Tuesday, December 31, 2013

Final 2013 notes:A reminder to 2014

2013 surprised me a lot. I learnt my lessons. I gain my experiences. Well said, 2013 doesn't dissapoint me. I glad 2013 gives me a better experiences than 2012 did.

Sepanjang 2013 aku sedar, tak ada apa yang aku capai. Aku tak fokus, tak usaha untuk dapat apa yang aku nak. Fikiran masih belum matang, kelakuan masih seperti kanak-kanak. Sangat tak sesuai dengan umur. Dah habis 2013 ni lah baru nak sedar. Apa yang aku dah capai? Azam aku yang konon-konon tu apa jadi? Hm.

Tahun ni last untuk aku berlebih-lebih enjoy. Bila aku nak dapat apa yang idam kan kalau aku terus macam tu? Umur pun dah tak belas belas dah. Start esok, dah pakai puluh puluh pula. Hm. Terasa diri sangat tua. Kerja, fokus cari rezeki. Sampai bila aku nak terus bergantung dekat mak untuk makan. Macam mana nak capai target yang konon konon nak ada kereta dengan rumah sendiri sebelum kahwin? Cakap je. Tak tetap kan betul-betul impian tu.

Biarkan lah apa orang nak kata. Dari tahun tahun tahun tahun lepas lagi kata gitu. Nak biar je apa orang kata. Tak kisah pandangan orang. But every minutes you spent by thinking about what will others think about you. Macam mana nak live your life kalau asyik dengar cakap orang je?

Improve yourselves if you want your life to be change. Tetapkan pendirian tu boleh tak? Esok dah 2014, means dah 20 tahun. Takkan still nak dengar cakap orang lagi even dalam hal nak beli baju seluar? Childish nya.

Start esok jangan lah asyik nak menang je. Mengalah sikit boleh kan? Biarlah. Selama ni kita fikir kita dah banyak mengalah, mengalah sikit lagi boleh kan. Asyik nak ikut kepala angin kita je pun tak boleh juga. Sesekali kena beralah. Kalau boleh, gelak setiap hari. Gelak setiap pagi. Jangan rasa down. Jangan merungut. Jangan nak degil sangat. Ego tu, buang sikit. Pentingkan diri memang perlu tapi kadang kadang, dalam hal-hal tertentu, jangan lah nak fikir diri sendiri je. Be independent. Penat kan nak susahkan orang je. Bersyukur dgn apa yang awak ada. Semua benda nak lebih pun tak boleh juga. Tak payah la nak harapkan simpati orang lain. Orang lain tak kesian kan awak pun. Fikir dulu sebelum buat apa-apa. Fikir kemungkinan yang kita akan hadapi kalau kita buat sesuatu benda.

Esok dah start 2014. Semua nya kalau boleh nak baru. Tinggalkan semua yang menyakitkan 2013. Nak ambil pengalaman baru 2014.

Dear 2013,
You're awesome! Walaupun agak mengecewakan, tetap bagi pengalaman menarik. Kawan baru, kerja baru. Banyak benda baru yang beri warna. Terima kasih 2013. Will miss ya.

Dear 2014,
Hye! Please gives me laughs and smile without tears as a package. Gives me new exciting awesome experience pleaseeeeee. Gonna love ya!

Wednesday, October 2, 2013

OCTOBER. Full of Love

Dah berapa post yang aku publish, baru aku perasan dah october. Tipu sangatlah kalau aku kata aku tak perasan langsung yang sekarang dah october. tapi maksud aku, sekejap je dah october. Last month, of course lah september kan, aku publish satu post je? Busy benar. lol. Banyak idea nak post tapi tak ada masa yang cukup untuk aku perah kan otak aku betul-betul kasi semua idea tu keluar.

Its a new month and of course kita akan selalu dengar dan selalu baca dekat timeline twitter mahupun facebook pasal dah masuk bulan baru. Okay, contoh "Goodbye September. Hello October" atau "Thank you September, Welcome October" atau "Hi October, please be nice to me" dan sebagainya. Sangat cliché kan mereka ni. (padahal aku pu lebih kurang je)

Speaking of October. Sekejap je rasa dah bulan yang kesepuluh tahun ni. Lagi 2 bulan je nak masuk 2014. Bersedia kah kita? I mean aku. Banyak lagi benda yang aku nak buat on 2013 ni. Azam tahun ni tak tercapai lagi pun. Cepatnya masa berlalu.

Setiap bulan kita mengharap kan perkara yang sama. Hopefully, this new month gonna give me a better experiences than last months. Less tears, more laughs. So far, I've reached it. Having a supportive friends and family, I've got more more more laughs. Still ada tears tapi tak seperti dulu.

Actually tak tahu nak post apa dah. So saja je lah cari bahan nak post. Kang terbengkalai blog ni. siann dia.

By the way, ada kejut kan tak sesiapa yang teridur sepanjang september hari tu. Biasalah sibuk sangat tweet "Wake me up when september end." Ni september dah habis ni dah tolong kejut ke belum? Kang tak bangun terus lagi susah. hekhek

Sahabat akan selamanya sahabat

Bila bercakap pasal kawan, tak ada sesiapa yang muncul dalam kepala aku selain dari kawan-kawan yang paling aku sayang. The only friends who prove to me that friends means we share everything through ups and downs. I'm not calling them kawan, I called them sahabat. Sahabat yang sentiasa ada bila susah dan senang. Satu-satunya sahabat yang membantu menaikkan semangat bila ada antara kami yang kehilangan semangat. Even though aku lagi tua setahun dari dorang, kitaorang tak nampak ada masalah pun dekat situ. Well yeah, age is just a number.

Bila kita susah dan tiada siapa yang membantu, siapa yang kita boleh harapkan untuk ada dengan kita kalau bukan kawan dan keluarga. Kalau kawan setakat bila masa kau senang je baru dia ada atau bila dia dah susah baru nak cari kau, baik tak payah. Kawan yang jenis macam tu memang layak campak dekat laut bagi kawan dengan sharks. Tu pun kalau sharks tu boleh terima sikap pentingkan diri dia tu.

Susah sangat ke untuk ada dengan kawan sama-sama beri semangat? Susah ke untuk kita ada saling membantu? Kawan tu maknanya cuma ada bila masa kita senang je ke? Kawan tu gunanya cuma untuk gelak ketawa bersama je ke? Bukan untuk kongsi apa yang terbuku dihati? Bukan untuk kita kongsi apa yang kita ada? Bukan untuk turut merasa kepahitan yang kita rasa?


Sahabat akan selamanya sahabat. Sampai aku tarik nafas yang terakhir, kita sahabat. Aku tak mampu nak janji aku akan ada sentiasa dengan korang tapi aku akan cuba pastikan yang aku ada bila korang susah. Kita susah senang bersama. Kita kawan. Biar apa orang nak kata. Biar berapa ramai yang nak halang kita dari selalu jumpa, korang selamanya ada dalam hati aku. Biar berapa ramai crush yang muncul, korang tetap ada tempat dalam hati aku lebih dari crush. Aku sayang korang.

Jangan pernah tanya tak penat ke aku bagi semangat dekat korang bila korang sedih. Sebab aku takkan pernah penat nak layan korang. Honestly, now I realize how empty my life was without you guys. Korang segalanya bagi aku.

Budak berlima ni banyak ajar aku erti sebuah persahabatan walaupun dorang lebih muda dari aku. To be honest, aku tak pernah ada kawan yang macam dorang. Susah senang kita sama-sama. Walaupun memang baru sangat kita kenal, tapi aku rasa dekat sangat dengan dorang. Dorang bagi aku kesempatan rasa untuk punyai sahabat. Gelak tawa dorang selalu buat aku happy. Bila seorang sedih, memang aku yang akan rasa juga. Bila jumpa tak pernah tak gaduh. Tak boleh kalau tak gaduh. Tapi tu yang buat kitorang rapat. Bila jumpa, bila borak, mesti ada je benda yang boleh dibuat gaduh. Memang sangat menyakitkan hati bila borak dengan dorang tapi aku tahu, sakit hati yang aku rasa tu lah yang buat aku happy dan buat aku kuat. Ada dorang sebagai sahabat, mengenali dorang merupakan hadiah yang sangat bernilai.





Dear 
Fatin Syahirah,
Nur Zaki Amanina,
Nor Shah Zahira,
Muhammad Amran,
Aziemullah Firdaus,

 Aku sayang korang. Sayang sangat. Aku tak mengharap kan apa-apa pun dari korang selain dari nak kekalkan friendship kita sekarang. Aku tahu aku banyak buat salah. Aku tahu aku pentingkan diri. Aku minta maaf sangat. Aku sayang korang. Kalau aku dah tak ada nanti, korang hantar aku pergi ye. Tapi aku taknak korang nangis sebab aku tahu aku takkan mampu nak pujuk korang lagi. Terima kasih sangat untuk persahabatan ini. Aku minta satu je dari korang, tolonglah tolong sangat, stay strong. Apa pun yang jadi, aku minta sangat untuk korang stay strong. Ingat, aku sentiasa sokong apa yang korang nak buat. Aku sentiasa ada untuk korang. Aku taknak tengok korang sedih tau. Sebab bila korang sedih, memang aku akan berkali ganda lagi sedih. Friends will be forever friends. Ingat! Aku sayang korang tau.


Tuesday, October 1, 2013

Diam

Bila kita bersuara, mungkin apa yang kita keluarkan tu bakal menyakitkan hati orang lain atau akan memakan diri kita sendiri. So, untuk mengelakkan kita dari terkecewa, baik kita diam je. itu mungkin tindakan yang sangat bijak yang kita pernah buat.

Tapi, pernah tak terfikir, bila kita tak bersuara tu lah yang menyebabkan kita jadi macam mana sekarang ni. Sebab tak bersuara tulah, kita berada dalam situasi kita sekarang ni. And later on, kita sendiri akan tetap sakit dan kecewa sama macam bila kita bersuara.

The truth that everyone in this world have to face is, every actions and everything that we do have its own risk. Bukan dunia lah namanya kalau apa yang kita buat, apa yang kita cakap dan apa yang kita pakai sekali pun takkan ada yang nak memberi tindak balas. Sometimes, rasa macam melampau kan semua orang ni. Apa yang kita buat semua nak mengata. Bukan just yang social je, yang duduk rumah tak kacau sesiapa pun boleh terkena juga. Takkan di panggil dunia kalau tak sekejam tu.

Pernah rasa bila kita suka seseorang and kita takut nak bagitahu dia? Apa yang kita akan buat? Diam atau bagitahu perkara yang sebenar? Takut nak bagitahu sebab takut dia tak boleh terima kita kan? Diam sebab taknak musnah kan hubungan persahabatan yang baru nak terjalin kan? Cliché nya semua jawapan tu. Apapun alasan, sebenarnya its all depends on ourselves to decide.

Disebabkan takut dengan semua spekulasi orang lain kalau kau bagitahu dia perkara yang sebenar, kau diamkan je perasaan kau. Kau biarkan kau hati kau hancur, diri kau sakit sebab tak confess benda yang sebenarnya. kau sendiri yang makan dalam.

Diam tu lebih baik tapi bukan kah kita semua ada hak untuk bersuara. Untuk sekali je, cuba abaikan apa yang orang nak cakap pasal kita. Cuba abaikan apa yang akan orang respon pasal benda tu sebab tu semua tak ada kaitan dengan dorang pun. Fikir positif dan percaya pada diri sendiri which is also means, confident. Well, mulut orang, sampai kita mati pun belum tentu kita boleh tutup. Bukan belum tentu, memang dah tentu-tentu lah kita tak boleh tutup. Mulut orang, bukan mulut tempayan. Kalau mulut tempayan memang dah lama aku pecahkan terus tempayan tu. Tak payah nak ada mulut dah kalau cuma tahu nak terbuka je.

Sometimes ada orang klasifikasikan kita sebagai seorang yang lemah bila kita diam. Cuba berkeras. Diam bukan bermakna kita biarkan semua benda yang orang buat dekat kita. Tu bukan diam, tu lemah, pengecut, dayus. Bukan suruh bersuara melawan semua orang, diri sendiri pun dah besar, dah boleh tahu macam mana nak guna kelebihan bersuara, takkan semua aku nak keluarkan bagitahu dekat sini. kan boleh google sendiri kan. lolol

Sebenarnya, aku sendiri keliru dengan apa yang patut aku buat. Patut ke aku diam? Menidakkan semua spekulasi orang tentang perasaan aku pada dia sedangkan dah terlalu jelas kelihatan cuma dia je yang terlalu buta nak perasan keadaan yang sebenar. Takkan. Aku tahu aku tak mampu sorokkan sebab aku jumpa dia setiap hari. Dalam satu hari tu boleh kata lebih 4 kali aku jumpa dia, dan aku kena sorokkan kan semuanya setiap kali aku jumpa dia. Semua tahu yang aku tak boleh. Takkan aku nak benda yang sama tu berulang lagi. I don't want banana fruit two times. Siapa yang nak perkara buruk terjadi dua kali.

Tapi, aku sendiri rasa terlalu awal untuk aku mengaku semua tu sebab aku kenal dia tak sampai 3 bulan and I never had a conversation with him. Pernah berborak tapi tak pernah lebih dari 2 ayat? Where do you think our relationship will go kalau aku mengaku dekat dia? Korang rasa dia boleh terima ke? Sedangkan depan mata dia ada yang lebih baik dan lebih memahami? Susah. Hati manusia, kita tak pernah tahu. dan kita tak pernah berjaya nak meneka hati manusia.

Bila diam, takkan selamanya aku nak simpan semua sendiri. Tapi aku berhak ke nak bersuara berterus terang perasaan yang sebenar? Apa reaksi dia? Bukan takut, risau. Aku dah terlalu banyak di adili mereka yang tak layak. Aku fobia. dan aku trauma. Tapi aku taknak benda yang sama macam 2 tahun lepas jadi lagi. At the end, aku sakit. Aku kecewa dan aku menderita. I need times and supportive friends for me to move on. And now I did. Takkan aku senang-senang nak musnah kan apa yang aku sendiri usaha untuk dapatkan balik semangat aku dan lupakan apa yang berlaku.

Diam will forever be the best  choices. But it only works for some certain situation and of course, mine is not one of it. Friends of mine always remind me, "Kalau kau tak cakap, sampai bila-bila pun kau takkan tahu. Takkan kau nak diam, takkan kau nak sakit. At least sekarang biar dia tahu. Biar dia tahu apa yang kau rasa dan kau alami sebab dia."

Choices is in everyone hands. Decide to do it for our own good or for us and our people. Think. Diam atau bersuara?

Still. Sharing is Caring.

Sharing is one of the way to keep the relationship between us people. Sharing is caring. From then till now, "Sharing is Caring" phrases is still the best phrases to show that we can't have everything by ourselves. But. There is still have any kinds of things that we hate to share. Let's jom find it out.

Pheww. Penat sangat nak translate dari BM ke English dari dalam otak nak keluar kan ke sini. Biasa lah kan. orang dah lama tak update. haaa. Rindu aku tak? Rindu tak post-post aku? Sebulan sekali je tau aku post. Limited sangat tau karya-karya aku. Mesti korang tertunggu-tunggu kan? tahu dahh. *krik krik krik*

ehemmm *terbatuk-batuk sambil betulkan rambut*

Okay ladies and gentlemen. (haa tak payah nak nyanyi lagu gentlemen pula. madah nak nyanyi je kan) Siapa suka berkongsi?! Angkat tangan please. okay. Tangan je dah cukup rasanya. Tak payah la nak beria sangat menganjing aku sampai nak angkat kaki berbagai. *krik krik krik* Seronok nyaa dapat kenal dengan orang yang suka berkongsi. They love to share everything with us! Especially food! Siapa yang tak suka bila orang nak berkongsi makanan dengan kita kan? Everyone loves that!

Sharing is Caring. Cute sangat frasa tu. Suka suka suka. Sharing boleh mejalinkan dan mendekatkan hubungan kita dengan kawan-kawan yang lain. Janganlah jadi tamak sangat sampai semua benda kau nak bolot seorang. Tapi bila time nak share masalah tu, nak pula kau share kan. Nampak tak yang kau ni sebenarnya tamak dan sangat penting kan diri. I never said that pentingkan diri tu tak penting. Penting juga tapi susah sangat ke untuk kita bertolak ansur and sharing apa yang kita ada. Bukan selalu puns. Dan tak semua orang yang hadap sangat dengan apa yang kau nak kongsi tu. Tak payah nak bajet sangat. Rasanya dah lari tajuk ni. hm. Kejap, nak kejar tajuk tu sebab dia lari. K tak lawak. *krik krik*

Food. Tak mati rasanya kalau kongsi sikit apa yang kau ada. At least lah kan, pelawa lah dia. Ask whether they want it or not. Ni tak, kau dah la mencekik depan-depan biji mata dia, kau boleh buat taktahu je dengan dia. Lagi awkward bila kau makan depan dia tapi tak share dengan dia langsung and you're talking about the content and the taste of the food. Kau lah manusia yang paling kejam aku rasa. Well. tu bukan saja kejam sebab taknak share tapi aku rasa kau memang tamak haloba, pentingkan diri, dan kedekut. Berkongsi sikit kan tak salah. In fact, boleh bawa kemajuan dalam hubungan antara manusia kot. Mana lah tahu hari ni kau pelawa dia makan maruku RM2 kau tu, esok lusa dia pelawa kau cake secret recipe pula. Tak ke kau juga yang bertuah? Bukan nak suruh kau mengharapkan balasan tapi try to think positive! Plus, sharing pun boleh dikatakan bersedekah juga kan?

Love. Okay. Yang ni boleh dikatakan sampai mati aku tak kongsi. Nak kongsi kasih sayang? NO! NEVER! Taknak! Lagi-lagi kasih sayang parents kita, kita nak kena share dengan orang luar? dah lah tu, orang luar tu pula macam dapat kasih sayang lebih. Tu dah melampau beb. And another one, kau nak ke share kasih sayang boyfriend or husband kau dengan orang lain? Memanglah lelaki ada quota sampai 4 tapi, bagitahu aku siapa yang sanggup? Kasih sayang orang yang kita paling sayang tu, kita kena kongsi? Siapa yang sanggup?

Idea. This is commonly used in works and studies to create a new product or anything else. Kongsi sikit idea tu, boleh tak? Kalau kau diletakkan untuk bekerjasama dalam satu kumpulan, you have to share your idea untuk mendapatkan hasil yang boleh dipersembahkan kepada pihak atasan. Tak payah nak terlalu pentingkan diri sangat sebab nak dapat nama, kau taknak share idea dengan orang lain. Teamwork tahu teamwork? Apalah gunanya kau duduk bekerja dalam satu kumpulan kalau setakat idea ciput mcam tu pun kau tak boleh nak share. Bagi kau tu memang the best idea ever lah kononnya kan, mana tahu pada orang lain tu sebenarnya idea paling buruk atau idea yang pernah dilihat dimana-mana. Dah semua yang rugi. Lagi-lagi kau. Elok-elok nak dapat nama sensorang terus apa pun tak dapat.

From then till now, Sharing is Caring is the most useful phrases around the world. Sangat berharga dan sangat mendalam maknanya. So for us to live in better world and society, why not at least just for once, share something that we have. okay? *peace*

Monday, September 16, 2013

Menyesal sekarang tak guna

Pernah tak rasa menyesal bila kita sepatutnya buat sesuatu perkara tapi kita tak buat dan kita dapat rasa kesannya sampai kan kita menyesal. "Haihh kenapa lah aku tak buat macam tu, mesti tak jadi macam ni." atau pun kita menyesal sebab buat perkara yang tak sepatutnya kita buat dan perkara tu dah pun berlaku "Haihh kenapalah aku buat macam tu. Kalau lah aku tak buat, mesti keadaan lebih baik." Apa pun yang kau rasa, menyesal sekarang dah tak guna. Dulu taknak fikir betul-betul, sekarang baru nak menyesal? Nasi dah jadi bubur, boleh makan dengan kangkung atau ikan bilis je. Takkan boleh jadi nasi putih balik untuk kau makan dengan tomyam ayam. K aku lapar.

Okay. Sekarang kita bercakap pasal penyesalan. Let me give  few examples.

Dulu, masa dia ada, dia beri perhatian dekat kau. Dia caring dekat kau even sebagai kawan. Nampak yang dia sayang sangat kawan dia. Dia sentiasa ada dengan korang. Tapi sayang, (haaaa jangan nak nyanyi lagu saleem bagai) korang tak pernah nampak apa yabg dia buat untuk korang. Korang tak pernah hargai sifat kesetia-kawan-an dia tu. Korang cuma cari dia bila korang susah. Korang cuma pedulikan dia bila korang bosan je. Tapi dia tak pernah merungut sebab korang kawan dia. Dan akhirnya dia terpaksa tinggalkan korang semua kawan dia. Dah tak ada orang nak caring dengan korang. Dah tak ada orang nak ada dengan korang bila korang susah. Mula-mula mungkin korang akan fikir korang akan okay. Tapi nanti lama-lama, korang akan rasa kehilangan. Rasa dah tak ada orang nak caring pasal korang lagi. Masa tu baru nak ingat dia, nak hargai dia, nak menyesal sebab tak pedulikan dia apa semua dah tak guna dah. Dah tak ada function dah. And trust me, rasa kehilangan tu amat sakit dan menyesal akan menghantui diri kita. Tak kira siapa yang kita abaikan tu, kawan, keluarga atau sesiapa pun.

"Kalaulah aku bagitahu dia yang aku suka dia..." kalau. Kenapa dari dulu tak bagitahu kau suka dia? Kenapa biarkan perasaan kau? Kenapa kau biar dia nampak kau sebagai kawan je? Tak cuba tak tahu sayang. What if kalau kau bagitahu dia yang kau suka dia and she likes you back! Best feelings ever right?! Ehemm. K terlebih excited. Kalau kau bagitahu dia yang kau suka dia but she doesn't feel the same way, takpelah. At least kau dah cakap. Tak ada lah nanti kau menyesal sebab tak bagitahu dia. Haaa. Kalau kau tak bagitahu dia, tapi sebenarnya dia pun pendam perasaan yang sama. Dan sebab kau tak bagitahu dia dan kau macam tak ada respon, she have to marry someone that she doesn't like, kau juga menyesal. Masa tu kalau kau merayu melutut sambil cakap kau suka dia pun tak guna dah cause she's married! So do it before its too late. Tak guna nak menyesal. Tak cuba taktahu.

So, conclusion dia dekat sini, cubalah hargai sikit apa yang kau ada. Ni tak, tahu nak merungut je. Sebelum kita kehilangan atau kecewa, baik hargai. Buat apa yang kita nak buat. Biarkan apa orang nak cakap. As long benda tu boleh diterima akal dan baik. Jangan kau bedal buat benda jahat dekat orang such as balas dendam melampau tanpa fikir kesan yg bakal terjadi. K aku dah off topic. Apa apa pun, think positif. Luahkan apa yang korang nak luahkan. Baiki hubungan yang dah sedia retak untuk mengelakkan penyesalan di kemudian hari sebab kau masih sayang kan seseorang tu. Haaa.

Saturday, August 31, 2013

Kisah antara kau dan dia

Hatinya lemah
Semangatnya tak kuat
Hatinya mudah terluka
Semangatnya mudah goyah

Kau yang mulakan bicara
Kau yang mulakan gurau senda
Kau yang mula mengambil berat
Kau yang mula memberi harapan

Dan dia
Mula tertarik denganmu
Mula menyukai mu
Mula menyintaimu
Mula menyayangi mu

Dan engkau
Menyambut cintanya
Menerima dirinya
Memberi kata cinta
Membuat dirinya hanyut

Hanyut dalam dunianya bersamamu
Lena dalam khayalan masa depan bersamamu
Lemas bersama kata dan janji manismu

Dia mahukan dirimu
Dia inginkan dirimu
Dia menyerahkan seluruh hatinya untukmu
Dia melakukan apa saja untukmu

Tapi
Itu semua dulu
Segalanya berubah

KeMana dirimu?
Kenapa kau mengikari janjimu?
Bagaimana kau boleh meninggalkan perempuan yang amat menyintai dirimu?

Semua orang tahu
Kau tak punya jawapan
Kau tak tahu apa yang kau mahukan

Hatinya kini rapuh
Hatinya kini hancur
Kerana kata-kata dusta yang kau pernah beri

Dulu
Hanya kata cinta diucapkan
Kini
Kata hinaan dan cacian dilemparkan

Tegarnya hatimu
Sampainya hatimu
Melukakan hatinya
Hanya kerana seseorang yang tidak pernah kau kenali

Di saat dia mahu bahagia tanpamu
Mengapa kau kembali?
Diwaktu hatinya mahu pulih
Mengapa kau hadir dengan kata dusta?

Diluar dia tersenyum
Diluar dia gelak tawa
Diluar dia bergurau
Diluar dia amat gembira

Dihati siapa tahu?
Dia tak sekuat yang disangka
Dia tak setabah yang diharap

Didalam dia menangis
Didalam dia terluka
Didalam dia kecewa
Didalam dia merana

Kerana dia seorang wanita
Yang dianggap kuat tetapi tidak
Kerana dia seorang wanita
Yang diminta untuk bersabar tetapi tidak disokong

Tanpa dia menyangka
Begini kisah cintanya
Pengorbanannya disia-siakan
Tiada belas kau mendera perasaannya

Dia manusia
Yang punya hati
Yang punya perasaan

Mulai saat ini dan seterusnya
Dia akan hidup tanpamu
Dia akan bahagia tanpamu
Dia akan dapat pengganti yang lebih baik darimu

Kerana dirimu tak pernah menghargai dirinya
Kerana cintanya terlalu murah bagimu
Kerana kau terlalu buta untuk melihat antara kaca dan permata

Kau akan menyesal atas perbuatanmu
Disaat dia sudah mula bahagia
Jangan sekali kau tunjukkan bayangmu
Kerana sahabatnya takkan benarkan

Dia mungkin kehilanganmu
Tetapi dia masih punya sahabat
Sahabat yang sentiasa ada.

Saturday, August 24, 2013

Pengakhiran sebuah persahabatan.

"Assalamualaikum awak. Dah jumpa kotak ni? Bila awak pun dah jumpa dan dah buka kotak ni, bermakna saya dah tak ada lagi. Haa awak menangis tak? Apa?! Menangis sikit?! Kan saya kata jangan menangis. Awak ni kann.

Okay. First sekali, saya nak minta maaf lagi sebab saya tak dapat teman awak lama dalam dunia ni. Second, saya nak berterima kasih banyak-banyak dekat awak sebab awak dah banyak tolong saya. Saya tak mampu nak balas semua yang awak dah berkorban untuk saya. InshaAllah, Allah akan balas semuanya dekat awak.

Haa. Awak rindu saya tak? Hehe

Awak, cuba awak buka kotak yang ada reben pink tu. Awak ingat tak keychain tu? Saya simpan lagi tau. Keychain yang awak pas dekat mak saya sebab awak nak minta maaf tapi saya tak nak tu. Ingat tak? Saya sayang nak buang benda tu, jadi saya minta awak tolong simpankan keychain tu untuk saya boleh? Tu barang pertama yang saya dapat dari awak. Saya sayang sangat keychain tu.

Awak. Awak nampak tak satu balang besar yang ada kertas dalam dia tu. Kalau awak ada masa dan kalau awak rajin nanti, awak bolehlah buka dan baca apa yang ada dalam kertas tu. Semua rahsia yang saya ada. Banyak kan? Hehe. Awak jangan lah marah saya sebab saya tak luahkan dekat awak. Saya taknak beban kan awak, penuhkan fikiran awak dengan masalah saya. Jadi, saya tulis dan simpan dalam bekas tu.

Lepas ni, saya dah tak boleh masakkan untuk awak lagi. Tak boleh dah nak buat kan awak cheese cake lagi. Maaf ye awak. Tapi awak boleh cuba lah buat sendiri kalau awak teringin sangat. Tu, kan ada buku kecil sangat yang awak ejek saya kata saya kedekut nak beli buku besar tu kan, dalam tu ada resepi dan cara-cara nak masak semua masakan yang saya buatkan untuk awak. Kalau awak cuba buat,mesti lagi sedap dari saya buat. Sayang nya saya tak dapat cuba masakan awak. Tapi kan awak, buku saya tu tak kecil sangat pun lah.

Waktu saya selalu tunggu awak baik kerja nak datang melawat saya, saya tak ada buat apa. Jadi saya minta kak Shaa belikan kertas yang panjang tu banyak-banyak. Awak tahu saya buat apa dengan kertas tu? Tu awak tengok lah dalam bekas yang besar tu. Banyak kan? Sebenarnya, setiap sepuluh biji bintang yang saya buat, semasa saya tunggu awak, teringat kan awak. Kalau awak nampak, dekat atas almari bilik saya, ada lagi 3 balang benda yang sama. Bintang. Saya buat setiap kali saya rindukan awak, rindukan kenangan kita, semasa awak pergi tanpa khabar tu.

Awak, buku warna hitam dekat tepi tu, diari saya. Tak ada lah diari sangat pun. Saya mula tulis diari dari dua tahun lepas, sampai lah bulan lepas. Maaf. Saya tak sempat nak tulis sampai semalam. Mana saya tahu saya nak pergi. Kalau saya tahu, saya dah lama tulis panjang-panjang, banyak-banyak untuk awak. Dalam tu tak ada yang menarik pun. Cuma pasal hari-hari saya. Banyak yang saya nak ceritakan dekat awak pasal hidup saya sepanjang kita berpisah, tapi saya tak mampu nak cerita semua. Jadi saya tulis. Awak, kalau ada masa, baca ye. ^.^

Awak, jangan lah menangis. Saya tak suka lah tengok awak menangis. Awak tak handsome bila menangis. Kalau ada awek nampak awak menangis macam mana? Tak macho lah gitu. Jatuh saham awak. Dah. Lap air mata tu cecepat.

Lagi satu, album gambar kita pun ada dalam kotak ni sekali. Banyak kan gambar kita. Saya dah minta Farhana tolong cucikan semua gambar kita. Tak boleh la simpan dalam memori kad je, kalau memori kad hilang, macam mana? Hilang semua. Mana boleh! Jadi, saya yang bijaksana lagi comel ni dah buat persediaan awal walaupun tak mampu iaitu, cuci semua gambar kita untuk elak dari hilang!! Yeayy!! Dan nanti, boleh lah awak ambil satu keping gambar kita letak dalam wallet awak. Macam saya ni. Yeayy!! Kita sama!!

Tak banyak saya boleh bagi dekat awak. Tapi awak dah bagi saya banyak sangat. Tak boleh dikira dengan tangan. Kalau saya kira campur jari kaki sekali pun masih tak cukup. Betapa banyaknya. Hehe

Awak. Nanti study baik-baik tau. Tunaikan harapan orang tua awak dan impian awak. Awak janganlah baik sangat dengan orang. Nanti orang pijak kepala awak lah.

Okay lah awak. Maafkan semua salah saya ye. Satu je yang saya minta dari awak untuk kali yang terakhir ni, awak doakan saya ye. Awak jangan lupa kan saya tau. Even awak dah ada awek baru pun, awak jangan lupa saya tau. Kalau awek awak tanya siapa saya, awak cakap lah saya kawan lama awak.

Okay. Saya kena pergi. Tak larat saya nak tulis banyak-banyak lagi. Terima kasih awak! Saya sayang awak! Awak jangan rindu saya tau! Selamat tinggal awak!

   Assalamualaikum, Hares Fiqri.

                     Sahabat lama mu yang tersangat jauh,
                              -Qarisaa Razak"

Thursday, August 22, 2013

Persahabatan kita, dari saya untuk awak

"Assalamualaikum awak. Mula-mula sekali, saya nak minta maaf atas semua yang pernah terjadi antara kita. Saya minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dengan awak. Saya minta maaf kalau saya ada buat awak tak suka dengan saya. Saya nak minta maaf atas semua cerita yang awak dengar dari dorang pasal saya.

Okay. Rasa macam banyak sangat pula saya minta maaf ye.

Awak, awak tahu tak, awak lah kawan yang paling bermakna bagi saya. Banyak kenangan kita bersama.

Awak ingat tak masa kita mula-mula kenal dulu. Awak memang tak suka saya betul kan. Tapi saya tetap nak berkawan dengan awak. Kalau ikut hati, memang saya pun menyampah nak tengok muka awak dekat sekolah tu hari-hari sebab awak pun rasa macam tu juga kan dekat saya. Tapi entah macam mana, another part of me rasa nak sangat berkawan dengan awak. Saya betul-betul nak kenal dengan awak. Bukan sebab awak pujaan pelajar perempuan, tapi... Entahlah awak, saya pun tak tahu.

Awak ingat lagi tak masa awak ejek saya depan semua orang. Malu saya tau. Lepas tu, seminggu saya tak datang sekolah sebab semua orang ejek saya juga. Malu nya saya rasa. Tapi, saya tetap menyemak nak kenal dengan awak juga kan. Mesti awak rimas. Maafkan saya ye awak.

Tak lama lepas tu, awak tiba-tiba je datang kelas saya. Awak kata awak nak jumpa saya lepas sekolah. Saya tunggu awak sampai waktu sekolah sesi petang habis tau. Tapi awak tak ada pun. Kawan saya telefon tanya saya dekat mana, saya cakap saya dekat sekolah tunggu awak, tapi dia cakap, awak ada dengan dia tengah lepak. Dah saya kena balik jalan kaki lalu hutan waktu hujan. Penat tau awak. Lepas tu seminggu saya mc demam panas teruk. Sampainya hati awak buat saya macam tu.

Awak ingat lagi tak, awak rasa bersalah sangat dekat saya sebab awak dah buat saya demam sampai seminggu. Sampaikan awak datang rumah saya nak minta maaf. Tapi saya berlagak dan sombong sangat taknak tengok muka awak pun. Tapi awak hari-hari kirim keychain "I'm sorry" dekat mak saya sebab saya taknak jumpa awak. Sweet juga awak ni kan.

Bila saya dah naik sekolah, hari-hari awak cari saya dekat kelas sebab nak minta maaf, saya tak layan pun. Sebenarnya saya tak sampai hati nak buat awak macam tu, tapi tu je satu-satunya cara nak bagi saya dapat jumpa dan dengar suara awak setiap hari. Sebenarnya, saya kesian tengok awak. Hari-hari awak beria nak minta maaf dengan saya.

Tak lama lepas tu saya maafkan awak, tapi dengan syarat,awak kena ajar saya math. Awak dengan muka terpaksa pun setuju dengan syarat saya. Saya tahu awak terpaksa. Tengok muka dah tahu terpaksa. Bila tiba masa nak ajar saya je awak macam mengelak. Bila nampak muka saya nak tanya pasal math, awak mengeluh. Comelnyaa awak mengeluh.

Lama-lama kita jadi rapat. Awak pun dah jadi macam biasa. Saya gembira sangat, awak dah tak benci saya. Saya pun hari-hari dapat study dengan awak. Bahagianyaa saya! ^^

Tapi tu semua cerita dulu. Masa kita sekolah dulu. Betul lah tu, saya tak pernah lupa setiap masa dan kenangan yang kita ada. Kalau boleh, saya nak ulang semua tu.

Apa jadi dengan kita sekarang? Dulu, kita sama-sama usaha nak berjaya. Kita sama-sama ada untukbagi semangat. Sekarang? Mana awak?

Saya betul-betul rindu kan awak.

Awak ingat tak, kita pernah janji untuk tunai kan impian kita. Kita pernah janji untuk sentiasa ada sebagai kawan. Kita berjanji takkan putus asa. Awak pernah janji takkan tinggalkan saya. Awak janji nak jaga saya.

Ya awak. Saya ingat semua tu. In fact, saya ingat semua janji kita. Alhamdulillah, saya hampir berjaya tunai kan impian kita. Tapi kenapa awak tak tunaikan janji awak nak jaga saya. Awak kata awak takkan tinggalkan saya. Mana awak?

Hubungan kita sebagai kawan, menjadi semakin rapat. Sebagai kawan. Awak menjaga saya, saya menjaga awak. Sekali pun awak tak pernah tunjuk yang awak ada perasaan lebih dari kawan dengan saya. Sekali pun tak pernah walaupun kita semakin hari,semakin rapat.

Awak tahu, awak lelaki pertama yang pernah singgah dan menetap dihati saya untuk jangka masa yang lama. Saya tak pernah lupakan awak. Saya tak pernah bagitahu awak perkara yang sebenar. Saya tak pernah bagitahu yang sebenarnya, saya sukakan awak.

Mulanya, saya yakin, perasaan saya untuk awak wujud sebagai kawan. Takkan pernah lebih. Tapi, saya tak mampu menahan perasaan suka dan sayang itu dari datang ke hati saya.

Maafkan saya tak pernah bagitahu awak perkara yang sebenar. Saya terlalu sayang kan awak, terlalu perlukan awak. Saya risau jika awak tahu perkara sebenar, awak akan menjauhkan diri dari saya dan saya akan kehilangan awak. Saya taknak. Biarlah saya simpan perasaan saya dan saya takkan kehilangan awak, sahabat baik saya.

Awak ingat tak, saya terketuk jari saya guna tukul sebab nak gantung jam dekat kelas. Sampai biru tangan saya. Awak yang tolong carikan ais nak kurangkan bengkak jari saya. Muka awak jelas tunjukkan yang awak risau sangat dengan keadaan saya sampai nak bawa saya pergi klinik bagai. Comel sangat muka awak bila risau. Terus hilang rasa sakit saya bila tahu awak risau sangat pasal saya. Tak dapat saya lupakan wajah awak yang berkerut kerisauan masa tu. Comelnya awak! ^.^

Birthday awak, selama kita kenal dan berkawan, sekali pun saya tak pernah lupa. Awak pun sama. Setiap tahun hadiah berlainan. Setiap tahun mesti ada kek. Saya tak pernah lupa yang awak terlalu suka cheese cake sampaikan awak paksa saya belajar buat cheese cake. Untuk awak, saya buat juga. Maaf. Tahun ni tak dapat saya bagi awak favorite cake awak tu.

Banyak sangat perkara yang saya tak boleh lupakan. Awak terlalu bermakna buat saya. Awak harapan saya. Awak semangat saya. Awak beri saya cahaya baru. Awak mengajar saya semuanya.

Awak. Ingat tak? Hari ni ulangtahun persahabatan kita yang ke-8 tahun. Lama juga kan kita berkawan. Maafkan saya awak. Saya tak dapat bagi awak apa-apa hadiah. Cuma kenangan kita yang saya ada je saya boleh kongsi kan sekali. Awak tahu lah, keadaan saya tak membenarkan saya buat macam-macam untuk awak. Maafkan saya.

Terima kasih sangat awak. Awak selalu ada untuk saya. Awak selalu bagi saya semangat nak teruskan hidup walaupun kita semua tahu, saya tak ada harapan lagi. Tapi, awak bagi saya semangat, harapan baru. Maafkan saya jika saya tak menjadi sahabat yang baik untuk awak. Terima kasih sebab pulang untuk persahabatan kita. Awak sedang tunaikan janji awak untuk jaga saya. Awak memang tak pernah tinggalkan saya.

Awak, saya nak awak tahu, persahabatan kita ni, suatu yang sangat berharga bagi saya. Saya tak boleh kehilangan persahabatan kita. Saya tak mampu kehilangan awak.

Awak, saya tak kuat dah. Saya tak mampu nak ada dengan awak support awak macam dulu. Saya tak larat. Maafkan saya ye awak.

Awak, nanti bila saya dah tak ada, saya minta sangat, awak jangan menangis ye. Masa tu saya tak mampu nak bangun lap airmata awak lagi. Saya nak mampu nak tepuk bahu awak tenang kan awak. Saya tak suka tengok awak sedih-sedih. Awak senyum je ye nanti bila saya pergi. Saya suka senyuman awak tu. Awak hantarlah saya dengan senyuman awak tu, jangan hantar saya dengan airmata jantan awak tu. Awak doakanlah yang terbaik untuk saya. Kalau awak rindu saya, awak datang tempat saya, bacakan hadiah untuk saya nanti k.

Okaylah awak. Nurse ni asyik paksa saya makan ubat je. Ubat ni tak sedap lah awak. Nanti awak cipta ubat yang tak pahit dan selesa untuk pesakit macam saya ni ye. So nanti tak ada lah dorang kena makan ubat yang tak sedap ni je. Awak, chemoterapy tu tak seronok lah. Awak tak ada. Tak best tau benda tu. Saya tak suka. Sakit lah awak. Orang tu asyik paksa saya je. Menyampah tau.

Awak, last - last. Janji dengan saya, awak akan teruskan impian awak nak jadi doktor. Awak jangan lupakan saya kalau saya tak ada nanti tau. Awak jangan putus asa tau. Saya tahu awak mampu nak teruskan. Saya dah tentu-tentu tak mampu nak teruskan impian saya. Saya dapat tengok awak capai impian awak je tu pun dah cukup bermakna bagi saya.

Okay awak. Ingat tau apa yg saya bagitahu ni. Lagi satu, saya ada simpan satu kotak barang tepi katil bilik saya. Apa dalam dia? Surprise! Tunggu saya tak ada nanti baru buka dan ambil ye. Tak sabar? Nak sangat saya pergi cepat ke? Hehe

Okaylah awak. Kalau cakap dengan awak ni kan, lagi 10 tahun pun tak tentu habis. Tapi mustahil sangat lah kan saya nak bercakap dengan awak lagi 10 tahun tu. Hehe

Happy 8th anniversary of our friendship awak. Awak, saya sayang awak sangat tau. Saya hargai sangat hubungan persahabatan kita. Awak segalanya bagi saya. Terima kasih awak. Jangan lupa saya tau. Jangan rindu saya nanti. Senyum! Aipp jangan nangis lah. Apa ni nangis-nangis ni. Hares Fiqri kan lelaki macho, playboy, buaya darat. Lelaki macho, playboy, buaya darat macam awak ni mana reti nangis. Hati kental. Maluu je nangis. SENYUM!!!!

Assalamualaikum, awak!

           Sentiasa menjadi sahabatmu,
                                    -Qarissa Razak"

Tuesday, July 16, 2013

Kenapa?!

Aku je nak kena faham orang. Aku je yang nak kena dengar cakap orang. Aku je yang nak kena jaga hati orang. Aku je yang nak kena puaskan hati orang. Bila aku, takde orang pun yang nak faham aku. Takde orang pun yang nak dengar cakap aku. Takde orang pun yang nak jaga hati aku. Takde orang pun yang nak puaskan hati aku. Kenapa semua nya aku?! Kenapa aku?! Kenapa tak dorang?!

Aku buat semua benda nak puaskan hati orang. Aku buat semua untuk orang. Pernah orang sedar apa yang aku buat? Pernah orang hargai apa yang  aku buat? Sekali pun tak pernah.

Aku dengar setiap masalah orang. Aku cuba nak faham situasi orang. Aku cuba fikir positif atas semua yang orang buat. Ada orang pernah  nak dengar masalah aku? Ada orang cuba nak faham keadaan aku? Ada orang cuba fikir positif pasal aku? Yang orang  tahu cuma nak tuduh  aku. Nak bersangka buruk dengan aku. Apa yang aku buat semua ada niat buruk bagi orang. Orang tak pernah cuba nak kenal aku yang sebenarnya pun.

Semua orang nak judge hidup aku, apa yang aku buat. Semua orang nak burukkan aku, nak khianat aku. Sebesar kuman pun aku takpernah terfikir nak khianat orang. Ni ke yang aku dapat?

Kalau macam ni balasan, apa guna aku buat baik dekat orang. Apa yang aku dapat bila aku faham semua orang. Orang tetap nak jatuhkan aku juga. Orang tetap nak sakitkan hati aku. Orang tetap nak burukkan aku. Tak ada fungsi untuk aku buat baik dekat semua orang.

Semua orang tu sama! Lelaki ke perempuan ke tua ke muda ke semuanya sama! Yang tahu cuma nak ambil kesempatan. Takde orang ke yang sekali nak baik dengan aku? Takde orang ke yang cuba nak ubah apa yang ada dalam fikiran aku? Cuba buat aku berubah fikiran yang tak semua orang tu sama walaupun pengalaman dah ajar aku yang ke mana ceruk aku pergi sekalipun, semua orang  tu sama. Takde yang berbeza melainkan warna kulit dan cara.

Thank you world for making me for who I am. Thank you people for making me realize that no one will be kind with us unless there's something they want from us.

Wednesday, June 12, 2013

Ujian Allah

Beratnya dugaan Allah. Aku mampu ke nak terima semua ni? Tapi kalau aku tak mampu, Allah takkan uji aku macam ni. Tapi sekarang pun, aku rasa berat nak hadapi semuanya.

Antara kawan dan lawan, dua-dua sama penting. Tapi bila kawan sendiri mencuba nak jadi lawan kita, benda tu tersangat sakit untuk sesiapa pun yang hadapi.

Tersalah menilai boleh menyebabkan kerugian dan penyesalan dalam diri kita. Don't judge a book by its cover. Kita tak kenal lagi siapa dia. Kita tak tahu dia macam mana orangnya yang sebenar. Kenapa nak menilai dan terus menghukum dia?

Kita boleh minta maaf kalau ada buat salah. Satu perkataan maaf mungkin boleh menyejukkan hati yang tengah panas. Maafkanlah dia kalau dia ada buat salah. Allah takkan maafkan hamba-Nya jika orang itu tidak memaafkan kesalahannya. Tapi bagi aku, aku hanya mampu memaafkan kalau itu yang dia mahu. Tapi untuk melupakan, mungkin mustahil. "Sedangkan nabi ampunkan umat, ni kan pula kita manusia." Aku bukan nabi dan aku tidak sesempurna baginda.

Apa ertinya kawan kalau hanya ada waktu senang. Waktu susah, bayang pun susah nak nampak. Sentiasa hadir, jadilah pendengar yang setia. Semuanya mudah disebut, tapi berapa orang yang sanggup buat? Berapa orang yang ada waktu kawan dia susah? Berapa orang yang tak pernah hina kawan dia? Berapa orang yang pernah tengok kawan dia menangis? Berapa orang yang sentiasa menyokong? A very supportive friends is hard to find. One in a million, even a trillion maybe.

Kekeliruan sentiasa ada. Depan kita baik, gelak sama-sama dengan kita. Belakang kita, kita taktahu yang dia cuba untuk rampas apa yang kita ada. Kenapa dia buat semua ni? Dia kan kawan kita? Kenapa dia tergamak buat macam ni? Sampainya hati dia.

Kecewa dengan sikap kawan yang rupanya nak menjatuhkan kita secara diam. Rupanya dia yang mahu semua ni berlaku pada kita. Tak guna percaya pada mereka. Sebab tu, aku tak pernah percaya walau seorang pun kawan aku. Kejam kan bunyi nya. Tapi siapa pernah tahu sebab aku begitu? Hakikatnya, tak siapa pun tak sedar aku begitu.

Kita tahu menangis tak boleh selesaikan masalah. Tapi kenapa setiap malam kita tetap menangis? Sebab kita taktahu macam mana lagi nak selesaikan dan menangis hanya cara nak larikan diri sementara dari masalah.

Friday, June 7, 2013

Sama-sama menghormati

Hormat. Masa sekolah dulu bila buat karangan mesti ada satu tajuk pasal hormat-menghormati. 'Kita haruslah saling menghormati antara satu sama lain.' Yes. Kita kena hormat orang lain. Tak kiralah dia bangsa apa, penganut agama apa, tua ke muda ke. Kita kena hormat orang lain kalau kita nak orang lain hormat kita jugak.

In case ah, kau tak hormat dia, kau rasa dia nak ke hormat kau yang tak hormat dia tu? Samalah kalau kau dekat tempat dia. Kalau dia tak hormat kau, rasanya teringin ke kau nak hormat dia? Memang tak ah kan.

Pangkat, umur, jantina, bangsa, kewarganegaraan, semua orang harus saling menghormati. Barulah hidup aman damai selesa harmoni sejati. Haaa kau. Jangan kan sebab dia muda dari kau, kau pijak kepala dia. Lepas tu expect untuk dia hormat kau pulak. Berangan je lah.

Pangkat atau taraf hidup. Senang cerita antara orang kaya dengan orang yang tak berapa nak kaya. Jangan ingat sebab kau orang kaya, kau boleh dapat apa yang kau nak. Jangan ingat kau orang kaya, semua orang kena hormat kau dan kau boleh sesuka hati nak pijak kepala orang lain. Kang kepala kau aku pijak. Apalah salahnya saling membantu, rendah diri sikit. Tak payah riak sangat ah sebab ada iPhone 5,ada BlackBerry Z10, ada iPad amende bagai semua. Tak payah k tak payah. Bila ada, tak payah nak menayang dekat orang, beria tunjuk dekat orang semua yang kau ada sedangkan orang tu pandang pun tak. Saling menghormati ni boleh jaga hubungan silaturrahim antara manusia.

Jangan sebab kau lagi tua dari mereka, kau boleh pijak kepala dorang. Kau nak kena rasa pijak jugak ke? Susah ke nak hormat orang yang lebih muda? "hek eleh weh. Dia bawah aku weh. Dia ah yang kena hormat aku. Asal aku pulak?" okay. The fact is dia bawah kau dan dia harus hormat kau. Tapi, kalau kau nak dia hormat kau kenapa tidak kau hormat dia jugak. Kan aman damai hidup kalau saling menghormati dan itu adalah fakta. Hormat bukan makna takut. Bila dia hormat kau, bukan bermakna dia takutkan kau dan kau boleh arah itu ini pada dia. Apa yang kau buat, dia diam, tak melawan sebab fikirkan kau lebih tua,dia hormat, tapi kalau dah kau sendiri buat dia mcm dia takutkan kau pulak, tak rasanya dia nak hormat kau.

'Dear guys, please understand and respect us. We have rights to be respected.' Well, basically, semua orang ada hak untuk menghormati dan dihormati. Kepada lelaki-lelaki *maafkan saya* durjana yang selalu mendera atau membelasah kami kaum wanita, anda tiada sebarang hak untuk berbuat demikian terhadap kami. Kami berhak dihormati dan disayangi. *keluar banner* Listen guys, who do you think you are? Hormat kitorang sikit boleh tak? Respect us, women. We're not flush-toys. We're not douche bag. Accept the fact that sometimes pun kitorang lebih baik dari korang. Okay aku off topic tetibe hak wanita pulak ni. Apape pun kami kaum wanita layak menuntut hak untuk kaum lelaki tak kira durjana atau budiman untuk menghormati kami.

"Dorang yang datang dekat negara kita, dialah yang kena hormat kita. Eh ingat eh, ni Malaysia, kita orang Malaysia ada hak nak dihormati dekat negara kita sendiri." aaaand again, semua orang, semua manusia, berhak untuk dihormati tak kira situasi dan keadaan. Jangan ingat kau ada dekat tanah tumpah darah kau, kau takpayah nak hormat orang asing atau foreigners. Tak kira lah dari mana pun dia datang, tujuan dia datang, apalah salahnya kau hormat sikit dekat dia. Contoh, dia datang bercuti dekat sini and dia taktahu arah nak kemana kemana. Dia tanya kau. And kau jawab dengan ramah mesra tak marah-marah. Nanti bila dia balik negara dia, mungkin dia akan ingat yang orang Malaysia ni semua ramah mesra. Atitude kau bukan je melambang siapa kau tapi juga melambangkan macam mana orang Malaysia dan guess what, secara tak langsung kau dah mengharumkan nama Malaysia dan dah membantu meningkatkan industri pelancongan negara kalau dia datang balik ke sini. Okay. Aku dah jauh sangat dari topik. Dapat tak apa yang aku nak sampaikan ni? Okay. Contoh lagi, korang pun dah memang tahu yang dekat Malaysia ni ada ramai pekerja asing sampaikan bila dekat bandar tu aku dah rasa macam aku pulak yang ada dekat tempat dorang. Okay. Memang dorang dekat tempat kita tapi tu tak bermakna kita boleh hina dorang, buli dorang. Dia datang sini nak cari makan, kita dekat sini pun cari makan juga, walaupun sometimes dorang ni bau badan sikit, apalah salahnya kita respect dorang for the sake of humanity. Mungkin ada antara dorang tu yang jahat atau buat hal tapi tak semua macam tu. Jangan nak buat macam kau sorang je layak nak dihormati, dorang kau tak hormat pun.

Conclusion nya, kita kena hormat semua orang. SEMUA. Darjat ke, bangsa ke, tua ke, tu semua tolak tepi. Yang penting hormat. Macam mana nak mencapai kadar jenayah sifar kalau tak ada sikap nak hormat antara satu sama lain? Macam mana nak hidup amai damai harmoni sejahtera sentiasa? Tapi ingat, hormat tak boleh bekerja sendiri, kena bekerja dengan tolak ansur dan rendah diri juga. Tu semua akar menjalin hubungan antara manusia untuk mengecapi kesejahteraan hidup dalam komuniti. Please people, show some respects. Respect others if you want to be respected.

Monday, May 13, 2013

Kebahagiaan kau penderitaan dia

"Bila ada insan lain yang mengalirkan airmata kerana kau, adakah kau mengetahuinya dan bertindak?"

Tragik sangat tajuk. And again, tajuk boleh buat novel. Blablabla. Cliche sangat.

Bila ada orang lain yang menangis dan menderita sebab kau, apa yang kau akan buat? Okay. Kita cerita sekarang ni pasal airmata seorang kekasih. Okay. Sila faham tajuk. Beberapa contoh akan diberikan, sila jawab soalan berdasarkan tepuk dada tanya selera.

CASE 1 : *turn on sound effect Who wants to be a millionaire*
(A=Best friend, B=boyfriend, C=girlfriend)

A dengan B adalah ex-couple yang sekarang ni dah berkawan baik. Tersangat baik sampai apa yang A nak semua B sanggup buat. Dulu mereka tak sebaik ni. Biasalah baru break off. Mestilah sakit hati lagi kan. Entah sebab munasabah apa tah, fikir hubungan persahabatan katanya, mereka berbaik baik dan buat keputusan untuk menjadi kawan baik yang tersangat baik. Pergi balik kerja bersama. Okay tu biasa lagi. Apa yang A nak semua B sanggup buat. Jauh-jauh pun B sanggup hantar A pergi mana dia nak. Makan sama, keluar sama. Kalau orang tak kenal mereka, orang akan kata mereka ni couple, sedangkan B dah ada C. Dan hubungan persahabatan yang baik sangat ni tak diketahui oleh C. Depan C, B cuma bertindak biasa. Tiada yang mencurigakan.

PERSOALANNYA:
Kalau kau jadi C, bila kau tahu B buat macam tu belakang kau, apa kau buat? Apa perasaan kau?
Kau rasa patut ke A rasa bersalah?
Patut ke B pilih siapa sebenarnya yang dia nak?

CASE 2:
(A=boyfriend 2 tahun, B=girlfriend, C=kawan baru)

Dulu A dengan B adalah pasangan yang bahagia katanya. Pernah gaduh tapi biasa lah couple kan. Kalau tak gaduh, apa maknanya. Tapi A tetap sabar dengan B. B dah terlalu sayang dengan A dan hubungan yang terjalin dalam 2 tahun. A pun sayangkan B. Sanggup bersabar dengan kerenah B. Satu hari, A kenal dengan C. Hari-hari jumpa. Dari hari ke hari makin rapat. A pun mula sanggup buat apa untuk C. A macam dah jatuh hati dengan C. Taktahu C tu buta tak perasan lalu menganggap A sebagai kawan je atau C pun sama macam A, tunggu A break off dengan B je, lepas tu nak masuk line. Satu hari tu, A gaduh dengan B, tapi A tak macam biasa dia bersabar dengan B. Dia menggunakan alasan gaduh tu untuk break off meninggalkan B.

PERSOALANNYA:
Salah siapa?
Patut ke A meninggalkan hubungan 2 tahun untuk hubungan yang tak sampai 2 bulan?

CONCLUSION:
Sebagai seorang perempuan yang dikhianati cintanya (C, B) mestilah mereka menangis dan bila kita menangis ada satu tenaga negatif dalam diri dan menyebabkan perasaan menderita dapat dirasai. Layak ke kau (A,C) nak bahagia dengan penderitaan yang dialami oleh mereka (C,B) ? Sampai hati kau lukakan hati mereka? Walaupun bukan salah kau, tapi kau kena fikir, yang dia (B,A) dah berpunya. Berkawan tak salah, tapi kau pun kena tahu lah yang dia ada hati nak dijaga. Cuba kalau kau, diperlakukan begitu, sakit hatikan kena game? Marah kan? Kecewa? Haa tahu pun. Memang sekarang kau single. Nak berkawan dengan siapa pun tak kisah tapi beragak ah, boyfriend orang tu weh. Jangan ah buat macam boyfriend kau pulak.

"Bila dia menderita sebab kau, kau tak layak bahagia."

"Kalau kebahagiaan kau menyebabkan seseorang menderita, kau tak harus bahagia."

Keperbaikan?

Buat apa aku nak buat baik dengan orang kalau orang cuma tahu nak ambil kesempatan? Buat apa nak tolong orang kalau orang tak pernah nak hargai?

Buat baik boleh tapi ikut situasi dan ikut orang. Dan jangan terlalu baik. Kalau orang tu selalu ambil kesempatan dekat kita, rasanya patut ke kita tolong dia lagi? Layak ke kita nak kesian kan dia bila yang dia tahu cuma nak mempergunakan kita?

Bila dah susah, baru kau sibuk nak cari aku. Bila kau nak minta tolong baru kau sibuk sangat nak cakap baik baik, nak borak dengan aku, nak gelak sama dengan aku. Bila kau tak ada nak minta tolong aku buat sesuatu, kau pinggirkan aku. Kau buat aku macam tak ada apa. Buat aku macam tak ada guna. Dengan cara kau macam tu, kau rasa layak ke aku nak kesian kan kau? Layak ke aku nak tolong kau?

Bukan lah nak jadi kejam sangat tak ada rasa kesian pada orang langsung. Tapi sendiri fikirlah, bila aku kesian kan orang, tolong orang, ada orang pernah hargai? Ada orang pernah ingat apa yang aku buat untuk dia? And now, siapa yang lagi kejam sebenarnya?

Bukan aku langsung tak ada tolong atau kesian dekat orang okay. Ada tu ada tapi ikut orang dan ada batas. Kalau aku rasa dia ni dah melampau sangat ah kan sampai kan perbelanjaan untuk kau makan dalam bulan ni aku pulak yang kena kasi duit, kau sesedap menghabiskan duit kau membeli barang yang kau seronok sangat tu. Hobi katanya. Hobi sangat ah. Memang aku kerja nak kasi kau duit semata. Memang aku kerja untuk tanggung kau makan tiap bulan. Memang. Pijak kepala pulak lama-lama kan.

Memang lah kita digalakkan dan diharuskan berbuat baik sesama manusia. Tapi rasanya tak payah lah nak terlalu baik sangat sampai orang keliling pijak kepala kau. Kau dah tahu dia tu tak suka kau, jahat dengan kau, yang kau nak baik sangat tolong dia kenapa. Lepas tu kau yang kena tanggung salah yang bukan salah kau. Sedangkan niat kau cuma nak tolong je mulanya. Terus orang salahkan kau dengan kejadian yang berlaku sebab benda yang sebenar telah dimanipulasikan oleh orang yang tak suka kau tu. Lepas tu, mula lah stress. Menangis tengah malam merintih nasib. Sinetron sangat kan.

Haihhh. Buat baik salah, tak buat baik lagilah salah kan. Semua benda yang kita buat ada risikonya. Nampak tak yang kebaikan ni juga ada batasnya. Baik boleh. Tapi tak payah lah nak baik sangat sampai nak korbankan diri kau untuk orang lain. Tak tentu orang tu sanggup buat benda yang sama untuk kau. Walaupun persahabatan perlukan pengorbanan katanya. Baik sedar sebelum orang pijak kepala kau.

Tapi jangan lah lepas ni kalau jiran sebelah nak balik kampung minta tolong kau tengok-tengokkan rumah dia, kau buat bodoh je pula. Beragak k beragak. Buat semua perkara guna otak. Allah bagi otak untuk berfikir. Umur pun dah tua. Pandai-pandailah fikir sendiri.

Thank you March and April

March tersangat awesome. Tak sampai hati nak tinggalkan March. Dengan semua orang yang perangai yang sangat gila-gila. March taught me about how awesome to be friends with everyone. No matter who they are, their background. There's no different between us.

April taught me about how important to keep a friendship. New friends but all going well like we have known for any longer period. They lighten my life. April is such an awesome month that gives me many awesome experience.

Kawan datang dan pergi. Rasanya setiap bulan aku tukar kawan kot sebab dorang kerja sekejap-sekejap je dekat sini. So last 2 month kawan lain, sekarang kawan lain and maybe akan datang pun kawan lain jugak. Bukan kata terus tak kawan dengan kawan on last 2 months. We still do keep in touch.

April awesome. Sangat awesome. Tapi takkan pernah sama dengan March. Memang keadaan dah lain. Kalau aku boleh bekukan masa. I want to stay in March. Tapi tu semua kan mustahil so I have to take the fact yang keadaan dah tak sama.

Sekarang May. Waktu nak berjimba-jimba dah habis. Focus on work is a task for May. Cause I know March and April couldn't be replace. Keadaan dah tak sama. Orang dah tak sama. Mereka tersangat awesome untuk digantikan.

Thanks people on March who made it awesome. Farah, Fatin, Faiz, Arif Din, Arif Zakwan, Wan, kak su. You guys rocks!

Thanks people on April who didn't disapointed me. Eren, Nina, Azim, Hanis, Zahira, Arif Din, Arif Zakwan, Amran, Ellie. You guys the best!

THANKS ON THE FRIENDSHIP GIVEN. YOU GUYS ARE ONE OF THE LIGHT OF MY LIFE. THANK YOU AND SORRY FOR EVERYTHING! Much love.

Tuesday, April 30, 2013

Family means everything.

The only one that I have no matter what comes through in my life is my Family. The only who give me strength. The only who still here for me. The only who understand me. The only who loves me for who I am.

Daddy
SARIMIN B. MOHAMED. He is the only king in my life. He loves me for me. He gives me everything. I am his little princess. Then and now. Bagi abah kita tak pernah membesar sebab abah selalu bagi apa yang kita nak. Bersungguh abah nak kita berusaha untuk berjaya dalam hidup. Abah yang bawa kita kesana kemari. Abah yang ajar kita perniagaan. Abah yang bagi semua yang kita nak. Abah tak pernah mengecewakan kita. Abah tak penat layan kita. To abah's eyes, I'm still his little princess that never grow up. Thank you for taking me to this life. I love you.

Mommy
NORJALIAH BINTI MAD DAROS. She is the queen. She's the mommy. She's the financial minister. She's the chef. She's the teacher. She is everything. Semua mak uruskan. Dari kita kecil sampai kita dah besar macam ni pun semua mak yang uruskan. Dah besar sekarang ni pun, nak makan pun mak masakkan. Mom's cooking is always the best. Satu hari tak bagi mak membebel tak sah. Tapi kita sayang mak. Mak yang mengandungkan kita. Mak yang lahirkan kita. Mak yang jaga kita. Mak yang bagi kita semua keperluan dan kehendak. Mak yang latih kita English. Mak yang bagi kita cahaya dalam hidup. Mak yang sentiasa ada bila kita susah dan senang. Terima kasih mak. Sebab bawa kita ke dunia ni dan bagi kita kehidupan yang serba lengkap ni. Maafkan atas semua kesalahan kita. Kita sayang mak :*

Big bros
MOHD NASIR B. SARIMIN. He is my hero. Even he's married now, he still have some time with us. He is the awesome bro. He annoyed me sometimes. Abang yang paling menyakitkan hati. Abang yang hantar kita pergi sekolah pagi-pagi walaupun lambat. Abang yang ambil kita pergi balik kerja walaupun kadang-kadang terlupa. Abang yang marah kita kalau tak dengar cakap mak dengan abah. Abang yang suka dengki kita. Tapi kita tahu abang yang terbaik. Wa sayang lu bro!

Annoyed sis
NORHIDAH BTE SARIMIN. She is my buddy. She's control everything. Susah kita nak dengar kak anoi mengaku yang kita adik dia dekat tempat kerja. Selalu kak anoi cuma kata kita housemate dia. Tapi kita tahu dia cuma bergurau. Dia jarang ada masa dengan kita tapi kalau kita nak pergi mana-mana mesti dia yang kena teman. Akak yang ajar kita main basikal dulu. Akak yang ajar kita urus masa depan sendiri. Akak yang banyak tolong kita. Akak yang bagi kita motivasi, kata-kata semangat. Kita selalu gaduh dengan akak, kita minta maaf. Akak yang terbaik buat kita. Wa sayang lu sis! :*

Second big bros
MOHD NASRI B. SARIMIN. He is my life protector. Abang acek yang jaga kita masa kita kecil. Abang acek yang marah kita kalau kita gaduh dengan kawan. Abang acek yang bagi kita pakai phone canggih-canggih masa sekolah. Abang acek yang selalu bagi duit belanja sekolah. Abang acek yang tolong beli kan makanan kalau kita terasa nak makan apa-apa. Terima kasih untuk semuanya. Wa sayang lu bro!

Soft-hearted sis
NOR MALA BTE SARIMIN. She is my laugh and cry babe. Kak lala yang jaga kita. Kak lala yang teman kita pergi tadika. Kak lala yang ajar kita ngaji. Kak lala yang ajar kita hidup berdikari. Kak lala yang selalu masakkan untuk kita. Kak lala yang selalu dengar semua cerita kita. Nanti kalau kak lala dah kahwin, siapa nak dengar cerita kita? Kita mesti rindu nanti. Terima kasih jaga kita. Maafkan kesalahan kita. Wa sayang lu sis! :*

Having this big family with two brothers and two sisters is driving me crazy. Memang sangat susah untuk kita semua berkumpul sama-sama. Raya pun sama juga. Lagi-lagi bila semua dah besar. Lagilah sibuk sampai tak ada masa nak makan sama pun. In this 19 years of living, they still here for me. Alhamdulillah, we still together. Tak pernah pun kita mampu bayangkan hidup kita tanpa semua. Nak bayangkan hidup kita untuk satu hari tanpa semua pun tak mampu, apa lagi nak bayang kan untuk seumur hidup.

Jodoh pertemuan, ajal maut ditangan Allah. Kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Jika diizin kan, kita minta supaya Allah tarik nyawa kita lebih awal dari semua. Sebab kita tahu kita tak mampu untuk teruskan hidup kita tanpa salah seorang dari semua yang kita sayang.

In this 19 years of living and being together, kita minta maaf atas semua kelakuan kita. Halal kan semua makan minum pakai kita. Kita tahu kita terlalu banyak buat salah. Kita minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Terima kasih sebab menerima kita. Terima kasih yang tak terhingga. Terima kasih banyak-banyak. Kita tak mampu nak bagi sesuatu untuk semua tapi yang hanya kita mampu cuma kasih sayang dan waktu yang kita ada. Tak mampu rasanya untuk membalas semua pemberian kalian, kasih sayang, waktu dan pengorbanan. Untuk kali terakhir, kita berharap untuk semua berkumpul bersama macam waktu kecil dulu.

Ya Allah, terima kasih atas pemberian yang bernilai ini. Terima kasih kerana memberi ku keluarga yang amat memahami dan penyayang ini. Terima kasih kerana memberi aku hidup didalam keluarga yang sederhana tetapi sangat penuh dengan kasih sayangnya. Ya Allah, Kau sejahtera kan lah hidup mereka. Kau buka kan lah pintu rezeki untuk mereka. Kau tabahkan lah hati mereka untuk meneruskan kehidupan. Kau panjangkanlah umur mereka. Kau peliharalah mereka dan hati mereka. Ya Allah yang maha mengasihani, Kau kekalkanlah hubungan kami sebagai sebuah keluarga akrab. Sesungguhnya aku amat bersyukur atas pemberian-Mu ini. Amiin~

Monday, March 4, 2013

[CERPEN] Kerana Dhia

"APA yang kau nak ?! Kenapa kau buat aku macam ni ?! Kau nak apa sebenarnya ?!" sakit tekak ku menjerit. Jeritan ku yang lantang dan nyaring bergema di seluruh gudang yang kosong. Kepala ku berdenyut. Aku tidak tahu bagaimana diriku berada disini. Setahu aku semalam selepas Eskandar menghantarku pulang, aku tidak dapat bernafas, kedua hidungku ditekup dengan kain lembab dan bau yang ada dikain itu telah membuatku lemas dan pengsan. Tengah hari tadi, aku tersedar dek kerana cahaya matahari dicelah celah lubang kecil dinding zink gudang tersebut memancar tepat ke arah ku. Tangan dan kaki ku juga diikat dengan tali. Ikatannya sangat kuat. Sakit. Mulutku juga diikat dengan kain. Kepala ku berdenyut. Pening dan keliru. Rambut ku berserabut sedangkan semalam aku telah kemaskan rambutku dengan klip rambut. Entah kemana hilangnya klip rambut itu. 'Siapa yang bawa aku kesini ? Apa yang penculik tu nak ? Aku bukan anak orang kaya. Kalau nak wang tebusan pergilah culik anak orang kaya sana. Kenapa aku ? Janganlah dia apa-apa kan aku. Ya Allah lindungilah hambamu ini dari segala niat jahat penculik itu.'
"Selamat pagi sayang. Dah bangun?" kata penculik itu. Aku membuntarkan mataku. Tangannya membuka ikatan dimulutku. Rupanya Kamal yang menculikku. Terkejut. Tak sangka dia memperlakukan perkara ini kepada ku. "Kamal?" Tangannya mengusap rambutku. "Terkejut?" Dia bangun lalu mengambil sebotol air mineral yang terletak diatas meja usang tak jauh dari tempatku berada. "Nah! Minum ni tuan puteri." Dia menyuakan mulut botol itu kearahku. Tetapi aku berpaling tanda tidak mahu. Entah apa yang dicampurkan kedalam minuman itu. Dalam hatiku tidak putus-putus meminta perlindungan dari Allah. Dia mencengkam kedua pipiku dan menuang air itu kedalam mulutku secara paksaan. Air itu tidak keseluruhan masuk ke mulut ku. Sebaliknya tumpah masuk ke hidungku dan membasahi mukaku. Perit rasanya air masuk melalui hidung. "Kau degil sangat kenapa? Aku suruh minum tu minum jelah!" Merah pipiku kerana cengkamannya. Aku menjeling tajam ke arahnya.
"Kau nak apa?! Kau dah gila ke?!" teriakku.
"Memang! Memang aku gila! Aku gilakan kau!"
"Kenapa kau buat aku macam ni Kamal? Kita dah lama kawan. Kenapa kau buat aku macam ni?" nada suaraku direndahkan. Tekakku pedih.
"Kawan? Tu yang selama ni kau anggap aku?"
"Dari dulu sampai sekarang, kau tetap kawan aku. Aku sentiasa perlukan kau."
"Kalau kau perlukan aku kenapa kau nak kahwin dengan Eskandar? Kenapa kau taknak kahwin dengan aku? Mana janji kau nak kahwin dengan aku?!"
"Aku perlukan kau sebagai kawan aku. Kalau jodoh aku kahwin dengan Eskandar, aku tak boleh menolak. Aku tak pernah janji nak kahwin dengan kau. Apa kau cakap ni?"
"Jodoh? Kau nak kahwin dengan Eskandar sebab kau ada hati dengan dia! Bukan sebab jodoh! Aku tak pernah lupa lah janji kau. Senang-senang je kau lupakan!"
Seingat aku, aku tak pernah berjanji mahu mengahwini Kamal. Aku hanya menganggapnya sebagai kawan, tak pernah lebih. Apa tah lagi untuk berumah tangga dengannya.
         ********************
19 tahun lalu...
Petang itu, cuaca cerah. Kanak-kanak bermain dengan riangnya. Aku berada dipondok bawah pokok hadapan rumah yang ayah bina untukku bermain masak-masak atau anak patung. Aku bermain keseorangan petang itu. Kawanku Shira yang sering datang ke rumah ku untuk bermain pulang ke kampung untuk melawat datuknya. Tiba-tiba Kamal yang hanya tua setahun dariku berlari ke arahku. "Dhia, kenapa main kat sini sorang-sorang? Jomlah main dengan kitorang. Main kejar-kejar. Mesti seronok." Dia mempelawaku untuk bermain bersamanya. Mungkin kerana dia melihat aku keseorangan. "Taknaklah. Ibu Dhia tak kasi Dhia main kejar-kejar, lari-lari. Tu mainan budak lelaki. Ibu cakap Dhia budak perempuan tak boleh main lari-lari. Budak perempuan main anak patung, masak-masak je." Ibu memang tidak menggalakkan untuk aku bermain permainan budak lelaki. Ibu juga jarang membenarkan aku berkawan dengan budak lelaki kecuali Kamal. Ibu bimbang aku akan terikut-ikut dengan cara budak lelaki yang kasar. "Kalau macam tu biar kita teman Dhia main kat sini ye. Dhia nak main apa? Kita main kahwin-kahwin nak?" Memang permainan itu yang sering kami mainkan bersama rakan-rakan yang lain.
"Dhia kena janji dengan kita, nanti kalau dah besar, Dhia kena kahwin dengan kita tau."
"Kenapa Dhia kena kahwin dengan awak pulak?"
"Sebab kita kan selalu main kahwin-kahwin dengan Dhia. Dhia kenalah kahwin dengan kita nanti bila dah besar. Kalau tak kita taknak teman Dhia main lagi."
"Ala, kalau awak tak teman Dhia, siapa yang nak teman Dhia main nanti?"
"Sebab tu Dhia kena janji dengan kita tau."
"Okeylah kalau macam tu."
"Janji?"
"Janji."
       *******************
"Janji kau tu! Dah lupa ke?!" Serentak dengan jerkahan Kamal yang kuat dan bergema didalam gudang kosong itu mematikan lamunanku mengenai janji yang dikatakan Kamal sejak dari tadi. Janji itu yang dibuat sewaktu aku berusia 6 tahun. Waktu itu aku masih mentah dan tidak mengerti apa-apa erti sebuah janji. Aku tak pernah memandang serius mengenai perkara itu. Aku tak menyangka Kamal menuntut untuk aku tunaikan janji itu. "Kamal." perlahan suaraku. Peluh yang menitik membasahi rambut dan dahiku. Mukaku merah menahan bahang yang terkumpul didalam gudang itu. "Ingat?!" sergah Kamal. Aku terkejut. "Perkara tu dah terlalu lama untuk diungkitkan. Aku terlalu mentah untuk berjanji soal kahwin. Tolonglah Kamal." Dia tidak mahu menerima jawapanku. Tong kosong dibelakangnya ditendang sekuat hati. "Aku cintakan kau, kau tahu tak?!" kini mukanya hanya jarak beberapa inci sahaja dari wajahku. Hatiku gelisah, fikiran ku buntu. Tidak tahu apa lagi yang harus aku katakan untuk melembutkan hati Kamal.
        *****************
"Maju Bina Sdn Bhd. Boleh saya bantu?" jawab operator pejabat itu sebaik nombor yang dihubungi dapat disambungkan. "Sarah? Cik Dhia Nadira ada disana?" soal Eskandar dengan nada cemas. Hatinya tidak enak memikirkan diriku yang tidak menjawab panggilannya sejak dari pagi tadi. "Oh Encik Eskandar ya. Maaf Encik Eskandar, Cik Dhia hari ni tak masuk ke pejabat. Dia ada hantarkan sms yang mengatakan dia mengambil emergency leave hari ni." 'Hairan. Dhia tak pernah mengambil emergency leave. Kenapa hari ni tiba tiba pulak.' Hatinya mula tak tenang. Bimbang perkara buruk akan terjadi. Dicuba untuk menghubungiku berkali kali, tetapi hampa tiada jawapan. "Awak tahu tak kenapa Dhia ambil emergency leave?" soal Eskandar ingin tahu. "Maaf Encik Eskandar, Cik Dhia tak ada menyatakan sebabnya. Saya pun kurang pasti." Eskandar bertambah hairan. "Tak apalah kalau macam tu. Terima kasih Sarah." Talian diputuskan. Fikirannya ligat memikirkan apa kemungkinan yang terjadi kepadaku. Tangannya lantas mengambil kunci kereta yang terletak diatas meja lalu beredar meninggalkan pejabatnya. "Batalkan semua appointment saya hari ni," kata Eskandar pantas. "Tapi Encik Eskandar banyak temujanji penting hari ni." jawab setiausahanya. "Batalkan atau awak saya pecat," tegas Eskandar lalu beredar dengan pantas.
         *****************
"ESKANDAR!" jeritku. Tangan Kamal yang memegang telefon bimbitku menjauhkan telefon itu sebaik Eskandar menjawab panggilan yang dibuat. "Kalau kau nakkan sangat tunang tersayang kau ni, datang sini seorang. Kalau aku tahu ada orang ikut kau, kau mati, dia mati." talian terputus. Airmata ku mengalir perlahan. Aku risau akan keselamatan Eskandar. Aku risau jika dia datang kesini dan Kamal akan melakukan sesuatu diluar kawalan. Aku tak mahu perkara yang buruk berlaku. Didalam hatiku berharap Eskandar takkan datang.
Selang 20 minit, bayang Eskandar kelihatan. Hatiku semakin resah. "Eskandar." bisik hatiku. Tak sangka dia akan datang kesini untukku. Perasaan gembira timbul diantara risau dan gundah gulana memikirkan keselamatan kami. "Datang pun kau. Ingat tak datang tadi. Tapi kenapa lama sangat? Tak sayang ke dekat tunang kau ni?" hujung mata pisau yang agak tajam itu disuakan ke hujung daguku. Terasa dingin besi mata pisau. Tangan Kamal menarik rambutku kuat. Eskandar semakin cuba mendekati kami dengan perlahan. "Kau nak apa? Jangan apa-apa kan dia. Apa pun yang kau nak, semua tu boleh dibawa berbincang. Ni semua bukan jalannya." Eskandar cuba menenangkan Kamal yang kelihatan semakin diluar kawalan. "Aku nak tunang kau ni. Kau boleh bagi?" saja dikeraskan gelaran tunang. Tangannya kuat menarik rambutku lalu dihidunya dengan penuh kenikmatan. Airmataku pantas mengalir. Wajah Eskandar turut mempamerkan riak risau. Aku yakin dia juga tidak mahu perkara buruk terjadi. "Bertenang Kamal. Kita selesaikan benda ni elok-elok." Eskandar mencuba sekali lagi. Airmataku semakin laju mengalir. "Selesai? Kau putuskan pertunangan korang. Bagi aku kahwin dengan Dhia. Senang. Semuanya selesai."
Eskandar dibawa kesebelahku. Tangan dan kakinya juga diikat kuat. Buat masa ni kami harus mengikut kehendak Kamal untuk mengelakkan dia bertindak diluar kawalan. Kamal pergi meninggalkan kami.
"Awak okey tak? Dia tak buat apa-apa pada awak kan?"
"Tak. Saya okey. Kenapa awak datang?"
"Takkan awak nak saya biarkan awak. Takkan saya nak biarkan dia buat apa-apa pada awak."
"Dia takkan berani buat begitu pada saya. Kalau ada apa-apa jadi pada awak macam mana. Tak payah nak risaukan saya."
"Awak ni degil,kan. Tak faham ke saya cakap, saya takkan benarkan sesuatu terjadi pada awak. Saya akan jaga awak selagi saya mampu."
"Saya cuma takut keadaan jadi lebih teruk. Saya cuma risaukan awak. Saya taknak apa-apa jadi pada kita."
"Saya tahu. Tapi saya takkan biarkan awak lalui semua ni seorang. Saya akan jaga awak sampai akhir hayat saya. Saya akan lindungi awak. Itu yang saya pernah janji,kan."
Airmataku mengalir mendengarkan kata-katanya. Terharu. Tak sangka dia akan membuktikan kata-kata yang pernah diucapkan sebelum ini.
           ****************
Cubaan Eskandar untuk memotong tali yang mengikat tangannya menggunakan serpihan kaca yang terdapat dibelakangnya berjaya. Rancangannya adalah untuk membawaku pergi sebelum Kamal pulang. Malangnya Kamal datang sebelum sempat dia memotong ikatan ditanganku. Tanpa disedari, dibelakangnya ada beberapa orang lelaki. Sepertinya mereka diupah Kamal untuk melakukan sesuatu. Kamal menghampiriku dan membuka ikatan di tangan dan kakiku. Dia mengarahkan salah seorang lelaki tadi untuk bangunkanku dan memegang kedua tanganku kebelakang. Kamal kemudiannya mencengkam kolar baju kemeja Eskandar menariknya untuk bangun. Memandangkan ikatan ditangan dan kakinya telah terbuka, dia mengambil tindakan drastik untuk menumbuk dimuka Kamal. Kamal terkejut dengan tindakan Eskandar, begitu juga diriku. Serentak dengan itu mereka mula bergaduh. Tetapi pergaduhan itu tidak dicampuri oleh lelaki yang diupah Kamal. Pergaduhan mereka semakin hebat. Masing-masing tidak mahu mengalah. Aku meronta minta dilepaskan. Sebaik genggaman lelaki itu terlepas, aku cuba menghalang mereka daripada terus bergaduh. Tapi malangnya aku ditarik oleh lelaki tadi. Dia menampar pipiku kuat. Dia menumbuk mukaku. Dia membelasahku seperti membelasah seorang lelaki. Tubuhku menjadi lemah. Eskandar yang terlihat apa yang berlaku didalam pergelutan itu, cuba mendapatkanku. Tapi dia ditahan oleh beberapa orang lelaki yang lain. Lelaki tadi mencampakkanku ke lantai setelah puas membelasahku sehingga lemah. Kepalaku terhentak kuat.
"DHIA!!!!" teriak Eskandar. Kepala ku sakit. Pandanganku menjadi kabur. Tapi aku masih dapat melihat Eskandar dibelasah dan dipukul dengan teruk. Aku terlalu lemah untuk bangun. Eskandar tidak boleh melakukan apa-apa untuk menghentikan semua ini. Lelaki tersebut menyerangnya bertalu-talu sehingga tiada ruang untuk dia membalas semua serangan itu. "Eskandar." gerak mulutku perlahan. Aku terlalu lemah untuk bergerak. Hanya gerakan mulut tanpa suara yang mampu aku lakukan sebelum semuanya hilang.  Pandanganku kosong, hitam. Tiada satu perkara yang ku mampu lihat.
            **************
6 bulan sejak tregedi hitam itu berlaku. Aku kini menjalani hidupku seperti biasa. Kamal ditahan polis dan dikenakan hukuman penjara. Eskandar pergi meninggalkanku. Selepas Kamal dan kuncu-kuncunya membelasah Eskandar pada malam itu, mereka menikamnya didada. Pada keesokkan harinya aku ditemui oleh seorang pakcik yang kebetulan lalu disitu dan melihat pintu gudang yang selalunya ditutup,terbuka pada pagi itu. Aku koma selama dua minggu dan Eskandar meninggal dunia ditempat kejadian. Aku terkilan kerana tak sempat untuk menatap wajahnya buat kali terakhir.
Pandangan laut yang terbentang luas dihadapanku menenangkan. Angin bayu yang menghembus meniup rambutku. Aku duduk diatas batu besar ditepi laut ini sambil mengimbau kembali kenangan kami. Aku merinduinya. Tanganku mendail nombor kegemaranku. "Hi, I'm Eskandar. I couldn't pick up your calls right now. Leave your message and I'll call you back later. Thank you." Suara yang telah lama tidak ku dengari, kedengaran dihujung talian. Airmataku mengalir tanpa disedari. Aku mengesat airmataku lalu mendail nombor untuk mendengarkan pesanan suara yang ditinggalkan untukku.
"Hai sayang. Assalamualaikum. I'm not sure if I'm still alive and be with you when you listen to this but I want you to know that I'm always love you no matter what happens. Saya tahu saya tak boleh selamanya jaga awak, jadi saya minta sangat awak jaga diri awak bila saya tak ada nanti. Jaga diri, jangan lupa makan on time. Kalau sakit pergi klinik. Jangan degil sangat. Jangan terlalu ikutkan perasaan tau. Awak tu degil sangat. Geram saya. Haha. Awak, jaga diri awak okey. Saya sayang awak."
Pesanan suara terakhir yang ditinggalkan olehnya untukku. Airmataku mengalir. Aku terlalu rindukan dirinya. Aku tak mampu menahan sebak didada. Dia menjagaku dengan baik sepanjang perkenalan kami. Dia melayanku seperti puteri. Dia terlalu manjakanku. Sebelum ini, aku tak mampu menjalani hariku tanpa suaranya. Kini aku kehilangan insan yang amat kucintai.

Monday, February 11, 2013

Eh ? Eh ?

Haaa da baca prev entry aku? Yup. Cerpen. Amboiiii kemain kelas sekarang kan. Cerpen bagai siap. Kelas kau alia *style maria tengku sabri*

Cerpen tu aku buat sebab nak isi masa lapang. Masa yang lapang lah sangat kan. Padahal sebab aku dah boring tahap gila gaban. So aku pun created lah satu dua scene dlm kepala hotak aku. Dan aku pun update la kat dalam ni. Haa. Lagipun aku memang suka tulis tulis cerita ni. In fact kalau korang stalker aku yang rajin gila bapak nak bongkar ataupun yang dah bongkar pun blog aku ni, aku pernah update pasal cerita yang tak wujud. Cuma bukan dalam format cerpen tapi dalam format dialog. Dan bahasa yang tak formal.

Aku memang suka menulis atau created satu cerita since sekolah lagi rasanya. Bukan satu jelah, dah banyak rasanya cuma orang lain je tak tahu. Akak aku cakap, aku suka semua benda ni sebab aku suka berangan. Saja je cakap aku suka berangan. Tapi sebenarnya aku memang suka menulis. Masa sekolah dulu pun, kalau karangan ke essay ke, semua bagi kat aku. Aku pakar beb. Haha. Tapi kalau calculus tu semua, sorry, salah orang. Hahaha. Dan kemungkinan akan ada lagi cerpen yang akan aku update bergantung kepada masa terluang dan kerajinan. Siapa yang baca blog aku tapi tak berapa suka cerita cerpen amenda tu semua, terpulanglah. Bukan aku yang bayar bil internet korang suruh baca blog aku. Walaupun aku tahu, entah siapa tah yang ada baca blog aku. Entah entah takde kot. *krik krik* T_T

Untuk pengetahuan semua, cerita cerpen yang terkandung tidak ada kena mengena antara yang hidup ataupun mati. Semuanya hanyalah rekaan semata mata. Idea datang dari diri aku sendiri dan tidak pernah ditiru atau copy paste atau dicedok dari mana mana. Aktiviti meng-copy paste adalah dilarang sama sekali. Terima kasih :)

[CERPEN] Coffee Latté

PAGI ini pastinya bukan pagi yang terbaik bagiku. Sebenarnya, pagi yang paling buruk ! Minuman yang aku beli tadi, yang aku ingat nak minum sambil berjalan dan berborak dengan sahabat karibku, kini berada di baju ku ?! Memang. Pagi yang paling malang. Siapa entah yang dah langgar aku, lepas tu tak tahu nak minta maaf. Habis baju aku. Baju baru pulak tu. Ni semua Sofea punya pasal. Kalau tak kerana aku bertekak dengan dia sambil berjalan tadi pasal lelaki pilihan dia, tentu aku tak terlanggar orang yang tak reti minta maaf tu. Eh ! Bukan aku yang langgar dia. Ya. Dia yang langgar aku lepas tu tak reti minta maaf.
Dah basah baju aku kena kopi latté yang aku beli tadi. "Alamak Hara, baju kau." Sofea menundingkan jari telunjuk ke arah bajuku yang telah bertukar warna. 'kau punya pasal, nak alamak apa lagi ? Geramnyaaa !' "Kau lah punya pasal. Membebel je. Siapa pulak lah yang dah langgar tak reti nak minta maaf ni." Tangan ku ligat mengelap kesan tumpahan dibajuku. Sofea bukan nak tolong. Dia cuma gigit bibir lepas tu, sambung balik membebel. "Tapi Hara, betulkan aku cakap, kita kena cari lelaki yang kaya supaya boleh dapatkan apa yang kita nak. Aku nak kahwin dengan lelaki kaya lepas tu dapat anak, bina keluarga bahagia dengan dia." Sofea ni kan. Kalau ikut hati aku, nak saja aku suruh dia belikan aku baju baru, aku nak tukar yang baru hari tu jugak. "Habis kalau hubungan kau dengan lelaki kaya tu tak berjaya sebelum kahwin?" tanganku masih ligat mencuba membersihkan bajuku sambil berjalan ke arah tandas wanita di shopping mall itu. Sofea tetap nak menang dengan apa yang aku bahaskan dengan dia sebelum minuman ni tertumpah dekat aku. "Aku akan cari lelaki kaya dan bina hubungan baru sampai aku berjaya hidup bahagia dengan dia." jawab Sofea selamba lalu menghirup minumannya sebelum membuang ke dalam tong sampah.
Pukk ! Aku menepuk dahiku spontan dengan jawapan yang diberikan sofea tadi serentak langkah ku terhenti. 'Apa punya jawapan dia ni. Suka hati je nak buat macam tu.'
"Sofea. Ya Allah ! Kau ni. Asal boleh je kan. Malas aku nak cakap dengan kau, esok pun tak habis kalau aku cakap dengan kau ni." balasku lalu mengorak langkah ke tandas wanita yang berhampiran.
     ************
Meeting tergempar yang diadakan CEO sebentar tadi hanya untuk memperkenalkan Pengarah Eksekutif yang baru masuk hari ni. Selepas mesyuarat bersurai, ramai yang kata dia tu handsome lah, bergaya lah. Pengarah Eksekutif yang baru tu, dengarnya anak CEO yang baru balik dari sambung pelajarannya diperingkat master di Dubai. Hares Haidar namanya. Itu semua hal dia lah. Aku tak berminat pun nak ambil tahu. Tapi, ada satu perkara mengenai dia yang aku pelik. Muka dia rasanya macam pernah nampak. Muka dia seperti sering aku lihat. Tapi aku tak ingat.
"Hara, kau kan satu jabatan dengan dia, mesti selalu dapat meeting ke, outstation ke, bincang apa apa dengan dia. Untunglah kau. Kirim salam tau." Sofea ni ada saja.
"Kau ni kan nak kerja ke nak cari jodoh ?" soalku. "Nak kerja tapi kalau jumpa jodoh, apa salahnya."
Aku sendiri tidak mengerti mengapa Sofea sering bercakap mengenai jodoh. Aku anggap dia sudah tak sabar nak kahwin.
"Cik Aina Sofea, awak memang nak duduk berborak dekat situ je ke ? Dah tak ada hati nak bekerja lagi ?" Satu suara datangnya dari belakang Sofea menegurnya. Terkejut Sofea. Mujur dia tidak melatah. Kalau tak, entah apa perkataan yang keluar.
"Ya. Maaf Encik Hares. Saya cuma bertanya kepada Hara mengenai projek di Puchong tu. Tak apalah. Saya balik ke tempat saya." jawab Sofea lalu dia kembali ke mejanya yang hanya berselangkan beberapa meja dari meja ku. Pada awalnya, memang Sofea menanyakan mengenai projek di Puchong. Entah bagaimana soalannya tersasar mengenai Encik Hares.
"Boleh awak ke bilik saya sekejap, Cik Nurul Zahara? Ada sesuatu yang saya nak beritahu awak."
"Baik Encik Hares." Aku berjalan menuju ke bilik Encik Hares. Entah apa yang hendak diberitahu.
'Ishh, apa Encik Hares ni nak. Nak cakap pun, kat luar je tadi tak boleh ke.'
"Saya nak awak ikut saya pergi meeting kat luar, lunch hour nanti. Boleh?"
"Tapi Encik Hares tak ada meeting dalam schedule hari ni. Lunch hour nanti meeting dengan siapa pulak." Pelik. Aku setiausahanya buat sementara ni, tak ada pulak meeting untuk dia yang di jadualkan hari ni.
"Datuk...datuk Razlan baru telefon saya. Dia ajak lunch dekat luar sambil berbincang mengenai projek akan datang. Awak kena ikut saya." Kenapa Encik Hares seperti teragak-agak menjawab pertanyaanku.
"Kalau macam tu, baiklah. Dan kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu." Encik Hares mengangguk dan aku segera kembali ke tempat ku.
'Lain macam je Encik Hares ni. Seram pulak aku. Kalau Datuk Razlan nak berbincang, mesti setiausaha dia beritahu aku untuk aku aturkan pertemuan mereka. Takkanlah... Ehh. Tak tak. Nurul Zahara, fikir positif je. Takkan dia nak buat benda tak baik pulak kan. Aku ni kan setiausaha sementara dia. Positif ! Positif !'
        *************
"Encik Hares, dah nak dekat setengah jam kita tunggu Datuk Razlan. Dia tak datang pun." soal ku setelah habis makanan di pinggan ku. Sejak pagi tadi, aku tak makan apa-apa pun. Lapar benar. Apabila memikirkan soal Datuk Razlan yang mahu berbincang mengenai projek akan datang yang tak muncul tiba, hatiku mula risau. Seperti ada sesuatu yang tak kena. Tapi hati ini tetap berdegup tenang. Tidak timbul perasaan cemas biarpun risau.
"Err... Datuk Razlan tak jadi datang. Dia ada emergency. Jadi, dah book tempat ni, rugi kalau dibatalkan." jawab Encik Hares sambil tersengih matanya tetap seperti tadi. Tidak dialihkan seinci pun dari menatap wajahku. Aku mula ragu-ragu dengan jawapannya. Takkan Datuk Razlan tiba-tiba cancel meeting sedangkan meeting ni juga secara tiba-tiba. Dia tipu aku tak.
"Atau sebenarnya, Datuk Razlan tak ada buat temujanji dengan Encik Hares hari ni?" soalku berterus terang. Dia tidak menunjukkan sebarang riak wajah terkejut apabila aku mengetahui tipu muslihatnya malah dia tersenyum menampakkan baris gigi depannya yang putih.
"Well. Nampaknya saya dah tertipu. Tak perlu lah Encik Hares nak senyum macam tu. Baik kita balik sekarang." geramnya! Aku terpaksa batalkan temujanjiku dengan Sofea semata-mata nak keluar lunch dengan mamat penipu ni ?! Aku tangguh semua kerja aku semata-mata nak ikut mamat ni ?!
"Nantilah dulu. Awak belum rasa dessert yang paling special disini. Awak pasti suka nanti." dia masih berada di tempat duduknya. Tidak bergerak pun. "Selera saya dah hilang nak makan dessert tu semua. Saya nak balik pejabat." Sebaik aku bangun dari kedudukanku dan mahu pergi, dia segera menahan pergelangan tanganku.
"Awak masih tak berubah Hara." aku tersentak. Aku berpaling ke arahnya. Dia melepaskan genggaman tangannya dan meminta untuk aku duduk kembali supaya dia boleh menjelaskan semuanya.
"Apa yang awak katakan ni?"
"Awak betul-betul tak ingat saya kan, Hara." Aku bingung. Aku tak pasti siapa dia sebenarnya. Tapi aku tahu, aku pernah lihat wajahnya sebelum ini.
"Saya tak faham." Dia menceritakan kembali kenangan pahit yang pernah terjadi 8 tahun yang lalu. Kenangan pahit yang aku bersusah payah untuk lupakan. Kini aku ingat, dia adalah Haidar yang pernah mencuri hatiku secara diam di zaman remajaku. Haidar yang telah menghancurkan segalanya. Waktu itu aku hanya mengenalinya sebagai Haidar. Aku tak pernah mengetahui nama penuhnya. Dia punca semangatku.
"Saya tak suka bila awak kata awak suka saya. Tapi entah kenapa, lepas tu, saya suka tengok awak lalu dihadapan kelas saya dan bila awak gelak. Senyuman awak, suara awak, saya suka semua tu. Tapi, ego saya menghalang. Saya bukan lelaki yang mudah mengalah dengan perempuan tetapi, senyuman awak mencairkan hati saya." Mendengar cerita itu versi Hares Haidar membuatkan airmataku bertakung. Mahu jatuh tapi ditahan. Selama ini, aku membenci Haidar yang pernah menyakitiku. Haidar yang hanya tahu melukakanku.
"Marry me Hara. Saya taknak kehilangan awak lagi. Saya nak suara awak menghiasi hari-hari saya macam dulu. Dah lama saya cari awak. Waktu saya terlanggar awak tempohari, saya tahu pencarian saya dah berakhir. Saya minta maaf sebab langgar awak dan terus pergi tanpa meminta maaf. Saya tak bersedia nak jumpa awak dalam keadaan begitu. Saya takut awak tak boleh terima saya." Matanya yang sepet berubah merah. Aku tahu dia menahan air mata. Dia menahan, air mataku yang di tahan sebelum ini, jatuh. Aku tak mampu menahan. Rupanya dialah yang telah menyebabkan minuman itu tertumpah dibaju ku tempohari.
Dia melamarku secara mengejut. Lamaran yang aku inginkan darinya semasa berusia 17 tahun. Aku mahu bersamanya. Hatiku tersentuh apabila dia mengatakan dia sudah lama mencariku. Namun apabila mengingatkan perkara yang telah dilakukannya, timbul perasaan benci. Perasaan ku kini bercampur. Aku tak pasti. Aku keliru.
"Saya menyesal malukan awak. Saya menyesal menolak awak. Saya tahu awak kecewa. Tapi saya terpaksa. Saya fikir itu yang terbaik tapi saya sedar itu hanya menyakitkan awak. Saya mahu awak benci saya kerana saya tak mahu awak kecewa jika kita berpisah. Sekarang saya sedar, semuai itu hanya akan lebih menyakitkan awak. Saya pentingkan diri. Saya minta maaf." Airmataku kini mengalir dengan deras. Sederas air terjun. Pantas aku bangun dan berjalan pantas keluar dari restoran itu meninggalkannya. Tapi tindakannya lebih pantas dari ku. Lengan ku ditahan olehnya. Cengkaman itu terlalu kuat. Aku tak mampu nak melawannya.
"Nurul Zahara." panggilnya perlahan. Jarak antara kami hanya beberapa jengkal sahaja.
"Saya tak boleh terima. Awak bukan pemilik hati saya. Perasaan saya untuk awak telah lama mati. Sejak awak malukan saya didepan semua orang."
"Saya tahu, jauh disudut hati awak, masih ada saya, kan. Awak suka saya selama hampir 3 tahun. Mustahil semudah tu awak lupakan saya."
"Saya bukan suka awak sampai tahap sayang dan cinta. Saya hanya minat secara suka-suka. Tak lebih. Tak pernah nak lebih. Bukan saya nak sangat kat awak." Nafiku.
"Ego awak sekarang dah semakin tinggi. Tak macam dulu. Kalau dulu awak berani mengaku depan saya yang awak suka saya, kenapa awak tak berani sekarang sedangkan tahap suka awak tu dah lebih dari tahap sayang dan dah sampai tahap cinta?"
"Saya tak faham apa yang awak cakap kan. Saya nak balik. Banyak lagi kerja yang tertangguh. Awak yang bawa, awak yang hantar saya balik dan diam." Aku dah malas nak bertekak dengannya. Aku tahu sekeras mana aku menidakkannya, kata-kata itu ada betulnya. Aku tak mahu berperang sedangkan aku tahu aku akan kalah.
Dia memandu ke pejabat. Sepanjang perjalanan, tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari kami. Airmataku telah lama kering, cuma kesan bengkak dimataku. Seperti orang baru lepas menangis. Aku tak mahu Sofea nampak mataku bengkak. Dia pasti tahu aku menangis walaupun aku cuba menipunya. Mujur ada kaca mata didalam beg tangan ku. Aku menggunakannya ketika memandu diwaktu malam. Tak pernah menggunakannya ketika disiang hari begini. Tapi dah terdesak, terpaksalah. Mudah-mudahan Sofea tak perasan. Mata Haidar juga merah tapi tak seteruk aku.
Sewaktu mahu berjalan menuju masuk ke bangunan pejabat itu, Haidar bercakap perlahan tetapu jelas dan tepat ditelingaku. "Minat suka-suka? Saya akan buat awak suka saya tahap melampau dan saya akan pastikan awak nak sangat kat saya." Aku tersentak. Aku memandangnya yang hanya tersenyum sinis. Ini merupakan satu ugutan atau...
     *******************
                  *******
Angin dingin yang lembut dan nyaman menjamah diriku yang berada dibalkoni bilik hotel pada malam itu. Terasa bahagia. Tak pernah ku impikan untuk hidup sebahagia kini. Sedang aku menikmati angin malam itu, sepasang tangan melingkari pinggangku. "Sayang, berangan kan saya ke?" soal suamiku. Ya. Aku kini sudah bersuamikan Hares Haidar, seorang yang pernah ku sayang dan yang pernah ku benci. Tetapi kini, aku mencintainya. Aku menerima lamarannya yang kali kedua selepas kejadian pertama kali kami berjumpa. Lamaran itu 3 minggu selepas dia berusaha bersungguh membuktikan kepadaku yang dia memerlukanku. "Mana ada, jangan nak perasan okay." nafiku. Sebenarnya aku terkenangkan perkara yang berlaku 8 tahun lalu. Sewaktu kami sama-sama masih remaja. "Eleh. Tak nak mengaku. Tak apa." aku hanya tersenyum. Tanggannya masih di pinggangku erat. Dagunya dibahuku.
Tiba-tiba pintu bilik diketuk, disusuli dengan satu suara. "Room service, sir!" Dia melepaskan pelukannya dan menuju ke pintu mendapatkan pesanan yang dihantar. Apa lagi yang di pesan malam-malam begini. "Sayang. Sini." Aku menuju ke arahnya dan mendapatkan minuman yang dihulurkan kepada ku. Sedikit hairan kerana tiba-tiba dia menyuruh aku minum minuman yang tidak ku pinta. Aku hirup perlahan memandangkan minuman itu masih hangat. "Coffee latté?" soalku hairan. Dia hanya memandangku dan tersenyum.
"Kalau tak kerana coffee latté yang saya terlanggar sayang hari tu, saya takkan jumpa Nurul Zahara saya yang saya cari selama ni." jelasnya. Dia menarikku untuk duduk diribanya di sofa itu. "Macam mana awak tahu saya minum coffee latté masa tu ? Awak mengendap saya ye?" soalku sambil memandang ke arahnya. "Awak tu hantu coffee latté. Satu sekolah tahu tau. Lagipun bau nya kan lain. Orang buta pun boleh bezakan." Aku menjelingnya sambil memuncungkan bibirku. Betul juga katanya. Aku memang gemarkan coffee latté sejak sekolah. Sehinggakan aku memberi cadangan supaya dikantin ada menjual coffee latté.
Aku bangun dan kembali ke balkoni bilik hotel yang mempamerkan pemandangan laut yang luas dan langit yang cerah dihiasi bintang-bintang bertaburan. Dia turut mengikuti langkahku dan memeluk bahuku.
"Terima kasih awak kerana menerima saya dan menjaga saya. Saya bahagia. Saya berjanji akan menjaga cinta kita hingga akhir hayat saya." Aku menatap matanya dalam-dalam supaya dia nampak keikhlasan hatiku. Mataku tak mampu berbohong. Aku mahu dia tahu semua isi hatiku. "Adalah tanggungjawab saya untuk menerima dan menjaga orang yang saya sayang. Saya berjanji akan mencintai awak sepanjang hidup saya."
       *********************
           *****************
               *************
"Tuhan menentukan jodoh setiap hambanya. Aku percaya kau adalah jodohku. Dan aku berjanji takkan pernah mensia-siakan dirimu dan cinta kita." -Hares Haidar
"Terima kasih Allah kerana mempertemukan kami kembali. Aku terlalu bahagia dengan jodoh yang telah Kau aturkan. Aku tahu dia yang terbaik buatku." -Nurul Zahara

The secret

This secret she's been keep for all this while. This secret haven't be told to anyone else. This secret is the key to her life. To her secret life.

Society
She can never pleased society. She don't know how to. Everything goes smoothly in the beginning of her life. But everything changed when she's grown up. Society seems to hate her badly. Society seems like can't accept her the way she is. She tried to go with what society wants. But even that, society never give her a chance.

Friends
There's no real meaning of friend in her entire life. She's been tricked, taking for granted by her trustworthee. She's always be there for them when needed, but if it comes to her, they gives her a thousand excuses to avoid it. She help her friends to settle down their problems, but hers, none of them settle. Her trust to anyone seems very easy to break by them. They lied her, they backstabbed her, they accuse her everything. They blame her on the mistakes.

Fakes
She fakes everything in her daily life. The smile. The laughs. The acts. The words. She can't show them her weaknesses. She smiles when their words hurt her. She laughs when she's about to cry. She says everything were fine when its not. She have to lie them. She have to. She can't tell them the truth. She don't want to break their heart while everyone do the opposite to her.

Scars
Not from the outside, but from the inside. There is many scars that can't be describe even by herself. Mostly from the one she loved and the one who used to love her. For them scars is just a scars. Once the wound becomes a scar, there is no pain felt. But they was wrong. Totally wrong. The wound might be healed but the scars are there. Along with its pain. It is there. That one big scars that hard to explain and to understand by anyone or herself.

Hopes and Dreams
She lose all her hope since she lose her trust. She's too tired to take all that. She need some rest. She need some her-time-moment. She nees to go out from all this. Her actual hopes and dreams is to live with her loves one happily ever after. But the truth is happily do exist, not the ever after.

Away
She's done with everything. She's tired of all dramas. She's bored of the society. She gives up. White flag is in with her. She has no more strength to take it any longer. To be far way from them is the main thing she want if she could. Sometimes, she hopes something hit her and she lose her memory. She want to start everything back. She want everything go with her flow. She wants to repair her mistakes. She wants everything going right. She really can't stand it. How longer she can be like this ? How longer must she hold ?