Tuesday, January 29, 2013

Rahsia dalam diri

Aku harus redha. Terima semuanya dengan tenang. Mungkin ini takdir hidupku yang ditentukanNya. Lupakan semua, mulakan hidup yang baru. Itu yang ingin aku lakukan sejak dari dulu. Tapi kekuatan yang aku ada tidak mampu untuk aku teruskan. Aku masih takut untuk meninggalkan semua sedangkan, mungkin itu jalan yang terbaik.

Kekuatan yang aku ada tidak mampu untuk aku melaksanakannya. Ku rasakan seolah olah kekuatan itu ditahan oleh sesuatu yang tak mahu melepaskan aku bergerak kehadapan. Mengapa ini yang harus terjadi ?

Aku mahu meninggalkan semua ini. Aku mahu hidup dalam hidup ku tanpa perlu memikirkan orang lain yang hanya melukakan diriku sendiri. Aku tak mahu diriku terlalu mudah mempercayai orang sedangkan mereka hanya tahu mengkhianati dan melukai.

Aku pernah merasa putus asa. Tapi aku tahu aku tak boleh. Aku tak boleh putus asa. Ini bukan aku. Aku tetap menjalani harianku dengan harapan yang sungguh besar bahawa hari ini akan menjadi lebih baik dari semalam dan hari hari sebelumnya. Tapi kadangkala aku takut untuk berharap. Aku takut semuanya hanya akan menyakitkan aku lagi.

Aku mahu pergi. Biarlah apa orang nak kata. Hidup aku, harus aku sendiri yang tentukan. Mereka hanya menghias hariku sahaja. Bukan mengawal.

Andai aku pergi, aku mahu mereka merasakan kepergianku. Aku mahu mereka menyesal dengan segala perbuatan mereka. Aku mahu mereka turut merasakan kekecewaan yang aku rasakan. Aku mahu mereka terima apa yang mereka lakukan. Aku mahu mereka merinduiku. Aku mahu mereka rasakan kehilangan.

Aku benar benar rasa ingin pergi. Jika boleh aku menjerit sekuat hati, telah aku lakukan. Aku ingin mengeluarkan semua rasa dan perasaan yang tersimpan. Pada siapa harus aku luahkan ? Dengan cara apa ? Aku sudah terlalu penat menangis. Itu rutin ku. Aku penat dengan semua sandiwara hidup.

Apa yang aku lakukan ada maknanya sendiri. Senyuman yang aku berikan, aku berharap ianya dapat menutup kesedihanku. Gelak tawa yang aku hamburkan, aku menutup semua kekecewaan dan keperitan dalam hati yang jelas kelihatan di mata ku jika diamati. Kata kata gurauan yang aku ucapkan, menyembunyikan seribu kedukaan dihati yang telah lama tersimpan.

Sampai bilakah harus aku begini ? Hidup didalam kedukaan, kekecewaan, keperitan, kesedihan yang hanya aku saja tahu. Sampai bila aku harus hidup dalam kepura puraan dihadapan mereka ? Mampukah aku untuk terus begini ?

Aku ingin pergi. Pergi jauh meninggalkan mereka. Aku tak mahu hidup didalam kepura puraan. Aku tak mahu terus menjadi pemain sandiwara ini. Aku mahu pergi. Jauh dari mereka.
Meninggalkan semua ini.

Sorry heart.

I've promised myself. That's gonna be my last tears. My last time for crying bacause of something stupid. But, I broke that promise. I'm sorry heart.

Dear brain, eyes, ears,
Stop thinking about him and them please. Stop crying for them. Stop listening to them please. I'm begging you. I would do anything. The only thing I ask is forget them. Please. Leave it all behind. Please brain ! Move on !

Dear heart,
I'm sorry for let him stay. I'm sorry for let the anger control you. I'm sorry for let you down. I'm sorry for let you take all this. I know you can stay no longer. So am I. I'm sorry for asking you to stay strong for all this while even I know you can't because I believe you can.

Monday, January 14, 2013

Terpisah

Keadaan sekarang dah tak sama. Lain. Lain sangat. Semuanya dah berubah. Keadaan, Situasi, kau, aku, dia, mereka, masa, semuanya dah berubah. Memang, setiap perkara akan mengalami perubahan, tapi aku tak suka dengan perubahan ni. Mungkin perubahan ni yang terbaik tapi aku tak nak. Kenapa semua ni kena berubah ?

Kita terpisah. Hubungan kawan katanya, dah tak sama. Tempat baru. Mulanya memang nampak macam kau tak lupa kitorang, tapi kena semakin lama, kita macam orang yang tak pernah kenal sedangkan, kau lah yang dulu buat aku gelak sampai menangis. Aku taknak kehilangan kita keadaan tak sama, maknanya kita pun kena tak sama jugak ke ? Lupakan semua yang pernah berlaku ? Aku tak boleh.

"Bila kau dah takde kat sini, tak bermakna aku kehilangan kau sebagai kawan aku, kan ? :) x" -A

Ingat benda yang aku pernah cakap tu ? Kau kata aku takkan kehilangan kau dengan dia sebagai kawan aku. Korang akan sentiasa ada nak buat aku gelak, nak bahan aku dan nak dengki aku. Tapi sama ada kita sedar atau tak, kita dah berbeza. Kita dah tak sama. Kita dah jauh. Rasa jauh sangat. Kenapa semua ni berlaku ? Mana semua ayat kau yang kau kata aku takkan kehilangan korang sebagai kawan aku bila kau dah tak ada kat sini ? Kenapa aku kena terima yang keadaan sekarang dah berubah dan tak ada apa yang aku boleh buat untuk kita kembali macam biasa ?

Disebalik "Kisah Ini"

Dah baca entry aku sebelum ni ? Haa apa tajuknya, kisah ini. Okay. Ni aku nak kasi tahu. Kisah ini hanyalah rekaan. Bukan mengenai diri aku tetapi lebih kepada apa yang aku nak luahkan. Haa faham tak ? Tak faham ? Aku pun confuse sikit nihaa.
Tak. Cerita kisah ini tu daripada seorang orang yang aku kenal. Siapa tu tak payah la aku cerita kan. Korang bukan kenal pun kan. Bahasa dia pun macam skema sikit, bermadah helah sikit, stail novel punya cara bahasa kan. Kemain. 

Dia sebenarnya dah terlalu fed up dengan orang sekeliling yang kita selalu bajet bajet panggil orang tu semua kawan. Padahal kadang kadang orang tu tak pernah pun anggap kita sebagai kawan. Dia dah terlalu kecewa dengan apa yang 'sahabat' dia buat dekat dia. Sampaikan dia dah tak percaya dekat sesiapa walaupun dia dikelilingi ramai kawan. Dia mungkin ada kenangan manis dengan dorang, tapi dia tak pernah sekali pun nak ceritakan pasal hidup dan masalah dia dekat orang. Sebab dia tak percaya sorang pun kawan dia tu. Semuanya punca sebab 'sahabat' dia dulu khianat dia. Tikam dia dari belakang. Kalau sekali takpe, dah la banyak kali, semuanya orang yang lain lain.

Dia tak boleh terima dengan apa yang jadi. Bila dia percaya dekat orang yang dia dah anggap macam adik beradik sendiri, orang tu khianat dia, tinggalkan dia. Terus dia tak percaya dah dekat orang tu. Lepas dia dah cuba nak percaya dekat orang lain pulak, dekat tempat lain, dia kena khianat lagi dengan orang yang dia dah anggap macam kakak. Biasalah, bila dah anggap macam kakak tu, mestilah dia ada kongsi sikit sikit pasal life dia. Tu semua sebab dia percaya dekat orang tu. Tapi entah macam mana, orang tu tikam dia dari belakang. Depan baik, belakang buruk. Orang tu mengutuk dia kat belakang. Dia tahu pun sebab dia tak sengaja terbaca text orang tu dengan kawan dia yang lain. Orang tu dengan kawan dia mengata dia dalam text mesej. Sedangkan orang tu tengah gelak ketawa dengan dia. Sejak tu, sampai sekarang, besar lubang cacing pun tak dia nak percaya dekat orang. Dia tak buat apa pun still orang nak judge dia, mengata dia. Kat mata orang lain, apa dia buat semua salah. Dia tak pernah percaya dekat sesiapa pun, dekat sorang pun kawan dia, dia tak percaya. Dia berhati hati dengan setiap perkara yang dia cakap. Dia taknak kongsi cerita dia dengan orang sebab dia dah serik. Dia dah serik dengan apa yang jadi.

So sekarang, walaupun dia ada ramai kawan, dia takpernah nak ada lagi sahabat. Dia taknak. Dia takut benda sama berulang lagi. Semuanya kawan dia, bukan sahabat dia. Bila difikirkan balik, kesian dia. Kejamnya orang yang buat dia macam tu. Orang yang macam tu pun ada kan. Kalau jadi dekat aku pun, mungkin aku takkan percaya dekat sesiapa lagi macam dia.

Kisah ini

Sahabat. Mempunyai sahabat yang benar benar sahabat merupakan sebuah perkara yang hampir mustahil untuk diri aku. Semestinya aku ada ramai kawan tapi tidak sahabat. Bagi aku sahabat dan kawan, beri makna yang sangat berbeza sedangkan bagi hampir semua orang, maknanya hampir sama. Kawan yang aku ada tak sama dengan sahabat. Aku boleh bergaul, bergurau tapi tidak untuk berkongsi segala tentang diri aku. Ya. Aku berlakon dihadapan mereka. Kepercayaan yang aku ada tidak cukup untuk aku bercerita segalanya tentang hidup aku yang sebenarnya kurang gelak tawa.

"You can be nice with everyone but, don't ever trust them." -A

"Trust no one or you'll hurt." -unknown

Perkara yang berlaku itu merubah tanggapan aku mengenai persahabatan sebenar. Bila aku mula nak merasa erti persahabatan, aku kehilangan mereka. Aku kehilangan kepercayaan mereka dan aku terpaksa menarik kembali semua kepercayaan aku kepada mereka yang bergelar sahabat. Mereka mula mengkhianati aku. Mereka mula meminggirkan aku. Sedangkan aku tak buat apa apa. Sungguh tidak adil bagi diri aku. Kenapa ni yang aku dapat lepas aku berikan kepercayaan aku dan aku menganggap mereka sebagai adik beradik ku sendiri ? Tidak adil bagi aku. Wajarkah aku dilayan begitu ?

Sahabat. Bagi aku, tak siapa yang muncul dalam hidupku layak diberikan gelaran itu. Sahabat ? Perkataan itu tak layak wujud dalam kamus hidup aku. Aku kehilangan semuanya kerana sahabat. Aku percayakan mereka, ini yang aku terima. Mungkin ini jalan hidup yang sudah tertulis untuk aku.

Sebelum aku sempat cuba untuk membina semula kepercayaan itu dipersekitaran yang baru, aku dipermainkan. Sekali lagi aku dikhianati oleh seorang insan yang sudah aku anggap sebagai kakak aku sendiri ? Dia berkomplot untuk menjatuhkan aku. Dia menjaja cerita yang aku khabarkan kepadanya. Dia sebenarnya sudah jelak dengan perangaiku yang pada mulanya dia kata dia tidak mempunyai sebarang masalah. Ini kesudahannya ?

Aku serik. Aku dah serik dengan apa yang berlaku. Jika beginilah kisah nya jika aku mempunyai sahabat, alangkah indahnya jika aku tidak mempunyai sahabat. Biarlah aku sendiri. Biarlah aku dengan duniaku. Biarlah aku hanya mempunyai kawan kawan yang bila bila masa boleh mengkhianati aku. Itu lebih baik.

'Sahabat' yang aku ada cuma mahu ambil kesempatan. Sewaktu mereka susah, muka inilah yang dicari, nama inilah yang disebut, nombor telefon inilah yang didail. Waktu mereka senang ? Muka ini yang dihiraukan, nama ini yang dilupakan, nombor telefon ini yang diabaikan. Layakkah untuk aku gelarkan mereka sahabatku ? Layakkah untuk aku mempercayai mereka ? Layakkah aku untuk bersikap naif dan jujur dengan mereka ?

They don't know what I've been through. They don't know what I've felt. Yet they still wanna judge me ? Judge my life ? My life is the life that I live, not theirs. Why should they keep asking for me to be my own self and still judge it when I'm being myself ? We never could please society.

Selama ini, aku bersabar. Kepercayaan yang telah lama hilang, tak mungkin dapat aku kembalikan. Mungkin mereka insan yang berbeza, tetapi sikap dan perkara yang telah mereka lakukan tidak ada sedikit perbezaan pun.

Mungkin aku terlalu cepat mempercayai mereka. Mungkin itu salahku. Tapi wajarkah mereka mengambil kesempatan atas kesilapan ku ? Wajarkah aku dikhianati disaat aku menghargai ?

Setiap hari. Setiap hari aku menipu mereka bahkan diriku sendiri dengan segala gelak tawa dan senyuman yang terbit dimulutku tetapi tidak dari hati. Aku terguris dengan setiap senyuman dan gelak tawa yang aku sendiri terbitkan. Setiap senyuman itu, hatiku terdetik, sampai bila harus aku membohongi diriku sendiri ? Sampai bila harus aku teruskan semua sandiwara ini ? Aku terluka dengan setiap senyuman. Hatiku terhiris dengan setiap gelak tawa yang aku sendiri tak pasti dari mana timbulnya. Untuk apa aku bergembira sedangkan hati aku hanya menunggu masa untuk hancur sepenuhnya ? Untuk apa aku bersenang hati sedangkan air mata yang tersimpan hanya menunggu masa untuk gugur ? Semuanya kerana kepercayaan yang telah lama hilang dan tak pernah timbul lagi sejak semuanya terjadi. Adilkah semua ini untukku ?

Dear friends,
Walau secantik mana penampilan mu, masih tidak akan mampu untuk mengembalikan segala kepercayaanku yang telah lama hilang. Aku percaya, tak siapa layak untuk kepercayaan ku itu yang hanya sekuat kaca. Ya. Kepercayaan ku hanya sekuat kaca. Kerana itulah ianya mudah hancur. Aku masih boleh menerimanya jika ianya dihancurkan sekali. Setelah pulih, kepercayaanku sekali lagi dihancurkan. Kenapa kau melakukan semua ini kawan ? Aku mungkin bukan kawan yang terbaik, tapi aku juga layak untuk mendapat layanan yang terbaik, kan ? Tinggalkan aku sebelum aku disakiti. Tinggalkan aku jika aku hanya membawa kedukaan dalam hari hari mu. Tinggalkan aku sebelum aku berharap lebih tinggi dengan hubungan persahabatan ini. Semua yang berlaku adalah kenangan manis bagiku. Tetapi aku masih tidak mampu menaruh kepercayaan dan harapan kepada mu. Salahkah aku meminta kawanku meninggalkan aku ? Salahkah aku berterus terang ? Salahkah aku tidak mempercayai kawan ku ?

Kawan,
Seribu kali kau meminta untuk aku mempercayaimu, aku tidak mampu. Walau untuk sekali. Aku tidak memilih kasih. Aku tidak memilih kawan. Cuma aku hanya mampu berharap kau mempercayaiku. Aku hanya mahu kau merasakan bahawa aku hadir disetiap tangis dan senyuman mu. Bukan hanya disetiap tangisan. Aku memerlukan mu. Maafkan aku kawan. Aku tidak mampu menunaikan permintaanmu untuk aku mempercayai setiap kawan milikku.

P R O M I S E S

Assalamualaikum :)

Promise ? One thing that we always break. Promise. Gives us hopes. Promise. Makes us believe. But once all the promises has broken by someone, all the hopes also break, the trust is gone. And when everything broke, everything will change.

Sometimes I wonder, kenapa nak kena janji bila tak mampu nak ditepati. Janji. Aku benci dengan janji. Promises makes me lose my trust to people. And they wonder why I'm not trusting them anymore. Like seriously ? You broke the promises, why should I trust you ? And now you're asking why am I not trusting you anymore ? You must be kidding me.

Promises. Aku rasa macam bangang sangat bila orang tu janji janji dengan aku lepas tu tak reti nak tunaikan. Well excuse me ! Janji ditepati ? Aku rasa macam kau suka suka hati nak bagi aku harapan palsu dengan berjanji, dan bila aku dah beria sangat tunggu kau tunaikan janji, kau hancurkan harapan dan semua janji kau macam tu je. Dengan senangnya kau cakap, "bila aku janji dengan kau ?" shit ! Annoying la bodoh. Kau ingat aku apa ? Kau pernah tak cuba makan kaki saiz 8 yang comel macam kaki aku ni. Nak cuba ke ? Serious talk, aku jenis yang akan ingat sampai bila bila apa yang orang cakap kat aku dan apa yang orang buat kat aku. Apa yang jadi 5 6 tahun lepas pun kalau aku peka, aku boleh ingat. So then, beware with your words. Kau janji ke, kau hina ke, aku takkan lupa. Senang cerita aku ni pendendam. *turn on mood pendendam*

Promises. Menyampah sangat dengan orang yang tak boleh nak tunai kan janji. Dah tahu tak boleh tunai kan, yang sibuk nak janji janji pehal ? Dan dengan senang hati kau tanya aku "ada ke aku janji dengan kau ? Aku cakap je." Cari pasal ke ?

Incase tak sengaja. Contohnya dia janji dengan kau, nak jumpa kau pukul 2 dekat blablabla. Kau pun tunggu la dengan excited nak jumpa dia, nak happy happy spent time sesama. Sampai pukul 5 dia tak datang jugak. Dari aku masuk kerja, sampai aku nak balik dah, kau still lagi kat situ tunggu dia. At last kau fed up, kau pun balik. Angin semacam je tunggu dia tak datang datang. Niat hati nak marah, nak merajuk bila dia call or text nak explain. Untung kalau dia call benda bagai, kalau tak. Kesian kau. Tapi sebenarnya kau tak tahu yang dia memang nak jumpa kau tapi dia accident masa dalam perjalanan nak jumpa kau tu. Kau tak tahu, kau nak marah dia sebab tipu kau. At last, kau tahu pun sebab kawan dia or others bagitahu kau. Masa tu baru kau nyesal taknak marah dia. Dan aku rasa contoh aku ni boleh buat cerpen, novel or else. Tragik sangat kan. Okay. Dia tak sengaja. Bukan dia suka suka taknak datang. Moralnya, kita tak tahu apa akan berlaku antara masa yang kita rancang, kalau sekarang ni, aku tengah type ni pun, kemungkinan aku boleh kena kejutan elektrik sebab online masa tengah charge. Tempah maut sangat. Tapi minta minta la takde apape jadi kan. Sebab tu mak selalu pesan kat aku, "jangan berjanji kalau kita sendiri taktahu kita boleh tepati atau tak. Ucap InsyaAllah kalau tak pasti."

Sakit hati sangat k bila orang yang  beria berjanji dengan kita tak tunaikan janji tu. Dalam kepala otak aku, kenapa kau kena janji kalau kau taknak tepati ? Kenapa kau saja nak suruh aku berharap kau tunaikan benda tu semua sedangkan kau takkan ? Cuba kalau kau sendiri kena nanti, baru kau tahu rasa dia macam mana. Masa tu, kau jangan tanya kenapa.

Tuesday, January 1, 2013

2 0 1 2

Assalamualaikum ;)

Dalam masa lebih kurang 50 minit yang lepas, kita semua dah masuk ke tahun yang baru, 2013. Nampak tajuk aku kat atas tu. K aku bukan nak cerita pasal filem 2012 ke apa benda yang berkaitan. Pantang kau kan bila tajuk 2012 je. Haih. Aku nak cakap pasal kehidupan kita masa 2012. Haaaa

Sepanjang 2012, apa yang kita lalui ? Bagi aku, segalanya. Keluarga, agama, kerja, kawan, cinta, aku belajar segalanya sepanjang 2012 ni. Semua kenangan manis, kenangan pahit, pengalaman aku semua dalam tahun 2012 ni, aku tahu aku takkan lupakan. Semua tentang 2012. Sekarang ni pun, baru nak dekat 1 jam aku berada dalam 2013, dah rindu 2012. Tapi mustahil untuk aku balik ke sana lagi kan. Dapat ke aku pengalaman yang sama macam 2012 ?

2012 antara tahun terbaik dalam hidup aku. Kenal dengan orang orang yang awesome ! Belajar sesuatu yang baru, semua tu aku tak boleh lupa. Aku belajar untuk berfikir dengan matang walaupun hakikatnya kadang kadang aku macam budak budak sangat. Mengada ngada sungguh kan. Aku belajar nak mengawal marah walaupun kadang kadang aku gagal. Aku masih belajar nak mengawal keadaan. Aku masih belajar nak jaga hati orang tanpa mengabaikan hati aku sendiri. Walaupun susah, aku tetap cuba.

2012 yang melemahkan aku, 2012 jugaklah yang memberi aku harapan baru setiap kali aku celik mata. Aku cuba untuk berubah dengan semua semangat yang ada. Aku hampir berjaya sebab 2012. 2012 dah bagi aku pengalaman yang sangat menarik.

Mulai esok, semuanya takkan sama. Takkan sama langsung. Aku excited sebab dah 2013. Tapi aku takut, mampu kah aku nak bertahan sepertimana aku bertahan dalam 2012. Orang yang memberi semangat dah tak sama. Keadaan dah tak sama. Macam mana ? Macam mana aku nak lalui semua tu ? Aku takkan rasa selesa. Aku takkan suka 2013. Tapi. Tak sampai 3 jam pun aku jumpa dengan 2013. Takkan aku nak terus mengalah tanpa mencuba pun kan. Mungkin aku takkan suka kalau aku tak cuba. Aku tahu aku akan suka 2013 macam mana aku suka 2012.

"Don't judge the books by its cover." that's what 2012 has taught me. Mungkin 2013 akan lebih awesone dari 2012. Mana tahu. Tapi aku tetap yakin. 2012 is where all the awesomeness begin .

Dear 2012, thanks for all this experience. For all this presents (families, best friends, crush, loves) For all heartbrokens. For all mistakes. For all this best memories. For all this things. Thank you. I would never get that in others. Thanks for not letting me loses hopes. Thanks for making me stay strong. Thanks for everything. List it one by one doesn't make any sense. Its too long. There's too much memories that you've gave. Now, I'm gonna leaves you with all my tears and half of my laughs. Thank you 2012. I'll miss you. You've done great ! Good job ! Thank you thank you and thank you 2012 :') xoxo Sincerely, me.

Dearest 2013, please. Love me like 2012 did. I'm expecting nothing on you but please, let this year go on with the flow along with laughs and smiles like 2012. I know, things would never be the same. But please. Give me a better experiences, memories and prensents. I'll love you like I love 2012. Let me start this year with a big smile. Please 2013. I'm begging you. Love you :') x Sincerely, me.