Saturday, February 22, 2014
Guys is an ATM machine for girls?
Selalu la juga terbaca dekat twitter and so on pasal things boys do for girls. Okay. Tak tipu. Most of it pasal boyfriend bagi present yang besar-besar dekat girlfriend. Huge teddy, huge bouquet of roses, a box of dresses, a huge box of chocolates. Dan ada juga terbaca pasal things yang girls nak boys buat untuk dorang. Contohnya macam nak boys tetibe datang memalam buat surprise bawa makanan sebab kau lapar, nak boys tetibe letak depan pintu satu box yang dalam dia ada dress, heels, accessories semua untuk kau pakai makan malam nanti dengan dia, nak boys tetibe datang bawa breakfast for girls, nak boys prepared some fireworks lah hape lah. Sweet. Memang sweet. Tapi hakikatnya? Guys. They will never do it until girls asks them to. Tu semua dalam drama je buat dik. You're on reality. Takyahlah nak berharap sangat.
Entah kenapa macam dah jadi lumrah pula bila keluar dengan partner, boys yang bayar. Seems like, girls melepaskan tanggungjawab nak bayar apa yang digunakan tu. He's not your husband yet. Kenapa nak tunggu dia juga bayar. Okay. Dia yang volunteer nak bayar. Tapi ada kau offer nak bayar sekali? Macam 50-50. Kau bayar separuh, dia bayar separuh. Kau tak offer, memang lah dia je yang bayar sorang.
Yang jenis suka bergantung dekat boyfriend tunggu boyfriend bayar movie tickets, meals tu okay lah lagi. Atau yang jenis nak pakwe kaya je. Yang jenis nak beli barang pun minta duit boyfriend apa cerita? Nak beli kasut suruh boyfriend bayar? Well boyfriend kau tu ATM ke cemana? Kau memang dah tak ada duit langsung nak bayar ke cemana? Lainlah kalau dia kata dia nak belanja sempana birthday ke anniversary ke, logik la juga. Ni tak. Kau yang merengek minta sampai hentak-hentak kaki apa pasal? Kau siapa? Kau bukan tanggungan dia. Okay sekarang aku tengah bercakap pasal couple yang tak kahwin lagi tu. Memang dia kerja nak suruh kau habis duit dia cemana? Kalau boyfriend taknak belikan, merajuk sampai taknak contact for a week. Seriously? ergh please lah. Lepas tu dok update dekat social networks merajuk dengan boyfriend cause he didn't get you what you wanted.
GIRLS please. Guys is not an ATM machine. Jangan nak beria sangat minta memacam dekat dia. Dia kerja penat weh cari duit nak sara hidup dia. Kau sesenang nak minta memacam. Kau ingat kau bini dia? Lepas tu kalau dia kerja lebih masa kau kata dia keluar dengan perempuan lain. Apa seh jenis perempuan macam kau. Please understand. Tak semua barang yang awak nak awak akan dapat dengan suruh boyfriend belikan. Duit sendiri ada kan? Beli lah guna duit sendiri. And please do not expect on guys untuk buat surprises yang macam melampau siap belikan dress letak dalam box bagai. Guys never thought about it pun kalau tak ada orang yang bagitahu. Guys is a simple creature. Dorang tak ada terfikir nak buat surprise yang sarat-sarat ni kalau tanpa kawan perempuan yang suggest. Don't expect on guys to much. Kang tak dapat awak juga kecewa.
Guys, don't worries. I know how you feel bro. Biarkan je kalau makwe jenis yang merengek sampai hentak kaki bila tak dapat apa yang dia nak. Biar dia merengek tepi tu. Dia ingat kau apa an bro. Duit sendiri simpan, duit kau dia kebas kasi licin an. Murah takpe, ni taknak kalah. Nak teddy bear yang paling besar je. Dia tak tahu harga teddy bear tu sampai beratus. Kalau dia tahu pun dia nak juga. Dia ingat kau tadah duit guna baldi belakang rumah agaknya. Biarkan je bro perempuan gitu. Aku sebagai perempuan pun sedih gak tengok perempuan gitu. Dia bukan wife kau, so kau boleh biar je dia kat situ even sampai tahap kebulur pun.
As a girl, sedih tengok perempuan gitu. Duit kau tahu taknak keluar. Duit lelaki tu, sampai koyak wallet kau kerjakan. Think rational lah. Takkan benda remeh pun semua nak berkira. Kalau macam aku, aku tak biasa guna duit orang lain melainkan dia yang kata dia nak belanja. Kalau tak, memang akan rasa bersalah madah nak bayar balik je duit yang dia dah keluarkan untuk kita. Entah lah eh, mungkin dah biasa tanggung diri sendiri. Semahal mana pun barang yang aku nak beli, selagi bukan duit aku, aku takkan beli. Even dia offer nak kasi pinjam duit ke apa, memang tak ah kan. Melainkan kalau dia beli as a present ke okay la lagi an. Tapi seriously, I'll be tolerate with guys about money. You're buying a movie tickets? okay then, I'll get the popcorn and snacks. You're paying for the dinner? Never mind, I'll fill up your petrol gas. Why should we bother about money. Tak matilah keluar sikit duit untuk pakwe awak. Always give and take untuk hubungan yang lebih harmoni. Tak adalah rasa rugi sangat kalau break nanti. (Y)
Second Chances
In case, your partners cheat on you with your own bestfriend. :O wuuuuu~ panas sangatkan contoh. okay. Sakit hati tak bila tahu pasal benda tu? Sakit kan? Bila dapat tahu your partner cheat on you even bukan dengan bestfriend pun, tak sakit hati kau? Takkan happy bergembira suka ria bersama pula kan. mesti sakit hati betul tak. And mesti rasa marah sampai kenkadang ada rasa nak hentak sensorang tu guna water jet kan? Uishh sakit hati kena tipu ni takyah cerita lah. Memang sakit sangat gamaknya. okay. He cheat on you with your bestfriend and he lied about it and still taknak mengaku. Dah lah curang, dengan kawan baik kita, dah kantoi, taknak mengaku lagi tu. Apa agaknya yang patut dorang tu dapat selayaknya? Kaki? Tak payah. Kasi je terus batu bata yang orang dok buat rumah tu. Sesuka hati dorang je nak buat gitu kan. Okay. Kau dah tahu ni pasal ni, tapi dia still taknak mengaku. Still kata tak ada apa. Dan kau pun membangangkan diri mempercayai kata-kata dusta lelaki yang sering menanam tebu di tepi bibir. Gives him a chance dengan harapan yang dia akan tunaikan janji yang taknak curang lagi. Suddenly, one day, kau dapat tahu dia curang lagi. Kali ni memang kantoi depan mata punya. Amboi bukan main mesra. Patutlah bila ajak bestfriend tu teman shopping taknak. Balik kampung jaga atuk sakit konon. Mudanya atuk kau. Mesra sangat. Patutlah bila tanya boyfriend kerja ke tak kata tak kerja tapi nak keluar lepak dengan Haziq cari barang kereta. Sampai panggung wayang cari barang kereta dengan Haziqah rupanya. Bagus sangat perangai boyfriend dengan bestfriend. Orang macam ni patut rejam je. ishhh aku pula yang geram ni.
okay. Based on what example on above, lelaki perangai begitu tak layak peluang kedua. Bukan lelaki je, kalau ada juga perempuan yang buat gitu, aku mohon, korang tarik lah dua-dua rejam guna vacuum sampai mampus. Takguna. Orang macam tu tak patut wujud dalam masyarakat. Menyusahkan orang je. okay. Aku dah terlebih emo dah ni rasanya.
That guy has cheat on you, twice. I repeat, TWICE!!! And do you still thinking to give him a second chances? g mati please. Bukan peluang kedua je, peluang pertama pun tak tentu dapat kalau dengan aku. Jangan harap.
Eh hello, please. Dia dah tipu kau. Dah curang dengan kau. Kau rasa dia layak dapat apa lagi selain dari kaki? He's not deserves a second chances at all. Kau dah bagi dia peluang sebelum ni kan. Apa lagi yang dia nak. Kalau kau bagi dia peluang kedua atas alasan sayang, mohon dengan kau-kau sekali pergi terjun gaung sana.
Move on itu senang?
Sunday, February 2, 2014
Kejam nya dunia
Its normal being judged and hurt in our daily life by people. That's what we called life. Yeah it is hurt.
Pelik. Yang kita hadapi ni hidup kita tapi kenapa orang lain sibuk sangat nak judge kita, nak menilai kita. Dan yang lagi peliknya, sometimes, kita kisah sangat pasal apa yang orang cakap sampai kita tak fikir yang kita sakit sangat hadap benda tu semua.
A word can hurt you more than a blade can do. Tahu sakit hati bila dengar orang cakap yang bukan bukan pasal kita sedangkan dia taktahu langsung apa yang kita rasa, apa yang kita hadapi. Tapi kenapa kita macam terus biarkan dunia menghukum? Kita masih dengar cakap orang dan cuba untuk menjadi macam apa yang orang mahu kita jadi sedangkan diri kita yang sebenar lain sangat. Itu menipu diri sendiri namanya.
The wounds might be heal, but the scars will remain there forever. Tak kira betapa banyak kemaafan yang kau beri bila kau dah sakitkan hati orang, tak kira apa yang kau buat, hati dia dah terluka. Mungkin boleh sembuh tapi tidak untuk jadi seperti sediakala. The scars is a prove that we're survive the most hurtful ever and never give up to achieve the most happiness moment ever. Situasi kasarnya sama dengan bila kau belajar main basikal dulu dulu masa kecik. Berapa kali kau jatuh sebab tak reti nak imbang badan. Berapa kali kaki tangan semua luka berdarah sebab jatuh. Berapa kali kau tetap cuba bangun nak belajar naik basikal tu supaya kau boleh berlagak dengan kawan-kawan yang kau boleh kayuh basikal tanpa pegang handle. Kau terus cuba dan mencuba. Sampai sekarang dah reti naik motor berkuasa tinggi yang lagi besar dari kau. Ever thought kalau dulu kau give up dari belajar imbangkan badan naik basikal tu, boleh ke kau naik motor berkuasa tinggi sekarang? Semua luka tu berbaloi dengan kesenangan yang kau hadapi sekarang. Tapi parut tu takkan hilang.
Pendapat orang tu kadang-kadang memang penting tapi tak perlu rasanya nak dengar cakap orang yang entah apa apa tak membantu langsung. Dan bila orang perlukan pendapat kau, mohon lah bagi pendapat dan kata-kata semangat yang sepatutnya. Bukan kau lagi menjatuhkan sisa-sisa semangat yang tinggal dekat dia. Dia tengah sakit tapi kau sebagai kawan, tambahkan lagi sakit dia. Kau hukum perasaan dia yang dia sendiri keliru. Patut ke macam tu? Mana perginya hati nurani sebagai kawan. Ya. Faham kau pernah alami rasa sakit yang lebih teruk tapi kau macam nak dia turut rasa sakit yang sama. Maaf cakap tapi kau kejam.
Dia dah berubah. Ya. Berubah kepada yang lebih baik. Dia taknak hidup dengan bayang-bayang masa lalu. Bagus tu. Tapi kenapa kita masih nak mengungkit apa yang pernah dia buat? Kita masih nak menghukum dia. Kita buat dia macam dia tak layak berubah. Kenapa? Kita tak tahu betapa susahnya dia nak berubah. Betapa peritnya perjalanan dia nak jadi diri dia yang sekarang. Kita tak tahu betapa terseksanya dia nak lupakan tu semua. Semua dia hadap seorang. Tak pernah minta apa-apa dari kita. Tapi kita? Senang-senang nak mengungkit. Senang-senang nak menghukum. Mana pergi nilai-nilai murni yang pernah dipupuk masa sekolah rendah dulu? Habis dekat sekolah rendah je ke? Siapa kita nak menghukum?
Sometimes, better be silent and let them questions our quietness than be speak out and let them judges us and hurt us. Its weird how people only appreciates when we're gone. Be tolerate and think about there is other people in this planet too. Not only us. Spread the love and we can feel the love.
"Kadang - kadang, lebih baik terus berdiam dan biarkan mereka mempersoalkan kesenyapan kita dari kita meluahkan dan biarkan mereka terus menghukum dan menyakitkan kita. Pelik bila manusia cuma tahu menghargai bila dah kehilangan. Bertolak ansur lah dan fikir, ada orang lain yang huni planet ni juga. Bukan cuma kita. Sebarkan rasa bahagia dan kita akan rasa kemanisannya."
Thursday, January 30, 2014
[CERPEN] Biarkan ia berlalu
Sunday, January 26, 2014
TOP 10 perangai customer yg buat sales coordinator bengang
Okay. Memang dah lama dah sebenarnya aku nak buat entry gini. Cuma tengah kumpul points. Memang sakit hati gila bila terfikirkan semua points ni. So ini list untuk TOP 10 perangai customers yang buat sales coordinator bengang. Let's jom check it out.
10. When we smiles to you, why not you just smile back. Susah sangat ke nak senyum balik dekat kitorang? Well yeah. Kitorang cuma sales coordinator, bukan kerja yang ada pangkat besar. Tapi memang perlu sangat untuk korang korang yang masuk butik berjenama tu buat muka berlagak mak aii sedangkan datang tengok je. Bukan beli pun. Jenis macam ni memang beria je lebih. Sometimes annoying sangat k. Mahal sangat kau punya senyum sampai kitorang senyum kau buat bodoh je? Bukan tak perasan kitorang senyum, lepas tu tweet kata staff butik berjenama berlagak macam butik tu dia punya. Woi, kitorang takkan berlagak kalau customer tak macam kau. Beria.
9. Cakap leklok boleh kan? Tak perlulah macam nak gaduh bila cakap. Kami ni pun manusia. Tahu sakit hati. Awak ingat awak je tahu sakit hati bila orang kasi service tak bagus? Oh sakit hati bila dapat service tak bagus? Nak complain? Takde sape nak layan awak punya complain tu. Sakit hati kitorang bila kau tanya somethings macam nak gaduh, macam nak marah tu taknak kira pula? We do have names. Taktahu nama at least panggil lah akak ke, adik ke, use salutation. Bukan main panggil eh eh je. Manners pernah belajar kan?
8. Tolong tolong tolong lah. Minta tolong sangat ni. Kalau nak cari baju, atau seluar atau benda yang ada saiz, tolong lah minta kitorang yang carikan. Apa guna kitorang berdiri dekat sebelah tu kalau tak suruh. Ni korang main bongkar je asal boleh sampai bersepah benda tu semua. 2 3 kerja lagi kitorang nak buat. Sorry to say tapi bukan korang je yang kitorang nak kena serve. Lepas tu pun ada juga lagi customer lain. And bila dah cakap saiz takde tu takde lah. Takkan kitorang nak tipu. Kitorang nak sales juga la weh. Yang tak percaya sampai nak cari sendiri kenapa? Ni siapa yang kerja sini ni?
7. We know where do we put our stock. You don't have to help us to find. Memang ambil masa sikit bila nak cari. Sabar kejap kitorang cari boleh kan. Ni tak ehh dia pula yang bagitahu kita stock tu semua dekat mana dekat mana. Well excuse me, sejak bila kerja sini ni? Nak ke? Kalau nak isi borang.
6. Bukan nak kata apa, tapi butik berjenama, biasalah, barang kami tu agak mahal juga. Ye, saya tahu anda mampu beli tapi jangan lah main pakai campak je bila nak try. Seliper kau campak, kasut kau campak. Memang takkan rosak kasut kalau takat campak gitu tapi have some respect ah. Pemalas nya kau sampai nak pakai seliper pun campak dari atas. Sakit hati woi tengok barang kena campak. Dengan muka berlagak kau campak seliper tu. Tapi tak beli pun. Pffttt
5. Dah tahu tempat sempit, butik kecil macam tempat aku tu, takyah la nak tolak juga troli bawa masuk dalam. Kalau time takde orang tu boleh terima lagi, kalau time tengah ramai orang, kau tolak juga troli masuk dalam sampai langgar semua cermin memang minta kaki. Kalau pecah? Nak bayar? Memang tak lah kan. Say sorry pun belum tentu. Dah terang terang dekat luar ada sign no trolley, no foods and drinks, no camera. Bukan tulis, bergambar. Tak faham juga? Sedihnya manusia sekarang, sign bergambar pun tak reti tengok.
4. Dear parents of naughty children, please behave your kids. Anak akak dah berlari sana sini, terjerit-jerit, akak boleh buat bodoh je main facebook sambil tunggu suami try baju? Wah hebat akak ni. Butik kami ada meja yang ada bucu. Kalau anak akak berlari-lari lepas tu tersadung apape terhantuk berdarah, siapa nak tanggung? Lepas tu nak saman kami sebab tak ada kesedaran tentang keselamatan? The hell akak? Akak yang dok sibuk main facebook situ, kami yang kena saman? Dekat luar butik tak ada sign kata anak anda kami jaga sementara anda memilih barangan. Sorry to say tapi, Please, Control anak anda. Butik bukan playground untuk anda melepaskan mereka bermain.
3. Rasa rasa dekat luar dah ada dah sign no foods and drinks allowed. Tapi still ada manusia yang tak reti baca sign bawa masuk makanan. Tak kisah la lagi. Ni sampai bawa masuk makanan, sampai terkena baju untuk kami jual? Kami berniaga. Anda rosakkan barang kami, siapa nak tanggung? Kalau kami jual baju putih yang terkena kotoran aiskrim baskin robbins perisa strawberry, anda nak beli ke? Taknak kan? Jadi tolonglah. Bila kami kata no cameras allowed, means tak boleh ambil gambar lah. Jangan lah dok sibuk nak menganjing kami kata ambil gambar guna handphone, bukan camera. Sorry cakap la bang eh, dekat handphone abang ada camera kan? Ambil gambar guna camera handphone kan? Camera juga kan? Cuba abang ambil gambar guna handphone cokia yang buat baling anjing takde camera tu,boleh ada ke gambarnya? Jadi tolonglah, jangan lah jadi bebal sangat menganjing kami dengan ayat gitu. Tak lawak pun. Nampak yang abang ni bebal lagi ada lah.
2. Jenis yang berlagak sangat taknak dengar kata kami memang layak tak dihormati. Berlagak sangat. Bila kami tanya dengan baik, jawab dengan baik juga boleh kan? Jangan lah berlagak sangat. Bila kami tanya saiz okay ke tak, tolonglah jawab dengan baik. Karang kalau abang beli ketat, sakit pakai, abang salahkan product kami tak selesa pakai. Karang kalau abang beli longgar sikit, dia makin mengembang, abang complain product kami cepat mengembang. Padahal abang yang tak dengar pendapat kami. Explaination kami abang taknak terima. Malas nak serve orang gini.
1. Manusia pernah buat salah. Kami manusia biasa juga. Ye kami tahu kami pun pernah tersalah bagi anda saiz ke apa ke sampai anda sendiri kena datang lagi tukar. Tu memang saya mengakui yang kami bersalah, tapi kalau datang, bagitahu kami elok elok boleh kan. Tak perlu rasanya nak marah-marah. Kami dah tolong anda simpan kasut, sebelum membayar pun kami ada kata itu last pair, tak ada lagi yang lain. Akak pun dah check banyak kali sampai ambil masa yang lama. Tiba tiba time akak datang ambil 3 bulan lepas akak bayar, akak kata kami tukar kasut akak. Tak ada siapa yang buka kasut akak tu. Apatah lagi nak keluarkan dari kotak. Tiba tiba akak kata kami tukar kasut akak dengan yang lama. Dah la tu marah-marah. Kami berniaga. Kalau customer lain dengar akak marah-marah tapi atas sebab bukan kesilapan kami, cuma salah faham, customers lain mungkin akan salah faham dan takmahu beli dari kami. Kami cari makan kak. Tolong lah. Akak dah lah cerewet. Satu kasut je kami nak kena serve dekat 1 jam lebih. Kami manusia. Cakap elok-elok pun boleh kan.
EXTRA : Bila nak jawab call atau apa pun, tolonglah buat diluar butik. Apa kejadahnya abang jawab call pasal kerja dekat dalam kedai kami tapi tak buat apa. Kalau jawab sambil try kasut ke apa boleh la terima lagi, ni takat jalan tengok-tengok sikit-sikit, cakap dekat phone lebih. Mohon keluar. Susahkan kami nak kena tunggu abang jawab call. Dah la tu, tak beli pula. Abang ingat butik kami tempat abang jawab call?
So itulah dia TOP 10. Sebenarnya rasa macam banyak lagi tapi rasa macam melebih pula kan sebab kata top 10 je kan. Eh tapi betul lah. Banyak lagi sebenarnya. Kesabaran perlu tinggi juga sebenarnya bila jadi sales coordinator ni. Kena sabar dengan perangai orang. Apa yang aku senaraikan ni semua based on my own experiences. Yes, people like that do exists. So, mohon anda jangan jadi sebahagian dari itu. Berkemungkinan besar, aku akan sambung dan tambah lagi lain kali. Perhaps another 10 points pasal ni? Haha