- JANGAN DENGAR LAGU YANG BOLEH MEMBUATKAN ANDA BERASA SEDIH.
untuk membuang rasa sedih tuh mestilah kena dengar lagu yg happy and rancak2 kan. nii kalau dengar lagu sedihh yang feeling and touching sampai boleh melalak mcm mana nak hilang rasa sedih tuh kan. so kalau boleh elakkan!! kalau bukak radio dengar lagu semua yg sedih2 tukar siaran lain. kalau semua siaran lagu nak dekat sedih jugak,tutup je terus. tangan tuh jangan nak gatal-gatal lagi bukak radio.
2. KARAOKE ATAU MENYANYI SEKUAT HATI
haa nii yang saya suka. selalu jugak buat :) kalau rase stress and sedih tuh jangan laa dok jerit kuat2 kt rumah. nanti tak pasal-pasal orang datang ketuk pintu rumah,"adik,adik ok ke?" tak pon "kenapa?ada apa2 msalah ke?" haaa mcm mane. tak susah kan orang lain ke tuh nama nya. nasib jiran tuh tak panggil ambulans suruh bawa anda ke hospital mental. so cara yang terbaik adalah untuk anda pergi ke pusat karaoke yang berhampiran untuk melepas kan segalanya yang anda rasa (bukan melepaskan benda yang tak sepatutnya pulak tau). tak pun karaoke je dekat rumah. bagi saya cara ini sgt berkesan. ajak laa kengkawan pergi karaoke kadang2 tuh. alaa pusat karaoke sekarang nii kan berlambak.contohnya mcm tuuttt ehh tak bole sebut,branding :)
3. MAKAN
kadang-kadang cara yang terbaik buat saya ialah makan. tapi tak boleh amalkan selalu. anda pon mcm tuh jugak tau. makan bukan bermaksud makan apa saja yang ada kat dapur tuh ya AWAS!! nanti baik2 bdan korang mcm straw terus jadi kuih pau nanti. so kalau nak hilang stress dgn makan, makan laa makanan yang sihat. mcm salad ke, fruits ke. yg nii nak makan banyak2 pon tak kisah.
4. KRAFTANGAN
haa yang nii agak senang. buat kraftangan. bila da siap bole letak dlam bilik or kat rumah. kan jimat. tak payah beli perhiasan mahal2. jimat satu hal lagi bagus kalau buat kraf tuh guna barang terpakai. senang crite recycle. skrang nii kan senang nak dpat barang terpakai. lagi banyak barang terpakai lagi banyak kraf korang bole buat. lagii senang korang nak release tension korang! :D
5. BERRIADAH @ BEREKRIASI @ BERKELAH
sekali sekala kalau ada masa terluang tuh ajak lah family atau kawan2 pegi berkelah @ beriadah @ berekriasi dan sebagainya. sekali sekala bergelak gembira kan bagus. hilang siket tension tuh. antara tempat yg korang bole pegi untuk buat aktiviti mcm nii contohnya mcm kat tasik,pantai, even hutan simpan pon korang bole pegi kalau korang nak pegi zoo lagi bagus :))
6. BERSENAM @ BERJOGGING @ MENARI
yang ini agak seronok. i like it yaww. seminggu tiga kali or setiap hari minggu pergilah berjogging. it would be very fun kalau pergi dengan kawan2 atau family. other suggestion is korang boleh take part dalam kelas menari or yoga. its an optional,so kalau korang berkemampuan lebihh boleh laa pergi. tapi kalau tak macam saya nii cukuplah sekadar berlari pergi-balik dari kedai ke rumah :))
7. MEMBUAT BUKU SKRAP @ JURNAL
for those yang sungguh kreatif dan suka sesuatu yang kreatif boleh try nii. buat satu buku untuk dijadikan buku skrap @ jurnal @ luahan isi hati. decorate lah sesuka hati korang. color apa yang korang nak,jenis macam mana yang korang nak, tu semua terpulang kepada korang,owner buku tu. sometimes korang akan mendapati bahawa decorate2 dalam buku tu is a fun thing and boleh buat korang tenang siket.
8. KATAKANLAHH!!!
selalu orang kata, 'luahkanlah apa yang anda rasa. itu adalah cara yang lebih baik' dan saya amat menyokong kata2 itu. okay fine! memang susah nak luahkan apa yang kita rasa kat someone. susah kita nak bagitahu orang tapi itulah jalan yang terbaik. carilah seseorang yang boleh korang percaya and yang paling rapat dengan korang. PERCAYALAH! korang akan rasa lebih baik bila dah meluahkan apa yang terbuku. dan INGAT!! jangan sesekali simpan rasa tuh lama2 sebab ia akan terlepas jugak suatu hari nanti. dengan apa cara sekali pun, KATAKANLAH dan LUAHKANLAH.
9. KETAWA
'laugh is a best therapy' saya selalu dengar orang cakap macam tuh dengan saya. teruama sekali jika saya tengah stress dan sedihh. dan diperakui oleh pakar (ceitt mcm test produk pulak) gelak ketawa merupakan cara yang paling senang dan jimat untuk menghilangkan rasa2 negatif tuh ye. jadi gelaklah selalu. tapi agak2 lah kan. janganlah tak pasal2 gelak tanpa sebarang sebab. nanti orang lain kata korang tuh gilaa pulak.
10. MENJERIT SEKUAT HATI
jangan sekali-kali menjerit dekat rumah! nanti jiran-jiran ingat korang memerlukan pertolongan dan ada kecemasan pulak. sebaliknya, menjerit lah sekuat hati anda si tempat terbuka atau tempat lapang. seperti, atas bukit, tepi laut,tengah hutan dan tempat2 yang sekian dengannya. luahkan apa yang anda rasa dengan menjerit. buat kt rumah pon boleh sebenarnya, tapi tahanlah jeritan anda dengan menggunakan bantal (tekap mulut kat bantal supaya tak kuat sangat suara anda menjerit)
setakat nii, ini sahajalah yang saya tahu cara-cara untuk mengurangkan rasa sedih @ stress @ marah. ini semua berdasarkan kajian dan perkara yang penah saya lakukan sendiri.









No comments:
Post a Comment