Thursday, July 9, 2015

Ini semua salah hati

Yang pilih kau tu bukan aku. Angan angan yang terbang tinggi tu bukan aku yang minta. Anggap semua kebetulan tu jodoh bukan aku.

Hati. Semua salah hati. Kalau hati tak berharap terlalu tinggi taklah aku rasa sesakit ni bila jatuh. Kalau hati tak beria suka tak ada maknanya aku akan sekecewa ni bila tahu kebenaran.

Memang. Hati ni sebenarnya jahat. Dia dalam diri tapi bukan diri. Dia dalam badan bersama organ lain tapi tak pernah nak sependapat dengan otak. Hati selalu bercanggah dengan otak. Otak fikir logik. Hati fikir andainya.

Padan muka. Siapa suruh pilih andainya. Impian harapan yang dah tentu akan buat kau jatuh.

Tapi bukan sebab seseorang aku begini. Bukan dia saja. Bukan dia si pencuri hati tetapi dia yang pernah janji sahabat itu untuk selamanya.

Mereka dan dia punca aku jatuh tergolek terhempas terhumban dalam angan angan sendiri. Angan angan takkan boleh berdiri lama sendiri. Kan pernah sembang.

Aku rindukan keadaan tiada apa yang harus aku risaukan. Aku terlalu rindu situasi yang mana aku hanya perlu risau kerana aku keliru nak pilih team mana aku nak masa main baling selipar. Aku rindu. Terlalu rindu.

Padan muka. Hati kau tu jahat. Dia sengaja buat kau terbang terlalu tinggi padahal dia tahu angan angan takkan mampu terbang lama. Sekarang ni jatuh. Siapa nak salahkan? Otak? Lain kali jangan lah pedulikan otak lagi. Kata hati kau kan tepat. Heh

Waiting for how long?

You know you are totally in love with someone when you don't even care how much you have to wait for them. You know they worth your time. But did you ever realize, for how long you have to wait. Wait for something that you don't even sure.

Cerita sedih ni milik aku. Aku yang keliru dengan perasaan sendiri. Aku yang terjerat dengan kata kata gurauan masa lalu. Aku yang terjebak dengan permainan dunia. Aku yang terhantuk kerana angan angan sendiri.

Cerita sadis yang bermula dari satu pandangan yang tak tersangka dan diteruskan dengan kebetulan yang otak tak betul ni anggap, jodoh. Heh

Cerita sedih yang tiada penghujung. Mengharap pada yang tak sedar. Mengingat pada yang melupakan. Berfikir pada yang tak layak.

Sunday, June 14, 2015

Berserah. Mengalah. Pasrah.

Berserah bukan bermakna kau tak usaha langsung. Kadang kadang, kau mula berserah segalanya pada Allah untuk tentukan jalan hidup kau sebab kau rasa kau dah cukup berusaha untuk hidup kau padahal banyak yang tak tercapai. Lagi pun, kalau kau tak berserah sekali pun, jalan hidup kau, takdir hidup kau tu memang Allah dah tentukan. Kau je tak boleh terima hakikat.

Mengalah kadang kala bukan sebab kau kalah. Tapi sebab kau tak sanggup menegakkan benda yang kau tahu tak ada siapa peduli sama ada kau betul atau sebaliknya. Orang sekeliling kau tak pernah peduli pun sebenarnya apa yang jadi atau apa keadaan sebenar. Apa yang mereka dengar untuk kali pertama, itu lah kebenaran bagi mereka. Ya. Tahu. Tak adil. Habis tu? Takkan nak gaduh berperang bertumbuk?

Dan pasrah tu sometimes its just means kau redha je dengan apa jadi. Sebab kau dah terlalu penat nak meyakinkan orang lain yang kau bukan punca sebenar. Yelah penat. Bukan ada orang nak dengar atau percaya dah. Buatpe susah susahkan diri nak explain dekat orang yang taknak dengar. Biarkan apa jadi walau kau tak rela, walau kau tak setuju,itu yang telah terjadi. By hook or by crooked, kau kena terima.

Bukan nak kata aku ni sentiasa betul. Cuma nak orang pandang, nak orang dengar, apa yang aku nak cakap. Aku tak peduli orang nak kata aku betul atau salah. Aku cuma nak orang tahu, nak orang dengar dari mulut aku, dari pihak aku bila sesuatu jadi. Bukan cuma tahu dengar sebelah pihak dan terus menghukum aku semata sebab aku malas nak layan perkara remeh. Sometimes, bagi aku, benda kecil, buatpe kita nak kecoh en. Tapi bagi sesetengah orang tu, benda kecil tu lah punca untuk dia judge kita dan ambil kesempatan. Biasalah tu. Dunia, kan.

Monday, April 20, 2015

Bila mereka

Bila kau rasa kau tak di perlukan, bila kau rasa kau tak penting, bila kau rasa kau disisihkan, itu masanya untuk kau pergi. Trust me. They don't need you anymore. You're not important.

Heartbeaks.

Hancur hati.

Patah.

Berkali pesan kata jangan terlalu rapat, jangan terlalu baik, jangan terlalu berharap. Tapi diri sendiri tak pernah nak sedar. Tak pernah nak fikir.

People are hypocrite. People are selfish.

Jangan perasan sangat.

Sekarang ni nak taknak, kau kena terima.

Jangan tanya kenapa. Jangan mempertikaikan. Jangan minta alasan.

Sebab kau yang pilih. Sebab kau yang minta. Sebab kau yang mahu.

Diam.

Terima.

Kau takkan selamanya bahagia.

Wednesday, April 15, 2015

Random thoughts (part 2)

Di waktu aku sendiri, aku terfikir, benarkah dunia ni tak adil? Di saat aku terdiam, aku merenung, benarkah tindakan aku?

Adakala tak semua yang di impikan itu jadi kenyataan. Kita manusia. Hidup tak semestinya seperti yang diharapkan. Mimpi akan kekal mimpi jika kita tidak bertindak. Benar. Mimpi itu adalah impian walau kadang tak kesampaian. Mimpi tu harapan. Sejauh mana kau mampu bermimpi dan terus usaha menjadikan mimpi itu bukan sekadar impian dan mimpi disiang hari?

Tanya hati, cukup tabah tak? Cukup kuat tak? Cukup sabar tak? Selalu bagi semangat dekat diri sendiri konon konon hati tu sado nak hadap semua sorang diri. Tapi at the end of the day aku tetap perlukan orang lain untuk support bagi semangat. Lemahnya hati. Sado ke? Sadis adaa.

Dunia tak adil, atau kau pentingkan diri?

Bila kau nak minta tolong orang atau ajak orang buat sesuatu perkara, pernah terfikir yang kau ni pentingkan diri? It's not about us. It's about yang penting aku dapat buat benda yang aku nak. Selfish sangat. Patut ke kau macam tu? Pernah terfikir kau tu Selfish and you should do something about it? But end up kau kata, "biarlah. Orang tak pernah kisah, buat apa aku nak kisah." Kalau dalam nisbah 10:100 orang dalam dunia ni perangai dan berfikiran macam kau, musnah dunia weh.

Did you ever think about your friendship? Ever think about how you should communicate with others? Ever think yang selama ni kau salah? Mesti tak pernah. Kan?

Di kala kau terduduk, kau salahkan dunia. Kau kata mereka tak adil. Kau kata mereka tak peduli. Kau kata mereka membenci. Tapi bila kau berdiri teguh, kau angkuh dan megah. Kau langsung tak pandang kebawah. Kau berbangga dengan diri sendiri walaupun itu semua bukan hasil usaha kau. Pernah rasa malu? Tak. Sebab kau beranggap kau layak terima semua tu kerana kau tak sedar siapa yang mengatur.

Life isn't came with a manual book. Follow your heart to do what is correct. Awak dah besar sayang. Janganlah berperangai tak semenggah.

You blame the kids bila mereka berperangai tak bertamadun. Pernah tak kau cermin diri kau apa yang dah kau tunjuk pada budak budak tu semua. And you blame the technologies. Padahal engko pun sama dok main smartphones, tablet apa semua non stop macam takde hari esok.

Tengok video yang jadi viral. Tengok issue yang tengah viral. Bukan turut mengutuk, sebagai orang yang matang kononnya, apalah salah kita sesama berbincang tentang apa yang boleh dibuat untuk mengubah masyarakat supaya think out of the box.

Tengok sekeliling. Sedih dengan keadaan dunia. Humanity seems to fade away. Perhati. Mana kata hak bersuara tu hak kita?

Aku tak suka politik. Dan aku jarang bercakap pasal politik sebab lain orang lain pendapatnya. Tapi aku bosan dengan sikap orang yang semua benda nak dipolitikkan. Makcik jual goreng pisang tepi jalan tu, rasa sambal kicapnya dah lain, tu pun nak dipolitikkan? Dehel bro? Kau taksub atau obses? Aku tak suka segelintir orang yang bercakap pasal politik yang seperti nak meracun fikiran orang lain dan racist. 

Bila aku dah publish blog post ni, mesti akan ada yang berkata, hek eleh minah ni yeye je. Kau tahu aku akan jawab apa? Aku tak minta line internet kau untuk publish blog post ni, kenapa nak senak sangat ni?

Kau boleh menghukum walau kau tak layak. Kau boleh mengata walau kau memfitnah. Kau boleh mengutuk walau kau lebih teruk. Tapi ingat, segala kata kata kau akan makan diri kau sendiri. Kau seperti menyuluh lampu dihadapan cermin. Semua berbalik pada kau.

Aku mungkin terlalu muda untuk bercakap perihal dunia dan hidup. Tapi aku cukup tua untuk berfikir apa yang rasional. Well, hak bersuara tu hak kita. Kan?

Bercakap pasal cinta tu tak merubah masa depan. Bila fikir pasal jodoh konon konon tu tak buatkan duit untuk kau sara hidup kau sendiri turun jatuh dari langit. Aku cukup penat dengan perasaan yang memusnahkan diri sendiri ni. Poyo. Memang sangat poyo.

Orang mengata tentang blog aku. But I've been working on this blog since I'm 14. Too young too dumb to post anything yang berguna. Kesian.

So come on guys. Sudah sudah lah menghukum. Berhentilah menghina. Tahu berapa hati telah kau hancurkan dengan tindakan kau? Tahu berapa semangat yang telah gugur kerana kata kata-kata kau?  Sampai bila nak tengok orang sekeliling kau jatuh? Tak kesian ke? Jangan pentingkan diri. Share the love. Share the happiness.

Tuesday, April 14, 2015

[CERPEN] Kau Muzik diHatiku

*KLING*

"Hi! Welcome!"

Bunyi loceng dipintu kedai itu menandakan ada pelanggan yang masuk disambut mesra oleh seorang wanita cina yang berada dikaunter dengan senyuman manis. Gadis berambut pendek aras bahu itu berjalan sambil tersenyum menuju ke kaunter tersebut.

Itu pertama kali dia menjejakkan kaki ke kedai muzik sedemikian. Selama ini, hanya pernah lalu saja. Minat tu ada dalam bidang muzik cuma dia tidak cukup berani mahu mendalami bidang itu. Takut orang mengata katanya. Padahal confidence level tu rendah. 

"Hi. I dapat tahu sini ada buat piano class. Is it still available?" soalnya dengan sopan.

"Hi. Ada. Still available." jawab wanita cina yang usianya dalam lingkungan 40-an.

"I hope tak ada had umur." balasnya sambil tergelak kecil.

"Oh taklah. Tak ada. So, you mahu sign up untuk siapa?"

"For myself actually. I minat muzik but baru sekarang berani nak belajar secara serius."

"Baguslah kalau you sendiri ada minat muzik. Tak perlu takut-takut. Sini semua tak makan orang. So, you don't have to worry." gurau wanita itu. Dia boleh rasakan gadis tu sedikit gementar. Mana tidaknya, sebelum ini dia tak pernah hadiri mana mana kelas kemahiran.

Dia beredar dari kedai tersebut selepas mengisi borang dan membayar yuran pendahuluan untuk kelas piano itu.Tidak sabar mahu menghadiri kelas itu. Dia teruja. 

*************************************

Pagi hujung minggu itu, selepas bersenam di tasik kawasan berdekatan rumahnya, dia bersedia untuk hadir ke kelas piano yang ditunggunya sepanjang minggu. Dia melangkah sekali lagi ke kedai muzik yang dikunjunginya minggu lalu dengan perasaan yang gemuruh. Kelas piano itu kelas yang pertama buatnya. 

Dia menunggu dibahagian hujung kedai itu. Kata wanita cina tempohari, Madam Wong, kebiasaannya memang hanya seorang pelajar yang diajar seorang guru supaya memudahkan sesi pengajaran. Mendengar kata kata Madam Wong, dia semakin gemuruh. Dihujung kedai itu terdapat barisan keyboard dan piano disusun rapi. Matanya tertarik pada satu jenis piano klasik dipenjuru dinding. Tangannya gatal mahu menyentuh dan cuba menekan satu not piano itu. Matanya terpukau dengan seni reka piano itu membuatkan tangannya tak henti menyentuh piano itu walaupun dia masih belum mahir. 
 
'Kan best kalau aku dah reti main. Lagi best kalau dapat main piano ni. Hmm.' 

"Ehemm." Lamunannya terhenti apabila terdengar satu suara garau yang menegurnya dari belakang. Jantungnya yang sudah reda dari berdegup kencang kini kembali gementar. Dia bingkas bangun dari kerusi piano itu dan menoleh kebelakang. Dia cuak. 

"Seronok main? Kalau macam tu tak payah la saya ajar lagi." ujar lelaki itu sambil menghampirinya. Matanya terkebil kebil. Lelaki itu tergelak. 

"Saya Ashraff. Awak pernah main piano sebelum ni?" Gadis itu sedikit terkejut mendengar kata kata Ashraff sebentar tadi.

'Takkanlah dia ni yang ajar aku? Ya Allah. Biar betul?' bisik gadis itu dalam hati. 

Dia diam tidak menjawab pertanyaan Ashraff. Entah sampai kemana dia mengelamun. 

"Hello? Awak? Dengar tak apa yang saya cakap ni?" Ashraff melambai lambaikan tangannya dihadapan mata gadis itu. 

"A...apa dia?" Gadis itu tersentak. 

"Berangan rupanya. Tak. Pernah main piano tak?" Ashraff menghela nafas kecil.

"Tak. Tak pernah." geleng gadis itu. Dia masih tidak berganjak dari tempatnya berdiri sebelah piano itu sementara Ashraff sudah mengambil tempat duduk dikerusi piano itu. 

"Nama, siapa?" soal Ashraff tenang. 

"Aina Fareka. Boleh panggil Eka je." jawab Eka. Ashraff hanya mengangguk. Jari Ashraff pantas berlari dipapan bunyi piano itu memainkan lagu balada. Eka tak pasti lagu apa tapi yang pasti dia suka lagu tu. Merdu bunyinya. 

******************************************

"Macam mana? Kelas piano kau? Okay?" soal Mastura, rakan serumahnya yang juga teman baiknya sejak kecil. 

"Boleh la." jawab Eka sambil lewa. Matanya leka menonton drama kegemarannya dikaca televisyen ruang tamu rumah mereka. 

"Best tak? Siapa ajar kau? Cikgu tu lelaki ke perempuan?" soal Mastura bertubi tubi. Entah kenapa Mastura pula yang excited nak tahu tentang kelas pianonya. 

Bila Mastura menyebut tentang cikgunya dikelas piano itu, fikirannya tiba tiba teringatkan Ashraff, guru pianonya. Ada sesuatu tentang Ashraff yang menariknya. Dia kagum dengan kemahiran lelaki itu. Dia terbayangkan raut wajah Ashraff ketika mengajarnya pagi tadi. Tegas tapi lembut dan sabar. 

"Oi! Aku tanya kau, kau berangan eh?" Eka tersentak lalu tergelak.

"Apa? Cikgu tu okay lah. Cikgu lelaki." jawabnya selamba. Mastura memandangnya dengan penuh tanda tanya. Dia berminat nak tahu tentang cikgu Eka tu. 

"Lelaki? Serius? Handsome tak?" 

"Boleh lah." 

"Wahh untunglah kau." 

"Apa untungnya? Mengarut lah kau." 

"Belajar pasal piano. Bukan cinta. Ingat tu." gurau Mastura. Mereka bergelak ketawa memecah sunyi malam rumah itu memandangkan hanya mereka tinggal berdua. 

************************************************

Sudah dekat dua bulan Eka belajar piano disana. Setiap hujung minggu kelasnya. Eka pula semakin mahir memainkan piano. Semua hasil tunjur ajar Ashraff. Eka nak belajar sampai mahir. Dia nak mainkan lagu yang sama seperti lagu yang dimainkan Ashraff dulu. Tidak dinafikan mereka semakin rapat dan semakin akrab. Akan tetapi, Ashraff tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia sukakan Eka. Ashraff tak banyak bercakap. Dia hanya bercakap mengenai alat muzik sahaja. Eka tak kisah. Eka selesa begitu. 

"Saya nak nombor telefon awak. Boleh?" soal Ashraff tenang. Eka yang jadi tak tentu hala dengan soalan tu. Biar betul Ashraff minta nombor telefonnya. Dia seakan tidak percaya. 

"Aina Fareka, saya nak nombor telefon awak, boleh tak?" soal Ashraff kali kedua. Kali ini dengan nada sedikit tegas. Garangnya. 

Eka mengeluarkan sehelai kertas dari beg tangannya lalu dihulur kepada Ashraff sambil tersenyum. 

"Saya balik dulu." Eka beredar meninggalkan Ashraf disitu. Kertas tadi dilihatnya sambil tersenyum gembira. 

******************************************

*tut tutt* 

One message received

Bunyi telefon pintarnya yang berada di atas meja bilik menarik perhatiannya. 

Unknown number: Hai? 

Eka keliru. Siapa pula yang menghubunginya malam begini. Tiba tiba dia teringatkan dia ada memberi nombor telefonnya kepada Ashraff tempohari. Ada juga dia menunggu panggilan dari Ashraff tapi hampa. Kali ni, dia yakin ini Ashraff. 

Eka: Ashraff? 

Unknown number: Busy? 

Eka: Come on. Jawab please. Are you Ashraff? 

Unknown number: Nampaknya awak memang tunggu saya contact awak. Are you? 

Eka: ............

Ashraff: Eka, are you there? 

Eka: yes. 

Ashraff: Jadi betul lah awak tunggu saya contact awak sejak hari awak bagi saya nombor ni?

Eka: Well Encik Adam Ashraff, awak yang minta. Bukan saya yang bagi. 

Senyuman lebar terukir dibibir manis milik Eka. Dia lega akhirnya Ashraff menghubunginya. Perbualan itu berlangsung hingga kelewat malam.  

*******************************************

Hujung minggu itu Eka datang ke kedai muzik itu seperti biasa. Ini kelasnya yang terakhir sebelum tempoh pembelajarannya seperti yang dijanjikan tamat. Berat hati nak menamatkan sesi pembelajaran itu tamat. 

Sepertinya Ashraff masih belum tiba. Dia mengambil tempat di piano yang pertama kali dia tertarik. Jarinya perlahan memulakan rentak. Alunan muzik yang bermain di piano itu memukau mindanya diawang awangan. Dia terjatuh didalam melodi itu sehingga itu tidak menyedari Ashraff berada dibelakangnya. 

Ashraff memberikan tepukan setelah Eka selesai. Pipinya merah. Dia tidak perasan sejak bila Ashraff berada dibelakangnya. 

"Bagusnya. Siapalah yang ajar ni kan? " riak Ashraff. Spontan Eka menyiku perut Ashraff. Mereka tergelak. 

"Tahniah. Walaupun belum expert, tapi boleh lah, untuk orang baru belajar macam awak ni. Not bad." 

"Terima kasih selama ni mengajar saya. Dari saya tak tahu apa apa, sampailah saya boleh main dah piano ni. Terima kasih banyak." 

"Terima kasih je?" 

"Dah tu?" 

"Belanja la makan ke, wayang ke. Terima kasih je saya pun boleh cakap." mereka tergelak. Ashraff sudah banyak berubah dari pertama kali mereka berbual. 

"InshaAllah." mendengar jawapan Eka, Ashraff tersenyum. Nampaknya ada peluang untuk dia bertemu lagi dengan Eka. 

Eka memainkan lagu pilihan mereka, River Flows in You oleh Yiruma. Eka suka lagu tu. Tenang. Mendalam maknanya. Ashraff bersandar di sisi piano itu tekun mendengar alunan muzik indah itu. Mereka berdua terbuai didalam melodi melayan perasaan yang tidak pasti. Apa yang pasti, mereka berat hati untuk berpisah dan berjumpa hanya setakat ini. 

************************************************