Thursday, January 14, 2016

Bila kita berkawan dengan ramai orang, kadang kadang sikit ke banyak, mesti ada rasa tak puas hati. Rasa kecik hati.

Cerita dia macam ni. Kau ada kawan. Kau bawa kawan kau tu jumpa kawan kawan lain. Kau kalau nak buat apape yang melibatkan kawan kau, mesti kau nak semua ada. Mesti nak complete. Sebab apa? Sebab kau taknak ada orang rasa left out. Kau taknak ada yang rasa disisihkan. Sebab kau tahu macam mana rasa being left out. Rasa disisihkan.

Jadi, cerita dia macam tu lah. Kau beria nak gather orang lain sama sama untuk pengalaman dan memori yang sama tapi bila sampai turn kau, they act like you don't exist.

Cara aku senang. Aku ajak semua. Siapa nak nak sekali, great. Siapa taknak, tak paksa. Even aku tahu the answer will be no, at least aku pelawa.

Taknak cerita kecik hati la. Tak nak cerita membelakangkan. Sebab tu semua hak individu dia nak buat apa pun. Lantak la sana kan.

Satu je. Jangan sampai aku menyesal layan kau macam kawan. Jangan sampai aku mempertikaikan kewujudan kau depan aku.

Perempuan ni rumit

Sebagai seorang perempuan, gadis, wanita, sahabat, kawan, rakan sekerja, aku tak tahu apa yang kau nak antara kita. Aku tak faham cara kau.

Kalau kau rasa kau nak gunakan aku untuk kepentingan kau, kau boleh jalan cepat sikit sebab aku muak. Kalau kau rasa aku bangga kenal kau, kau dah boleh diri depan cermin lama sikit sebab aku menyampah.

Statement umum. General. Awam. Kau terasa kau ingat aku kisah ke.

Cara kau dengan aku macam air laut dengan teh ais. Takde persamaan langsung kecuali sifat nya cecair. Ingat aku peduli takat persamaan sikit gitu. Umpama kau dengan aku sama perempuan.

Bukan ke perempuan sepatutnya lebih faham perempuan? Nope.

"Lelaki susah nak faham perempuan, apa yang perempuan nak sebenarnya, macam mana kami lelaki nak faham perempuan?"

Takyah. Takyah sesusah nak faham perempuan. Sebab aku ni sendiri tak faham perempuan. Tak faham diri sendiri. Sebab tu, aku kerja nya asyik nak bergaduh dengan orang. Ada je tak puas hati sebab aku tak boleh faham dan tak boleh terima.

Perempuan ada banyak muka wahai para lelaki yang cuba nak faham perempuan diluar sana. Tak semua muka dia mampu keluarkan depan kau. Jadi, kalau kau buat macam mana pun, agak mustahil untuk kau nampak, untuk kau faham semua sudut muka dan perasaan perempuan. Dah boleh slow slow give up guys. Kahh

Ada orang tak pandang harta tapi pandang rupa. Ada orang tak pandang rupa tapi pandang hati. Ada orang tak pandang hati tapi pandang harta. Nampak? Dunia. Manusia.

Cycle dia sama. Berpusing situ juga pergi dia. Tak kemana. Erti kata lain manusia ni sebenarnya semua samaaa je. Yang beza mungkin cara, adab.

Dunia makin singkat. Manusia buat apa saja untuk survive. Termasuk, selfish.

Ada orang dia gunakan kawan untuk tolong keluarga. Ada orang guna diri sendiri untuk tolong kawan. Ada orang guna kawan untuk tolong keluarga. Ada orang gunakan diri sendiri untuk tolong keluarga.

Deep atau tak, kau punya pasal.

Satu je, manusia ni kebanyakkannya tak guna. Nampak salah semut seberang laut tapi tak nampak salah gajah sebelah bahu.

Tak adil? Tanya diri sendiri. Adakah kau begitu.

Monday, November 30, 2015

.

Aku cuba mencari dan menyambung kembali tali yang terputus hilang. Aku berusaha kerana aku tahu tali itu tiada ganti.

Aku rindu kau. Kau yang mampu buat aku tergelak tersenyum seumpama tiada hari esok. Aku rindu kita.

Andai tali itu akan terus hilang tanpa dikesan wahai sahabat, ingat, aku masih sayangkan kau. Aku tiada ganti sahabat.

Thursday, July 9, 2015

Ini semua salah hati

Yang pilih kau tu bukan aku. Angan angan yang terbang tinggi tu bukan aku yang minta. Anggap semua kebetulan tu jodoh bukan aku.

Hati. Semua salah hati. Kalau hati tak berharap terlalu tinggi taklah aku rasa sesakit ni bila jatuh. Kalau hati tak beria suka tak ada maknanya aku akan sekecewa ni bila tahu kebenaran.

Memang. Hati ni sebenarnya jahat. Dia dalam diri tapi bukan diri. Dia dalam badan bersama organ lain tapi tak pernah nak sependapat dengan otak. Hati selalu bercanggah dengan otak. Otak fikir logik. Hati fikir andainya.

Padan muka. Siapa suruh pilih andainya. Impian harapan yang dah tentu akan buat kau jatuh.

Tapi bukan sebab seseorang aku begini. Bukan dia saja. Bukan dia si pencuri hati tetapi dia yang pernah janji sahabat itu untuk selamanya.

Mereka dan dia punca aku jatuh tergolek terhempas terhumban dalam angan angan sendiri. Angan angan takkan boleh berdiri lama sendiri. Kan pernah sembang.

Aku rindukan keadaan tiada apa yang harus aku risaukan. Aku terlalu rindu situasi yang mana aku hanya perlu risau kerana aku keliru nak pilih team mana aku nak masa main baling selipar. Aku rindu. Terlalu rindu.

Padan muka. Hati kau tu jahat. Dia sengaja buat kau terbang terlalu tinggi padahal dia tahu angan angan takkan mampu terbang lama. Sekarang ni jatuh. Siapa nak salahkan? Otak? Lain kali jangan lah pedulikan otak lagi. Kata hati kau kan tepat. Heh

Waiting for how long?

You know you are totally in love with someone when you don't even care how much you have to wait for them. You know they worth your time. But did you ever realize, for how long you have to wait. Wait for something that you don't even sure.

Cerita sedih ni milik aku. Aku yang keliru dengan perasaan sendiri. Aku yang terjerat dengan kata kata gurauan masa lalu. Aku yang terjebak dengan permainan dunia. Aku yang terhantuk kerana angan angan sendiri.

Cerita sadis yang bermula dari satu pandangan yang tak tersangka dan diteruskan dengan kebetulan yang otak tak betul ni anggap, jodoh. Heh

Cerita sedih yang tiada penghujung. Mengharap pada yang tak sedar. Mengingat pada yang melupakan. Berfikir pada yang tak layak.