Thursday, April 9, 2015

[CERPEN] Kerana Hati itu Selamanya Untukmu

Hujan lebat membasahi bumi. Hujan lebat selebat airmatanya. Hatinya pasrah. Dia rela. Dia redha jika itu takdir Allah. Tiada apa yang boleh dihalang.

"Jodoh pertemuan, ajal maut itu semua ketentuan Allah. Saya bersyukur dapat kenal awak. Dapat jumpa awak. Kalau saya pergi dulu, awak jangan menangis. Saya tak ada nak pujuk awak nanti."

Tiada satu patah perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu mampu dilupakannya. Haruman minyak wanginya, suaranya, pandangan matanya, tutur bicaranya, gerak gerinya, senyumannya, gelak tawanya, pendek kata segala-gala tentang lelaki itu tidak mungkin dilupakan.

Impian mahligai yang bakal terbina musnah sekelip mata. Dia terkilan. Bukan ini caranya untuk mereka berpisah. Tapi apakan daya, takdir Allah, siapa dia untuk menghalang.

**********************************

Sakit, perit, pedih ibarat ditikam tepat ke hati apabila menerima berita itu. Gelap dunianya. Seperti ada yang menghalang cahaya. Ya. Lelaki itu, Hafees Erfan, adalah cahaya hidupnya selepas dia kehilangan kedua ibubapanya dalam satu tragedi kemalangan jalan raya. Hafees Erfan memberi sinar harapan baru untuk dia menerima takdir Allah. Hafees Erfan mendampinginya dalam setiap tindak tanduk keputusan.

Dua minggu lagi, ya dua minggu lagi mereka bakal disatukan. Dia menyayangi Hafees Erfan lebih segalanya. Dia hanya punya Hafees Erfan dalam hidupnya. Hati siapa yang tak hancur bila bakal pembimbing hidup pergi untuk selamanya. Dia tak cukup kuat untuk berhadapan seorang diri. Dia tak cukup mampu untuk berdiri tegak pandang kehadapan tanpa semangat dari Hafees Erfan.

*******************************

"Boleh saya tolong?" kepalanya mendongak tepat ke arah lelaki yang tiba tiba muncul dari sebalik keretanya yang tersadai ditepi jalan. Entah apa masalah kereta ni malam malam pula nak buat hal.

Dari riak mukanya, jelas kelihatan dia terkejut. Dia tidak tahu bagaimana mahu beri reaksi kepada lelaki itu. Dia takut.

"Saya Hafees Erfan. Boleh saya tolong awak? Ada apa masalah?"

"Tak. Tak ada apa. Errr... Saya... Saya okay." jawab dia dalam nada yang tersekat sekat. Dia tidak yakin lelaki ini benar benar mahu membantunya.

"Abang. Kenapa? Kereta akak ada masalah ke? Abang tak boleh tolong akak ni ke?" muncul pula seorang gadis dari belakang lelaki itu. Entah isterinya atau adiknya, dia juga tidak pasti. Yang dia pasti gadis itu kelihatan muda dari usianya.

"Macam nilah cik, apa nama awak?"

"Zehra. Aisha Zehra."

"Cik Aisha Zehra. Kereta awak rosak kan? Saya tolong? Boleh? Bahaya awak sorang dekat sini malam macam ni."

"Macam mana?"

"Saya akan call kan mechanic dan tow-truck maybe dorang boleh tolong bawa kereta awak ke bengkel. Dan awak saya hantar kan ke rumah. Boleh?"

"Kereta saya?"

"Kita pergi lepas tow-truck datang bawa kereta awak ke bengkel. Mungkin esok awak boleh datang ke bengkel untuk tahu apa masalah kereta awak."

"Jomlah akak. Abang Erfan akan hantarkan akak ke rumah. Bahayalah akak dekat sini. Takpe. Akak jangan risau. Abang takkan berani buat apa-apa dekat akak. Haira ada." tutur gadis itu.

Entah kenapa kepalanya mengangguk setuju menerima pelawaan mereka. Kakinya juga turut melangkah mengikuti Haira. Sebenarnya dia risau. Manusia zaman sekarang bukannya boleh percaya sangat.

'Betul ke keputusan aku ni? Boleh ke aku percaya? Entah-entah, dorang nak jual aku dekat siam. Ish. Selisih. Cubalah fikir tu positif sikit. Orang nak tolong. Dah naik kereta baru nak fikir orang nak jual kau la apa lah. Ish.'

***************************************

Kebetulan yang tak disangka. Peristiwa yang dianggap malang itu rupanya titik tolak permulaan bagi pertemuan mereka. Pertemuan hidup yang bahagia.

**************************************

"Kenapa awak berhenti bila nampak saya dekat tepi jalan tu? Awak, tak takut ke?" soalan yang sudah lama disimpan olehnya. Dia benar-benar mahu tahu mengapa Hafees Erfan bertindak membantunya malam itu.

"Sebab saya ikut naluri hati." serentak itu dia menjeling Hafees Erfan. Dan serentak itu juga gelak tawa Hafees Erfan memecah keheningan malam.

"Ha ha. Sweet sangat lah tu konon." sindir dia.

"Okay okay. Sebenarnya saya pun tak tahu kenapa saya boleh berhenti malam tu."

"Tipu. Tak takut ke?"

"Nak takut apa?"

"Yelah. Malam malam, ada orang kereta rosak tepi jalan. Kot kot hantu ke, orang perangkap awak nak merompak ke. Awak mana tahu."

"Oi cik kak. Ada ke hantu pakai jeans dengan sweater? Kalau saya tak datang, mungkin awak yang kena rompak."

ayat Hafees Erfan yang terakhir itu buat dia terdiam dan berfikir sejenak. Mungkin benar apa kata Hafees Erfan. Jika lelaki itu tidak datang membantunya, mungkin dia telah dirompak pada malam itu.

****************************************

"Saya berhenti bukan sebab saya nak mengurat awak. Jangan perasan sangat. Saya berhenti sebab saya tak sampai hati tengok awak sorang sorang tengah malam tepi jalan gelap macam tu. Macam mana kalau yang dekat tepi jalan tu adik saya? Keselamatan seorang perempuan itu terletak dibahu setiap lelaki yang berselisih dengannya. Saya anggap itu tanggungjawab saya. Kalau orang nak merompak, dan tanggapan saya, niat saya salah, itu terpulang."

Terharu mendengar ayat dari seorang lelaki yang amat dicintainya. Terasa diri selamat berada disamping lelaki itu. Tidak banyak yang diminta, hanya minta untuk kekal bersama.

****************************************

"Saya tak mampu nak jaga awak sampai bila-bila. Tapi saya berjanji selagi saya bernafas, saya akan jaga awak. Awak hidup saya. Kekurangan saya, saya minta maaf. Kelebihan awak pelengkap saya."

***************************************

Genap setahun pemergian lelaki itu kerana tragedi menyayat hati. Genap setahun hatinya tertutup untuk insan lain. Bukan soal tiada yang mahu, ini soal hati. Tiada yang mampu mengganti Hafees Erfan dihatinya.

Angin laut meniup lembut wajahnya. Cahaya dari matahari hampir senja sangat indah. Hafees Erfan suka tengok matahari terbenam. Dia masih disini, di tempat pertama mereka mengetahui isi hati masing-masing.

*************************************

"Saya ada benda nak cakap. Hmm..." tutur Hafees Erfan perlahan. Dia gugup. Tidak tahu bagaimana mahu memberitahu gadis itu tentang perasaannya.

"Its now or never abang. Kalau abang betul suka dan sayang akak, abang kena cakap juga. Or you will lose her forever." terngiang kata-kata Haira dikotak mindanya. Dia perlu meluahkan isi hatinya. Aisha Zehra perlu tahu apa yang terkandung dalam hatinya.

"Errr... Awak... Awak suka saya tak? Sebab saya suka awak." dengan senafas Hafees Erfan mengeluarkan kata. Tercengang Aisha Zehra dibuatnya. Akhirnya dia ketawa. Tanpa henti.

"Aisha Zehra binti Rosli. Saya, Hafees Erfan bin Kamarul, nombor IC nak tak? Kalau taknak tak apa. Saya suka awak. Saya suka kan awak, sejak kali pertama saya nampak awak. Dan saya mula sayangkan awak lepas kita kerap jumpa dan sekarang, saya dah jatuh cinta dengan awak. Saya nak habiskan hidup saya dengan awak. Awak nak kahwin dengan saya tak? You better say yes sebab saya dah cakap dengan mama nak masuk meminang awak and mama agreed. Please. Kalau tak, saya terpaksa cari orang lain untuk dipinang."

Untuk kali kedua dia terkaku mendengar ayat yang lancar keluar dari mulut Hafees Erfan seperti sudah dihafal sejak dari mula. Matanya terkebil kebil keliru. Dia masih tidak percaya. Tapi otaknya sudah dapat menangkap apa yang cuba disampaikan Hafees. Lelaki pujaannya melamar dirinya untuk dijadikan isteri. Sukar untuk dipercaya.

"Whoa! Laju sangat tu encik Hafees Erfan bin Kamarul. Erm... Saya... Erm... Tak payah kot awak susah susahkan diri nak cari orang lain untuk dipinang. Kalau awak pinang orang lain, siapa nak pinang saya?" kali ni, gilirannya untuk gugup menyusun kata setuju. Takkan terus nak cakap yes. Sebagai seorang gadis, malulah.

"yes?" soal Hafees Erfan kali kedua.

"yepp?" jawab dia gugup.

"Alhamdulillah. Fuhhh..." ucap Hafees Erfan lega.

Senyuman tak lekang dari bibirnya sepanjang minggu. Sama juga Aisha Zehra. Mereka bahagia. Tidak sabar mahu disatukan.

******************************************

Telefon pintar milik Hafees Erfan berada didalam genggamannya. Ibu bapa Hafees Erfan memberikan hak kepada Aisha untuk menyimpan barang peribadi milik Hafees. Mereka tahu, Aisha selayaknya.

Didalam telefon pintar itu terkandung gambar gambar kenangan mereka. Video Hafees menyanyi untuknya juga disimpan. Setiap kali dia merindui lelaki itu, gambar dan video itulah yang ditatap tanpa jemu. Jujur dia amat merindui lelaki itu. Seperti baru semalam mereka bertemu. Ada satu aplikasi didalam telefon pintar itu yang tidak pernah dibuka. Terdetik hatinya mahu mengetahui apa isi didalam.

"Saya sayang awak. Andai kata antara kita bukan untuk selamanya, andai tiada Jodoh antara kita, andai kata yang pergi dulu itu saya, siapa kita untuk menidakkan ketentuan Allah, saya harap awak relakan saya pergi. Awak tak boleh sedih.  Saya tak sanggup nak tengok awak sedih tapi saya tak ada nak pujuk. Saya nak awak jaga diri. Jangan lupa semua yang pernah kita janji. Awak janji nak jaga diri even bukan dengan saya. Saya sayang awak. Selamanya saya, Hafees Erfan sayang awak, Aisha Zehra. Move on sayang. Jangan tangisi kepergian saya. You deserve happiness even without me. Smile and laugh my dear. I'll take care of your love from here. Jaga diri. Saya sayang awak."

Antara kata terakhir yang terkandung. Airmata mengalir deras. Sungguh dia merindui hero yang membantunya malam itu.

***************************************

"Kata orang, perasaan manusia itu berubah. Tapi tidak cinta dan sayang saya untuk awak. Walau beribu batu atau selamanya awak pergi, saya akan pertahankan rasa sayang ni. Maafkan saya andai saya berdusta. Saya redha. Saya lepaskan awak pergi. Tapi cinta awak takkan pernah saya lepaskan. Tunggu saya. Saya, Aisha Zehra, amat sayangkan awak, Hafees Erfan. See you soon, abang."

No comments: