Monday, January 14, 2013

Kisah ini

Sahabat. Mempunyai sahabat yang benar benar sahabat merupakan sebuah perkara yang hampir mustahil untuk diri aku. Semestinya aku ada ramai kawan tapi tidak sahabat. Bagi aku sahabat dan kawan, beri makna yang sangat berbeza sedangkan bagi hampir semua orang, maknanya hampir sama. Kawan yang aku ada tak sama dengan sahabat. Aku boleh bergaul, bergurau tapi tidak untuk berkongsi segala tentang diri aku. Ya. Aku berlakon dihadapan mereka. Kepercayaan yang aku ada tidak cukup untuk aku bercerita segalanya tentang hidup aku yang sebenarnya kurang gelak tawa.

"You can be nice with everyone but, don't ever trust them." -A

"Trust no one or you'll hurt." -unknown

Perkara yang berlaku itu merubah tanggapan aku mengenai persahabatan sebenar. Bila aku mula nak merasa erti persahabatan, aku kehilangan mereka. Aku kehilangan kepercayaan mereka dan aku terpaksa menarik kembali semua kepercayaan aku kepada mereka yang bergelar sahabat. Mereka mula mengkhianati aku. Mereka mula meminggirkan aku. Sedangkan aku tak buat apa apa. Sungguh tidak adil bagi diri aku. Kenapa ni yang aku dapat lepas aku berikan kepercayaan aku dan aku menganggap mereka sebagai adik beradik ku sendiri ? Tidak adil bagi aku. Wajarkah aku dilayan begitu ?

Sahabat. Bagi aku, tak siapa yang muncul dalam hidupku layak diberikan gelaran itu. Sahabat ? Perkataan itu tak layak wujud dalam kamus hidup aku. Aku kehilangan semuanya kerana sahabat. Aku percayakan mereka, ini yang aku terima. Mungkin ini jalan hidup yang sudah tertulis untuk aku.

Sebelum aku sempat cuba untuk membina semula kepercayaan itu dipersekitaran yang baru, aku dipermainkan. Sekali lagi aku dikhianati oleh seorang insan yang sudah aku anggap sebagai kakak aku sendiri ? Dia berkomplot untuk menjatuhkan aku. Dia menjaja cerita yang aku khabarkan kepadanya. Dia sebenarnya sudah jelak dengan perangaiku yang pada mulanya dia kata dia tidak mempunyai sebarang masalah. Ini kesudahannya ?

Aku serik. Aku dah serik dengan apa yang berlaku. Jika beginilah kisah nya jika aku mempunyai sahabat, alangkah indahnya jika aku tidak mempunyai sahabat. Biarlah aku sendiri. Biarlah aku dengan duniaku. Biarlah aku hanya mempunyai kawan kawan yang bila bila masa boleh mengkhianati aku. Itu lebih baik.

'Sahabat' yang aku ada cuma mahu ambil kesempatan. Sewaktu mereka susah, muka inilah yang dicari, nama inilah yang disebut, nombor telefon inilah yang didail. Waktu mereka senang ? Muka ini yang dihiraukan, nama ini yang dilupakan, nombor telefon ini yang diabaikan. Layakkah untuk aku gelarkan mereka sahabatku ? Layakkah untuk aku mempercayai mereka ? Layakkah aku untuk bersikap naif dan jujur dengan mereka ?

They don't know what I've been through. They don't know what I've felt. Yet they still wanna judge me ? Judge my life ? My life is the life that I live, not theirs. Why should they keep asking for me to be my own self and still judge it when I'm being myself ? We never could please society.

Selama ini, aku bersabar. Kepercayaan yang telah lama hilang, tak mungkin dapat aku kembalikan. Mungkin mereka insan yang berbeza, tetapi sikap dan perkara yang telah mereka lakukan tidak ada sedikit perbezaan pun.

Mungkin aku terlalu cepat mempercayai mereka. Mungkin itu salahku. Tapi wajarkah mereka mengambil kesempatan atas kesilapan ku ? Wajarkah aku dikhianati disaat aku menghargai ?

Setiap hari. Setiap hari aku menipu mereka bahkan diriku sendiri dengan segala gelak tawa dan senyuman yang terbit dimulutku tetapi tidak dari hati. Aku terguris dengan setiap senyuman dan gelak tawa yang aku sendiri terbitkan. Setiap senyuman itu, hatiku terdetik, sampai bila harus aku membohongi diriku sendiri ? Sampai bila harus aku teruskan semua sandiwara ini ? Aku terluka dengan setiap senyuman. Hatiku terhiris dengan setiap gelak tawa yang aku sendiri tak pasti dari mana timbulnya. Untuk apa aku bergembira sedangkan hati aku hanya menunggu masa untuk hancur sepenuhnya ? Untuk apa aku bersenang hati sedangkan air mata yang tersimpan hanya menunggu masa untuk gugur ? Semuanya kerana kepercayaan yang telah lama hilang dan tak pernah timbul lagi sejak semuanya terjadi. Adilkah semua ini untukku ?

Dear friends,
Walau secantik mana penampilan mu, masih tidak akan mampu untuk mengembalikan segala kepercayaanku yang telah lama hilang. Aku percaya, tak siapa layak untuk kepercayaan ku itu yang hanya sekuat kaca. Ya. Kepercayaan ku hanya sekuat kaca. Kerana itulah ianya mudah hancur. Aku masih boleh menerimanya jika ianya dihancurkan sekali. Setelah pulih, kepercayaanku sekali lagi dihancurkan. Kenapa kau melakukan semua ini kawan ? Aku mungkin bukan kawan yang terbaik, tapi aku juga layak untuk mendapat layanan yang terbaik, kan ? Tinggalkan aku sebelum aku disakiti. Tinggalkan aku jika aku hanya membawa kedukaan dalam hari hari mu. Tinggalkan aku sebelum aku berharap lebih tinggi dengan hubungan persahabatan ini. Semua yang berlaku adalah kenangan manis bagiku. Tetapi aku masih tidak mampu menaruh kepercayaan dan harapan kepada mu. Salahkah aku meminta kawanku meninggalkan aku ? Salahkah aku berterus terang ? Salahkah aku tidak mempercayai kawan ku ?

Kawan,
Seribu kali kau meminta untuk aku mempercayaimu, aku tidak mampu. Walau untuk sekali. Aku tidak memilih kasih. Aku tidak memilih kawan. Cuma aku hanya mampu berharap kau mempercayaiku. Aku hanya mahu kau merasakan bahawa aku hadir disetiap tangis dan senyuman mu. Bukan hanya disetiap tangisan. Aku memerlukan mu. Maafkan aku kawan. Aku tidak mampu menunaikan permintaanmu untuk aku mempercayai setiap kawan milikku.

No comments: