Monday, May 23, 2011

surat terakhir seorang teman

kawan-kawan ku yang tersayang,


aku tau korang semua tak suka dengan aku. aku tau aku banyak buat salah dengan korang. semua orang buat salah. macam tuh jugak aku. aku dah tak ada sesiapa da sekarang nii. korang pon tau kan family aku macam mana. aku pernah cerita kan, kat korang pasal kawan-kawan aku kt skola lama aku dulu. aku taknak perkara yang sama terjadi. aku dah serik! aku taknak kehilangan kawan-kawan yang aku sayang lagii. aku tak perlukan benda-benda lain. aku cuma perlukan korang sebagai pendorong dan sebagai pembakar semangat aku. aku nak korang tau yang aku sayang sangat kat korang. aku nak kita jadi kawan sampai bila-bila. family aku tak banyak ada masa dengan aku. aku cuma ada korang je. korang je yang tau aku macam mana. aku perlukan korang untuk bersama aku sampai aku menghembuskan nafas aku yang terakhir. aku banyak buat salah dengan korang. aku harap korang dapat memaafkan semua kesalahan aku tu. aku tak bermaksud langsung nak buat korang kecil hati. aku mintak maaf kalau aku ada termengumpat korang atau buat korang terasa dengan kata-kata aku. aku cuma ada korang untuk penuhi dan warnai hidup aku yang serba kekurangan nii. hidup aku tak lengkap tanpa korang,tanpa gelak tawa korang, tanpa kata-kata semangat korang untuk aku. aku tak boleh bayang kan hidup aku tanpa tuh semua memandangkan aku dah terbiasa dengan keadaan yang macam tuh. tahun nii tahun terakhir kita di sekolah nii. tak dapat aku bayangkan macam mana hidup aku bila jarang dapt jumpa korang. yela,mana taknya aku dah biasa jumpa korang hampir setiap hari. andai kata aku tak sempat untuk menunaikan janji kita untuk berjaya,tunaikanlah janji itu untukku. andai kata aku tak sempat untuk bertemu dengan korang buat kali terakhir,maafkanlah aku dan benarkanlah aku pergi tanpa sebarang rasa bersalah dalam diriku. aku terlalu banyak salah dengan korang semua. masa korang baca nii,kemungkinan besar aku dah tak ada bersama korang lagi. aku terpaksa pergi jauh meninggalkan korang tanpa kerelaan aku sendiri. aku terpaksa. terus terang aku katakan, aku mempunyai sejenis penyakit yang tak ada penawarnya. aku tak pernah bagitau korang sebab aku taknak layanan korang berbeza untukku hanya kerana aku sakit teruk. kini tahap penyakit itu sudah sampai ke tahap yang terakhir. dimana peluang untuk aku hidup cuma tipis. aku minta maaf atas segala yang telah terjadi. terimalah bintang-bintang ini sebagai tanda terima kasih ku pada korang semua. bintang-bintang inilah yang telah menemani aku pada hari-hari yang tinggal untukku sebagai penganti korang. terima kasih atas apa yang telah dilakukan korang untuk aku. tak pernah ada orang yang buat begitu padaku. terimalah bintang-bintang ini sebagai pengganti diriku di dalam kelas kitaa nanti. semoga berjaya aku ucapkan untuk korang. cemburu rasanya bila memikirkan yang korang akan menduduki peperiksaan bersama nanti. aku harap aku dapt menyertai korang semua tapi nak buat macam mana dah nasibku untuk tidak mendudukinya dengan korang nanti. selalunya orang kata, "guru ibarat lilin yang menyinari hidup kita" tak pun "ilmu akan menceriakan hidup kita" and "keluarga adalah segalanya" atau "whatever happens,family comes first" tapi bagi aku,korang lah lilin yang menyinari hidup aku. gelak tawa korang lah yang telah menceriakan hidup aku. koranglah segalanya and whatever happens, friend comes first. terima kasih banyak atas apa yang telah kornag lakukan untukku selama kita kenal. 


iloveyou guys,no matter what happens.walaupun maut memisahkan kita semua. 
ingatlah aku sentiasa sepertimana aku mengingati korang selama ini. 

salam akhir dariku untuk korang semua,
fea


alyaazyla : kata-kata yang agak menyentuh perasaan di atas telah ditulis dan dikarang oleh seorang insan bernama Sofea Nadea untuk  rakan-rakannya. surat tersebut telah ditinggalkan olehnya kepada kakaknya untuk diserahkan kepada rakan-rakannya berserta satu balang/bekas bintang-bintang kertas kecil buatan tangan sebagai tanda terima kasih dan sayangnya kepada mereka sebelum dia pergi untuk selamanya... ='( 

No comments: