*KLING*
"Hi! Welcome!"
Bunyi loceng dipintu kedai itu menandakan ada pelanggan yang masuk disambut mesra oleh seorang wanita cina yang berada dikaunter dengan senyuman manis. Gadis berambut pendek aras bahu itu berjalan sambil tersenyum menuju ke kaunter tersebut.
Itu pertama kali dia menjejakkan kaki ke kedai muzik sedemikian. Selama ini, hanya pernah lalu saja. Minat tu ada dalam bidang muzik cuma dia tidak cukup berani mahu mendalami bidang itu. Takut orang mengata katanya. Padahal confidence level tu rendah.
"Hi. I dapat tahu sini ada buat piano class. Is it still available?" soalnya dengan sopan.
"Hi. Ada. Still available." jawab wanita cina yang usianya dalam lingkungan 40-an.
"I hope tak ada had umur." balasnya sambil tergelak kecil.
"Oh taklah. Tak ada. So, you mahu sign up untuk siapa?"
"For myself actually. I minat muzik but baru sekarang berani nak belajar secara serius."
"Baguslah kalau you sendiri ada minat muzik. Tak perlu takut-takut. Sini semua tak makan orang. So, you don't have to worry." gurau wanita itu. Dia boleh rasakan gadis tu sedikit gementar. Mana tidaknya, sebelum ini dia tak pernah hadiri mana mana kelas kemahiran.
Dia beredar dari kedai tersebut selepas mengisi borang dan membayar yuran pendahuluan untuk kelas piano itu.Tidak sabar mahu menghadiri kelas itu. Dia teruja.
*************************************
Pagi hujung minggu itu, selepas bersenam di tasik kawasan berdekatan rumahnya, dia bersedia untuk hadir ke kelas piano yang ditunggunya sepanjang minggu. Dia melangkah sekali lagi ke kedai muzik yang dikunjunginya minggu lalu dengan perasaan yang gemuruh. Kelas piano itu kelas yang pertama buatnya.
Dia menunggu dibahagian hujung kedai itu. Kata wanita cina tempohari, Madam Wong, kebiasaannya memang hanya seorang pelajar yang diajar seorang guru supaya memudahkan sesi pengajaran. Mendengar kata kata Madam Wong, dia semakin gemuruh. Dihujung kedai itu terdapat barisan keyboard dan piano disusun rapi. Matanya tertarik pada satu jenis piano klasik dipenjuru dinding. Tangannya gatal mahu menyentuh dan cuba menekan satu not piano itu. Matanya terpukau dengan seni reka piano itu membuatkan tangannya tak henti menyentuh piano itu walaupun dia masih belum mahir.
'Kan best kalau aku dah reti main. Lagi best kalau dapat main piano ni. Hmm.'
"Ehemm." Lamunannya terhenti apabila terdengar satu suara garau yang menegurnya dari belakang. Jantungnya yang sudah reda dari berdegup kencang kini kembali gementar. Dia bingkas bangun dari kerusi piano itu dan menoleh kebelakang. Dia cuak.
"Seronok main? Kalau macam tu tak payah la saya ajar lagi." ujar lelaki itu sambil menghampirinya. Matanya terkebil kebil. Lelaki itu tergelak.
"Saya Ashraff. Awak pernah main piano sebelum ni?" Gadis itu sedikit terkejut mendengar kata kata Ashraff sebentar tadi.
'Takkanlah dia ni yang ajar aku? Ya Allah. Biar betul?' bisik gadis itu dalam hati.
Dia diam tidak menjawab pertanyaan Ashraff. Entah sampai kemana dia mengelamun.
"Hello? Awak? Dengar tak apa yang saya cakap ni?" Ashraff melambai lambaikan tangannya dihadapan mata gadis itu.
"A...apa dia?" Gadis itu tersentak.
"Berangan rupanya. Tak. Pernah main piano tak?" Ashraff menghela nafas kecil.
"Tak. Tak pernah." geleng gadis itu. Dia masih tidak berganjak dari tempatnya berdiri sebelah piano itu sementara Ashraff sudah mengambil tempat duduk dikerusi piano itu.
"Nama, siapa?" soal Ashraff tenang.
"Aina Fareka. Boleh panggil Eka je." jawab Eka. Ashraff hanya mengangguk. Jari Ashraff pantas berlari dipapan bunyi piano itu memainkan lagu balada. Eka tak pasti lagu apa tapi yang pasti dia suka lagu tu. Merdu bunyinya.
******************************************
"Macam mana? Kelas piano kau? Okay?" soal Mastura, rakan serumahnya yang juga teman baiknya sejak kecil.
"Boleh la." jawab Eka sambil lewa. Matanya leka menonton drama kegemarannya dikaca televisyen ruang tamu rumah mereka.
"Best tak? Siapa ajar kau? Cikgu tu lelaki ke perempuan?" soal Mastura bertubi tubi. Entah kenapa Mastura pula yang excited nak tahu tentang kelas pianonya.
Bila Mastura menyebut tentang cikgunya dikelas piano itu, fikirannya tiba tiba teringatkan Ashraff, guru pianonya. Ada sesuatu tentang Ashraff yang menariknya. Dia kagum dengan kemahiran lelaki itu. Dia terbayangkan raut wajah Ashraff ketika mengajarnya pagi tadi. Tegas tapi lembut dan sabar.
"Oi! Aku tanya kau, kau berangan eh?" Eka tersentak lalu tergelak.
"Apa? Cikgu tu okay lah. Cikgu lelaki." jawabnya selamba. Mastura memandangnya dengan penuh tanda tanya. Dia berminat nak tahu tentang cikgu Eka tu.
"Lelaki? Serius? Handsome tak?"
"Boleh lah."
"Wahh untunglah kau."
"Apa untungnya? Mengarut lah kau."
"Belajar pasal piano. Bukan cinta. Ingat tu." gurau Mastura. Mereka bergelak ketawa memecah sunyi malam rumah itu memandangkan hanya mereka tinggal berdua.
************************************************
Sudah dekat dua bulan Eka belajar piano disana. Setiap hujung minggu kelasnya. Eka pula semakin mahir memainkan piano. Semua hasil tunjur ajar Ashraff. Eka nak belajar sampai mahir. Dia nak mainkan lagu yang sama seperti lagu yang dimainkan Ashraff dulu. Tidak dinafikan mereka semakin rapat dan semakin akrab. Akan tetapi, Ashraff tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia sukakan Eka. Ashraff tak banyak bercakap. Dia hanya bercakap mengenai alat muzik sahaja. Eka tak kisah. Eka selesa begitu.
"Saya nak nombor telefon awak. Boleh?" soal Ashraff tenang. Eka yang jadi tak tentu hala dengan soalan tu. Biar betul Ashraff minta nombor telefonnya. Dia seakan tidak percaya.
"Aina Fareka, saya nak nombor telefon awak, boleh tak?" soal Ashraff kali kedua. Kali ini dengan nada sedikit tegas. Garangnya.
Eka mengeluarkan sehelai kertas dari beg tangannya lalu dihulur kepada Ashraff sambil tersenyum.
"Saya balik dulu." Eka beredar meninggalkan Ashraf disitu. Kertas tadi dilihatnya sambil tersenyum gembira.
******************************************
*tut tutt*
One message received
Bunyi telefon pintarnya yang berada di atas meja bilik menarik perhatiannya.
Unknown number: Hai?
Eka keliru. Siapa pula yang menghubunginya malam begini. Tiba tiba dia teringatkan dia ada memberi nombor telefonnya kepada Ashraff tempohari. Ada juga dia menunggu panggilan dari Ashraff tapi hampa. Kali ni, dia yakin ini Ashraff.
Eka: Ashraff?
Unknown number: Busy?
Eka: Come on. Jawab please. Are you Ashraff?
Unknown number: Nampaknya awak memang tunggu saya contact awak. Are you?
Eka: ............
Ashraff: Eka, are you there?
Eka: yes.
Ashraff: Jadi betul lah awak tunggu saya contact awak sejak hari awak bagi saya nombor ni?
Eka: Well Encik Adam Ashraff, awak yang minta. Bukan saya yang bagi.
Senyuman lebar terukir dibibir manis milik Eka. Dia lega akhirnya Ashraff menghubunginya. Perbualan itu berlangsung hingga kelewat malam.
*******************************************
Hujung minggu itu Eka datang ke kedai muzik itu seperti biasa. Ini kelasnya yang terakhir sebelum tempoh pembelajarannya seperti yang dijanjikan tamat. Berat hati nak menamatkan sesi pembelajaran itu tamat.
Sepertinya Ashraff masih belum tiba. Dia mengambil tempat di piano yang pertama kali dia tertarik. Jarinya perlahan memulakan rentak. Alunan muzik yang bermain di piano itu memukau mindanya diawang awangan. Dia terjatuh didalam melodi itu sehingga itu tidak menyedari Ashraff berada dibelakangnya.
Ashraff memberikan tepukan setelah Eka selesai. Pipinya merah. Dia tidak perasan sejak bila Ashraff berada dibelakangnya.
"Bagusnya. Siapalah yang ajar ni kan? " riak Ashraff. Spontan Eka menyiku perut Ashraff. Mereka tergelak.
"Tahniah. Walaupun belum expert, tapi boleh lah, untuk orang baru belajar macam awak ni. Not bad."
"Terima kasih selama ni mengajar saya. Dari saya tak tahu apa apa, sampailah saya boleh main dah piano ni. Terima kasih banyak."
"Terima kasih je?"
"Dah tu?"
"Belanja la makan ke, wayang ke. Terima kasih je saya pun boleh cakap." mereka tergelak. Ashraff sudah banyak berubah dari pertama kali mereka berbual.
"InshaAllah." mendengar jawapan Eka, Ashraff tersenyum. Nampaknya ada peluang untuk dia bertemu lagi dengan Eka.
Eka memainkan lagu pilihan mereka, River Flows in You oleh Yiruma. Eka suka lagu tu. Tenang. Mendalam maknanya. Ashraff bersandar di sisi piano itu tekun mendengar alunan muzik indah itu. Mereka berdua terbuai didalam melodi melayan perasaan yang tidak pasti. Apa yang pasti, mereka berat hati untuk berpisah dan berjumpa hanya setakat ini.
************************************************
No comments:
Post a Comment