perlawanan yang disaksikan oleh lebih 85,000 penyokong dan berlangsung selama 90 minit di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam telah memberi keputusan seri 1-1 kepada pasukan Harimau Malaya dan The Lions. Jaringan pertama yang dihasilkan oleh kapten Safee Sali pada minit ke-57 sebelum pemain Singapura Shi Jiayi muncul sebagai pemusnah harapan besar pasukan negara pada minit ke-71.
walaupun Harimau Malaya tewas pada tangan The Lions semalam, skuad itu tetap dihati para penyokong. keputusan seri 1-1 apabila wisel tamat perlawanan dibunyikan sekali gus melayakkan pasukan singapura untuk ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil dengan keputusan agregat 6-4.
walaubagaimanapun,ketangkasan penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya menyelamatkan gawang negara dari dibolosi mudah oleh lawan dipuji oleh para penyokong yang menyaksikan perlawanan hebat itu di seluruh negara.
Akan tetapi, keputusan kejayaan Singapura yang mara ke peringkat ketiga itu dikatakan tidak adil buat Harimau Malaya berikutan corak permainan lawan yang dikatakan sering melengah-lengahkan masa dan keadaan pemain lawan yang sering cedera. perkara ini dikatakan sendiri oleh jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal
sumber berita dan gamba : berita harian online dan harian metro online
sekali lagi gawang negara telah diselamatkan Apex selepas kejayaan pada perlawanan menentang indonesia pada Piala AFF Suzuki 2010. terima kasih Apex!!
p/s : lagi sekali aku dah rasa mcm buat petikan untuk berita sukan. baik aku kerja dgn berita sukan tv3 je lepas nii : )
No comments:
Post a Comment