Tuesday, January 13, 2015

Padah kebahagiaan sementara

Pernah rasa terlalu kecewa sampai kau terfikir nak keluar bersendiri tanpa orang lain? Pernah rasa terlalu sakit sampai kau tak mampu dah nak hadap semua orang?  Pernah rasa fed up dengan semua ni sampaikan kau cari dan fikir balik dimana salahnya bermula hidup kau? Aku pernah. Sakit. Tak tertanggung.

Tapi setiap kali perasaan tu timbul, separuh hati akan terusan memujuk separuh hati yang terseksa tu. Ya hati akan memujuk dirinya sendiri. Kerana aku tahu tiada yang mampu memujuk.

Banyak benda. Ya aku tertekan. Tekanan tu tak jauh puncanya. Diri sendiri, kawan, orang sekeliling dan sometimes keluarga.

Hati berbagi dengan situasi dimana aku dipijak dihina dimaki diumpat diabaikan dan dilupakan dengan situasi aku diperlukan dan dicari.

Buta mataku hanya melihat situasi diambil kesempatan. Mata dibutakan untuk tidak nampak semua yang negative hanya untuk kebahagiaan sementara.

Tidak dinafikan, ya aku suka perasaan itu. Rasa bahagia untuk sementara. Kerana aku tahu lebih baik sementara dari tidak merasainya langsung sedangkan aku tahu hakikatnya mereka membenci.

Kadang kadang rasa dunia ni tak adil. Kadang kadang rasa dunia ni menghukum. Aku kecewa. Aku tersakiti.

Silapnya aku kerana sering mencari kebahagiaan sementara itu. Silapnya aku kerana sering berusaha untuk memperlihatkan diri dihadapan mereka sedangkan mereka langsung tak pernah peduli.

Kesian dengan diri sendiri. Tak pernah nampak sandiwara depan mata. Tak pernah tahu beza siapa keladak lumpur hidup. Kesian.

Bila ada waktu aku menyedari semua aku rasa aku perlukan rawatan. Otak hati dan telinga tidak mampu lagi menahan rasa ketidak adilan yang berlaku depan mata.

Wahai dunia. Di mana silap aku hingga kau menghukum aku begini? Wahai dunia. Apa yang perlu aku lakukan supaya aku tidak perlu berhadapan dengan semua permainan dusta?

Bantu aku Ya Allah. Aku penat. Aku lelah. Aku serik. Dengan lakonan manusia yang tak pernah adil.

Wednesday, January 7, 2015

Ego yang memakan diri

Kau tahu? Ye. Sekarang dah 2015. 2015 tapi still tak boleh move on dengan habit lama. Ye. Teruk sangat perangai aku. Habit lama? Apa? Suka orang yang tak sepatutnya. Suka orang yang tak pernah nampak siapa aku dimatanya. Ya. Aku selalu syok sendiri. Tapi bila perasaan tu datang, aku tak mampu halang.

Biasa memang setakat suka dan minat. Bukan suka, minat, dan mungkin sayang. Aku keliru. Aku tak dapat pastikan apa aku rasa. Degupan jantung yang berdegup laju setiap kali aku melihat kau, aku sedar aku suka kau. Dan itu sebab setiap kali bertembung, aku melarikan pandangan. Aku taknak kau nampak aku suka kau. Aku taknak kau nampak aku yang terhegeh hegeh suka kau sedangkan kau cuma menganggap aku hanya kawan biasa.

Ya aku beria. Aku beria bergurau mengatakan kau adalah jodoh aku. Bodoh nya perangai. Tapi aku rasa itu semua gurauan. Aku tak bermaksud lebih dari itu. Aku ego dan sombong bergurau tentang kau kerana aku terlalu yakin perasaan itu tidak akan wujud. Tapi setiap bait kata tentang engkau akhirnya memakan diri aku. Dan aku terjatuh dalam perangkap perasaan aku sendiri.

Aku penat. Setiap kali jumpa orang baru, asyik nak suka je pun payah gak kan.

Kau inspirasi aku untuk berubah. Ya. Cara kau, kata-kata kau, aku terjatuh didalamnya. Kau membuka mata aku yang selama ni buta tentang kehidupan. Dan ketika aku cuba berubah mengikut cara kau, aku sedar bahawa kau dan aku terlalu berbeza. Aku tak layak berada dalam dunia kau dan hidup kau.

Dan hari ini, waktu ini, ketika ini, walau sesukar mana aku mencuba untuk membuang kau yang telah hadir dalam kotak hati serta minda aku, aku tahu ianya mustahil. Aku mencuba dan aku gagal. Aku mencuba untuk membuang bukan kerana aku putus asa dengan kau, aku mencuba kerana aku sudah terlalu penat dengan keadaan begini. Aku penat dengan perasaan yang membunuh aku secara perlahan.

Jika aku salah. Salah dalam membenarkan perasaan itu wujud, tunjukkan aku jalan bagaimana mahu memperbetulkan semua. Bantu aku untuk merubah keadaan. Kerana aku mahu kau kekal dalam hidup ini walau hanya sebagai kawan.

Wednesday, December 3, 2014

Menanti

Hari ini aku menanti
Menanti sesuatu yang tak pasti
Sendiri aku menanti
Menanti untuk disakiti

Dimana hatimu yang dikata tersimpan untuk aku
Yang tinggal hanya sisa cinta antara kau dan wanita itu
Dimana terpahat rasa cinta yang diagungkan mu
Yang ada hanya bait rasa benci darimu

Kelmarin kau kata kau bahagia
Bahagia dengan situasi antara kita
Hari ini kau bilang kau jemu
Tiada lagi rasa bahagia yang dikata

Mengapa begini jadinya
Apa yang kurang dengan kita
Dimana silap cinta
Bagaimana mahu memulih

Hari ini aku masih disini
Disini setia menanti
Apa kau buta tidak melihat kesetiaan dalam diri
Hanya untuk engkau aku menanti walau tahu hanya akan disakiti

Bermacam cara kau lakukan untuk aku pergi
Bermacam ragam kau lakonkan untuk membuang rasa ini

Aku hampir gagal
Berputus asa tanpa mencuba
Cuba mempertahankan cinta
Walau kau hanya pandang sebelah mata

Hari ini mungkin tidak kau lihat cinta
Hari ini mungkin kau sering perdengar kata dusta

Namun,
Aku masih menanti
Setia menanti
Menanti cinta yang tak pasti
Tiada tingkah yang mampu dibuat selain menanti

Dan untuk terakhir kali,
Ketahuilah,
Aku, mencintaimu.

Monday, December 1, 2014

H A T I

Apabila mengharap pada yang salah
Hati sakit
Hati terluka
Jiwa merana
Jiwa terseksa
Sekali pun tidak pernah ada yang ambil tahu.

Hati ini hancur
Patah
Remuk
Hingga hilang segala debunya
Entah kemana pergi serpihan hati yang merana terluka kerana perbuatan orang.

Luarannya tersenyum
Tergelak
Bahagia
Tapi dalamannya merintih
Menangis
Meraung
Tanpa siapa peduli

Dunia ini berputar
Kifarah Allah itu ada
Atas alasan itu dia bersabar
Dia mahu orang sedar

Segala kesakitan
Kedukaan
Keperitan
Yang dirasa itu membunuhnya secara perlahan.

Dunia ini tak pernah adil sepanjang hidupnya
Kejam
Tanpa mengira waktu

Hati ini rapuh
Hanya serpihan pudar
Tiada jangka hayat
Akan hilang tanpa bayang
Pergi menghilang dari radar

What I thought

I thought,
we're friends,
A good friends,
A best friends,
SAHABAT,
Through ups and downs,
through hards and ease,
Through thick and thin.

I thought,
We'll be together forever,
We're understand each other,
We'll be there for each other.

But what I never thought,
Its all lies.

And now,
You're asking to go,
You're leaving me behind alone,
You're find someone better.

Friday, November 28, 2014

No Tears November Challenge?

Its almost end of November which is means almost near to December. Yeay! Amboi bersepah english. Hahaha.

Early of this month which is November lah kan, aku nominate diri sendiri dalam cabaran No Tears November! Jangan tanya cabaran ni siapa yang invent. Jawapan dia aku sendiri. Suka hati lah aku nak cabar apa pun. Mengarut pun aku cabar diri sendiri,kau ada? Eheemmmm. Okay lebih.

No Tears November Challenge ni aku buat semata untuk cabar diri sendiri yang gembeng cengeng sangat setiap bulan mesti nak menangis teruk teruk. Paling kurang pun sekali. Sadis nya aku ni lahaii. Baru sedar. K. So sebab dah bosan kononnya asyik menangis, malu kay senanya. Kita cabarlah diri kita yang kadang tak mampu nak sahut cabaran ni untuk tidak menangis teruk yang amet pada November. Sadisnyaaaa challenge kau aliaaa. Eeeee.

Kisah ke aku? Nak jadi azwan ali kejap. Mak tak kisah naaakkkk. Kau ado? Nan hado haaaa.

So, memandangkan November cuma tinggal lebih kurang 2 hari dan aku masih belum menangis teruk sampai bengkak mata, aku beranggapan yang aku akan berjayaaaa!!!! Wuhuu! Tapi pun tak sure lagiiiiii. Boleh gitu. Konpiden tapi tak sure gitu kens. Lol sangat.

So, kalau aku berjaya, opkos la ada rewards kan. Haaa. Ada lah menanti. Sabar lah wahai diri. Tahan sikit lagi.
December will coming and I will not let the same thing happen twice. WILL NOT! Takkan biar benda lama menghantui diri puns. Well aliaaa, its been a year kottt. Ehemmm. Okay calm.

Next month nak cabar diri untuk cabaran lain pulaaa. Seronok doh cabar diri sendiri. At least aku ada matlamat tiap bulan. It increase aku punya confidence level kottr. Bagus dohh. Macam motivated diri sendiri untuk teruskan hidup dengan tabah dan gagah serta berani. Yeay!

Tunggu next month cabaran apa pula yep. Entah sejak bila suka mencabar diri yang penakut tu. Oh ya, sejak rasa diri ni kosong tanpa matlamat. Kayyy. Tanpa matlamat. Kayyyyyyy