Friday, July 29, 2011

Ceritera 5T1 for school's magazine Ilham

kitorang ade buat something like seloka or pantun gitu but we use CERITERA 5T1 sebab bunyi mcm antik and klasik siket. selepas beberapa hari memerah otak nak keluarkan idea untuk buat nii akhirnya kitorang berjaya menghasilkan dan menghantar sendiri pantun berdasarkan kelas kitorang untuk di publish di majalah Ilham edisi yang akan datang.


bunyi dia mcm nii :

Assalamualaikum pembuka bicara,
kami 5T1 nak bercerita,
mengenai kelas kami semua,
yang kecoh lagi ceria.


5T1 kelas kami,
calon SPM tahun ini,
13 putera 26 puteri,
39 orang semua sekali.


cantik berseri setiap hari,
mengambil kedatangan setiap pagi,
Puan Aida Mahdin nama diberi,
dia ibu,dia guru, dia kesayangan kami.


Sirajuddin ketua tingkatan kami,
mengurus kelas dengan cara sendiri,
Fatimah pula penolong kami,
menjalankan tugas dengan berdedikasi.


meminta duit setiap hari,
itulah Juwita nama diberi,
kecil molek aktif orangnya,
Jawatan setiausaha dipegang Nazura.


berjalan jalan di tepi taman,
Najua merupakan ketua kebersihan,
Amirah pula ketua keceriaan,
bila diusik kuat perasan.


berkaca mata berbaju ungu,
duduk di depan menghadap cikgu,
Fatin sebagai pengawas di kelas,
bersama Hakim menjalankan tugas.


ceria gembira senyum sentiasa,
berbaju kuning terik mentari,
menjawat jawatan pembimbing rakan sebaya,
itulah Ain nama diberi.


kesana kesini selalu bertiga,
Ella,Eka,Aeha gerangan mereka,
bila gelak tak ingat dunia,
asyik me-'reject' orang kerja mereka.


Amir,Zahrul dan Akhmal sering bersama,
berkawan rapat dengan ketua,
cikgu keluar dia pon keluar,
cikgu dah masuk dia tak ada.


dua melayu satu iban,
lain bangsa tak halang berkawan,
konsep satu Malaysia mereka amalkan,
Hasnel,Shima dan kelly tiga sekawan.


Pengerusi St John Pow Jia Cheng orangnya,
dibantu pula oleh Tze Yit,
Ooi Yee Rui dan Ooi Yee Hui sepupu sebapa,
turut bersama menyertai mereka.


duduk didepan tekun belajar,
berkulit putih Fatiha orangnya,
lain pula dengan Alia Azila,
belajar bila ada 'mood' suka hati dia je.


bercakap berborak tak henti,
walau ditegur banyak kali,
apalah nak jadi dengan dorang ni,
Jen Huey,Jia Ching, Kai le nama diberi.


putih melepak si Phang Mei Sin,
sering bersama Tee Hwee Sing,
pelajar cemerlang addmath orangnya Wai yee,
duduk didepan bersama Pei Ni.


mengutuk sudah memuji pon sudah,
selesailah sudah ini ceritera,
nama yang tak ada jangan terasa,
'sorry'lah sebab dah tak ada idea.


kami menyusun sepuluh jari,
kesalahan kami harap dimaafkan,
jasa baik cikgu kami hargai,
terima kasih kami ucapkan. 
hasil perah otak berhari-hari : alya & others 



haaa ape crite seloka kitorang. best an. kelas kitorang ade. kau ade? haha

No comments: