Wednesday, December 3, 2014

Menanti

Hari ini aku menanti
Menanti sesuatu yang tak pasti
Sendiri aku menanti
Menanti untuk disakiti

Dimana hatimu yang dikata tersimpan untuk aku
Yang tinggal hanya sisa cinta antara kau dan wanita itu
Dimana terpahat rasa cinta yang diagungkan mu
Yang ada hanya bait rasa benci darimu

Kelmarin kau kata kau bahagia
Bahagia dengan situasi antara kita
Hari ini kau bilang kau jemu
Tiada lagi rasa bahagia yang dikata

Mengapa begini jadinya
Apa yang kurang dengan kita
Dimana silap cinta
Bagaimana mahu memulih

Hari ini aku masih disini
Disini setia menanti
Apa kau buta tidak melihat kesetiaan dalam diri
Hanya untuk engkau aku menanti walau tahu hanya akan disakiti

Bermacam cara kau lakukan untuk aku pergi
Bermacam ragam kau lakonkan untuk membuang rasa ini

Aku hampir gagal
Berputus asa tanpa mencuba
Cuba mempertahankan cinta
Walau kau hanya pandang sebelah mata

Hari ini mungkin tidak kau lihat cinta
Hari ini mungkin kau sering perdengar kata dusta

Namun,
Aku masih menanti
Setia menanti
Menanti cinta yang tak pasti
Tiada tingkah yang mampu dibuat selain menanti

Dan untuk terakhir kali,
Ketahuilah,
Aku, mencintaimu.

Monday, December 1, 2014

H A T I

Apabila mengharap pada yang salah
Hati sakit
Hati terluka
Jiwa merana
Jiwa terseksa
Sekali pun tidak pernah ada yang ambil tahu.

Hati ini hancur
Patah
Remuk
Hingga hilang segala debunya
Entah kemana pergi serpihan hati yang merana terluka kerana perbuatan orang.

Luarannya tersenyum
Tergelak
Bahagia
Tapi dalamannya merintih
Menangis
Meraung
Tanpa siapa peduli

Dunia ini berputar
Kifarah Allah itu ada
Atas alasan itu dia bersabar
Dia mahu orang sedar

Segala kesakitan
Kedukaan
Keperitan
Yang dirasa itu membunuhnya secara perlahan.

Dunia ini tak pernah adil sepanjang hidupnya
Kejam
Tanpa mengira waktu

Hati ini rapuh
Hanya serpihan pudar
Tiada jangka hayat
Akan hilang tanpa bayang
Pergi menghilang dari radar

What I thought

I thought,
we're friends,
A good friends,
A best friends,
SAHABAT,
Through ups and downs,
through hards and ease,
Through thick and thin.

I thought,
We'll be together forever,
We're understand each other,
We'll be there for each other.

But what I never thought,
Its all lies.

And now,
You're asking to go,
You're leaving me behind alone,
You're find someone better.