Tuesday, January 7, 2014

Make you feel my love


"There's nothing I wouldn't do to make you feel my love." 

I'm crying k listening to this song. Sedih sangat. Lagu dia sedih, cara dia nyanyi sedih, tengok kawan-kawan dia semua nangis. Sedih gila aku rasa.

When the rain is blowing in your face
And the whole world is on your case
I could offer you a warm embrace
To make you feel my love

When the evening shadows and the stars appear
and there is no one there to dry your tears
I could hold you for a million years
To make you feel my love

I know, you haven't made your mind up yet
But I would never do you wrong
I've known it from the moment that we met
No doubt in my mind where you belong

I'd go hungry
I'd go black and blue
I'd go crawling down the avenue
No, there's nothing that I wouldn't do
To make you feel my love

 the storms are raging on the rolling sea
And on the highway of regret
The winds of change are blowing wild and free
You ain't seen nothing like me yet

I could make you happy

Make your dreams come true

Nothing that I wouldn't do
Go to the ends of the earth for you
To make you feel my love


Lelaki vs Perempuan?

Selalu bertelagah dengan kawan pasal apa yang perempuan boleh buat dengan apa yang lelaki boleh buat. Tapi semua perdebatan tu tak kemana pun sebab bila semua dah penat nak bagi hujah yang kadang-kadang ada juga yang tak masuk akal, semua blah pergi ke topik lain yang konon lebih menarik walhal tak penting. fuhhhhhh takde noktah seh aku type. kah!

Memang betul banyak benda yang lelaki boleh buat tetapi perempuan tak boleh buat dan vice versa. Tapi bila tengok balik dunia yang sedang pesat membangun *tetibe teringat karangan bahasa malayu spm* kebanyakkan benda dan perkara yang lelaki ceburi akan ada juga at least ada seorang wanita terselit tetibe datang entah dari mana dekat situ. K aku memang malas sebenarnya nak guna noktah ke apa benda tanda baca yang lain semua.

Actually nak cerita pasal satu perkara yang aku dengan kawan aku debatkan hari tu. Disuatu petang itu, *cewah kemain* takde customer masuk. Duduk borak lah kami apa lagi. Tiba-tiba kawan aku tu kata, "Aku rasa lelaki yang kerja bawah air-cond ni pemalas."  And I was like, "Whoa! statement. sangat berisiko." Dan masa tu bermula sesi perdebatan yang boleh kata mengarut juga lah. Dua-dua pakai bedal je apa benda yang terlintas dalam kepala otak yang boleh dibuat berdebat.

Point kawan aku ni sebenarnya gini, "Lelaki kerja air-cond ni pemalas. Yelah, bila sampai masa punch card, masuk kerja buat benda yang perempuan pun boleh buat. Housekeeping, lipat baju, kemas kaunter, tukar display sikit-sikit. Bila sampai masa makan, keluar makan yang kadang-kadang melebih waktu pula. Lepas tu masuk balik kerja, bukan buat kerja pun. Apa jelah kerja yang tinggal bila time takde orang gini. Borak, main-main. Bila bosan pergi la mengular, merokok ke. lepas tu sampai waktu balik, balik lah. Kerja-kerja gini, apa lah sangat untuk lelaki. Kerja bawah air-cond mcm kerja tak keluar peluh. serupa tak ada. Tapi sampai tak ada masa nak untuk family. Kerja masuk pagi balik petang. Kadang-kadang kerja masuk pagi sampai malam. Masa apa yang ada untuk family?"

okay. Actually panjang juga la lagi point yang kawan aku tu nak sampaikan tapi sebab panjang sangat, aku pun macam ada lupa sikit. so mungkin tu agak tak penting kot. okay.

Aku perempuan. Tapi aku 100% tak setuju dengan apa yang dia cakap tu. Lelaki kerja air-cond kerja pemalas tanpa kemahiran. Berani betul keluar statement gitu. okay. Memang betul setakat kerja lipat baju, kira stock, susun stock ke pebenda tu semua perempuan pun boleh buat. Tapi ada juga kerja bawah air-cond yang kita perempuan perlukan lelaki untuk buat supaya kerja jadi lebih senang. Such as,

Angkat stock yang berat mak aii. Bila stock yang satu carton tu berat gila datang. Dan dia datang bercarton-carton. Bukan satu. Kau nak angkat? Okay la mungkin kau nak angkat la kan memandangkan kau pun jenis yang lasak dan dah biasa buat kerja kasar gitu. Tu pun mustahil lah kau nak angkat sorang kan. Kalau aku, kau angkat ah sorang. Aku tak kuasa nak angkat stock yang berat mak aii tu. kah! Tapi kalau tempat lain staff perempuannya yang ala ala jaga sangat kuku tak kasi patah, kau ingat dorang nak angkat ke? Kau yang tak ada kena mengena ni nak ke pergi tolong angkat? Memang tak la kan. Di situ perlu nya staff lelaki yang kau tengok pemalas tu buat semua tu.

Safety. Aku sebagai perempuan rasa macam tak selamat bila kedai tak ada lelaki. Rasa tak dilindungi. Tak faham? okay. Contoh, ada customer yang psiko sangat datang kedai kau sampai kan taknak balik bila kedai nak tutup. Benda ni pernah jadi dekat aku. Customer tu sangat psiko dan menakutkan. Dia taknak balik even dia tahu kitorang dah nak tutup kedai dan sebelum tu dia datang buat kecoh. Kau perempuan ni. Satu kedai tu staff semua perempuan. Apa perempuan boleh buat dengan lelaki psiko gitu. Kau berani nak suruh dia balik tanpa menaikkan kemarahan dia? Kalau kau berani, mohon kau buat. Aku balik dulu. k? Berani mana pun kau, kau still perempuan, ingat tu. Dekat situlah guna nya staff lelaki. Mungkin dia boleh slow talk dengan brader tu cakap kedai nak tutup or what. Atau even kalau brader tu buat hal pun, ada staff lelaki yang boleh protect kita. Tak gitu?

Aku pun sebenarnya malas nihaa nak type panjang-panjang. Penat tahu penat? Kah!

So, conclusion dia dekat sini sebenarnya, tak semestinya lelaki yang boleh buat kerja perempuan bawah air-cond ni pemalas. It all depends on the person. Kalau dah orang tu sendiri pemalas, kerja bawah terik matahari pun boleh jadi pemalasnya. Takyah la kita cakap based on apa yang kita tengok je. Kita tak tahu kerja apa yang dia buat dekat sana. Kita taktahu kerja dia susah ke senang ke. Tahu cakap je. okay? *peace*

Thursday, January 2, 2014

Thank you my dearest 2013

Happy new year 2014 to every person in this world. Have a great year ahead. Enjoy your life! Cewaaahhhh. Kemain ucapan. Haha

2013 banyak sangat benda yang dah jadi. Yang happy, yang tak happy, macam-macam benda.

My dearest family, kita tahu kita banyak buat salah sepanjang 2013 ni. Kita tak dengar cakap mak dengan abah. Kita tak jaga mulut. Kita degil. I'm very very sorry for what has happened. Hopefully, tahun baru ni, kita jadi orang yang lebih berguna dan dengar cakap mak. Love you!

My dearest sahabat, aku tahu walaupun aku paling tua antara kita, aku yang paling berperangai macam budak-budak. Taktahu nak fikir secara matang. Seriously, aku bersyukur sangat dapat jumpa korang. Aku tak boleh benci 2013 sebab dalam 2013 ni lah aku jumpa korang, kenal korang, share everything dengan korang. Tahun baru ni, minta maaf sangat sangat semua salah aku dekat korang. Aku nak buka buku baru. Aku nak lupa semua yang menyakitkan hati sepanjang 2013. Nur Zaki Amanina, Fatin Syahirah, Muhammad Amran, Nor Shah Zahira, Aziemullah Firdaus, aku sayang korang. Aku minta maaf. Stay with me please.

My dearest friends, you light up my life. Thank you for the memories given. How I hope time can rewind to our greatest memories. 2013 banyak kawan baru, banyak pengalaman baru. Thank you for everything and I'm sorry for all the mistakes.

My dearest special ones, I like you. I do like you. Your smile starts everything. I love your smile. Your words, your hugs, your kisses, your scents, I miss them. Why you do this to me? Saya gembira dapat kenal awak, dapat tahu cara awak. You brought me to your life. Start dari awak senyum dekat escalator tu sampai awak bawa saya keluar kenal cara hidup awak. Walaupun sekejap, saya nak awak tahu, awak penamat 2013 saya. Kenangan kita yang tak seberapa bagi awak tu, sangat bermakna. Awak buat saya sedar betapa pentingnya fikir dulu sebelum kata "yes I do." Saya hargai semua tu. Muhd Danial Shakri, terima kasih untuk semua nya. Saya hargai. Saya takkan benci awak.

My dearest enemies, I glad you hates me. Thank you for making me stay who I am and making me stay strong. I'm not hate you that much. Aku minta maaf atas kelakuan aku yang buat korang benci aku.

"New year is the start of the new me." same bullshit every year. But still, I will make sure, aku akan jadi macam apa yang aku azam kan, at least aku akan cuba.

Happy new year! ;)

Tuesday, December 31, 2013

Final 2013 notes:A reminder to 2014

2013 surprised me a lot. I learnt my lessons. I gain my experiences. Well said, 2013 doesn't dissapoint me. I glad 2013 gives me a better experiences than 2012 did.

Sepanjang 2013 aku sedar, tak ada apa yang aku capai. Aku tak fokus, tak usaha untuk dapat apa yang aku nak. Fikiran masih belum matang, kelakuan masih seperti kanak-kanak. Sangat tak sesuai dengan umur. Dah habis 2013 ni lah baru nak sedar. Apa yang aku dah capai? Azam aku yang konon-konon tu apa jadi? Hm.

Tahun ni last untuk aku berlebih-lebih enjoy. Bila aku nak dapat apa yang idam kan kalau aku terus macam tu? Umur pun dah tak belas belas dah. Start esok, dah pakai puluh puluh pula. Hm. Terasa diri sangat tua. Kerja, fokus cari rezeki. Sampai bila aku nak terus bergantung dekat mak untuk makan. Macam mana nak capai target yang konon konon nak ada kereta dengan rumah sendiri sebelum kahwin? Cakap je. Tak tetap kan betul-betul impian tu.

Biarkan lah apa orang nak kata. Dari tahun tahun tahun tahun lepas lagi kata gitu. Nak biar je apa orang kata. Tak kisah pandangan orang. But every minutes you spent by thinking about what will others think about you. Macam mana nak live your life kalau asyik dengar cakap orang je?

Improve yourselves if you want your life to be change. Tetapkan pendirian tu boleh tak? Esok dah 2014, means dah 20 tahun. Takkan still nak dengar cakap orang lagi even dalam hal nak beli baju seluar? Childish nya.

Start esok jangan lah asyik nak menang je. Mengalah sikit boleh kan? Biarlah. Selama ni kita fikir kita dah banyak mengalah, mengalah sikit lagi boleh kan. Asyik nak ikut kepala angin kita je pun tak boleh juga. Sesekali kena beralah. Kalau boleh, gelak setiap hari. Gelak setiap pagi. Jangan rasa down. Jangan merungut. Jangan nak degil sangat. Ego tu, buang sikit. Pentingkan diri memang perlu tapi kadang kadang, dalam hal-hal tertentu, jangan lah nak fikir diri sendiri je. Be independent. Penat kan nak susahkan orang je. Bersyukur dgn apa yang awak ada. Semua benda nak lebih pun tak boleh juga. Tak payah la nak harapkan simpati orang lain. Orang lain tak kesian kan awak pun. Fikir dulu sebelum buat apa-apa. Fikir kemungkinan yang kita akan hadapi kalau kita buat sesuatu benda.

Esok dah start 2014. Semua nya kalau boleh nak baru. Tinggalkan semua yang menyakitkan 2013. Nak ambil pengalaman baru 2014.

Dear 2013,
You're awesome! Walaupun agak mengecewakan, tetap bagi pengalaman menarik. Kawan baru, kerja baru. Banyak benda baru yang beri warna. Terima kasih 2013. Will miss ya.

Dear 2014,
Hye! Please gives me laughs and smile without tears as a package. Gives me new exciting awesome experience pleaseeeeee. Gonna love ya!

Wednesday, October 2, 2013

OCTOBER. Full of Love

Dah berapa post yang aku publish, baru aku perasan dah october. Tipu sangatlah kalau aku kata aku tak perasan langsung yang sekarang dah october. tapi maksud aku, sekejap je dah october. Last month, of course lah september kan, aku publish satu post je? Busy benar. lol. Banyak idea nak post tapi tak ada masa yang cukup untuk aku perah kan otak aku betul-betul kasi semua idea tu keluar.

Its a new month and of course kita akan selalu dengar dan selalu baca dekat timeline twitter mahupun facebook pasal dah masuk bulan baru. Okay, contoh "Goodbye September. Hello October" atau "Thank you September, Welcome October" atau "Hi October, please be nice to me" dan sebagainya. Sangat cliché kan mereka ni. (padahal aku pu lebih kurang je)

Speaking of October. Sekejap je rasa dah bulan yang kesepuluh tahun ni. Lagi 2 bulan je nak masuk 2014. Bersedia kah kita? I mean aku. Banyak lagi benda yang aku nak buat on 2013 ni. Azam tahun ni tak tercapai lagi pun. Cepatnya masa berlalu.

Setiap bulan kita mengharap kan perkara yang sama. Hopefully, this new month gonna give me a better experiences than last months. Less tears, more laughs. So far, I've reached it. Having a supportive friends and family, I've got more more more laughs. Still ada tears tapi tak seperti dulu.

Actually tak tahu nak post apa dah. So saja je lah cari bahan nak post. Kang terbengkalai blog ni. siann dia.

By the way, ada kejut kan tak sesiapa yang teridur sepanjang september hari tu. Biasalah sibuk sangat tweet "Wake me up when september end." Ni september dah habis ni dah tolong kejut ke belum? Kang tak bangun terus lagi susah. hekhek

Sahabat akan selamanya sahabat

Bila bercakap pasal kawan, tak ada sesiapa yang muncul dalam kepala aku selain dari kawan-kawan yang paling aku sayang. The only friends who prove to me that friends means we share everything through ups and downs. I'm not calling them kawan, I called them sahabat. Sahabat yang sentiasa ada bila susah dan senang. Satu-satunya sahabat yang membantu menaikkan semangat bila ada antara kami yang kehilangan semangat. Even though aku lagi tua setahun dari dorang, kitaorang tak nampak ada masalah pun dekat situ. Well yeah, age is just a number.

Bila kita susah dan tiada siapa yang membantu, siapa yang kita boleh harapkan untuk ada dengan kita kalau bukan kawan dan keluarga. Kalau kawan setakat bila masa kau senang je baru dia ada atau bila dia dah susah baru nak cari kau, baik tak payah. Kawan yang jenis macam tu memang layak campak dekat laut bagi kawan dengan sharks. Tu pun kalau sharks tu boleh terima sikap pentingkan diri dia tu.

Susah sangat ke untuk ada dengan kawan sama-sama beri semangat? Susah ke untuk kita ada saling membantu? Kawan tu maknanya cuma ada bila masa kita senang je ke? Kawan tu gunanya cuma untuk gelak ketawa bersama je ke? Bukan untuk kongsi apa yang terbuku dihati? Bukan untuk kita kongsi apa yang kita ada? Bukan untuk turut merasa kepahitan yang kita rasa?


Sahabat akan selamanya sahabat. Sampai aku tarik nafas yang terakhir, kita sahabat. Aku tak mampu nak janji aku akan ada sentiasa dengan korang tapi aku akan cuba pastikan yang aku ada bila korang susah. Kita susah senang bersama. Kita kawan. Biar apa orang nak kata. Biar berapa ramai yang nak halang kita dari selalu jumpa, korang selamanya ada dalam hati aku. Biar berapa ramai crush yang muncul, korang tetap ada tempat dalam hati aku lebih dari crush. Aku sayang korang.

Jangan pernah tanya tak penat ke aku bagi semangat dekat korang bila korang sedih. Sebab aku takkan pernah penat nak layan korang. Honestly, now I realize how empty my life was without you guys. Korang segalanya bagi aku.

Budak berlima ni banyak ajar aku erti sebuah persahabatan walaupun dorang lebih muda dari aku. To be honest, aku tak pernah ada kawan yang macam dorang. Susah senang kita sama-sama. Walaupun memang baru sangat kita kenal, tapi aku rasa dekat sangat dengan dorang. Dorang bagi aku kesempatan rasa untuk punyai sahabat. Gelak tawa dorang selalu buat aku happy. Bila seorang sedih, memang aku yang akan rasa juga. Bila jumpa tak pernah tak gaduh. Tak boleh kalau tak gaduh. Tapi tu yang buat kitorang rapat. Bila jumpa, bila borak, mesti ada je benda yang boleh dibuat gaduh. Memang sangat menyakitkan hati bila borak dengan dorang tapi aku tahu, sakit hati yang aku rasa tu lah yang buat aku happy dan buat aku kuat. Ada dorang sebagai sahabat, mengenali dorang merupakan hadiah yang sangat bernilai.





Dear 
Fatin Syahirah,
Nur Zaki Amanina,
Nor Shah Zahira,
Muhammad Amran,
Aziemullah Firdaus,

 Aku sayang korang. Sayang sangat. Aku tak mengharap kan apa-apa pun dari korang selain dari nak kekalkan friendship kita sekarang. Aku tahu aku banyak buat salah. Aku tahu aku pentingkan diri. Aku minta maaf sangat. Aku sayang korang. Kalau aku dah tak ada nanti, korang hantar aku pergi ye. Tapi aku taknak korang nangis sebab aku tahu aku takkan mampu nak pujuk korang lagi. Terima kasih sangat untuk persahabatan ini. Aku minta satu je dari korang, tolonglah tolong sangat, stay strong. Apa pun yang jadi, aku minta sangat untuk korang stay strong. Ingat, aku sentiasa sokong apa yang korang nak buat. Aku sentiasa ada untuk korang. Aku taknak tengok korang sedih tau. Sebab bila korang sedih, memang aku akan berkali ganda lagi sedih. Friends will be forever friends. Ingat! Aku sayang korang tau.