Selalu bertelagah dengan kawan pasal apa yang perempuan boleh buat dengan apa yang lelaki boleh buat. Tapi semua perdebatan tu tak kemana pun sebab bila semua dah penat nak bagi hujah yang kadang-kadang ada juga yang tak masuk akal, semua blah pergi ke topik lain yang konon lebih menarik walhal tak penting. fuhhhhhh takde noktah seh aku type. kah!
Memang betul banyak benda yang lelaki boleh buat tetapi perempuan tak boleh buat dan vice versa. Tapi bila tengok balik dunia yang sedang pesat membangun *tetibe teringat karangan bahasa malayu spm* kebanyakkan benda dan perkara yang lelaki ceburi akan ada juga at least ada seorang wanita terselit tetibe datang entah dari mana dekat situ. K aku memang malas sebenarnya nak guna noktah ke apa benda tanda baca yang lain semua.
Actually nak cerita pasal satu perkara yang aku dengan kawan aku debatkan hari tu. Disuatu petang itu, *cewah kemain* takde customer masuk. Duduk borak lah kami apa lagi. Tiba-tiba kawan aku tu kata, "Aku rasa lelaki yang kerja bawah air-cond ni pemalas." And I was like, "Whoa! statement. sangat berisiko." Dan masa tu bermula sesi perdebatan yang boleh kata mengarut juga lah. Dua-dua pakai bedal je apa benda yang terlintas dalam kepala otak yang boleh dibuat berdebat.
Point kawan aku ni sebenarnya gini, "Lelaki kerja air-cond ni pemalas. Yelah, bila sampai masa punch card, masuk kerja buat benda yang perempuan pun boleh buat. Housekeeping, lipat baju, kemas kaunter, tukar display sikit-sikit. Bila sampai masa makan, keluar makan yang kadang-kadang melebih waktu pula. Lepas tu masuk balik kerja, bukan buat kerja pun. Apa jelah kerja yang tinggal bila time takde orang gini. Borak, main-main. Bila bosan pergi la mengular, merokok ke. lepas tu sampai waktu balik, balik lah. Kerja-kerja gini, apa lah sangat untuk lelaki. Kerja bawah air-cond mcm kerja tak keluar peluh. serupa tak ada. Tapi sampai tak ada masa nak untuk family. Kerja masuk pagi balik petang. Kadang-kadang kerja masuk pagi sampai malam. Masa apa yang ada untuk family?"
okay. Actually panjang juga la lagi point yang kawan aku tu nak sampaikan tapi sebab panjang sangat, aku pun macam ada lupa sikit. so mungkin tu agak tak penting kot. okay.
Aku perempuan. Tapi aku 100% tak setuju dengan apa yang dia cakap tu. Lelaki kerja air-cond kerja pemalas tanpa kemahiran. Berani betul keluar statement gitu. okay. Memang betul setakat kerja lipat baju, kira stock, susun stock ke pebenda tu semua perempuan pun boleh buat. Tapi ada juga kerja bawah air-cond yang kita perempuan perlukan lelaki untuk buat supaya kerja jadi lebih senang. Such as,
Angkat stock yang berat mak aii. Bila stock yang satu carton tu berat gila datang. Dan dia datang bercarton-carton. Bukan satu. Kau nak angkat? Okay la mungkin kau nak angkat la kan memandangkan kau pun jenis yang lasak dan dah biasa buat kerja kasar gitu. Tu pun mustahil lah kau nak angkat sorang kan. Kalau aku, kau angkat ah sorang. Aku tak kuasa nak angkat stock yang berat mak aii tu. kah! Tapi kalau tempat lain staff perempuannya yang ala ala jaga sangat kuku tak kasi patah, kau ingat dorang nak angkat ke? Kau yang tak ada kena mengena ni nak ke pergi tolong angkat? Memang tak la kan. Di situ perlu nya staff lelaki yang kau tengok pemalas tu buat semua tu.
Safety. Aku sebagai perempuan rasa macam tak selamat bila kedai tak ada lelaki. Rasa tak dilindungi. Tak faham? okay. Contoh, ada customer yang psiko sangat datang kedai kau sampai kan taknak balik bila kedai nak tutup. Benda ni pernah jadi dekat aku. Customer tu sangat psiko dan menakutkan. Dia taknak balik even dia tahu kitorang dah nak tutup kedai dan sebelum tu dia datang buat kecoh. Kau perempuan ni. Satu kedai tu staff semua perempuan. Apa perempuan boleh buat dengan lelaki psiko gitu. Kau berani nak suruh dia balik tanpa menaikkan kemarahan dia? Kalau kau berani, mohon kau buat. Aku balik dulu. k? Berani mana pun kau, kau still perempuan, ingat tu. Dekat situlah guna nya staff lelaki. Mungkin dia boleh slow talk dengan brader tu cakap kedai nak tutup or what. Atau even kalau brader tu buat hal pun, ada staff lelaki yang boleh protect kita. Tak gitu?
Aku pun sebenarnya malas nihaa nak type panjang-panjang. Penat tahu penat? Kah!
So, conclusion dia dekat sini sebenarnya, tak semestinya lelaki yang boleh buat kerja perempuan bawah air-cond ni pemalas. It all depends on the person. Kalau dah orang tu sendiri pemalas, kerja bawah terik matahari pun boleh jadi pemalasnya. Takyah la kita cakap based on apa yang kita tengok je. Kita tak tahu kerja apa yang dia buat dekat sana. Kita taktahu kerja dia susah ke senang ke. Tahu cakap je. okay? *peace*