Monday, March 4, 2013

[CERPEN] Kerana Dhia

"APA yang kau nak ?! Kenapa kau buat aku macam ni ?! Kau nak apa sebenarnya ?!" sakit tekak ku menjerit. Jeritan ku yang lantang dan nyaring bergema di seluruh gudang yang kosong. Kepala ku berdenyut. Aku tidak tahu bagaimana diriku berada disini. Setahu aku semalam selepas Eskandar menghantarku pulang, aku tidak dapat bernafas, kedua hidungku ditekup dengan kain lembab dan bau yang ada dikain itu telah membuatku lemas dan pengsan. Tengah hari tadi, aku tersedar dek kerana cahaya matahari dicelah celah lubang kecil dinding zink gudang tersebut memancar tepat ke arah ku. Tangan dan kaki ku juga diikat dengan tali. Ikatannya sangat kuat. Sakit. Mulutku juga diikat dengan kain. Kepala ku berdenyut. Pening dan keliru. Rambut ku berserabut sedangkan semalam aku telah kemaskan rambutku dengan klip rambut. Entah kemana hilangnya klip rambut itu. 'Siapa yang bawa aku kesini ? Apa yang penculik tu nak ? Aku bukan anak orang kaya. Kalau nak wang tebusan pergilah culik anak orang kaya sana. Kenapa aku ? Janganlah dia apa-apa kan aku. Ya Allah lindungilah hambamu ini dari segala niat jahat penculik itu.'
"Selamat pagi sayang. Dah bangun?" kata penculik itu. Aku membuntarkan mataku. Tangannya membuka ikatan dimulutku. Rupanya Kamal yang menculikku. Terkejut. Tak sangka dia memperlakukan perkara ini kepada ku. "Kamal?" Tangannya mengusap rambutku. "Terkejut?" Dia bangun lalu mengambil sebotol air mineral yang terletak diatas meja usang tak jauh dari tempatku berada. "Nah! Minum ni tuan puteri." Dia menyuakan mulut botol itu kearahku. Tetapi aku berpaling tanda tidak mahu. Entah apa yang dicampurkan kedalam minuman itu. Dalam hatiku tidak putus-putus meminta perlindungan dari Allah. Dia mencengkam kedua pipiku dan menuang air itu kedalam mulutku secara paksaan. Air itu tidak keseluruhan masuk ke mulut ku. Sebaliknya tumpah masuk ke hidungku dan membasahi mukaku. Perit rasanya air masuk melalui hidung. "Kau degil sangat kenapa? Aku suruh minum tu minum jelah!" Merah pipiku kerana cengkamannya. Aku menjeling tajam ke arahnya.
"Kau nak apa?! Kau dah gila ke?!" teriakku.
"Memang! Memang aku gila! Aku gilakan kau!"
"Kenapa kau buat aku macam ni Kamal? Kita dah lama kawan. Kenapa kau buat aku macam ni?" nada suaraku direndahkan. Tekakku pedih.
"Kawan? Tu yang selama ni kau anggap aku?"
"Dari dulu sampai sekarang, kau tetap kawan aku. Aku sentiasa perlukan kau."
"Kalau kau perlukan aku kenapa kau nak kahwin dengan Eskandar? Kenapa kau taknak kahwin dengan aku? Mana janji kau nak kahwin dengan aku?!"
"Aku perlukan kau sebagai kawan aku. Kalau jodoh aku kahwin dengan Eskandar, aku tak boleh menolak. Aku tak pernah janji nak kahwin dengan kau. Apa kau cakap ni?"
"Jodoh? Kau nak kahwin dengan Eskandar sebab kau ada hati dengan dia! Bukan sebab jodoh! Aku tak pernah lupa lah janji kau. Senang-senang je kau lupakan!"
Seingat aku, aku tak pernah berjanji mahu mengahwini Kamal. Aku hanya menganggapnya sebagai kawan, tak pernah lebih. Apa tah lagi untuk berumah tangga dengannya.
         ********************
19 tahun lalu...
Petang itu, cuaca cerah. Kanak-kanak bermain dengan riangnya. Aku berada dipondok bawah pokok hadapan rumah yang ayah bina untukku bermain masak-masak atau anak patung. Aku bermain keseorangan petang itu. Kawanku Shira yang sering datang ke rumah ku untuk bermain pulang ke kampung untuk melawat datuknya. Tiba-tiba Kamal yang hanya tua setahun dariku berlari ke arahku. "Dhia, kenapa main kat sini sorang-sorang? Jomlah main dengan kitorang. Main kejar-kejar. Mesti seronok." Dia mempelawaku untuk bermain bersamanya. Mungkin kerana dia melihat aku keseorangan. "Taknaklah. Ibu Dhia tak kasi Dhia main kejar-kejar, lari-lari. Tu mainan budak lelaki. Ibu cakap Dhia budak perempuan tak boleh main lari-lari. Budak perempuan main anak patung, masak-masak je." Ibu memang tidak menggalakkan untuk aku bermain permainan budak lelaki. Ibu juga jarang membenarkan aku berkawan dengan budak lelaki kecuali Kamal. Ibu bimbang aku akan terikut-ikut dengan cara budak lelaki yang kasar. "Kalau macam tu biar kita teman Dhia main kat sini ye. Dhia nak main apa? Kita main kahwin-kahwin nak?" Memang permainan itu yang sering kami mainkan bersama rakan-rakan yang lain.
"Dhia kena janji dengan kita, nanti kalau dah besar, Dhia kena kahwin dengan kita tau."
"Kenapa Dhia kena kahwin dengan awak pulak?"
"Sebab kita kan selalu main kahwin-kahwin dengan Dhia. Dhia kenalah kahwin dengan kita nanti bila dah besar. Kalau tak kita taknak teman Dhia main lagi."
"Ala, kalau awak tak teman Dhia, siapa yang nak teman Dhia main nanti?"
"Sebab tu Dhia kena janji dengan kita tau."
"Okeylah kalau macam tu."
"Janji?"
"Janji."
       *******************
"Janji kau tu! Dah lupa ke?!" Serentak dengan jerkahan Kamal yang kuat dan bergema didalam gudang kosong itu mematikan lamunanku mengenai janji yang dikatakan Kamal sejak dari tadi. Janji itu yang dibuat sewaktu aku berusia 6 tahun. Waktu itu aku masih mentah dan tidak mengerti apa-apa erti sebuah janji. Aku tak pernah memandang serius mengenai perkara itu. Aku tak menyangka Kamal menuntut untuk aku tunaikan janji itu. "Kamal." perlahan suaraku. Peluh yang menitik membasahi rambut dan dahiku. Mukaku merah menahan bahang yang terkumpul didalam gudang itu. "Ingat?!" sergah Kamal. Aku terkejut. "Perkara tu dah terlalu lama untuk diungkitkan. Aku terlalu mentah untuk berjanji soal kahwin. Tolonglah Kamal." Dia tidak mahu menerima jawapanku. Tong kosong dibelakangnya ditendang sekuat hati. "Aku cintakan kau, kau tahu tak?!" kini mukanya hanya jarak beberapa inci sahaja dari wajahku. Hatiku gelisah, fikiran ku buntu. Tidak tahu apa lagi yang harus aku katakan untuk melembutkan hati Kamal.
        *****************
"Maju Bina Sdn Bhd. Boleh saya bantu?" jawab operator pejabat itu sebaik nombor yang dihubungi dapat disambungkan. "Sarah? Cik Dhia Nadira ada disana?" soal Eskandar dengan nada cemas. Hatinya tidak enak memikirkan diriku yang tidak menjawab panggilannya sejak dari pagi tadi. "Oh Encik Eskandar ya. Maaf Encik Eskandar, Cik Dhia hari ni tak masuk ke pejabat. Dia ada hantarkan sms yang mengatakan dia mengambil emergency leave hari ni." 'Hairan. Dhia tak pernah mengambil emergency leave. Kenapa hari ni tiba tiba pulak.' Hatinya mula tak tenang. Bimbang perkara buruk akan terjadi. Dicuba untuk menghubungiku berkali kali, tetapi hampa tiada jawapan. "Awak tahu tak kenapa Dhia ambil emergency leave?" soal Eskandar ingin tahu. "Maaf Encik Eskandar, Cik Dhia tak ada menyatakan sebabnya. Saya pun kurang pasti." Eskandar bertambah hairan. "Tak apalah kalau macam tu. Terima kasih Sarah." Talian diputuskan. Fikirannya ligat memikirkan apa kemungkinan yang terjadi kepadaku. Tangannya lantas mengambil kunci kereta yang terletak diatas meja lalu beredar meninggalkan pejabatnya. "Batalkan semua appointment saya hari ni," kata Eskandar pantas. "Tapi Encik Eskandar banyak temujanji penting hari ni." jawab setiausahanya. "Batalkan atau awak saya pecat," tegas Eskandar lalu beredar dengan pantas.
         *****************
"ESKANDAR!" jeritku. Tangan Kamal yang memegang telefon bimbitku menjauhkan telefon itu sebaik Eskandar menjawab panggilan yang dibuat. "Kalau kau nakkan sangat tunang tersayang kau ni, datang sini seorang. Kalau aku tahu ada orang ikut kau, kau mati, dia mati." talian terputus. Airmata ku mengalir perlahan. Aku risau akan keselamatan Eskandar. Aku risau jika dia datang kesini dan Kamal akan melakukan sesuatu diluar kawalan. Aku tak mahu perkara yang buruk berlaku. Didalam hatiku berharap Eskandar takkan datang.
Selang 20 minit, bayang Eskandar kelihatan. Hatiku semakin resah. "Eskandar." bisik hatiku. Tak sangka dia akan datang kesini untukku. Perasaan gembira timbul diantara risau dan gundah gulana memikirkan keselamatan kami. "Datang pun kau. Ingat tak datang tadi. Tapi kenapa lama sangat? Tak sayang ke dekat tunang kau ni?" hujung mata pisau yang agak tajam itu disuakan ke hujung daguku. Terasa dingin besi mata pisau. Tangan Kamal menarik rambutku kuat. Eskandar semakin cuba mendekati kami dengan perlahan. "Kau nak apa? Jangan apa-apa kan dia. Apa pun yang kau nak, semua tu boleh dibawa berbincang. Ni semua bukan jalannya." Eskandar cuba menenangkan Kamal yang kelihatan semakin diluar kawalan. "Aku nak tunang kau ni. Kau boleh bagi?" saja dikeraskan gelaran tunang. Tangannya kuat menarik rambutku lalu dihidunya dengan penuh kenikmatan. Airmataku pantas mengalir. Wajah Eskandar turut mempamerkan riak risau. Aku yakin dia juga tidak mahu perkara buruk terjadi. "Bertenang Kamal. Kita selesaikan benda ni elok-elok." Eskandar mencuba sekali lagi. Airmataku semakin laju mengalir. "Selesai? Kau putuskan pertunangan korang. Bagi aku kahwin dengan Dhia. Senang. Semuanya selesai."
Eskandar dibawa kesebelahku. Tangan dan kakinya juga diikat kuat. Buat masa ni kami harus mengikut kehendak Kamal untuk mengelakkan dia bertindak diluar kawalan. Kamal pergi meninggalkan kami.
"Awak okey tak? Dia tak buat apa-apa pada awak kan?"
"Tak. Saya okey. Kenapa awak datang?"
"Takkan awak nak saya biarkan awak. Takkan saya nak biarkan dia buat apa-apa pada awak."
"Dia takkan berani buat begitu pada saya. Kalau ada apa-apa jadi pada awak macam mana. Tak payah nak risaukan saya."
"Awak ni degil,kan. Tak faham ke saya cakap, saya takkan benarkan sesuatu terjadi pada awak. Saya akan jaga awak selagi saya mampu."
"Saya cuma takut keadaan jadi lebih teruk. Saya cuma risaukan awak. Saya taknak apa-apa jadi pada kita."
"Saya tahu. Tapi saya takkan biarkan awak lalui semua ni seorang. Saya akan jaga awak sampai akhir hayat saya. Saya akan lindungi awak. Itu yang saya pernah janji,kan."
Airmataku mengalir mendengarkan kata-katanya. Terharu. Tak sangka dia akan membuktikan kata-kata yang pernah diucapkan sebelum ini.
           ****************
Cubaan Eskandar untuk memotong tali yang mengikat tangannya menggunakan serpihan kaca yang terdapat dibelakangnya berjaya. Rancangannya adalah untuk membawaku pergi sebelum Kamal pulang. Malangnya Kamal datang sebelum sempat dia memotong ikatan ditanganku. Tanpa disedari, dibelakangnya ada beberapa orang lelaki. Sepertinya mereka diupah Kamal untuk melakukan sesuatu. Kamal menghampiriku dan membuka ikatan di tangan dan kakiku. Dia mengarahkan salah seorang lelaki tadi untuk bangunkanku dan memegang kedua tanganku kebelakang. Kamal kemudiannya mencengkam kolar baju kemeja Eskandar menariknya untuk bangun. Memandangkan ikatan ditangan dan kakinya telah terbuka, dia mengambil tindakan drastik untuk menumbuk dimuka Kamal. Kamal terkejut dengan tindakan Eskandar, begitu juga diriku. Serentak dengan itu mereka mula bergaduh. Tetapi pergaduhan itu tidak dicampuri oleh lelaki yang diupah Kamal. Pergaduhan mereka semakin hebat. Masing-masing tidak mahu mengalah. Aku meronta minta dilepaskan. Sebaik genggaman lelaki itu terlepas, aku cuba menghalang mereka daripada terus bergaduh. Tapi malangnya aku ditarik oleh lelaki tadi. Dia menampar pipiku kuat. Dia menumbuk mukaku. Dia membelasahku seperti membelasah seorang lelaki. Tubuhku menjadi lemah. Eskandar yang terlihat apa yang berlaku didalam pergelutan itu, cuba mendapatkanku. Tapi dia ditahan oleh beberapa orang lelaki yang lain. Lelaki tadi mencampakkanku ke lantai setelah puas membelasahku sehingga lemah. Kepalaku terhentak kuat.
"DHIA!!!!" teriak Eskandar. Kepala ku sakit. Pandanganku menjadi kabur. Tapi aku masih dapat melihat Eskandar dibelasah dan dipukul dengan teruk. Aku terlalu lemah untuk bangun. Eskandar tidak boleh melakukan apa-apa untuk menghentikan semua ini. Lelaki tersebut menyerangnya bertalu-talu sehingga tiada ruang untuk dia membalas semua serangan itu. "Eskandar." gerak mulutku perlahan. Aku terlalu lemah untuk bergerak. Hanya gerakan mulut tanpa suara yang mampu aku lakukan sebelum semuanya hilang.  Pandanganku kosong, hitam. Tiada satu perkara yang ku mampu lihat.
            **************
6 bulan sejak tregedi hitam itu berlaku. Aku kini menjalani hidupku seperti biasa. Kamal ditahan polis dan dikenakan hukuman penjara. Eskandar pergi meninggalkanku. Selepas Kamal dan kuncu-kuncunya membelasah Eskandar pada malam itu, mereka menikamnya didada. Pada keesokkan harinya aku ditemui oleh seorang pakcik yang kebetulan lalu disitu dan melihat pintu gudang yang selalunya ditutup,terbuka pada pagi itu. Aku koma selama dua minggu dan Eskandar meninggal dunia ditempat kejadian. Aku terkilan kerana tak sempat untuk menatap wajahnya buat kali terakhir.
Pandangan laut yang terbentang luas dihadapanku menenangkan. Angin bayu yang menghembus meniup rambutku. Aku duduk diatas batu besar ditepi laut ini sambil mengimbau kembali kenangan kami. Aku merinduinya. Tanganku mendail nombor kegemaranku. "Hi, I'm Eskandar. I couldn't pick up your calls right now. Leave your message and I'll call you back later. Thank you." Suara yang telah lama tidak ku dengari, kedengaran dihujung talian. Airmataku mengalir tanpa disedari. Aku mengesat airmataku lalu mendail nombor untuk mendengarkan pesanan suara yang ditinggalkan untukku.
"Hai sayang. Assalamualaikum. I'm not sure if I'm still alive and be with you when you listen to this but I want you to know that I'm always love you no matter what happens. Saya tahu saya tak boleh selamanya jaga awak, jadi saya minta sangat awak jaga diri awak bila saya tak ada nanti. Jaga diri, jangan lupa makan on time. Kalau sakit pergi klinik. Jangan degil sangat. Jangan terlalu ikutkan perasaan tau. Awak tu degil sangat. Geram saya. Haha. Awak, jaga diri awak okey. Saya sayang awak."
Pesanan suara terakhir yang ditinggalkan olehnya untukku. Airmataku mengalir. Aku terlalu rindukan dirinya. Aku tak mampu menahan sebak didada. Dia menjagaku dengan baik sepanjang perkenalan kami. Dia melayanku seperti puteri. Dia terlalu manjakanku. Sebelum ini, aku tak mampu menjalani hariku tanpa suaranya. Kini aku kehilangan insan yang amat kucintai.

Monday, February 11, 2013

Eh ? Eh ?

Haaa da baca prev entry aku? Yup. Cerpen. Amboiiii kemain kelas sekarang kan. Cerpen bagai siap. Kelas kau alia *style maria tengku sabri*

Cerpen tu aku buat sebab nak isi masa lapang. Masa yang lapang lah sangat kan. Padahal sebab aku dah boring tahap gila gaban. So aku pun created lah satu dua scene dlm kepala hotak aku. Dan aku pun update la kat dalam ni. Haa. Lagipun aku memang suka tulis tulis cerita ni. In fact kalau korang stalker aku yang rajin gila bapak nak bongkar ataupun yang dah bongkar pun blog aku ni, aku pernah update pasal cerita yang tak wujud. Cuma bukan dalam format cerpen tapi dalam format dialog. Dan bahasa yang tak formal.

Aku memang suka menulis atau created satu cerita since sekolah lagi rasanya. Bukan satu jelah, dah banyak rasanya cuma orang lain je tak tahu. Akak aku cakap, aku suka semua benda ni sebab aku suka berangan. Saja je cakap aku suka berangan. Tapi sebenarnya aku memang suka menulis. Masa sekolah dulu pun, kalau karangan ke essay ke, semua bagi kat aku. Aku pakar beb. Haha. Tapi kalau calculus tu semua, sorry, salah orang. Hahaha. Dan kemungkinan akan ada lagi cerpen yang akan aku update bergantung kepada masa terluang dan kerajinan. Siapa yang baca blog aku tapi tak berapa suka cerita cerpen amenda tu semua, terpulanglah. Bukan aku yang bayar bil internet korang suruh baca blog aku. Walaupun aku tahu, entah siapa tah yang ada baca blog aku. Entah entah takde kot. *krik krik* T_T

Untuk pengetahuan semua, cerita cerpen yang terkandung tidak ada kena mengena antara yang hidup ataupun mati. Semuanya hanyalah rekaan semata mata. Idea datang dari diri aku sendiri dan tidak pernah ditiru atau copy paste atau dicedok dari mana mana. Aktiviti meng-copy paste adalah dilarang sama sekali. Terima kasih :)

[CERPEN] Coffee Latté

PAGI ini pastinya bukan pagi yang terbaik bagiku. Sebenarnya, pagi yang paling buruk ! Minuman yang aku beli tadi, yang aku ingat nak minum sambil berjalan dan berborak dengan sahabat karibku, kini berada di baju ku ?! Memang. Pagi yang paling malang. Siapa entah yang dah langgar aku, lepas tu tak tahu nak minta maaf. Habis baju aku. Baju baru pulak tu. Ni semua Sofea punya pasal. Kalau tak kerana aku bertekak dengan dia sambil berjalan tadi pasal lelaki pilihan dia, tentu aku tak terlanggar orang yang tak reti minta maaf tu. Eh ! Bukan aku yang langgar dia. Ya. Dia yang langgar aku lepas tu tak reti minta maaf.
Dah basah baju aku kena kopi latté yang aku beli tadi. "Alamak Hara, baju kau." Sofea menundingkan jari telunjuk ke arah bajuku yang telah bertukar warna. 'kau punya pasal, nak alamak apa lagi ? Geramnyaaa !' "Kau lah punya pasal. Membebel je. Siapa pulak lah yang dah langgar tak reti nak minta maaf ni." Tangan ku ligat mengelap kesan tumpahan dibajuku. Sofea bukan nak tolong. Dia cuma gigit bibir lepas tu, sambung balik membebel. "Tapi Hara, betulkan aku cakap, kita kena cari lelaki yang kaya supaya boleh dapatkan apa yang kita nak. Aku nak kahwin dengan lelaki kaya lepas tu dapat anak, bina keluarga bahagia dengan dia." Sofea ni kan. Kalau ikut hati aku, nak saja aku suruh dia belikan aku baju baru, aku nak tukar yang baru hari tu jugak. "Habis kalau hubungan kau dengan lelaki kaya tu tak berjaya sebelum kahwin?" tanganku masih ligat mencuba membersihkan bajuku sambil berjalan ke arah tandas wanita di shopping mall itu. Sofea tetap nak menang dengan apa yang aku bahaskan dengan dia sebelum minuman ni tertumpah dekat aku. "Aku akan cari lelaki kaya dan bina hubungan baru sampai aku berjaya hidup bahagia dengan dia." jawab Sofea selamba lalu menghirup minumannya sebelum membuang ke dalam tong sampah.
Pukk ! Aku menepuk dahiku spontan dengan jawapan yang diberikan sofea tadi serentak langkah ku terhenti. 'Apa punya jawapan dia ni. Suka hati je nak buat macam tu.'
"Sofea. Ya Allah ! Kau ni. Asal boleh je kan. Malas aku nak cakap dengan kau, esok pun tak habis kalau aku cakap dengan kau ni." balasku lalu mengorak langkah ke tandas wanita yang berhampiran.
     ************
Meeting tergempar yang diadakan CEO sebentar tadi hanya untuk memperkenalkan Pengarah Eksekutif yang baru masuk hari ni. Selepas mesyuarat bersurai, ramai yang kata dia tu handsome lah, bergaya lah. Pengarah Eksekutif yang baru tu, dengarnya anak CEO yang baru balik dari sambung pelajarannya diperingkat master di Dubai. Hares Haidar namanya. Itu semua hal dia lah. Aku tak berminat pun nak ambil tahu. Tapi, ada satu perkara mengenai dia yang aku pelik. Muka dia rasanya macam pernah nampak. Muka dia seperti sering aku lihat. Tapi aku tak ingat.
"Hara, kau kan satu jabatan dengan dia, mesti selalu dapat meeting ke, outstation ke, bincang apa apa dengan dia. Untunglah kau. Kirim salam tau." Sofea ni ada saja.
"Kau ni kan nak kerja ke nak cari jodoh ?" soalku. "Nak kerja tapi kalau jumpa jodoh, apa salahnya."
Aku sendiri tidak mengerti mengapa Sofea sering bercakap mengenai jodoh. Aku anggap dia sudah tak sabar nak kahwin.
"Cik Aina Sofea, awak memang nak duduk berborak dekat situ je ke ? Dah tak ada hati nak bekerja lagi ?" Satu suara datangnya dari belakang Sofea menegurnya. Terkejut Sofea. Mujur dia tidak melatah. Kalau tak, entah apa perkataan yang keluar.
"Ya. Maaf Encik Hares. Saya cuma bertanya kepada Hara mengenai projek di Puchong tu. Tak apalah. Saya balik ke tempat saya." jawab Sofea lalu dia kembali ke mejanya yang hanya berselangkan beberapa meja dari meja ku. Pada awalnya, memang Sofea menanyakan mengenai projek di Puchong. Entah bagaimana soalannya tersasar mengenai Encik Hares.
"Boleh awak ke bilik saya sekejap, Cik Nurul Zahara? Ada sesuatu yang saya nak beritahu awak."
"Baik Encik Hares." Aku berjalan menuju ke bilik Encik Hares. Entah apa yang hendak diberitahu.
'Ishh, apa Encik Hares ni nak. Nak cakap pun, kat luar je tadi tak boleh ke.'
"Saya nak awak ikut saya pergi meeting kat luar, lunch hour nanti. Boleh?"
"Tapi Encik Hares tak ada meeting dalam schedule hari ni. Lunch hour nanti meeting dengan siapa pulak." Pelik. Aku setiausahanya buat sementara ni, tak ada pulak meeting untuk dia yang di jadualkan hari ni.
"Datuk...datuk Razlan baru telefon saya. Dia ajak lunch dekat luar sambil berbincang mengenai projek akan datang. Awak kena ikut saya." Kenapa Encik Hares seperti teragak-agak menjawab pertanyaanku.
"Kalau macam tu, baiklah. Dan kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu." Encik Hares mengangguk dan aku segera kembali ke tempat ku.
'Lain macam je Encik Hares ni. Seram pulak aku. Kalau Datuk Razlan nak berbincang, mesti setiausaha dia beritahu aku untuk aku aturkan pertemuan mereka. Takkanlah... Ehh. Tak tak. Nurul Zahara, fikir positif je. Takkan dia nak buat benda tak baik pulak kan. Aku ni kan setiausaha sementara dia. Positif ! Positif !'
        *************
"Encik Hares, dah nak dekat setengah jam kita tunggu Datuk Razlan. Dia tak datang pun." soal ku setelah habis makanan di pinggan ku. Sejak pagi tadi, aku tak makan apa-apa pun. Lapar benar. Apabila memikirkan soal Datuk Razlan yang mahu berbincang mengenai projek akan datang yang tak muncul tiba, hatiku mula risau. Seperti ada sesuatu yang tak kena. Tapi hati ini tetap berdegup tenang. Tidak timbul perasaan cemas biarpun risau.
"Err... Datuk Razlan tak jadi datang. Dia ada emergency. Jadi, dah book tempat ni, rugi kalau dibatalkan." jawab Encik Hares sambil tersengih matanya tetap seperti tadi. Tidak dialihkan seinci pun dari menatap wajahku. Aku mula ragu-ragu dengan jawapannya. Takkan Datuk Razlan tiba-tiba cancel meeting sedangkan meeting ni juga secara tiba-tiba. Dia tipu aku tak.
"Atau sebenarnya, Datuk Razlan tak ada buat temujanji dengan Encik Hares hari ni?" soalku berterus terang. Dia tidak menunjukkan sebarang riak wajah terkejut apabila aku mengetahui tipu muslihatnya malah dia tersenyum menampakkan baris gigi depannya yang putih.
"Well. Nampaknya saya dah tertipu. Tak perlu lah Encik Hares nak senyum macam tu. Baik kita balik sekarang." geramnya! Aku terpaksa batalkan temujanjiku dengan Sofea semata-mata nak keluar lunch dengan mamat penipu ni ?! Aku tangguh semua kerja aku semata-mata nak ikut mamat ni ?!
"Nantilah dulu. Awak belum rasa dessert yang paling special disini. Awak pasti suka nanti." dia masih berada di tempat duduknya. Tidak bergerak pun. "Selera saya dah hilang nak makan dessert tu semua. Saya nak balik pejabat." Sebaik aku bangun dari kedudukanku dan mahu pergi, dia segera menahan pergelangan tanganku.
"Awak masih tak berubah Hara." aku tersentak. Aku berpaling ke arahnya. Dia melepaskan genggaman tangannya dan meminta untuk aku duduk kembali supaya dia boleh menjelaskan semuanya.
"Apa yang awak katakan ni?"
"Awak betul-betul tak ingat saya kan, Hara." Aku bingung. Aku tak pasti siapa dia sebenarnya. Tapi aku tahu, aku pernah lihat wajahnya sebelum ini.
"Saya tak faham." Dia menceritakan kembali kenangan pahit yang pernah terjadi 8 tahun yang lalu. Kenangan pahit yang aku bersusah payah untuk lupakan. Kini aku ingat, dia adalah Haidar yang pernah mencuri hatiku secara diam di zaman remajaku. Haidar yang telah menghancurkan segalanya. Waktu itu aku hanya mengenalinya sebagai Haidar. Aku tak pernah mengetahui nama penuhnya. Dia punca semangatku.
"Saya tak suka bila awak kata awak suka saya. Tapi entah kenapa, lepas tu, saya suka tengok awak lalu dihadapan kelas saya dan bila awak gelak. Senyuman awak, suara awak, saya suka semua tu. Tapi, ego saya menghalang. Saya bukan lelaki yang mudah mengalah dengan perempuan tetapi, senyuman awak mencairkan hati saya." Mendengar cerita itu versi Hares Haidar membuatkan airmataku bertakung. Mahu jatuh tapi ditahan. Selama ini, aku membenci Haidar yang pernah menyakitiku. Haidar yang hanya tahu melukakanku.
"Marry me Hara. Saya taknak kehilangan awak lagi. Saya nak suara awak menghiasi hari-hari saya macam dulu. Dah lama saya cari awak. Waktu saya terlanggar awak tempohari, saya tahu pencarian saya dah berakhir. Saya minta maaf sebab langgar awak dan terus pergi tanpa meminta maaf. Saya tak bersedia nak jumpa awak dalam keadaan begitu. Saya takut awak tak boleh terima saya." Matanya yang sepet berubah merah. Aku tahu dia menahan air mata. Dia menahan, air mataku yang di tahan sebelum ini, jatuh. Aku tak mampu menahan. Rupanya dialah yang telah menyebabkan minuman itu tertumpah dibaju ku tempohari.
Dia melamarku secara mengejut. Lamaran yang aku inginkan darinya semasa berusia 17 tahun. Aku mahu bersamanya. Hatiku tersentuh apabila dia mengatakan dia sudah lama mencariku. Namun apabila mengingatkan perkara yang telah dilakukannya, timbul perasaan benci. Perasaan ku kini bercampur. Aku tak pasti. Aku keliru.
"Saya menyesal malukan awak. Saya menyesal menolak awak. Saya tahu awak kecewa. Tapi saya terpaksa. Saya fikir itu yang terbaik tapi saya sedar itu hanya menyakitkan awak. Saya mahu awak benci saya kerana saya tak mahu awak kecewa jika kita berpisah. Sekarang saya sedar, semuai itu hanya akan lebih menyakitkan awak. Saya pentingkan diri. Saya minta maaf." Airmataku kini mengalir dengan deras. Sederas air terjun. Pantas aku bangun dan berjalan pantas keluar dari restoran itu meninggalkannya. Tapi tindakannya lebih pantas dari ku. Lengan ku ditahan olehnya. Cengkaman itu terlalu kuat. Aku tak mampu nak melawannya.
"Nurul Zahara." panggilnya perlahan. Jarak antara kami hanya beberapa jengkal sahaja.
"Saya tak boleh terima. Awak bukan pemilik hati saya. Perasaan saya untuk awak telah lama mati. Sejak awak malukan saya didepan semua orang."
"Saya tahu, jauh disudut hati awak, masih ada saya, kan. Awak suka saya selama hampir 3 tahun. Mustahil semudah tu awak lupakan saya."
"Saya bukan suka awak sampai tahap sayang dan cinta. Saya hanya minat secara suka-suka. Tak lebih. Tak pernah nak lebih. Bukan saya nak sangat kat awak." Nafiku.
"Ego awak sekarang dah semakin tinggi. Tak macam dulu. Kalau dulu awak berani mengaku depan saya yang awak suka saya, kenapa awak tak berani sekarang sedangkan tahap suka awak tu dah lebih dari tahap sayang dan dah sampai tahap cinta?"
"Saya tak faham apa yang awak cakap kan. Saya nak balik. Banyak lagi kerja yang tertangguh. Awak yang bawa, awak yang hantar saya balik dan diam." Aku dah malas nak bertekak dengannya. Aku tahu sekeras mana aku menidakkannya, kata-kata itu ada betulnya. Aku tak mahu berperang sedangkan aku tahu aku akan kalah.
Dia memandu ke pejabat. Sepanjang perjalanan, tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari kami. Airmataku telah lama kering, cuma kesan bengkak dimataku. Seperti orang baru lepas menangis. Aku tak mahu Sofea nampak mataku bengkak. Dia pasti tahu aku menangis walaupun aku cuba menipunya. Mujur ada kaca mata didalam beg tangan ku. Aku menggunakannya ketika memandu diwaktu malam. Tak pernah menggunakannya ketika disiang hari begini. Tapi dah terdesak, terpaksalah. Mudah-mudahan Sofea tak perasan. Mata Haidar juga merah tapi tak seteruk aku.
Sewaktu mahu berjalan menuju masuk ke bangunan pejabat itu, Haidar bercakap perlahan tetapu jelas dan tepat ditelingaku. "Minat suka-suka? Saya akan buat awak suka saya tahap melampau dan saya akan pastikan awak nak sangat kat saya." Aku tersentak. Aku memandangnya yang hanya tersenyum sinis. Ini merupakan satu ugutan atau...
     *******************
                  *******
Angin dingin yang lembut dan nyaman menjamah diriku yang berada dibalkoni bilik hotel pada malam itu. Terasa bahagia. Tak pernah ku impikan untuk hidup sebahagia kini. Sedang aku menikmati angin malam itu, sepasang tangan melingkari pinggangku. "Sayang, berangan kan saya ke?" soal suamiku. Ya. Aku kini sudah bersuamikan Hares Haidar, seorang yang pernah ku sayang dan yang pernah ku benci. Tetapi kini, aku mencintainya. Aku menerima lamarannya yang kali kedua selepas kejadian pertama kali kami berjumpa. Lamaran itu 3 minggu selepas dia berusaha bersungguh membuktikan kepadaku yang dia memerlukanku. "Mana ada, jangan nak perasan okay." nafiku. Sebenarnya aku terkenangkan perkara yang berlaku 8 tahun lalu. Sewaktu kami sama-sama masih remaja. "Eleh. Tak nak mengaku. Tak apa." aku hanya tersenyum. Tanggannya masih di pinggangku erat. Dagunya dibahuku.
Tiba-tiba pintu bilik diketuk, disusuli dengan satu suara. "Room service, sir!" Dia melepaskan pelukannya dan menuju ke pintu mendapatkan pesanan yang dihantar. Apa lagi yang di pesan malam-malam begini. "Sayang. Sini." Aku menuju ke arahnya dan mendapatkan minuman yang dihulurkan kepada ku. Sedikit hairan kerana tiba-tiba dia menyuruh aku minum minuman yang tidak ku pinta. Aku hirup perlahan memandangkan minuman itu masih hangat. "Coffee latté?" soalku hairan. Dia hanya memandangku dan tersenyum.
"Kalau tak kerana coffee latté yang saya terlanggar sayang hari tu, saya takkan jumpa Nurul Zahara saya yang saya cari selama ni." jelasnya. Dia menarikku untuk duduk diribanya di sofa itu. "Macam mana awak tahu saya minum coffee latté masa tu ? Awak mengendap saya ye?" soalku sambil memandang ke arahnya. "Awak tu hantu coffee latté. Satu sekolah tahu tau. Lagipun bau nya kan lain. Orang buta pun boleh bezakan." Aku menjelingnya sambil memuncungkan bibirku. Betul juga katanya. Aku memang gemarkan coffee latté sejak sekolah. Sehinggakan aku memberi cadangan supaya dikantin ada menjual coffee latté.
Aku bangun dan kembali ke balkoni bilik hotel yang mempamerkan pemandangan laut yang luas dan langit yang cerah dihiasi bintang-bintang bertaburan. Dia turut mengikuti langkahku dan memeluk bahuku.
"Terima kasih awak kerana menerima saya dan menjaga saya. Saya bahagia. Saya berjanji akan menjaga cinta kita hingga akhir hayat saya." Aku menatap matanya dalam-dalam supaya dia nampak keikhlasan hatiku. Mataku tak mampu berbohong. Aku mahu dia tahu semua isi hatiku. "Adalah tanggungjawab saya untuk menerima dan menjaga orang yang saya sayang. Saya berjanji akan mencintai awak sepanjang hidup saya."
       *********************
           *****************
               *************
"Tuhan menentukan jodoh setiap hambanya. Aku percaya kau adalah jodohku. Dan aku berjanji takkan pernah mensia-siakan dirimu dan cinta kita." -Hares Haidar
"Terima kasih Allah kerana mempertemukan kami kembali. Aku terlalu bahagia dengan jodoh yang telah Kau aturkan. Aku tahu dia yang terbaik buatku." -Nurul Zahara

The secret

This secret she's been keep for all this while. This secret haven't be told to anyone else. This secret is the key to her life. To her secret life.

Society
She can never pleased society. She don't know how to. Everything goes smoothly in the beginning of her life. But everything changed when she's grown up. Society seems to hate her badly. Society seems like can't accept her the way she is. She tried to go with what society wants. But even that, society never give her a chance.

Friends
There's no real meaning of friend in her entire life. She's been tricked, taking for granted by her trustworthee. She's always be there for them when needed, but if it comes to her, they gives her a thousand excuses to avoid it. She help her friends to settle down their problems, but hers, none of them settle. Her trust to anyone seems very easy to break by them. They lied her, they backstabbed her, they accuse her everything. They blame her on the mistakes.

Fakes
She fakes everything in her daily life. The smile. The laughs. The acts. The words. She can't show them her weaknesses. She smiles when their words hurt her. She laughs when she's about to cry. She says everything were fine when its not. She have to lie them. She have to. She can't tell them the truth. She don't want to break their heart while everyone do the opposite to her.

Scars
Not from the outside, but from the inside. There is many scars that can't be describe even by herself. Mostly from the one she loved and the one who used to love her. For them scars is just a scars. Once the wound becomes a scar, there is no pain felt. But they was wrong. Totally wrong. The wound might be healed but the scars are there. Along with its pain. It is there. That one big scars that hard to explain and to understand by anyone or herself.

Hopes and Dreams
She lose all her hope since she lose her trust. She's too tired to take all that. She need some rest. She need some her-time-moment. She nees to go out from all this. Her actual hopes and dreams is to live with her loves one happily ever after. But the truth is happily do exist, not the ever after.

Away
She's done with everything. She's tired of all dramas. She's bored of the society. She gives up. White flag is in with her. She has no more strength to take it any longer. To be far way from them is the main thing she want if she could. Sometimes, she hopes something hit her and she lose her memory. She want to start everything back. She want everything go with her flow. She wants to repair her mistakes. She wants everything going right. She really can't stand it. How longer she can be like this ? How longer must she hold ?

Tuesday, January 29, 2013

Rahsia dalam diri

Aku harus redha. Terima semuanya dengan tenang. Mungkin ini takdir hidupku yang ditentukanNya. Lupakan semua, mulakan hidup yang baru. Itu yang ingin aku lakukan sejak dari dulu. Tapi kekuatan yang aku ada tidak mampu untuk aku teruskan. Aku masih takut untuk meninggalkan semua sedangkan, mungkin itu jalan yang terbaik.

Kekuatan yang aku ada tidak mampu untuk aku melaksanakannya. Ku rasakan seolah olah kekuatan itu ditahan oleh sesuatu yang tak mahu melepaskan aku bergerak kehadapan. Mengapa ini yang harus terjadi ?

Aku mahu meninggalkan semua ini. Aku mahu hidup dalam hidup ku tanpa perlu memikirkan orang lain yang hanya melukakan diriku sendiri. Aku tak mahu diriku terlalu mudah mempercayai orang sedangkan mereka hanya tahu mengkhianati dan melukai.

Aku pernah merasa putus asa. Tapi aku tahu aku tak boleh. Aku tak boleh putus asa. Ini bukan aku. Aku tetap menjalani harianku dengan harapan yang sungguh besar bahawa hari ini akan menjadi lebih baik dari semalam dan hari hari sebelumnya. Tapi kadangkala aku takut untuk berharap. Aku takut semuanya hanya akan menyakitkan aku lagi.

Aku mahu pergi. Biarlah apa orang nak kata. Hidup aku, harus aku sendiri yang tentukan. Mereka hanya menghias hariku sahaja. Bukan mengawal.

Andai aku pergi, aku mahu mereka merasakan kepergianku. Aku mahu mereka menyesal dengan segala perbuatan mereka. Aku mahu mereka turut merasakan kekecewaan yang aku rasakan. Aku mahu mereka terima apa yang mereka lakukan. Aku mahu mereka merinduiku. Aku mahu mereka rasakan kehilangan.

Aku benar benar rasa ingin pergi. Jika boleh aku menjerit sekuat hati, telah aku lakukan. Aku ingin mengeluarkan semua rasa dan perasaan yang tersimpan. Pada siapa harus aku luahkan ? Dengan cara apa ? Aku sudah terlalu penat menangis. Itu rutin ku. Aku penat dengan semua sandiwara hidup.

Apa yang aku lakukan ada maknanya sendiri. Senyuman yang aku berikan, aku berharap ianya dapat menutup kesedihanku. Gelak tawa yang aku hamburkan, aku menutup semua kekecewaan dan keperitan dalam hati yang jelas kelihatan di mata ku jika diamati. Kata kata gurauan yang aku ucapkan, menyembunyikan seribu kedukaan dihati yang telah lama tersimpan.

Sampai bilakah harus aku begini ? Hidup didalam kedukaan, kekecewaan, keperitan, kesedihan yang hanya aku saja tahu. Sampai bila aku harus hidup dalam kepura puraan dihadapan mereka ? Mampukah aku untuk terus begini ?

Aku ingin pergi. Pergi jauh meninggalkan mereka. Aku tak mahu hidup didalam kepura puraan. Aku tak mahu terus menjadi pemain sandiwara ini. Aku mahu pergi. Jauh dari mereka.
Meninggalkan semua ini.

Sorry heart.

I've promised myself. That's gonna be my last tears. My last time for crying bacause of something stupid. But, I broke that promise. I'm sorry heart.

Dear brain, eyes, ears,
Stop thinking about him and them please. Stop crying for them. Stop listening to them please. I'm begging you. I would do anything. The only thing I ask is forget them. Please. Leave it all behind. Please brain ! Move on !

Dear heart,
I'm sorry for let him stay. I'm sorry for let the anger control you. I'm sorry for let you down. I'm sorry for let you take all this. I know you can stay no longer. So am I. I'm sorry for asking you to stay strong for all this while even I know you can't because I believe you can.