Sunday, July 31, 2011

[LYRICS] Born to be Somebody - Justin Bieber


There's a dream in my soul,
a fire that's deep inside me,
there's a me, no one knows,
waitin' to be set free.

I'm gonna see that day,
I can feel it, I can taste it.
Change is coming my way.
I was born to be somebody!

Ain't nothing ever gonna stop me.
I'll light up the sky like lighting.
I'm gonna rise above,
show 'em what I'm made of.
I was born to be somebody!
I was born to be...
And this world will belong to me.

This life can kick You around,
this world can make You feel small.
Woouh...
They'll not keep me down,
wooouh, I was born to stand tall.

I'm going all the way.
I can feel it, I believe it.
I'm here i'm here to stay!
I was born to be somebody!

Ain't nothing ever gonna stop me.
I'll light up the sky like lighting.
I'm gonna rise above,
show 'em what i'm made of.
I was born to be somebody!
I was born to be...
And this world will belong to me.

Feel it...
Believe it...
Dream it..
Be it...

I was born to be somebody!

Ain't nothing ever gonna stop me.
I'll light up the sky like lighting.
I'm gonna rise above,
show 'em what i'm made of.
I was born to be somebody!
I was born to be...
And this world will belong to me.

Oh, oh, oh, oh...

This world will belong to me.
Yeah, yeah, ooh...
This world will belong to me.

Friday, July 29, 2011

saya suka awak M.E.S

ye saya suka awak. saya tau saya tak layak tapi honestly and serious talking, i like you. saya tak tau whether awak tau atau tak sebab my friends kate dia da bgtau awak. malunya saya. one of the reasons kenapa saya suka awak sebab you're different than others that i know. saya tak berani nak cakap dgn awak sebab aaaa sebabb... alaaahhh awak tau laa kan,takkan saya nak bgtau awak depan depan. takkan saya nak cakap, "M.E.S, saya suka awak" takkan pulakk kan. nanti orang kate saya menggedik dengan awak pulak. saya susah nak suka kt orang yang saya tak brape kenal,tapi awak.... saya taktau kenapa saya mcm niii. awak ade jawapan tak? 

saya bgtau nii pon sebab saya telah dicabar oleh 'mereka-mereka'  supaya saya memberitahu awak perkara yang sebenar. pluss saya tak boleh simpan benda nii sebab akan memberikan tekanan untuk saya. lagi-lagi dah nak exam nii kan. saya tak harap apape pon. saya tak harap awak terima saya, saya tak harap apape dari awak. serious talking,saya cakap nii pon sebab 'mereka-mereka' mendesak saya. saya tau awak bukan sesiapa dengan saya.awak tegur saya pon sebab awak nak tanya pasal cousin saya tu kan. takpe saya faham. 

saya harap awak faham apa yang saya cuba cakap dan faham situasi saya. thanks :)

pengakuan berani mati ini di-post oleh , 
NURALIA AZILA

p/s : pehhh pengakuan berani mati panjang-panjang mcam confident 'dia' baca je an. dream on lahh alya. mcm dia taktau blog orang yg lagi lawa dan cantik dari kau. perasan 

kekalahan Harimau Malaya kepada The Lions bukan bermakna kekalahan untuk selamanya

sejak dua menjak nii, asek crite pasal bola je.sebab tengok kt facebook semua tulis pasal bola. sampai dengan aku aku skali terikut2 nak tulis pasal bola. tapi apa salahnya kan. bukan selalu pon pluss Harimau Malaya bukan teruk sangat pon. Juara Asia Tenggara lagii~~


perlawanan yang disaksikan oleh lebih 85,000 penyokong dan berlangsung selama 90 minit di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam telah memberi keputusan seri 1-1 kepada pasukan Harimau Malaya dan The Lions. Jaringan pertama yang dihasilkan oleh kapten Safee Sali pada minit ke-57 sebelum pemain Singapura Shi Jiayi muncul sebagai pemusnah harapan besar pasukan negara pada minit ke-71. 


walaupun Harimau Malaya tewas pada tangan The Lions semalam, skuad itu tetap dihati para penyokong. keputusan seri 1-1 apabila wisel tamat perlawanan dibunyikan sekali gus melayakkan pasukan singapura untuk ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil dengan keputusan agregat 6-4. 


walaubagaimanapun,ketangkasan penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya menyelamatkan gawang negara dari dibolosi mudah oleh lawan dipuji oleh para penyokong yang menyaksikan perlawanan hebat itu di seluruh negara.

Akan tetapi, keputusan kejayaan Singapura yang mara ke peringkat ketiga itu dikatakan tidak adil buat Harimau Malaya berikutan corak permainan lawan yang dikatakan sering melengah-lengahkan masa dan keadaan pemain lawan yang sering cedera.  perkara ini dikatakan sendiri oleh jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal 


sumber berita dan gamba :  berita harian online dan harian metro online

sekali lagi gawang negara telah diselamatkan Apex selepas kejayaan pada perlawanan menentang indonesia pada Piala AFF Suzuki 2010. terima kasih Apex!! 

p/s : lagi sekali aku dah rasa mcm buat petikan untuk berita sukan. baik aku kerja dgn berita sukan tv3 je lepas nii : )


kekecewaan yang melanda

sungguh kecewa. kecewa sebab.... harimau malaya TEWAS di tangan the lions yang boleh dikatakan agak 'mengelat' corak perlawannya. sungguh tak puas hati. sikit2 jatuh lah, sakit lah. ishh menyampahh. sakit hati tengok. excited nak tengok,walaupun bukan kt Bukit Jalil tapi kitorang tetap bersemangat nak tengok harimau membaham singa. tapi nak buat mcm mane, dah tak ada rezeki untuk harimau.

even though harimau malaya kalah semalam, tapi kita dapat tengok yang mereka telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. sekurang-kurangnya mereka dah melakukan yang terbaik. terima kasih kepada Khairul Fahmi Che Mat kerana telah berjaya menyelamatkan gol dari serangan bertubi-tubi dari the lions semalam. TERBAEKK~~ *boboiboy style


seronok tengok keeper no 22,Khairul Fahmi berjaya menahan gol dari singapura yang sangat dekat dan baik angle-nya.

tak menang takpe.at least ade lah jugak gol daripada takde langsung. 2018 nanti bole try lagi

GOOD JOB TIGERSS!! 

ape ape pon, masih tidak berpuas hati dengan corak permainan the lions semalam. grrrrr

Ceritera 5T1 for school's magazine Ilham

kitorang ade buat something like seloka or pantun gitu but we use CERITERA 5T1 sebab bunyi mcm antik and klasik siket. selepas beberapa hari memerah otak nak keluarkan idea untuk buat nii akhirnya kitorang berjaya menghasilkan dan menghantar sendiri pantun berdasarkan kelas kitorang untuk di publish di majalah Ilham edisi yang akan datang.


bunyi dia mcm nii :

Assalamualaikum pembuka bicara,
kami 5T1 nak bercerita,
mengenai kelas kami semua,
yang kecoh lagi ceria.


5T1 kelas kami,
calon SPM tahun ini,
13 putera 26 puteri,
39 orang semua sekali.


cantik berseri setiap hari,
mengambil kedatangan setiap pagi,
Puan Aida Mahdin nama diberi,
dia ibu,dia guru, dia kesayangan kami.


Sirajuddin ketua tingkatan kami,
mengurus kelas dengan cara sendiri,
Fatimah pula penolong kami,
menjalankan tugas dengan berdedikasi.


meminta duit setiap hari,
itulah Juwita nama diberi,
kecil molek aktif orangnya,
Jawatan setiausaha dipegang Nazura.


berjalan jalan di tepi taman,
Najua merupakan ketua kebersihan,
Amirah pula ketua keceriaan,
bila diusik kuat perasan.


berkaca mata berbaju ungu,
duduk di depan menghadap cikgu,
Fatin sebagai pengawas di kelas,
bersama Hakim menjalankan tugas.


ceria gembira senyum sentiasa,
berbaju kuning terik mentari,
menjawat jawatan pembimbing rakan sebaya,
itulah Ain nama diberi.


kesana kesini selalu bertiga,
Ella,Eka,Aeha gerangan mereka,
bila gelak tak ingat dunia,
asyik me-'reject' orang kerja mereka.


Amir,Zahrul dan Akhmal sering bersama,
berkawan rapat dengan ketua,
cikgu keluar dia pon keluar,
cikgu dah masuk dia tak ada.


dua melayu satu iban,
lain bangsa tak halang berkawan,
konsep satu Malaysia mereka amalkan,
Hasnel,Shima dan kelly tiga sekawan.


Pengerusi St John Pow Jia Cheng orangnya,
dibantu pula oleh Tze Yit,
Ooi Yee Rui dan Ooi Yee Hui sepupu sebapa,
turut bersama menyertai mereka.


duduk didepan tekun belajar,
berkulit putih Fatiha orangnya,
lain pula dengan Alia Azila,
belajar bila ada 'mood' suka hati dia je.


bercakap berborak tak henti,
walau ditegur banyak kali,
apalah nak jadi dengan dorang ni,
Jen Huey,Jia Ching, Kai le nama diberi.


putih melepak si Phang Mei Sin,
sering bersama Tee Hwee Sing,
pelajar cemerlang addmath orangnya Wai yee,
duduk didepan bersama Pei Ni.


mengutuk sudah memuji pon sudah,
selesailah sudah ini ceritera,
nama yang tak ada jangan terasa,
'sorry'lah sebab dah tak ada idea.


kami menyusun sepuluh jari,
kesalahan kami harap dimaafkan,
jasa baik cikgu kami hargai,
terima kasih kami ucapkan. 
hasil perah otak berhari-hari : alya & others 



haaa ape crite seloka kitorang. best an. kelas kitorang ade. kau ade? haha

Thursday, July 28, 2011

Harimau Malaya bertemu The Lions di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini

tergerak hati nak tulis entry nii sebab kt facebook dorang semua dok sebok cerita pasal Harimau Malaya yang akan menentang The Lions pukul 8:45 malam nii kt Stadium Nasional Bukit Jalil. mana bole jadi kalau dorang crite kt facebook psal bola. kitaa pon nak crite jugak.

sejak bilaa aku suka tengok bola pon aku tak tau. yang penting,malam nii tanak terlepas tengok kt tv2 or astro arena. mesti tengok and that's mean, Harimau Malaya pon MESTI menang! Malaysia Bolehh!!! cewahh


marilah sama-sama kita menyokong Harimau Malaya yang bakal menentang The Lions di Stadium Bukit Jalil pada jam 8:45 malam ini. kepada sesiapa yang telah mendapatkan tiket untuk menonton secara langsung,tahniah di ucapkan. sokonglah pasukan negara kita. selepas 85,000 keping tiket yang telah habis dijual tak sampai 3 hari, diharapkan pasukan kebangsaan akan mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi dari penyokong-penyokong setia dan akan menunjukkan prestasi yang lebih baik dari perlawanan pertama sabtu lalu.

ini adalah pusingan timbal balik selepas pusingan pertama kelayakan piala dunia 2014 nanti. pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar,Singapura sabtu lalu,Harimau Malaya telah tewas kepada The Lions 5-3. diharapkan pada malam ini,pasukan kebangsaan akan menebus lebih 2 gol untuk dilayakkan ke pusingan kelayakan yang seterusnya dengan kelebihan di tempat lawan. 


GO TIGERSS!!! MALAYSIA BOLEHH!!!!

kalau tak tengok live,tengoklah kt rumah atau marilah kita sama-sama mengkayakan mamak yang berdekatan dengan duduk beramai-ramai di kedai mamak meng-order air suam dan roti canai sekeping semata-mata untuk menonton perlawanan yang penting bg kitaa semuaa..

lagu kt atas tuh sangat awesome!! diharapkan dengan lagu ini,semangat pemain-pemain Harimau Malaya akan meledak untuk menumpaskan The Lions!! wooo!!! 

p/s : entry hari nii aku da rasa mcm baca dan mengarang petikan untuk berita sukan kt tv3 dahh : )

pengakuan berani mati

beranikah saya untuk membuat satu pengakuan yang mungkin akan membawa kejayaan yang seperti kejayaan seseorang memenangi pertandingan yang hadiahnya berupa rumah banglo dan kereta mewah atau kegagalan yang seperti kegagalan seseorang untuk mendaki gunung everest setelah merancang berbulan lamanya.

tu semua tak dapat dipastikan selagi saya tidak meluahkan dan menyatakan perkara yang sebenarnya.

nak cakap ke tanak? cakap,tak? cakap,tak?

kalau cakap kang,,,,

kalau tak cakap kang,,,

ishhh confuse lah

DIA inspirasi saya

haa hari nii nak cakap pasal inspiration. siapa inspirasi korang? eh eh. jangan cakap! biar saya teka. aaa ayah? ibu? Nabi Muhammad s.a.w? Tun Dr Mahathir? haa mesti ade antaranye yg betul kan? kan? kan? okayy saya tanak tau cerita inspirasi korang sebab dah sah-sah laa panjang kan,nak crite post entry kt blog korang ye :D tapi saya nak tau siapa atau apa inspirasi korang. dan hari ni saya nak cerita tentang inspirasi saya

but at first,saya nak tanya apa tuh inspirasi? based on what yang korang faham laa. Apa itu inspirasi?? based on what yang saya tau dan faham, inspirasi adalah something (whether orang atau apasaja) yang memberi kita idea atau lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu dalam life kita. now get it? :D

sekarang,my turn nak cerita pasal my inspiration. *aipp duduk situ baca sampai habis. jgn nak lari pulak* pada mulanya inspirasi saya ada dua, mummy and the best goalkeeper,Khairul Fahmi Che Mat :D ( amboii~ KFCM tau inspirasi aku. korang ade?) tapi inspirasi saya berubah sejak saya kenal dia. dia lah punya pasal sebab inspirasi saya berubah.

semua ini terjadi sejak saya mengenali dia awal tahun ini.since that,in my mind only have him. apa yang menarik sangat dengan dia tuh agaknye kan. hmm.. dia menjadi inspirasi saya sebab muka dia sama dengan KFCM. tak percaya? percayalah. cume skin colour tuh memang laa lain siket kan :D mesti korang tertanya-tanya siapa DIA tuh dengan saya sampai saya kate dia adalah inspirasi saya.haa siapa? kawan ke? abang ke? cousin ke? boyfriend ke? hooo!! no way. jawapan nya semua bukan! apatah lagi yang part boyfriend tuh. berangan jangan boleh tak alya? adoii. dia bukan sesiapa dengan saya. jarang tegur so nak kata cane? hmmm

saya pon tak tau mcm mane dia boleh jadi inspirasi saya sedangkan saya hanya mengenali dia awal tahun ini. saya suka TENGOK dia. dia smart and lain dari orang lain. saya tak kata saya suka dia. tapiii sayaaa aaa tak tau lah nak ckap macane.

inspirasi ehh. macane dia boleh jadi inspirasi saya. haa jawab jawab macane? aaa actually saya pon tak tau macane. so tak payah tanya macane boleh jadii inspirasi.

tegur pon jarang, inspirasi.. dream on lahh 


ye saya tau, it just a dream. tapi kalau dah dia menjadi inspirasi saya,saya nak buat macane? bukan nye saya nak sangat dia jadi inspirasi saya. tapi kan, macane lahh kalau dia tau yg dia inspirasi saya kan.

apa kelebihan yang ade pade dia sampai dia terpilih menjadi inspirasi saya? jawapannya hanya saya sorang yang tau. yelaa takkan nak bgtau orang pulak. kang orang kate saya gedik. ehh mane ade gedik,gedik siket je :D

haa tulahh sedikit sebanyak pasal inspirasi saya. sejak dua menjak nii asyik crite psal inspirasi je kt dorang. sampai dorang kate, "ahh sudah kau tak habes2 pasal inspirasi kau. aku panggil diaa kang" :DD

amboii sampai nak panggil dia lagii. janganlahh malu tau *ecehh taktau dlam hati "panggil lahh,panggil lahh"  hahaha gedikk laa siaa

so siapa or apa inspirasi korang? nak share tak? teringin jugak nak tau. especially awak, NURUL AMIRAH tuh ye :D

Thursday, July 21, 2011

CERAMAH MOTIVASI

ceramah yang start pukol 11 am sampai 1:05 pm tadi sungguh best dan memberi kesan yang mendalam terhadap diri aku. at first ingat yang bg ceramah tuh mcm orang tua pangkat ayah2 an. skali tengok abang-abang laa wei. mula2 start memang klaka. abang-abang tuh buat klaka. best. *smart pon smart :) main games and others. dorang ajar macane nak buat perubahan dalam diri kita. dorang ajar kita untuk berkomunikasi dengan diri sendiri sebab nanti nak exam kita kena bercakap and berkomunikasi dengan diri kita sendiri.

dorang ajar kitorang untuk menjadi lebih jujur kepada diri sendiri dan orang lain especially cikgu dgn parents. abang Shakan (abang yg bg ceramah tu) tanya siapa yang ada masalah dengan cikgu-cikgu. termasuklah yg tak siap kerja,tak hantar buku, and others angkat tangan. pastuh tengok semua yg ade kt dlm dewan tuh angkat tangan termasuklah budak2 science 1. pastuh dia tanya siapa yang hisap rokok,tak kire lah yg dah berhenti ke yang still hisap ke. mase lelaki angkat tangan tuh kitorang yg perempuan ni tengoklah pastuh abang tuh cakap "haa yang perempuan tak payah nak tengok. korang pon bukannye baik sangat." pehh ayat diaa. terkesan laa sehh. Hisham yg angkat tangan duduk depan dia,dia tanya beli rokok gune duit sape. hisham katelah duit mak bapak. dia tanya banyak kali.hisham jawablah banyak kali. pastu dia kate "mak ayah bg korang duit beli makanan tapi kenape korang curi duit mak ayah, bakar?"

pastuh dia suro kitorang tadah tangan, suro kita bayangkan kat tapak tangan kanan tuh raut wajah ibu, tapak tangan kiri raut wajah ayah. time tuh buat kitorang nangis. siapa yang tak boleh bayang tuh, cuba fikir kenape. try bayangkan lagi. dia kata "walaupun kita tak boleh bayang raut wajah mak ayah kita tapi mak ayah kita tau sekurang-kurangnya kita cuba nak bayangkan". airmata turun laju je an. even mase tuh tengah puasa. semua nangis,chinese perempuan pon ade yg nangis, lelaki pon ade yg nangis. abang tuh suro kita fikir ape yang mak ayah nak dari kita. bukan harta benda. mak ayah tak heran pon dgn harta benda kita. dia suro kitorang senaraikan harapan mak ayah kt kita. sedihh gila. first time buat julung-julung kali nye aku nangis depan orang.

pastuh dia kata, "sekarang mak ayah ada lagi kita da rase mcm kita tak perlukan dorang. bila mak ayah dah takde baru kita tau." airmata kluar da macam kluar lalu paip da. tak brenti. nasib baik tak masuk mulut. kalau tak da batal da. dia kata lagi ,"mcm mana kalau bile kita balik skola ni tengok mak ayah dah takde. macam mane" pehh tak tahan da. dia tanya siapa yang dah takde mak atau ayah. ade budak tuh dah takde ayah, abang Shakan suro bg nasihat utk kitorang yg still ade mak ayah, budak tuh kate "siape yg ade mak ayah lagi,jage ar hati dorang baik2. jgan buat dorang kecik hati. kalau mak ayah dah takde nanti pedih rase" terase mcm anak panah memburu menusuk ke hatiku. dalam betul mksud dia.

terase mcm cepat je ceramah tuh habis. meleleh airmata semua. tengok dorang semua mata merah,bengkak. memberi kesan betul lah. terasa smpai sekarang. pesan dia yang aku ingat, "kalau kau da sekali bohong cikgu, kau takkan terlepas dari pembohongan selagi kau tak berusaha nak berubah. tak mustahil kau akan tipu mak ayah kau lepas ni" lebih kurang mcm tuh la ayat dia. tak sure sangat.

thanks to abang-abang yang datang bg ceramah motivasi gelak-gelak and nangis-nangis kt kitorang. it was a fun session. we enjoyed it :) 


nama abang-abang yg aku ingat, abang Shakan, abang Haikal, abang Haziq *dorang kate abg ni handsome* and abang bro. yg lagi satu tu tak tau lahh :)


esok ade mohon restu ke ape tah. so kena bwak telekung. sesi mohon restu ni ade nangis-nangis jugak ke? :))

stop this problem missyy!!

aku da kate nak share aku punye probs kt entry before nii kan. so sekarang aku nak cerite.

aku pon manusia biasa mcm others. manusia yang sentiasa ada masalah. setiap hari aku berdepan dengan DIA yang ada masalah dengan aku sedangkan aku takde satu haprak masalah pon dengan dia. seriously cakap, hidup aku bermasalah sejak aku kenal dia 4 tahun lepas. mula2 kenal tuh dia baik lah aku ingat dia pon mcm kawan2 aku yg lain jugak tapi sejak tahu lepas,dia start tunjuk kebencian dia kt aku. aku taktau kenape and aku taknak tau kenape. sejak dua menjak nii makin menjadi-jadi pulak habit dia.

bagi aku dia tuh annoyed gilaa. aku pernah try nak buat baik tapi ape yg dia buat? buat bodo adelah. perlu ke kita nak buat baik dgn orang yang buat bodo je dgn kite. past few month, dia tiba2 je berubah. dari orang yang tak layan aku dgn baik terus jadi orang yg lain aku mcm orang lain. tegur2 mcm biasa, boleh lepak dgn orang yg sama dlm satu mase. aku pelik laa. tiba2 an. aku trime je. yela orang da buat baik kat kita kita buat baiklah dgn orang kan. aku fikir, masalah aku dgn dia akan settle. tapi,dia baik dengan aku skejap je. lepas tuh dia jadi mcm dulu balik. tapi lagi lebih dari yang sebelum ni. masalah aku dengan dia pon jadi semakin teruk.

sampai sekarang nii, time aku tengah type ni,aku still tak baik lagi dgn dia. aku panggil dia sebab nak passing barang,yang dia buat ape? jeling aku pandang hujung2 mata. aku rase mcm aku ni ape je an. kadang2 aku gelak dgn dorang, dia bole tengok aku pastuh buat muka an. asal dia mcm tuh agaknya kan. aku tak buat apape pon kat dia. kadang2 dia sindir2 aku. da dia sindir aku an da sah-sah laa aku terasa an. aku malas nak betah cakap dia. sebab dia pantang orang betah dia mesti dia betah balik. kawan aku pun cakap "aku tau kau tak mcm tuh. aku tau kau tak mcm dia. sabo jelahh" aku ingat kate dia. because of i always remember what mummy said-lah aku tak carik pasal dgn dia,aku diam je ape yang dia buat. aku da rase mcm orang bodo pulak.

mummy kate, "biar orang buat kita,jangan kita buat orang". lucky her sebab aku dengar ckap mak aku.

bile lah agaknya dia nak buat hal dia and aku buat hal aku kan. rimas! aku rasa tak bebas nak buat apape kat skola sebab aku fikir ape dia akan react kalau aku buat something.

sorry to her if i made mistakes smpai dia buat aku mcm tuh. sorry to her sebab aku crite kt orang lain sebab aku tak bolah simpan sendiri. kau buat aku tertekan.

everyone has their own problems

after a few weeks tak update, finally.. dapat jugak update blog yg dah hampir terbengkalai nihaa. okayy entry kali nii,saya akan membiasakan diri sebagai aku untuk sesi perbincangan yang lebih santai dan selesa :)

so harini nak cakap-cakap pasal PROBLEMS. sebab sejak dua menjak nii aku tengok orang keliling aku menangis teresak-esak smpai sesak nafas sebab ade probs yang dorang tak boleh tahan da. but luckily,dorang ade a best friends yang always there for them. macam2 masalah yang aku dengar minggu nii. aku cume mampu nak dengar and give a BIT of advise. aku pon bukannye free dari masalah nii semua. dorang ade best friends and aku just orang sekeliling yg bg dorongan dari belakangg....

ape tuh problems atau masalah ?? (same je kan sebenarnye) 

sape tau maksudnye yang sebenar? *sila angkat tangan sambil jerit SAYA! mcm budak tadika

ye!! sungguh tepat jawapan tuh.

masalah (secara kasarnya) ialah rintangan atau halangan yang setiap orang akan hadapi dan alami. tak kira siapa,semua orang akan ada masalah. cuma perbezaan nya, bila orang tuh akan hadapi masalah. tak semua orang menghadapi masalah yang sama atau pada masa yang sama.

macam orang lain jugak. aku pon ade masalah. masalah yang aku rase takkan pernah selesai selagi aku kenal dia. haa? masalah ape? nanti aku crite okayy.

share-lah masalah korang dengan orang yang boleh dipercayai such as parents, siblings and best friends yang always there when you need them. bukan 'best friends' yang hanya ada pada waktu kita senang saja. sebab tu orang kata "choose your friends based on what they have done to you" and "judge their heart,don't judge their apparel look". so choose your friends wisely

luahkan lah ape yang korang rase melalui pelbagai cara yang dipercayai akan berkesan. kalau malu nak cakap and share dgn orang lain,tulis semua masalah korang atau isi hati korang. pastuh koyakkan kertas yang anda dah tulis isi hati korang tuh,then renyukkan seribu. pastuh buang ataua lebih berkesan bakar! haa haa kite bako je. kemungkinan besar cara nii akan berjaya. ha a a *sambil gerak jari telunjuk. bukan akan berjaya membuang masalah korang terus tapi akan berjaya buat korang rase lebih lega. dan seperti rasa bebas kejap dari masalah yang membelenggu korang sampai tak bole tido tuh.

dengan ape cara sekalipun, luahkanlah masalah korang. sebab kalau korang simpan lama2 mungkin akan memberi korang tekanan dan sekali gus mungkin boleh buat korang gilaa.

so luahkanlah for your own sake. jangan simpan.

ape masalah korang? nak share tak? *dgn kening terangkat

SMKTM's Sukan Tahunan Kali ke-9

okayy, even entry nii merupakan entry lama, tetapi saya! dengan TEGASNYA! tetap ingin memberitahu anda-anda sekalian (cewah ayat mcm nak berdebat pulak)

venue : padang SMKTM
date : 8 / 7 / 2011 (friday)
time : 7:30 am - 12:00 pm
photographer : Nur Syafiqah Ismail










keputusan keseluruhannya..
rumah Beta (biru) menjadi juara!! 
TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! *tepuk tangan kuat-kuat smpai tapak tangan merah
especially to Nurfatimatuz Zahraa dan Nurul Nazwa yang beria-ia lari sebab nak menang
tapi menang jugak kan. 
TAHNIAH! *walaupun aku saket hati sebab Delta tak menangg

apape pon hari tuh adelah hari yang best dan awesome even though ade something and someone yg spoiled that moment. annoyed lahh diaa tuh!! ishh.
a million congratulations to all the winners 

Tuesday, July 5, 2011

The Curse.. a New Beginning musical theater

last saturday dimana hari yang sama dengan larian 1Malaysia, telah berlangsung sebuah teater muzikal yang sangat awesome

sebab pergi teater nilahh Lya tak dapat pergi larian tuh tapi! its worth it okayy. kami pergi dengan beberapa buah bas yang dah mcm rombongan cik kiah dgn iringin our english teacher.

persembahan yang sangat awesome! best! i never seen such a entertaining theater before. first time dapat pergi tengok teater and this theater sangat AWESOME WEII~ *style Baki Zainal 


date : 2 July 2011 (saturday)
time : 9 : 45 am - 1 : 30 pm. 
venue : Dewan Serbaguna Johor Jaya
directed by : Ms Hafeezah Sulong (SMK Permas Jaya 3's teacher)
screenshot : 








persembahan mereka sungguh memberi kesan yang mendalam. baik2 tak faham novel The Curse pasal ape lepas tengok teater nii terus faham. sungguh menarik. 

good job kepada sesiapa yang terlibat dalam menjayakan persembahan ini. 
thanks for the great show and performance. 

*tak rugi bayar RM10 kat teacher tapi rase mcm murah pulak untuk persembahan yang menaraik mcm nii :))

More photos and info :

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

last saturday our school had larian ape tah. actually satu Malaysia. dah nama pon Larian 1Malaysia kan, mestilahh satu Malaysia. ramai jugak yang pergi, but i'm not. because of some matter. tengok gambar mcm best je. dorang kate best. nyesal jugak tak datang sebab this year last,next year takde dahh T_T 

date : 2 July 2011 (saturday)
venue : SMKTM 
time : 7 : 30 am - 12 :00 pm.
photographer : Adam Muhamad Zainal Ariffin

starting line (male)

starting line (female)

sweet-hearted principle, Mr. K Tamilvanthan
:)

*peace2 pulak. ntah menang ke tak tuh an

before or after running *tak sure lahh

result-nya tak tau siapa yang menang sebab i didn't go the larian tapi pergi tengok theater kt Johor Jaya. 

*photo source : Adam Muhamad Zainal Ariffin's facebook 

UPCOMING EVENT : Acara Sukan Tahunan SMKTM 2011

Friday, July 1, 2011

Thanks and Sorry for Everything, friends :)

dear my lovely and awesome friends, 

first of all,THANKS for telling me my mistakes. if you guys don't, i don't think i realise what i have done. but seriously talking, i didn't mean it. aku bukan sengaja nak renggangkan korang tiga orang. aku cume nak kawan dgn semua orang. you guys asks me to change myself. okayy i try. but i'm not promise the result will be like you want. nobody perfect and everybody make mistakes. sometimes they didn't realise what they do until have someone tell them. korang bgtau aku pasal tuh aku appreciate. finally,ade jugak orang yang bgtau aku pasal salah aku. even though aku kecewa bile korang cakap, tapi aku terima. at least korang tak diam je. at least korang bgtau ape yg korang rase and korang tak fake. 

SORRY sebab buat korang rase mcm tuh. buat kau tertekan dgn kehadiran aku antara korang. aku sedar aku banyak salah and banyak sakit hati. aku faham bila kau marah aku if aku marah kawan kau. yelaa,every friends mesti marah bile tengok best friend dia kena marah dgn orang lain. sorry if aku buat korang kecil hati or sakit hati dgn aku. sorry kalau aku buat friendship korang jadi renggang. trust me i didn't mean it. in fact,i didn't realise it. i just want to be friends with everyone. lepas nii aku tak kacau korang dah kalau korang rasa aku ni semak. i gotta go my own way. not because i want it but because you ask me. aku tak salahkan or marah korang. in fact aku berterima kasih sangat. aku faham kalau korang tak terima aku as one of you. sebab korang dah biasa bertiga. tak apa. i will go my own way where there's no more us. thanks for everything 

for others, my classmates, my schoolmates, and anyone who know me, SORRY and THANKS for EVERYTHING. salah aku sebab buat korang tak suka aku. aku tak marah and tak kecil hati pon. sebab tuh memang salah aku. aku taktau mcm mane nak cakap dgn korang. even though kadang2 aku kecil hati bile korang reject2 aku tapi aku cume anggap tuh sebagai gurauan je. serious talking, aku kenal dgn korang and kawan dgn korang adalah the best thing yang pernah jadi kt aku. aku tak ada sape2 selain korang. korang mcm siblings aku. aku jahat and aku tau aku kena berubah kalau nak terus kawan dgn korang. insyaallah, aku akan berubah jadi yang lebih baik. aku akan berusaha. tapi aku tak janji lahh hasilnya. aku taknak kite tak tegur,aku taknak kite gaduh2. aku cuma nak kitaa jadi mcm biasa 

SORRY AND A TRILLION THANKS  
ESPECIALLY TO :

SUHAILA, SYAFIQAH, FARIHATUL, NAZURAH, FATIMAH, NAJUA, JUWITA, HASNEL, AIN, AMIRAH, 5T1 students, SMKTM students. 

i made mistakes, i'm sorry and i will try to change myself. 

THANKS and SORRY FOR EVERYTHING 
:)

from the bottom of my heart,
honestly,
NURALIA AZILA :)