Sunday, September 30, 2012

Tentang Dua Rasa

Rasa yang tak perlu
Harus dibiarkan
Harus diabaikan
Harus dilupakan

Rasa yang datang tanpa jemputan
Tak layak berada disini
Tak mampu ditanggung lagi
Tak mahu diambil peduli

Rasa yang dahulunya benci
Mengapa kini harus berubah
Dalam masa singkat

Rasa itu melukakan
Rasa itu menyakitkan
Rasa itu memeritkan
Rasa itu memilukan

Sudah dikata
Rasa itu
Perasaan itu
Harus dibiarkan dari mula

Sekarang
Hati ini yang menanggung
Hati ini yang terluka
Hati ini yang terima

Benci
Kini ditukar ganti
Minat, suka, sayang
Bersilih ganti tak diminta

Keliru antara dia dan kau
Dia yang aku mahu
Dia yang aku minat
Dia yang aku suka

Tetapi kau
Kau buat aku gembira
Kau mengukirkan senyuman
Kau sentiasa ada

Rasa ini
Harus dibuang
Harus disingkirkan
Harus ditinggalkan

Rasa itu
Untuk dirinya
Dari hatiku
Akan tetap sama
Takkan berubah

Rasa ini
Untuk kau
Dari aku
Sebagai kawan

Akan cuba untuk ku buang
Supaya tidak mencemarkan
Hubungan sedia ada

Maafkan aku
Atas kata-kataku
Atas tindakan ku
Atas rasa ini
Atas segalanya

Andai kau tahu

Andai kau tahu
Senyuman pertama kau mencuri hatiku
Kata pertama kau buat ku jatuh hati
Pandangan pertama kau beri harapan
Tindakan kau buat ku cemburu

Andai kau tahu
Senyuman itu menawan hatiku
Suara itu mencairkan hatiku
Pandangan itu yang ku nanti
Tindakan itu yang ku mahu

Andai kau tahu
Aku mahu kau sedar
Aku mahu kau tahu
Aku mahu kau nampak
Aku mahu kau bertindak

Andai kau tahu
Kau sinar hati
Kau Raja dihati
Kau penyeri hati
Kau pemilik hati

Andai kau tahu
Aku sentiasa ada
Aku sentiasa berharap
Aku sentiasa menunggu
Aku sentiasa faham

Andai kau tahu
Apa yang aku mahu kau tahu
Semua yang terkandung dalam hatiku

Andai kau tahu
Rasa ini membunuhku
Rasa ini menyiksa ku
Rasa ini merimaskan ku
Rasa ini menyakitkanku

Andai kau tahu
Segalanya bermula dari kau

Andai kau tahu
Senyuman pertama itu mencucuk hatiku
Kata pertama itu punca tangisan
Pandangan pertama itu racun hati
Tindakan pertama itu pemusnah harapan

Andai kau tahu
Mungkin ini bukan penghujung nya
Mungkin ini bukan jalannya
Mungkin ini bukan caranya

Tetapi
Andai kau tahu segalanya
Mungkin ini hakikatnya
Mungkin ini realitinya
Mungkin ini takdirnya

Andai kau tahu
Aku berusaha atas segalanya
Untuk aku, kau, kita.

Andai kau tahu,
Mungkin kesudahan nya bukan begini
Mungkin segalanya berubah
Mungkin akan jadi lebih baik

Andai kau tahu,
Segala nya yang ku lakukan
Untuk kau.

Untuk kau,
Jadi milikku.

Redha :')

Setiap apa yang berlaku sama ada kita minta atau tak, kita suka atau tak, kita harus terima. Redha on everything.

Life. With only four words, it might sounds easy to get through. But obviously it's not like what we thought.
Laughs, smiles, cries, angers, misunderstands, heartbroken, loves, ambition, its all have in our life. Its like asam garam kehidupan. Buat baik dibalas baik, buat jahat di ybalas jahat. In other words, that is KARMA.

For all in my life, I've been through my kind of things. Laughs with loves ones, smiles for enemies, cries for no reason, I've loves him and my heart was broke. I've misunderstanding them. Banyak rintangan ? Yes ! And I'm used to it. And because of it, I've learn how to stay strong and stay for being me.

Walaupun banyak cabaran dan dugaan yang kita tak jangka, kita tetap harus bersabar dan kekal tabah. Even sometimes aku tak setabah itu. Senang cakap, tapi hakikatnya sangat susah untuk kita buat. Semangat orang sekeliling yang membantu kita. Contohnya, parents, siblings, friends and even enemies.

PARENTS, the one who raised us to be for who we are now. The one who gives us everything. Theres no parents who hates their own child. We could share our problems with them. I'm very sure, they must be there for when needed. Even se-busy mana pun, parents, mesti akan cari masa untuk kita. Macam masa kita kanak-kanak dulu, bila kita gaduh dengan kawan sebab dia ejek muka kita hitam sebab main panas, padahal muka dia pun sama. Atau masa kita berebut aiskrim dengan other siblings, parents lah yang mendamaikan kita. Dia yang banyak menasihatkan kita untuk berbaik dan kekal kan tali persahabatan tu. So, tak mustahil untuk kita kongsi cerita dn masalah kita dengan parents. Jangan lah bila ada masalah je cari parents, lagi-lagi kalau ada masalah duit. Baru nak cari parents nak pinjam duit. Ceit !

SIBLINGS, orang yang paling rapat dengan kita selain parents. Mesti ada yang tak rapat dengan parents tapi rapat dengan siblings. So, kalau kita lebih selesa untuk share masalah kita dengan siblings pun okay juga kan. Why not ? Siblings pun bukan orang lain. Darah daging kita juga. And if kita ada masalah dengan siblings tu sendiri, contohnya, dia suka pakai barang kita tak bagitahu kita. Tak ada siapa yang suka orang lain guna barang kita sesuka hati tak bagitahu kan. Tp tak perlulah kita nak gaduh-gaduh. settle lah cara baik. Slow talk. Takkan kita nak gaduh masam muka sedangkan kita hari-hari terserempak dengan dorang kan. Tak manis bila kalau orang luar tahu kita bermasam muka dengan adik beradik sendiri. Tak best lah kalau kita bermasam muka kalau ada masa family gathering ke apa kan. And bila kalau dorang tahu kita ada probs and need someone to talk with, mesti dia akan selalu ada untuk kita. Bagi kita semangat, nasihat, and lent us their shoulders. In facts, nasihat siblings lah yang paling kita perlukan dan kalau kita share probs dengan dorang pun kemungkinan besar probs kita tu akan tersimpan baik punya. Dan, jangan lupa, be there for them when needed. Do the same things. Boleh mengeratkan hubungan silatur rahim jugak ;)

BESTFRIENDS, for those yang tak ada siblings (anak tunggal) and lebih selesa dengan kawan, why not share probs dengan dorang. Tapi ingat ! Pastikan bestfriends tu boleh dipercayai dan kita percaya. Bukan apa takut pulak nanti bila kita dah cerita masalah kita dengan dorang, and dorang dah bagi kita kata-kata semangat, dorang cerita dekat orang lain pasal tu semua dan putar belit cerita. Silap hari bulan orang lain tu boleh salah anggap dengan kita. Tapi kalau dah cerita dekat orang lain pasal yang kita bagitahu dia, tu bukan bestfriend dah kan.

ENEMIES, the one who always find ways to blames us on everything and always accuse us with no reason. How can enemies gives us strength to stay strong ? Smile and laughs is the only weapons to get them down. Always remember, they are our enemies because they hate us. And of course its include our happiness. Enemies might hate to see us happy, smiles, laughs, and living like in heaven. They hate to see us having everything. And they will find a thousand way to get us down. But ! We can't be like they want to. Don't ever let them get us down. But, stay strong, stay to be who we are, and hides our sadness. Don't ever show our weakness infront of them but always show them our strength. Strength to live without them. The only key is stay strong, stay to be who we are, and keep smiles and laughs.
Remember ! If one person hate us, there's a thousand billion people who loves us and gonna stand there for us.

Redha on everything. Bukan suruh berserah saja tapi terima dengan hati terbuka. Kekal kuat, dan kita mampu redha on everything ;)

Saturday, September 1, 2012

September Wishes :)

1. To be a better person than before.
2. Friends and family MUST comes first.
3. NO crush things !
4. More laughs !
5. Less tears. Pleasee ~
6. Everybody is your friends.
7. Takes everything as fates.
8. Forgot all reason for me to cry.
9. Have some savings, please.
10. Control my anger.
11. Follow my heart.
12. To be a better daughter.
13. Loves who I used to hate.
14. Ignore strangers words.
15. Be more friendly

Friday, August 31, 2012

What happen to us ?

Dear king of my heart,

For all this time, I know theres many things I did that didn't pleased you. I'm sorry for all my doings. I love you and I always will.

You're like a brother, a best friend, an enemy, a father, a hero to me. No one could replace you.

I know, its hard for you to hear me saying that magical words 'Iloveyou' from my own mouth using my own voice. It is not because I didn't love you but it is because my love is too expensive, exclusive and limited. Only just for you. And I also doesn't want you to get bored of my love because I keep saying the same things.

I know, you've been too much patient and get your ego lower when you're with me. But I never realize that. I'm sorry. That was my bad.

Right here, Right now, if theres some room for me to stay in your heart, Can I have this Dance ? A dance that we used to. Its Now or Never. If I didn't tell you that I don't wanna Walk Away from your heart, I might be lose you. That night, I could never forget that night. At that moment, all I know is I Just Wanna be With You and until now, it is our Night to Remember. And now, I want that night, that second chance, that old you. All I know right now is I Want it All moment I have with you :*

Monday, August 13, 2012

Memori Kita :')

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tetapi kenapa setiap pertemuan menggembirakan harus diakhiri dengan perpisahan yang sungguh sukar untuk diterima oleh insan berhati rapuh yang mudah tersentuh ini. Adil kah Tuhan perlakukan aku begini ? Kebahagiaan sementara yang aku alami, ditarik secara halus dan perlahan. Sesungguhnya, hakikat bahawa mereka tiada lagi menceriakan hari-hariku, sungguh sukar dan terlalu pahit untukku terima. Mengapa ini semua berlaku padaku ? Mengapa Tuhan tidak membenarkan mereka berada denganku pada masa yang lama. Namun, aku terpaksa akur dengan takdir yang mahu kami berpisah demi masa depan masing-masing yang lebih cerah.

    Aku mengenalinya semasa tingkatan 4. Pada mulanya aku tak suka berada sekelas dengan pelajar yang ku sangkakan sombong dan berlagak sejak tingkatan 2. Pada saat aku mengenalinya, segala tanggapan ku pada nya meleset. Dia benar-benar berbeza. Dia ibarat kakak dan teman yang mungkin tiada gantinya pada diriku. Aku boleh percaya padanya. Dia menceriakan hariku dengan telatahnya yang kadangkala seperti anak kecil. Sayang sekali, diriku terlalu bodoh dan buta sehingga kami bergaduh besar hanya kerana perkara yang sia-sia. Sampainya hatiku, memulakan semua sengketa itu. Maafkan aku, teman. Namun, sehingga kali terakhir aku temuinya beberapa minggu lalu, dirinya sama sekali tidak berubah. Dia masih yang sama. Aku hampir menitiskan airmataku tetapi aku mampu bertahan. Dari mata, dan riak wajahnya, tergambar seribu kekecewaan terhadapku. Aku tahu, dia juga hampir menitiskan airmata. Maafkan aku. Aku tak pernah lupakan kau.

    Sedari sekolah rendah. Namanya sudah sebati dalam hidupku. Sebut saja namanya, pasti tergambar sikapnya yang ceria dan sentiasa membuat kami gelak ketawa. Berpisah selama 2 tahun semasa tingkatan 1 dan 2, tak membuatku lupa akan perwatakannya yang peramah dan seorang yang ceria itu. Tanpa dia, kami ibarat sebuah kumpulan yang tiada ketua. Pilihan kami melantiknya sebagai penolong ketua tingkatan selama 2 tahun sungguh tepat. Dia tegas tetapi masih memikirkan sahabatnya. Aku tak pasti jika dia masih mengenali ku tetapi aku pasti, dia masih lagi orang yang sama.

    Gelak tawanya dan jeritannya yang memanggil namaku setiap kali tanganku mendarat memukul pehanya, tak pernah ku lupa. Bahkan, kalau boleh, aku mahu merakam dan memainkan suaranya apabila aku rindukan dia. Dia yang memberiku nasihat ketika hatiku yang hanya sekuat tisu,menghadapi dugaan hidup sebagai pelajar tingkatan 5. Aku gemar mengganggunya. Aku suka dia menjerit namaku. Namun kini, hubungan kami agak renggang. Mungkin kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Walau apa pun, aku merinduimu.


    Aku menghargai setiap orang temanku. Walaupun bukan dengan cara yang engkau harapkan, tetapi aku menghargaimu dengan caraku. Jujur ku katakan, setiap perkara yang berlaku antara kita semua bagaikan baru berlaku semalam. Segalanya masih jelas dalam ingatanku. Aku yakin, walau selama mana kita berpisah, kenangan kita selama 2 tahun akan kusimpan seeloknya dimemori ingatanku. tidak ada yang tertinggal sedikit pun. Semuanya istimewa bagiku. Tiada yang kurang. Kau cahayaku tatkala aku berada dalam kegelapan. Tangisan ini, takpernah kering setiap kali aku teringat kan kau semua. Setiap 40 orang dikelas 4T1 dan 5T1 tak pernah sedikit pun ku lupa. Kalaulah masa boleh diputar semula dan dibekukan. Aku hanya mahu waktu kita bersama.

    Dearest 5T1, I love you and I miss you more than you guys ever thought. Aku ingin memohon maaf atas segala kesalahan yang telah ku lakukan selama aku bersama kalian. Masa terbaik dalam hidupku adalah masaku bersama kalian. Maafkan aku kerana tak berkesempatan bersama kalian sewaktu kalian keluar bersama. Aku berharap aku boleh pergi, tetapi tuntutan kerja memaksaku membatalkan niatku itu. Lain hari mungkin sewaktu kau semua tak sesibuk sekarang, kita boleh keluar berhibur bersama. Aku menunggu saat itu. Forgive me for what I've ever done. You guys are my friends, siblings, enemies and lovers. Your places in my heart would never be replace.