertikaikan kewujudan kau depan aku.

Perempuan ni rumit

Sebagai seorang perempuan, gadis, wanita, sahabat, kawan, rakan sekerja, aku tak tahu apa yang kau nak antara kita. Aku tak faham cara kau.

Kalau kau rasa kau nak gunakan aku untuk kepentingan kau, kau boleh jalan cepat sikit sebab aku muak. Kalau kau rasa aku bangga kenal kau, kau dah boleh diri depan cermin lama sikit sebab aku menyampah.

Statement umum. General. Awam. Kau terasa kau ingat aku kisah ke.

Cara kau dengan aku macam air laut dengan teh ais. Takde persamaan langsung kecuali sifat nya cecair. Ingat aku peduli takat persamaan sikit gitu. Umpama kau dengan aku sama perempuan.

Bukan ke perempuan sepatutnya lebih faham perempuan? Nope.

"Lelaki susah nak faham perempuan, apa yang perempuan nak sebenarnya, macam mana kami lelaki nak faham perempuan?"

Takyah. Takyah sesusah nak faham perempuan. Sebab aku ni sendiri tak faham perempuan. Tak faham diri sendiri. Sebab tu, aku kerja nya asyik nak bergaduh dengan orang. Ada je tak puas hati sebab aku tak boleh faham dan tak boleh terima.

Perempuan ada banyak muka wahai para lelaki yang cuba nak faham perempuan diluar sana. Tak semua muka dia mampu keluarkan depan kau. Jadi, kalau kau buat macam mana pun, agak mustahil untuk kau nampak, untuk kau faham semua sudut muka dan perasaan perempuan. Dah boleh slow slow give up guys. Kahh

Ada orang tak pandang harta tapi pandang rupa. Ada orang tak pandang rupa tapi pandang hati. Ada orang tak pandang hati tapi pandang harta. Nampak? Dunia. Manusia.

Cycle dia sama. Berpusing situ juga pergi dia. Tak kemana. Erti kata lain manusia ni sebenarnya semua samaaa je. Yang beza mungkin cara, adab.

Dunia makin singkat. Manusia buat apa saja untuk survive. Termasuk, selfish.

Ada orang dia gunakan kawan untuk tolong keluarga. Ada orang guna diri sendiri untuk tolong kawan. Ada orang guna kawan untuk tolong keluarga. Ada orang gunakan diri sendiri untuk tolong keluarga.

Deep atau tak, kau punya pasal.

Satu je, manusia ni kebanyakkannya tak guna. Nampak salah semut seberang laut tapi tak nampak salah gajah sebelah bahu.

Tak adil? Tanya diri sendiri. Adakah kau begitu.