Tuesday, January 29, 2013

Rahsia dalam diri

Aku harus redha. Terima semuanya dengan tenang. Mungkin ini takdir hidupku yang ditentukanNya. Lupakan semua, mulakan hidup yang baru. Itu yang ingin aku lakukan sejak dari dulu. Tapi kekuatan yang aku ada tidak mampu untuk aku teruskan. Aku masih takut untuk meninggalkan semua sedangkan, mungkin itu jalan yang terbaik.

Kekuatan yang aku ada tidak mampu untuk aku melaksanakannya. Ku rasakan seolah olah kekuatan itu ditahan oleh sesuatu yang tak mahu melepaskan aku bergerak kehadapan. Mengapa ini yang harus terjadi ?

Aku mahu meninggalkan semua ini. Aku mahu hidup dalam hidup ku tanpa perlu memikirkan orang lain yang hanya melukakan diriku sendiri. Aku tak mahu diriku terlalu mudah mempercayai orang sedangkan mereka hanya tahu mengkhianati dan melukai.

Aku pernah merasa putus asa. Tapi aku tahu aku tak boleh. Aku tak boleh putus asa. Ini bukan aku. Aku tetap menjalani harianku dengan harapan yang sungguh besar bahawa hari ini akan menjadi lebih baik dari semalam dan hari hari sebelumnya. Tapi kadangkala aku takut untuk berharap. Aku takut semuanya hanya akan menyakitkan aku lagi.

Aku mahu pergi. Biarlah apa orang nak kata. Hidup aku, harus aku sendiri yang tentukan. Mereka hanya menghias hariku sahaja. Bukan mengawal.

Andai aku pergi, aku mahu mereka merasakan kepergianku. Aku mahu mereka menyesal dengan segala perbuatan mereka. Aku mahu mereka turut merasakan kekecewaan yang aku rasakan. Aku mahu mereka terima apa yang mereka lakukan. Aku mahu mereka merinduiku. Aku mahu mereka rasakan kehilangan.

Aku benar benar rasa ingin pergi. Jika boleh aku menjerit sekuat hati, telah aku lakukan. Aku ingin mengeluarkan semua rasa dan perasaan yang tersimpan. Pada siapa harus aku luahkan ? Dengan cara apa ? Aku sudah terlalu penat menangis. Itu rutin ku. Aku penat dengan semua sandiwara hidup.

Apa yang aku lakukan ada maknanya sendiri. Senyuman yang aku berikan, aku berharap ianya dapat menutup kesedihanku. Gelak tawa yang aku hamburkan, aku menutup semua kekecewaan dan keperitan dalam hati yang jelas kelihatan di mata ku jika diamati. Kata kata gurauan yang aku ucapkan, menyembunyikan seribu kedukaan dihati yang telah lama tersimpan.

Sampai bilakah harus aku begini ? Hidup didalam kedukaan, kekecewaan, keperitan, kesedihan yang hanya aku saja tahu. Sampai bila aku harus hidup dalam kepura puraan dihadapan mereka ? Mampukah aku untuk terus begini ?

Aku ingin pergi. Pergi jauh meninggalkan mereka. Aku tak mahu hidup didalam kepura puraan. Aku tak mahu terus menjadi pemain sandiwara ini. Aku mahu pergi. Jauh dari mereka.
Meninggalkan semua ini.

No comments: