Friday, July 29, 2011

kekecewaan yang melanda

sungguh kecewa. kecewa sebab.... harimau malaya TEWAS di tangan the lions yang boleh dikatakan agak 'mengelat' corak perlawannya. sungguh tak puas hati. sikit2 jatuh lah, sakit lah. ishh menyampahh. sakit hati tengok. excited nak tengok,walaupun bukan kt Bukit Jalil tapi kitorang tetap bersemangat nak tengok harimau membaham singa. tapi nak buat mcm mane, dah tak ada rezeki untuk harimau.

even though harimau malaya kalah semalam, tapi kita dapat tengok yang mereka telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. sekurang-kurangnya mereka dah melakukan yang terbaik. terima kasih kepada Khairul Fahmi Che Mat kerana telah berjaya menyelamatkan gol dari serangan bertubi-tubi dari the lions semalam. TERBAEKK~~ *boboiboy style


seronok tengok keeper no 22,Khairul Fahmi berjaya menahan gol dari singapura yang sangat dekat dan baik angle-nya.

tak menang takpe.at least ade lah jugak gol daripada takde langsung. 2018 nanti bole try lagi

GOOD JOB TIGERSS!! 

ape ape pon, masih tidak berpuas hati dengan corak permainan the lions semalam. grrrrr

Ceritera 5T1 for school's magazine Ilham

kitorang ade buat something like seloka or pantun gitu but we use CERITERA 5T1 sebab bunyi mcm antik and klasik siket. selepas beberapa hari memerah otak nak keluarkan idea untuk buat nii akhirnya kitorang berjaya menghasilkan dan menghantar sendiri pantun berdasarkan kelas kitorang untuk di publish di majalah Ilham edisi yang akan datang.


bunyi dia mcm nii :

Assalamualaikum pembuka bicara,
kami 5T1 nak bercerita,
mengenai kelas kami semua,
yang kecoh lagi ceria.


5T1 kelas kami,
calon SPM tahun ini,
13 putera 26 puteri,
39 orang semua sekali.


cantik berseri setiap hari,
mengambil kedatangan setiap pagi,
Puan Aida Mahdin nama diberi,
dia ibu,dia guru, dia kesayangan kami.


Sirajuddin ketua tingkatan kami,
mengurus kelas dengan cara sendiri,
Fatimah pula penolong kami,
menjalankan tugas dengan berdedikasi.


meminta duit setiap hari,
itulah Juwita nama diberi,
kecil molek aktif orangnya,
Jawatan setiausaha dipegang Nazura.


berjalan jalan di tepi taman,
Najua merupakan ketua kebersihan,
Amirah pula ketua keceriaan,
bila diusik kuat perasan.


berkaca mata berbaju ungu,
duduk di depan menghadap cikgu,
Fatin sebagai pengawas di kelas,
bersama Hakim menjalankan tugas.


ceria gembira senyum sentiasa,
berbaju kuning terik mentari,
menjawat jawatan pembimbing rakan sebaya,
itulah Ain nama diberi.


kesana kesini selalu bertiga,
Ella,Eka,Aeha gerangan mereka,
bila gelak tak ingat dunia,
asyik me-'reject' orang kerja mereka.


Amir,Zahrul dan Akhmal sering bersama,
berkawan rapat dengan ketua,
cikgu keluar dia pon keluar,
cikgu dah masuk dia tak ada.


dua melayu satu iban,
lain bangsa tak halang berkawan,
konsep satu Malaysia mereka amalkan,
Hasnel,Shima dan kelly tiga sekawan.


Pengerusi St John Pow Jia Cheng orangnya,
dibantu pula oleh Tze Yit,
Ooi Yee Rui dan Ooi Yee Hui sepupu sebapa,
turut bersama menyertai mereka.


duduk didepan tekun belajar,
berkulit putih Fatiha orangnya,
lain pula dengan Alia Azila,
belajar bila ada 'mood' suka hati dia je.


bercakap berborak tak henti,
walau ditegur banyak kali,
apalah nak jadi dengan dorang ni,
Jen Huey,Jia Ching, Kai le nama diberi.


putih melepak si Phang Mei Sin,
sering bersama Tee Hwee Sing,
pelajar cemerlang addmath orangnya Wai yee,
duduk didepan bersama Pei Ni.


mengutuk sudah memuji pon sudah,
selesailah sudah ini ceritera,
nama yang tak ada jangan terasa,
'sorry'lah sebab dah tak ada idea.


kami menyusun sepuluh jari,
kesalahan kami harap dimaafkan,
jasa baik cikgu kami hargai,
terima kasih kami ucapkan. 
hasil perah otak berhari-hari : alya & others 



haaa ape crite seloka kitorang. best an. kelas kitorang ade. kau ade? haha

Thursday, July 28, 2011

Harimau Malaya bertemu The Lions di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini

tergerak hati nak tulis entry nii sebab kt facebook dorang semua dok sebok cerita pasal Harimau Malaya yang akan menentang The Lions pukul 8:45 malam nii kt Stadium Nasional Bukit Jalil. mana bole jadi kalau dorang crite kt facebook psal bola. kitaa pon nak crite jugak.

sejak bilaa aku suka tengok bola pon aku tak tau. yang penting,malam nii tanak terlepas tengok kt tv2 or astro arena. mesti tengok and that's mean, Harimau Malaya pon MESTI menang! Malaysia Bolehh!!! cewahh


marilah sama-sama kita menyokong Harimau Malaya yang bakal menentang The Lions di Stadium Bukit Jalil pada jam 8:45 malam ini. kepada sesiapa yang telah mendapatkan tiket untuk menonton secara langsung,tahniah di ucapkan. sokonglah pasukan negara kita. selepas 85,000 keping tiket yang telah habis dijual tak sampai 3 hari, diharapkan pasukan kebangsaan akan mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi dari penyokong-penyokong setia dan akan menunjukkan prestasi yang lebih baik dari perlawanan pertama sabtu lalu.

ini adalah pusingan timbal balik selepas pusingan pertama kelayakan piala dunia 2014 nanti. pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar,Singapura sabtu lalu,Harimau Malaya telah tewas kepada The Lions 5-3. diharapkan pada malam ini,pasukan kebangsaan akan menebus lebih 2 gol untuk dilayakkan ke pusingan kelayakan yang seterusnya dengan kelebihan di tempat lawan. 


GO TIGERSS!!! MALAYSIA BOLEHH!!!!

kalau tak tengok live,tengoklah kt rumah atau marilah kita sama-sama mengkayakan mamak yang berdekatan dengan duduk beramai-ramai di kedai mamak meng-order air suam dan roti canai sekeping semata-mata untuk menonton perlawanan yang penting bg kitaa semuaa..

lagu kt atas tuh sangat awesome!! diharapkan dengan lagu ini,semangat pemain-pemain Harimau Malaya akan meledak untuk menumpaskan The Lions!! wooo!!! 

p/s : entry hari nii aku da rasa mcm baca dan mengarang petikan untuk berita sukan kt tv3 dahh : )

pengakuan berani mati

beranikah saya untuk membuat satu pengakuan yang mungkin akan membawa kejayaan yang seperti kejayaan seseorang memenangi pertandingan yang hadiahnya berupa rumah banglo dan kereta mewah atau kegagalan yang seperti kegagalan seseorang untuk mendaki gunung everest setelah merancang berbulan lamanya.

tu semua tak dapat dipastikan selagi saya tidak meluahkan dan menyatakan perkara yang sebenarnya.

nak cakap ke tanak? cakap,tak? cakap,tak?

kalau cakap kang,,,,

kalau tak cakap kang,,,

ishhh confuse lah

DIA inspirasi saya

haa hari nii nak cakap pasal inspiration. siapa inspirasi korang? eh eh. jangan cakap! biar saya teka. aaa ayah? ibu? Nabi Muhammad s.a.w? Tun Dr Mahathir? haa mesti ade antaranye yg betul kan? kan? kan? okayy saya tanak tau cerita inspirasi korang sebab dah sah-sah laa panjang kan,nak crite post entry kt blog korang ye :D tapi saya nak tau siapa atau apa inspirasi korang. dan hari ni saya nak cerita tentang inspirasi saya

but at first,saya nak tanya apa tuh inspirasi? based on what yang korang faham laa. Apa itu inspirasi?? based on what yang saya tau dan faham, inspirasi adalah something (whether orang atau apasaja) yang memberi kita idea atau lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu dalam life kita. now get it? :D

sekarang,my turn nak cerita pasal my inspiration. *aipp duduk situ baca sampai habis. jgn nak lari pulak* pada mulanya inspirasi saya ada dua, mummy and the best goalkeeper,Khairul Fahmi Che Mat :D ( amboii~ KFCM tau inspirasi aku. korang ade?) tapi inspirasi saya berubah sejak saya kenal dia. dia lah punya pasal sebab inspirasi saya berubah.

semua ini terjadi sejak saya mengenali dia awal tahun ini.since that,in my mind only have him. apa yang menarik sangat dengan dia tuh agaknye kan. hmm.. dia menjadi inspirasi saya sebab muka dia sama dengan KFCM. tak percaya? percayalah. cume skin colour tuh memang laa lain siket kan :D mesti korang tertanya-tanya siapa DIA tuh dengan saya sampai saya kate dia adalah inspirasi saya.haa siapa? kawan ke? abang ke? cousin ke? boyfriend ke? hooo!! no way. jawapan nya semua bukan! apatah lagi yang part boyfriend tuh. berangan jangan boleh tak alya? adoii. dia bukan sesiapa dengan saya. jarang tegur so nak kata cane? hmmm

saya pon tak tau mcm mane dia boleh jadi inspirasi saya sedangkan saya hanya mengenali dia awal tahun ini. saya suka TENGOK dia. dia smart and lain dari orang lain. saya tak kata saya suka dia. tapiii sayaaa aaa tak tau lah nak ckap macane.

inspirasi ehh. macane dia boleh jadi inspirasi saya. haa jawab jawab macane? aaa actually saya pon tak tau macane. so tak payah tanya macane boleh jadii inspirasi.

tegur pon jarang, inspirasi.. dream on lahh 


ye saya tau, it just a dream. tapi kalau dah dia menjadi inspirasi saya,saya nak buat macane? bukan nye saya nak sangat dia jadi inspirasi saya. tapi kan, macane lahh kalau dia tau yg dia inspirasi saya kan.

apa kelebihan yang ade pade dia sampai dia terpilih menjadi inspirasi saya? jawapannya hanya saya sorang yang tau. yelaa takkan nak bgtau orang pulak. kang orang kate saya gedik. ehh mane ade gedik,gedik siket je :D

haa tulahh sedikit sebanyak pasal inspirasi saya. sejak dua menjak nii asyik crite psal inspirasi je kt dorang. sampai dorang kate, "ahh sudah kau tak habes2 pasal inspirasi kau. aku panggil diaa kang" :DD

amboii sampai nak panggil dia lagii. janganlahh malu tau *ecehh taktau dlam hati "panggil lahh,panggil lahh"  hahaha gedikk laa siaa

so siapa or apa inspirasi korang? nak share tak? teringin jugak nak tau. especially awak, NURUL AMIRAH tuh ye :D

Thursday, July 21, 2011

CERAMAH MOTIVASI

ceramah yang start pukol 11 am sampai 1:05 pm tadi sungguh best dan memberi kesan yang mendalam terhadap diri aku. at first ingat yang bg ceramah tuh mcm orang tua pangkat ayah2 an. skali tengok abang-abang laa wei. mula2 start memang klaka. abang-abang tuh buat klaka. best. *smart pon smart :) main games and others. dorang ajar macane nak buat perubahan dalam diri kita. dorang ajar kita untuk berkomunikasi dengan diri sendiri sebab nanti nak exam kita kena bercakap and berkomunikasi dengan diri kita sendiri.

dorang ajar kitorang untuk menjadi lebih jujur kepada diri sendiri dan orang lain especially cikgu dgn parents. abang Shakan (abang yg bg ceramah tu) tanya siapa yang ada masalah dengan cikgu-cikgu. termasuklah yg tak siap kerja,tak hantar buku, and others angkat tangan. pastuh tengok semua yg ade kt dlm dewan tuh angkat tangan termasuklah budak2 science 1. pastuh dia tanya siapa yang hisap rokok,tak kire lah yg dah berhenti ke yang still hisap ke. mase lelaki angkat tangan tuh kitorang yg perempuan ni tengoklah pastuh abang tuh cakap "haa yang perempuan tak payah nak tengok. korang pon bukannye baik sangat." pehh ayat diaa. terkesan laa sehh. Hisham yg angkat tangan duduk depan dia,dia tanya beli rokok gune duit sape. hisham katelah duit mak bapak. dia tanya banyak kali.hisham jawablah banyak kali. pastu dia kate "mak ayah bg korang duit beli makanan tapi kenape korang curi duit mak ayah, bakar?"

pastuh dia suro kitorang tadah tangan, suro kita bayangkan kat tapak tangan kanan tuh raut wajah ibu, tapak tangan kiri raut wajah ayah. time tuh buat kitorang nangis. siapa yang tak boleh bayang tuh, cuba fikir kenape. try bayangkan lagi. dia kata "walaupun kita tak boleh bayang raut wajah mak ayah kita tapi mak ayah kita tau sekurang-kurangnya kita cuba nak bayangkan". airmata turun laju je an. even mase tuh tengah puasa. semua nangis,chinese perempuan pon ade yg nangis, lelaki pon ade yg nangis. abang tuh suro kita fikir ape yang mak ayah nak dari kita. bukan harta benda. mak ayah tak heran pon dgn harta benda kita. dia suro kitorang senaraikan harapan mak ayah kt kita. sedihh gila. first time buat julung-julung kali nye aku nangis depan orang.

pastuh dia kata, "sekarang mak ayah ada lagi kita da rase mcm kita tak perlukan dorang. bila mak ayah dah takde baru kita tau." airmata kluar da macam kluar lalu paip da. tak brenti. nasib baik tak masuk mulut. kalau tak da batal da. dia kata lagi ,"mcm mana kalau bile kita balik skola ni tengok mak ayah dah takde. macam mane" pehh tak tahan da. dia tanya siapa yang dah takde mak atau ayah. ade budak tuh dah takde ayah, abang Shakan suro bg nasihat utk kitorang yg still ade mak ayah, budak tuh kate "siape yg ade mak ayah lagi,jage ar hati dorang baik2. jgan buat dorang kecik hati. kalau mak ayah dah takde nanti pedih rase" terase mcm anak panah memburu menusuk ke hatiku. dalam betul mksud dia.

terase mcm cepat je ceramah tuh habis. meleleh airmata semua. tengok dorang semua mata merah,bengkak. memberi kesan betul lah. terasa smpai sekarang. pesan dia yang aku ingat, "kalau kau da sekali bohong cikgu, kau takkan terlepas dari pembohongan selagi kau tak berusaha nak berubah. tak mustahil kau akan tipu mak ayah kau lepas ni" lebih kurang mcm tuh la ayat dia. tak sure sangat.

thanks to abang-abang yang datang bg ceramah motivasi gelak-gelak and nangis-nangis kt kitorang. it was a fun session. we enjoyed it :) 


nama abang-abang yg aku ingat, abang Shakan, abang Haikal, abang Haziq *dorang kate abg ni handsome* and abang bro. yg lagi satu tu tak tau lahh :)


esok ade mohon restu ke ape tah. so kena bwak telekung. sesi mohon restu ni ade nangis-nangis jugak ke? :))