Tuesday, July 17, 2012

We're not meant to be

Assalamualaikum :) 

First of all, I'm sorry. For all my words. For all what I've said. I've made mistakes. I was wrong. I try to love you but I fail to take back my heart from him.

"I suka you tapi hati I ada pada orang lain. That's it."

Remember those words ? Actually, what I've meant about that line is I like you but only as a friend. Nothing more than that. Because my heart has been taken away by him. 

That moment bila you confess cakap you suka I, I tanya you "kenapa baru sekarang ?" I tanya tu sebab you're late. Too late for everything. 

Bila you kata you dah berbulan tunggu I, I tak tahu nak cakap apa. Cara you, macam you berharap sangat. I tahu apa rasa tunggu orang. I dah penat nak tunggu orang. And sekarang, orang yang I tunggu tu dah ada depan mata I. It's impossible for me to let him go. Same as you right. 

And I tahu apa rasa bila orang bagi kita harapan lebih sangat. I pernah minta you jangan berharap sangat kan ? Sebab I tahu, I akan kecewakan you. I tak mampu nak sayang you. I cuma mampu suka you, sebagai kawan. Sorry. That's why I'm telling the truth sebelum you berharap sangat. I taknak you kecewa. 

Sorry if what I've said has hurt you. But, trust me. If I didn't tell you, you'll hurt more. 

I'm sorry for everything. I suka you tapi I tak mampu sayang you. I tak mampu nak bagi hati I pada you.

Monday, July 16, 2012

Jcard ? Again ?

Assalamualaikum :)

Rabu dengan Khamis lepas, AEON member day or it used to called Jcard day. SALE ! SALE ! SALE ! haahaha Penat ? Seriously, tak penat macam Jcard masa April hari tu. and tak semeriah hari tu. Tak best k. TAK BEST ! 

Cuma a few things je yang best. 

First day, aku sampai lambat k. Kenapa ? Jalan jam. yes ! Depan AEON, jalan jam pukul 9 pagi ! Tak dapat nak breakfast kat kantin. Dah sampai kaunter, semua muka pehh macam tak breakfast. Masam je semua. Aku pun terus tak ada mood nak ceria-ceria pagi tu. Bosan k. BOSAN ! Lepas Miko ada dengan Angel, baru okay sikit. Lepas aku lunch dengan Airin, dorang semua macam dah okay sikit. Tapi, still tak se-okay Jcard dulu k. 

Tak best sebab akak tak ambil part time. And Miko tak bawak budak Permas Chris Brown wangi tu. Yes ! Budak permas Chris Brown wangi tu tak ada ! Semangat tak ada k. haha And Fahmi berbual macam uncle depan rumah aku nihaa. Kata bulan 7 dah berhenti tapi time Jcard nak tolong kak Fang. Sampai masa, bayang pun tak nampak. Lepas tu lagi nak tanya aku Jcard okay ke tak -__-" 

Before lunch tu, nampak Adi. Eh ? Adi ? ohh okay. 

Second day , sampai awal tapi tak sempat breakfast. Sakit perut, nasib ah. Tengah hari before lunch. "Alia, stok 3 carton sampai. Pergi ambil kejap. Pakai troli kecil tu je. Troli besar, Nisa pinjam." kita ? Pergi ambil stok ? Time Jcard ? Lori tu kejam ! Hantar stok time Jcard. Dah lah Lift penuh. Nasib baik guna troli kecil, boleh lipat. Apek tu tunggu dari tadi tak turun-turun sebab guna troli besar, lift penuh. Nasib baik Grace ada, boleh teman sekali. 

Grace hantar D.O, akak Bonia tolong bawa naik stok dia. Dia naik atas berlenggang tunggu lift siap nak naik troli aku suruh tolak dia -__-" 

Lepas tu jumpa kak Ana dengan Fara. Dorang bawa kotak banyak, aku bawak stok banyak. So, kitorang naik dulu. Lepas tu bole pulak ada mamat dua orang ni tolak food cart. Sedap je dia ckp "boy, sekejap eh. Kasi kitorang naik dulu. Nanti benda ni sejuk." Amboii mentang-mentang bawa Grilled Chicken Tight nak hantar kat Arena. Masa kat dalam tu Grace cakap "eh you bawa ni. bagi la sikit" Aku tahu Grace tu main-main je tp tak sangka gila mamat tu kata "ala tak ada plastic. kalau ada da bagi da." Ada je idea si Fara tu. Nampak je dia aluminium foil kat situ. Mula-mula dia bagi satu je sebab tak sempat, dah sampai kt floor yg dia nak turun. Kitorang bising ah. "hek elehh. satu je ? kitorang ada 4 orang kot. kedekut." Lepas tu, lagi tak sangka Grace tarik dorang suruh masuk balik bagi kitorang ayam tu sorang satu. "Cepat-cepat nanti orang nampak" "eh sorok sikit. kalau tak habis kitorang" hai bang, tahu pun kau takut bagi kitorang ayam free haha. Lepas tu dengan muka tak bersalah masing-masing turun floor balik counter. Anggap tak ada benda jadi an. hahahaha

Sampai counter "Lambatnya ? ingat kau dah ikut lori balik " -___-" dalam kepala otak, tengah cari alasan nak kalis, kang kantoi akak membebel haha "errr lift penuh kak. lepas tu buka tutup dekat floor sama." "akak ingat kau dah ikut macha lori balik" pehhh ikut macha lori balik. Nasib baik selamat. Sampai sekarang, kitorang kalau jumpa tak cakap pun pasal tu. Senyap-senyap sudah. Mamat yang bagi tu pun aku tak cam muka sebab dorang pakai mask masa tu :D

Lepas tu pergi lunch dengan Airin, jumpa Adi kat kantin. Airin gelak lebih. menyampah. malu aku dhoii hahaha

Jcard kali ni, tak best. Tak suka ! Tak meriah ! Tak penat ! Tak sama macam Jcard hari tu. Tapi still okay, tu pun sebab ada Miko, Angel, kak Naza, kak Eda, Nichole dengan Michelle :) lagi satu, menyampah Fahmi ! Fahmi berbual ! hahahaha


People around me

Assalamualaikum :) 

Dalam masa 2 bulan ni macam-macam jenis orang aku jumpa. Tapi yang pasti dorang tu semua tambah warna dalam hidup aku. 

Mana aku kenal dorang yang perangai annoyed lagi menyakitkan hati ni ? Kak Fang ah. Dia ambil part time ramai sangat. Setiap bulan bertukar. So almost setiap bulan aku dapat kenal dengan kawan baru. 

Start last month, Ekin dengan Wani berhenti kerja so Kak Fang dapat part time baru. Lelaki. Dorang semua cakap, "part time baru ganti Ekin dengan Wani handsome" Aku pun excited ah nak tengok part time baru yang handsome tu. Handsome ? katanya lah. Tapi sekali datang, Fahmi dengan Daniel. pehhh Handsome pulak an. Muntah pelangi aku kat situ hahaha.

Dah berapa hari kot baru aku okay dengan dorang. Ye lah, aku ni kan pemalu orang nya haha. Lepas Daniel berhenti a.k.a cabut, Fahmi tinggal sorang. hahaha Forever alone haha. Eh tapi even dia sorang lelaki kat situ, dia punya menyetan, makin menjadi-jadi siaa hahaha. Aku kalau tengok dia je nak tergelak sampailah sekarang ni dia dah berhenti, aku kalau borak dengan dia mesti gelak sampai sakit gila perut wa pepagi buta tu haha. Dia annoyed tapi dia kelakar. Err Daniel, aku tak tahu apa jadi kat dia sekarang. Dia hilang macam tu je.

Tak lama sebelum Fahmi berhenti, ada part baru masuk ganti Kak Shaa. Aidil. atau nama manja dia Didi. pehh nama manja. Tak boleh blah. Aku yang paling muda kat situ pun tak ada nama manja. hahaha. Before dia masuk pun semua kata dia handsome. Sampai Fahmi kata dia insecure. Tapi sekali masuk, tak ada ah handsome sangat pun sampai Fahmi bole insecure bagai. Sampai lah time Jcard hari tu Airin kata "Eh tu Aidil eh ?" kenal ? Rupanya budak sekolah Taman Molek dulu. Mak aii. Patut ah aku rasa macam pernah nampak je muka dia. Tapi aku dgn dia tak banyak sangat borak. Segan dho haha

Lepas berapa hari ada akak baru masuk ganti Fahmi dengan Daniel. Yang ganti Fahmi tu akak Wani, comel je, kecik je macam Wani jugak haha. Yang ganti Daniel akak tu umur dia 22 tapi mcm 20 or 19. Comel je hahaha. okay la jugak aku dengan dorang. Cuma aku dah tak ada banyak borak sangat dengan dorang sekarang ni. Tak macam dulu. Tak tahu lah kenapa aku rasa macam busy sangat sekarang. Tapi still ada masa nak borak, tanya khabar, senyum and peace-peace bagai dengan dorang :D

Lepas tu start July hari tu, lepas Eka berhenti, adik kak Dahlia masuk ganti dia, Darma. Aku tak pernah borak sangat dengan dia tapi dia okay. Baik. Selalu jugak tolong aku serve customer kalau customer tu panggil dia. 

Then masa Jcard hari tu, unexpected person muncul balik dalam hidup aku. Lepas berapa bulan hilang. Adi ! Alah aku tak fikir sangat ah. Tapi aku happy kot dapat jumpa dia balik :)

Grace, kak Ana, Fara, Miko, Angel, kak Naza, kak Fang, Fahmi, Adi, Airin, kak Dahlia, kak Su, Nichole, dorang tu semua colors if my life. It was impossible for me smiles, laughs without them. But in future, I hope everything will remain the same :)


Saturday, June 9, 2012

HER

I don't know how to start :D I just know that I want everyone knows about you, an awesome sister-friend to me. 

Everything began when Auntie wants to find a new part-time worker and her friend suggest you and your friend who suppose to work with my senior. Then akak dengan kawan akak tu datang interview. First thing yang kita kata kat dorang after akak balik and Auntie ambil akak jadi part-time dia, "Pehpehpeh Auntie ambil Najwa Latiff siot. Adoii makin kurang ah aku buka bil. haaahhh insecure siott"  haha jahat kan kita. Kita panggil akak Najwa Latiff sebab masa akak datang interview tu akak pakai tudung lilit-lilit macam Najwa Latif. haha.


:: haa macam Najwa Latiff an tudung ? hahaha :: 

Bila akak first day kerja, Auntie kenal kan akak dekat semua orang kt situ and semua orang akak salam, (teringat masa kita first day kerja, sampai budak bawah kita pun kita salam cium tangan -__-") sampai kat kita je kak Eda kata "haa yang gemuk ni kau tak payah salam.rugi." At that time kita tak tahu pun umur akak berapa.

Masa Jcard hari tu, kita tak rapat sangat dengan akak sebab kita busy. plus akak kemain rapat dengan Alyn tu :(

After Jcard baru okay tu pun lepas Alyn habis kerja, kalau tak mana akak nak rehat dengan kita -__-"

Almost setiap Rabu, kita rehat dengan akak sebab Auntie cuti. So akak kena kerja balik malam. same goes to me. Mula-mula awkward juga nak rehat dengan akak sebab kita tak rapat lagi dengan akak tapi lama-lama, rasa okay pulak. Layan kepala. Boleh gang :D

Kita perasan, kita dengan akak agak rapat sejak kita pergi rehat sama-sama pastu ternampak Puteri Sarah Liyana and Ammar masa tu. That day, actually kita stress sangat pasal that stuff. (yg kita selalu cerita kat akak tu lah)

Lepas lepas tu kita cerita everything kat akak. kita sedih, kita sakit hati, kita marah and kita happy semua kita cerita kat akak. kita share dengan akak. Even kadang-kadang akak macam nak taknak je dengar kita membebel :D (kita membebel banyak sangat kan ?)

Sampai kita down gilaa hari tu, seriously punya heartbroken, kita cerita kat akak. Akak lah yang bagi kita semangat. Kita takkan pernah lupa akak cakap, "Ei lelaki tak guna macam tu, buat apa ? ramai lagi kot yg lagi baik." and from that moment kita cuba nak lupakan orang tu. and I almost did. 98%. tu pun sebab akak yang selalu marah kita bila kita teringat balik kat dia and bila dia cari kita balik. Akak cakap "Buat apa ingat lelaki tak guna macam tu. Nanti dah sambung belajar mesti jumpa lagi baik kot." and kita tak pernah lupa yang akak kalau cakap mesti nak ada kot kat belakang ayat. sampai kita pun dah terikut-ikut jugak.

Ingat tak, ingat tak, last kita rehat sama, akak belanja kita McDonalds tu ? Chicken foldover yg sedap sangat tu, siap McFlury lagi tu ? Thanks sangat akak. Kita teringin nak benda tu, akak yang drive jejauh pergi McD sambil dengar kita membebel belanja kita benda tu. Sampai malam kenyang :D

Akak je yang rajin belanja kita. ViVo, Mcd, Smarties. Wahhh. sampai kita ajak makan kt Secret Recipes pun akak keluar kan duit dari atm RM20 je ? kita tak mintak belanja pun padahal. lebih akak ni. hahaha

 Cuma akak selalu keluar counter. Kata nak pergi atm je tapi sempat pergi Secret Recipes. Siap bawa masuk cakes dua kotak lagi. Pastu akak kalau kata nak pergi toilet mesti laaaaaaamaaaaaa gila. taktahu buat apa lama-lama tu. pastu sempat borak jumpa kawan lama kan. cakap auntie kangg haa. hahaha

Akak selalu salah sebut nama kita. sukasuka je. pastu akak kalau bercakap, mesti akak je nak menang. kita puji kita sendiri comel, mesti akak pun nak jugak cakap akak comel. menyampahh.

And now akak dah berhenti. Siapa nak teman kita rehat setiap Rabu ? Siapa nak drive sambil dengar kita membebel bawak kita pergi McD yang jauh sedangkan yang dekat ada ? Siapa nak tolong kita panjat ambil stok bila kita sakit kepala ? Siapa nak bertekak dengan kita puji diri sendiri comel ? Siapa nak dengar semua masalah kita ? Siapa nak dengar kita merungut ? Siapa nak marah kita bila kita beli something tapi tak habiskan ? Siapa nak tukar-tukar nama kita lagi ? Siapa nak teman kita ambil stock 1 caton even exboyfriend yg sungguh kacak datang ? Siapa ?!!

Mesti kita rindu semua tu. Even masa akak last day hari tu, kita nak nangis tau. Akak dengan dorang je taktahu. sebab kita taknak nangis depan akak.  Even sekarang masa kita tulis ni, kita ingat balik semua yang jadi, kita nangis. (percaya tak ? tak percaya sudah *jeling)

Hari-hari dapat borak dan gelak dengan Fahmi pun tak sama dengan semua yang terjadi dengan akak. *tetibe Fahmi hahaha

:: Good Luck for your next sem. Take care of yourself. We're miss you. Don't you dare to forget us !!! I miss to laugh 'dengan penuh perasaan' with you. haha. Kalau cuti sem lagi, kita nak hang out dengan budak UiTM Penang yang perasan sangat ni tau ! :*

Thursday, May 31, 2012

Tragedy of May

May. Semuanya serba tak kena. Bulan ni bulan yang teruk sangat. Aku tak sangka aku akan lalui bulan yang paling teruk dalam hidup aku. Yes. April antara bulan terbaik dalam hidup aku. dan sekarang, May, antara bulan terburuk dalam hidup aku. or in easy word, Worst month ever !

First week of May : 
Everything flows like usually. A happiness in April still didn't end. I hope May will be the way more better than April. Hopefully.

Second week of May : 
Everything starts to turn upside down from what I've thought it will be. There's nothing that hurt me much than knowing everything that he'd told me is a lie. EVERYTHING ! and your words, broke my heart into pieces. How could you ? I trust you, and this what you've done to me ? Great ! Now, leave me alone ! I want to get rid of you from my mind. You don't deserve to be in my heart.

Third week of May :
Semua nak berhenti kerja. Semua tinggalkan aku. Kenapa ? tp aku faham, tu semua untuk masa depan korang jugak kan. Orang yang selalu rapat dengan aku pun dah semakin jauh. Semuanya berubah. Apa yang aku dah buat ? Kenapa korang dah tak macam dulu ? Kenapa ? Aku lukakan korang ke ? 

Last week of May :
I did. Aku dah lupa kan kau. 98%. Tapi sekarang, kenapa kau datang balik ? Kenapa kau muncul balik ? Nak kecewa kan aku lagi ? At the time that I need you much, where are you ? ohh yah. you was there, but to hurt me more. Last two weeks you've said, you love her right ? you have her. and now ? you claimed that I am your girlfriend ? How many times you want to hurt me ? I'm tired to glued my heart that you've stole and gave it back in pieces. I'm sick of your games ! 

Hopes of June : 
I didn't hope much. I just hope everything would be more better than May. If in June there's no laughter like April,March and February, I wish there will be less tears than May. I WISH. Please June. Make it happen. I'm begging you. MAKE IT HAPPEN !

Tuesday, May 29, 2012

Dulu. Sekarang ?

Dulu,
Hampir setiap malam kita on the phone. Hampir setiap pagi awak kejut saya. Hampir setiap kali waktu makan awak text saya. Hampir setiap kali saya balik kerja awak call saya. Sekarang ? Saya rindu waktu tu. 

Kalau tak dengar suara awak satu hari, semuanya tak kena. Saya macam tak boleh buat kerja. Risau. Mesti saya fikir, apa yang awak buat sekarang. Awak borak dengan siapa. Tapi, saya faham, awak kerja, kan ? 

Kalau boleh, saya nak awak sentiasa tahu yang awak ada dalam hati saya walau dengan siapa pun saya borak. Saya nak tahu, saya pun sentiasa ada dalam hati awak juga ke ?

Saya risau bila awak kata awak marah staff perempuan tu sampai menangis. Saya risau, awak akan buat saya menangis juga ke ? Tapi bila awak janji awak takkan, hati saya lega. 

Even time tu awak tengah lepak dengan kawan-kawan awak kat luar, awak tetap call saya, bagitahu apa awak buat sebab awak taknak saya tertunggu-tunggu. Sampai kita bertekak sebab saya paksa awak hung up call sebab nak awak spend time dengan kawan awak. tp awak tak marah saya, awak mengalah jugak. 

Kalau time saya kerja, saya call awak, mesti awak suruh saya hung up. Awak taknak saya kena marah dengan manager, tapi saya degil. Saya nak juga borak dengan awak. Awak kata awak risau kalau saya kena marah dengan manager and phone kena rampas. tapi awak dengar juga apa yang saya bebelkan. 

Awak selalu call saya, layan saya cakap. Even time tu awak baru balik kerja pukul 1 pagi dan sangat penat. tapi awak cakap, awak tak penat. Awak dengar jugak saya nak cakap apa tapi bila turn awak cakap, tak sampai 5 minit awak bercakap, saya dah menguap. Sampai kadang-kadang saya terus tertidur masa awak tengah cakap. Kejamnya saya, kan ? 

Awak tahu-tahu je bila saya tengah bosan atau bila saya tengah ada masalah. Macam awak letak CCTV lepastu upah Spy suruh ikut saya. Psycho nya awak. Awak mesti call saya pada masa tu jugak. Suruh saya cerita kan semuanya. Suara buruk saya menangis melampau ditengah-tengah malam sebab dia pun awak still kata suara saya comel.

Dulu, awaklah bestfriend saya, boyfriend saya, abang saya. Walaupun tak siapa pun tahu siapa awak di hati saya, even kawan saya sendiri, biarlah saya dan awak saja yang tahu sebenarnya.

Dan sekarang, kenapa semuanya berubah dalam sekelip mata ? Saya tahu, saya bukan sesiapa dengan awak. Tapi kenapa benda ni berlaku cepat sangat ? Mungkin 3 bulan kita kenal masih tak cukup untuk saya faham awak dan untuk awak faham saya. Tapi kenapa dengan cara ni ? Saya belum cukup kenal awak. dan saya nak kenal dgn awak lebih lagi. Saya nak awak tahu apa yang ada dalam hati saya sebenarnya. Saya perlu kan lebih masa untuk beritahu awak perkara yang sebenar-benarnya.  Tapi saya rasa saya macam tak ada peluang je nak bagitahu awak semua tu. Kalau saya tak bagitahu, awak akan tahu juga tak nanti ? :)