Assalamualaikum :)
Rabu dengan Khamis lepas, AEON member day or it used to called Jcard day. SALE ! SALE ! SALE ! haahaha Penat ? Seriously, tak penat macam Jcard masa April hari tu. and tak semeriah hari tu. Tak best k. TAK BEST !
Cuma a few things je yang best.
First day, aku sampai lambat k. Kenapa ? Jalan jam. yes ! Depan AEON, jalan jam pukul 9 pagi ! Tak dapat nak breakfast kat kantin. Dah sampai kaunter, semua muka pehh macam tak breakfast. Masam je semua. Aku pun terus tak ada mood nak ceria-ceria pagi tu. Bosan k. BOSAN ! Lepas Miko ada dengan Angel, baru okay sikit. Lepas aku lunch dengan Airin, dorang semua macam dah okay sikit. Tapi, still tak se-okay Jcard dulu k.
Tak best sebab akak tak ambil part time. And Miko tak bawak budak Permas Chris Brown wangi tu. Yes ! Budak permas Chris Brown wangi tu tak ada ! Semangat tak ada k. haha And Fahmi berbual macam uncle depan rumah aku nihaa. Kata bulan 7 dah berhenti tapi time Jcard nak tolong kak Fang. Sampai masa, bayang pun tak nampak. Lepas tu lagi nak tanya aku Jcard okay ke tak -__-"
Before lunch tu, nampak Adi. Eh ? Adi ? ohh okay.
Second day , sampai awal tapi tak sempat breakfast. Sakit perut, nasib ah. Tengah hari before lunch. "Alia, stok 3 carton sampai. Pergi ambil kejap. Pakai troli kecil tu je. Troli besar, Nisa pinjam." kita ? Pergi ambil stok ? Time Jcard ? Lori tu kejam ! Hantar stok time Jcard. Dah lah Lift penuh. Nasib baik guna troli kecil, boleh lipat. Apek tu tunggu dari tadi tak turun-turun sebab guna troli besar, lift penuh. Nasib baik Grace ada, boleh teman sekali.
Grace hantar D.O, akak Bonia tolong bawa naik stok dia. Dia naik atas berlenggang tunggu lift siap nak naik troli aku suruh tolak dia -__-"
Lepas tu jumpa kak Ana dengan Fara. Dorang bawa kotak banyak, aku bawak stok banyak. So, kitorang naik dulu. Lepas tu bole pulak ada mamat dua orang ni tolak food cart. Sedap je dia ckp "boy, sekejap eh. Kasi kitorang naik dulu. Nanti benda ni sejuk." Amboii mentang-mentang bawa Grilled Chicken Tight nak hantar kat Arena. Masa kat dalam tu Grace cakap "eh you bawa ni. bagi la sikit" Aku tahu Grace tu main-main je tp tak sangka gila mamat tu kata "ala tak ada plastic. kalau ada da bagi da." Ada je idea si Fara tu. Nampak je dia aluminium foil kat situ. Mula-mula dia bagi satu je sebab tak sempat, dah sampai kt floor yg dia nak turun. Kitorang bising ah. "hek elehh. satu je ? kitorang ada 4 orang kot. kedekut." Lepas tu, lagi tak sangka Grace tarik dorang suruh masuk balik bagi kitorang ayam tu sorang satu. "Cepat-cepat nanti orang nampak" "eh sorok sikit. kalau tak habis kitorang" hai bang, tahu pun kau takut bagi kitorang ayam free haha. Lepas tu dengan muka tak bersalah masing-masing turun floor balik counter. Anggap tak ada benda jadi an. hahahaha
Sampai counter "Lambatnya ? ingat kau dah ikut lori balik " -___-" dalam kepala otak, tengah cari alasan nak kalis, kang kantoi akak membebel haha "errr lift penuh kak. lepas tu buka tutup dekat floor sama." "akak ingat kau dah ikut macha lori balik" pehhh ikut macha lori balik. Nasib baik selamat. Sampai sekarang, kitorang kalau jumpa tak cakap pun pasal tu. Senyap-senyap sudah. Mamat yang bagi tu pun aku tak cam muka sebab dorang pakai mask masa tu :D
Lepas tu pergi lunch dengan Airin, jumpa Adi kat kantin. Airin gelak lebih. menyampah. malu aku dhoii hahaha
Jcard kali ni, tak best. Tak suka ! Tak meriah ! Tak penat ! Tak sama macam Jcard hari tu. Tapi still okay, tu pun sebab ada Miko, Angel, kak Naza, kak Eda, Nichole dengan Michelle :) lagi satu, menyampah Fahmi ! Fahmi berbual ! hahahaha