Wednesday, January 21, 2015

Random reminder for myself

Bila aku jatuh, aku sendiri akan naikkan semangat. Bila aku rebah, aku sendiri usaha untuk terus bangkit. Dan bila aku telah bangkit tetapi masih usaha untuk kekal bersemangat, kenapa harus ada orang yang tetap mahu membuat aku rebah semula?

Nak hidup ni, hati kena sado. Tak boleh cepat sentap. Nak hadap dunia, otak kena kuat. Tak boleh cepat mengalah.

Fikir diri sendiri dulu. Baru sibukkan diri nak fikir pasal orang lain. Sebab apa? Bukan nak suruh kau penting kan diri, tapi nak suruh kau sedar, orang lain takkan letak kau sebagai keutamaan dorang. Jadi, kau tak payah semakkan kepala otak kau nak fikir pasal orang lain sebab orang lain takkan pernah nak fikir pasal kau. Bunyi nya kejam en? Tak fikir langsung pasal orang. Tapi itu lah hakikat dunia sayang. Takde yang indah. Dunia indah tu dalam novel je. Bawa bawalah sedar.

Monday, January 19, 2015

Manusia dan dunia

Hidup ni tak semudah yang kau sangkakan. Hidup ni jalan nya tak setegak yang kau harapkan. Hidup ni tak seindah yang kau bayangkan.

Pernah rasa? Ditinggalkan orang yang kau anggap sahabat sampai bila-bila? Pernah rasa? Diabaikan orang yang sangat kau perlukan? Pernah rasa? Dilayan seperti orang yang menagih perhatian orang lain?

Manusia. Aku sering peringatkan diri sendiri, manusia ni mana pernah adil. Jadi setiap kali aku rasa semua tu, aku harus faham. Manusia ni tak pernah adil, buat apa aku nak terasa en. Manusia ni mana nak sedar diri. Bila kau senang, kau mula riak. Kau mula tarik muka dengan yang sedia ada. Bila kau jumpa yang baru, dengan senang kau mengabai yang lama. Kau lupa dia yang ada sentiasa. Kau lupa dia yang ada sedari dulu. Kau lupa siapa dia pada kau. Dan dia? Apa yang dia mampu buat bila kau secara tak langsung membuang dia? Mengundur secara perlahan sebab dia tahu, kau tak perlukan dia. Dan ya. Manusia ni dah lah tak adil, kejam pula tu.

Dunia. Bila sekali kau dekat atas tak bermakna yang kau akan selamanya diatas. Bila kau dekat atas, jangan lupa nak jenguk jenguk yang dibawah. Ingat. Kau juga pernah berada dibawah. Dan mungkin, esok lusa kau akan kembali kebawah. Masa tu sanggup kau nak mendongak ke atas melihat orang yang berada diatas menongkat dagu riak pada kau? Sebab tu, sentiasa menjenguk yang dibawah bila kau diatas. Sebab apa? Karma tu wujud. Kifarah Allah tu ada. Apa yang kau buat dekat orang, sama ada dalam masa terdekat atau tak, dalam apa cara sekali pun, kau tetap akan merasa apa yang kau dah buat dekat orang. Jika baik perlakuan kau, baiklah yang kau dapat. Jika kau sering memandang hina insan lain, terima lah padah yang serupa. Dan masa tu, pada siapa kau nak minta bantuan? Allah.

Manusia bila hidup dimuka bumi, susah nak mengaku silap. Buta. Jalan tak berturap dekat seberang tambak sana tu kau nampak, jalan tak berturap depan rumah sendiri kau buat tak tahu. Manusia dan dunia, sama sama tak adil. Sama sama kejam.

Sunday, January 18, 2015

K A U

Kenapa bila kita rasa manusia tu tak adil tapi kita tak mampu nak buat apa. Ya. Aku sakit tapi aku tiada tindakan. Aku tak faham. Mengapa bila setiap kali aku mahu berubah, akan ada kata negative yang mencucuk untuk aku membenci. Untuk aku mengikari janji.

Bila tahu apa yang orang buat dibelakang aku, aku terkilan, aku terdiam, aku terkaku memikirkan dimana silap aku sehingga begini balasan yang aku terima. Apa yang telah aku lakukan pada kau sehingga kau sanggup mengkhianati aku begini?

Kau kenalan yang aku anggap teman, benarkah apa yang dikatakan oleh dia? Benarkah kau berkata begitu dibelakang aku? Benarkah kau cuba mencucuk aku dari belakang? Aku tak sangka kau begitu. Tegarnya hati kau. Atau dia hanya mahu memecahkan kita. Aku keliru.

Dihadapan aku kau bergelak bersama, kau bergurau sama, kau tak ubah seperti si ibu yang menjaga. Dibelakang, kau tak ubah seperti ular yang lidahnya bercabang. Kenapa begini? Apa yang telah aku lakukan pada kau? Kau kata, masalah ini antara kita. Hanya kita yang akan selesaikan. Tapi mengapa bila ada masalah, kau canang cerita ini kepada semua orang dengan menunding itu semua adalah salah aku. Kau hebahkan pada semua orang betapa kecewa dan geramnya kau dengan tindakan aku. Kau putar balik kan cerita supaya hujung nya kelihatan itu adalah salah aku. Sampainya hati kau perlakukan aku begini. Kau tuturkan setiap bait kata melembutkan hati bila kau ingin kan sesuatu pertolongan. Tetapi bila kau senang berada diatas, kau tabur kata dusta memperlihatkan salah aku. Kau kata kita semua bagai keluarga yang saling membantu. Kau kata teamwork tu perlu. Kau kata kita kena saling percaya baru benda menjadi. Aku sungguh keliru. Aku tak faham. Bagaimana harus aku percaya bila yang kau membunuh aku secara perlahan dari belakang. Kau minta aku bertolak ansur sedangkan kau, sedikit pun tak ambil peduli dengan keadaan sekeliling dan orang lain. Kau pentingkan diri. Itu yang paling dibenci. Setiap kata kau aku akur. Aku turutkan. Semakin lama aku mendiam semakin kau melebihi batas. Ya. Tindakan kau telah melangkaui batas kesabaran aku. Tetapi aku akan kekal diam. Diam bukan membiarkan tetapi kerana aku tahu, karma itu ada. Kau akan merasakan setiap tindakan dan tingkah laku kau terhadap aku. Walau bukan aku yang membalas. Kau akan tetap merasa. Secara perlahan. Karma itu wujud.

Saturday, January 17, 2015

Berikan aku peluang

"setiap manusia berpeluang." ya apa kau cakap tu betul. Setiap patah perkataan yang keluar dari buah bicara engkau itu benar dan masuk akal. Aku meminta peluang yang seharusnya milik setiap orang. Cuma aku perlu bijak merebut peluang dan menggunakan sebaiknya.

Aku tidak berganjak kerana aku tak mahu kelihatan terdesak. Aku tidak langsung terdesak. Entah. Kata hati aku mahukan peluang itu. Untuk apa dan bagaimana, aku sendiri tak mengerti.

Kita sebagai manusia ni sebenarnya pelik. Kita sering meminta sesuatu yang sudah pasti bukan milik kita. Tapi entah kenapa separuh hati tetap berkeras mahukan yang bukan milik kita. Tak adil untuk setiap manusia yang lain.

Kau tahu kenapa? Kerana manusia ni kejam. Manusia tak adil. Manusia penting kan diri. Manusia degil. Setiap bait kata yang terkeluar, bagaimana dirancang, begitu jualah yang dimahukan. Kerana itu kau akan berasakan kau tidak punya peluang itu walhal kau yang tak merebut.

Kenapa? Ya confidence level kau lemah. Sangat rendah lemah kebawah. Kenapa? Kerana setiap manusia yang merendahkan confidence level kau, kau biarkan. Kau hanya menerima dan memperlihat tingkah laku memperkecilkan kau tanpa tindak balas. Kau menerima kata hinaan dan cician yang dilemparkan. Kau hanya menunduk setuju dengan kata kata mereka. Kau yang salah. Kau yang membiarkan semuanya. Semua salah kau!

Bila kau nak sedar wahai diri. Bila kau nak bangkit berdiri menentang kata mereka? Sampai bila harus kau berdiam membiarkan mereka memijak? Sampai bila harus kau mengiakan kata hinaan? Fikirlah otak. Tenanglah hati. Teruskan bangkit. Mereka tidak penting.

Bangkit untuk diri sendiri dan maruah. Jangan toleh ke kiri dan ke kana apatah lagi ke belakang. Mereka tak penting. Ingat! Mereka tak penting!

Tuesday, January 13, 2015

Padah kebahagiaan sementara

Pernah rasa terlalu kecewa sampai kau terfikir nak keluar bersendiri tanpa orang lain? Pernah rasa terlalu sakit sampai kau tak mampu dah nak hadap semua orang?  Pernah rasa fed up dengan semua ni sampaikan kau cari dan fikir balik dimana salahnya bermula hidup kau? Aku pernah. Sakit. Tak tertanggung.

Tapi setiap kali perasaan tu timbul, separuh hati akan terusan memujuk separuh hati yang terseksa tu. Ya hati akan memujuk dirinya sendiri. Kerana aku tahu tiada yang mampu memujuk.

Banyak benda. Ya aku tertekan. Tekanan tu tak jauh puncanya. Diri sendiri, kawan, orang sekeliling dan sometimes keluarga.

Hati berbagi dengan situasi dimana aku dipijak dihina dimaki diumpat diabaikan dan dilupakan dengan situasi aku diperlukan dan dicari.

Buta mataku hanya melihat situasi diambil kesempatan. Mata dibutakan untuk tidak nampak semua yang negative hanya untuk kebahagiaan sementara.

Tidak dinafikan, ya aku suka perasaan itu. Rasa bahagia untuk sementara. Kerana aku tahu lebih baik sementara dari tidak merasainya langsung sedangkan aku tahu hakikatnya mereka membenci.

Kadang kadang rasa dunia ni tak adil. Kadang kadang rasa dunia ni menghukum. Aku kecewa. Aku tersakiti.

Silapnya aku kerana sering mencari kebahagiaan sementara itu. Silapnya aku kerana sering berusaha untuk memperlihatkan diri dihadapan mereka sedangkan mereka langsung tak pernah peduli.

Kesian dengan diri sendiri. Tak pernah nampak sandiwara depan mata. Tak pernah tahu beza siapa keladak lumpur hidup. Kesian.

Bila ada waktu aku menyedari semua aku rasa aku perlukan rawatan. Otak hati dan telinga tidak mampu lagi menahan rasa ketidak adilan yang berlaku depan mata.

Wahai dunia. Di mana silap aku hingga kau menghukum aku begini? Wahai dunia. Apa yang perlu aku lakukan supaya aku tidak perlu berhadapan dengan semua permainan dusta?

Bantu aku Ya Allah. Aku penat. Aku lelah. Aku serik. Dengan lakonan manusia yang tak pernah adil.

Wednesday, January 7, 2015

Ego yang memakan diri

Kau tahu? Ye. Sekarang dah 2015. 2015 tapi still tak boleh move on dengan habit lama. Ye. Teruk sangat perangai aku. Habit lama? Apa? Suka orang yang tak sepatutnya. Suka orang yang tak pernah nampak siapa aku dimatanya. Ya. Aku selalu syok sendiri. Tapi bila perasaan tu datang, aku tak mampu halang.

Biasa memang setakat suka dan minat. Bukan suka, minat, dan mungkin sayang. Aku keliru. Aku tak dapat pastikan apa aku rasa. Degupan jantung yang berdegup laju setiap kali aku melihat kau, aku sedar aku suka kau. Dan itu sebab setiap kali bertembung, aku melarikan pandangan. Aku taknak kau nampak aku suka kau. Aku taknak kau nampak aku yang terhegeh hegeh suka kau sedangkan kau cuma menganggap aku hanya kawan biasa.

Ya aku beria. Aku beria bergurau mengatakan kau adalah jodoh aku. Bodoh nya perangai. Tapi aku rasa itu semua gurauan. Aku tak bermaksud lebih dari itu. Aku ego dan sombong bergurau tentang kau kerana aku terlalu yakin perasaan itu tidak akan wujud. Tapi setiap bait kata tentang engkau akhirnya memakan diri aku. Dan aku terjatuh dalam perangkap perasaan aku sendiri.

Aku penat. Setiap kali jumpa orang baru, asyik nak suka je pun payah gak kan.

Kau inspirasi aku untuk berubah. Ya. Cara kau, kata-kata kau, aku terjatuh didalamnya. Kau membuka mata aku yang selama ni buta tentang kehidupan. Dan ketika aku cuba berubah mengikut cara kau, aku sedar bahawa kau dan aku terlalu berbeza. Aku tak layak berada dalam dunia kau dan hidup kau.

Dan hari ini, waktu ini, ketika ini, walau sesukar mana aku mencuba untuk membuang kau yang telah hadir dalam kotak hati serta minda aku, aku tahu ianya mustahil. Aku mencuba dan aku gagal. Aku mencuba untuk membuang bukan kerana aku putus asa dengan kau, aku mencuba kerana aku sudah terlalu penat dengan keadaan begini. Aku penat dengan perasaan yang membunuh aku secara perlahan.

Jika aku salah. Salah dalam membenarkan perasaan itu wujud, tunjukkan aku jalan bagaimana mahu memperbetulkan semua. Bantu aku untuk merubah keadaan. Kerana aku mahu kau kekal dalam hidup ini walau hanya sebagai kawan.