Baca tajuk aku. Direct gilaa kan. Memang aku tengah tak puas hati gila. Marah ni marah *dahi kerut kerut*
Tak. Actually pasal sorang customer ni. Haihh geram pulak aku bila nak cerita balik.
Semalam, kan ada special member day amenda bagai, so kat tempat aku tu gila dahsyat punya crowded. Dia punya ramai orang tu, pehh tak payah cerita. *tetap nak cerita jugak* Dengan shopping cart customer bawa masuk even kt tempat sempit pun nak sumbat jugak, dengan baby stroller nya lagi, dengan bebudak yang sangat lah bajet comel berlari berkejaran macam dia ingat tempat tu playground tempat dia happy happy. Rimas. Tersangat rimas. Rasa nak hempuk je bebudak tu dengan kotak kasut yang banyak tu. Kejam gila kan aku. Kalau ikut hati nak je aku tampal tanda kat depan tu "No trolley, No Baby Stroller, No Kids !!!" Haa kan. Yg No Kids tu yang paling kejam.
Ada lah sorang I mean dua orang ni, couple lah senang kata kan, customer ni, aku pun taktahu nak kata dia orang apa, tengok muka macam india tapi cara cakap macam bangla ke nepal gitu, aku pun tak sure. Tapi girlfriend ke wife dia taktahu la kan, for sure indonesian. Okay bukan nak cerita pasal racist kat sini eh. Kau kalau aku cakap indonesian ke apa mesti nak racist kan. Hempuk kang. Aku serve dia nak dekat 1 jam. Disebabkan dia nak beli kasut yang agak tinggi nilainya kan, aku pun dengan bermurah hati disertai dengan senyuman manis, serve dia even dia punya cekadak, melampau !
Dah la banyak cekadak, cakap siap nak marah aku. Bangangg ke apa. Ingat aku apa ?! Yang lelaki bajet banyak duit, yang perempuan mengada ngada taktahu nak decide kasut yg mana nak beli. Penat k aku layan. Macam aku takde customer lain je kan. Actually, dia pilih kasut takde la banyak pun, 2 patern je pun. Tapi dia punya ngengada tuu. Haihhh mintak kaki rasanya. Kasut tu design nya exclusive, so size yang ada pun limited. Semua nya sepasang je, bila aku dah kata size dia dah habis, dia tetap nak size tu jugak. Aku nak cakap macam mana pun dah taktahu dah. Aku punya supervisor, Miko memang sukaaaa sangat cakap kuat kuat sampai satu department pun boleh dengar. Customer tu marah marah sebab aku kena marah dengan Miko. Padahal Miko tu tak marah, dia cuma cakap kuat macam marah marah. Customer tu siap suruh aku marah Miko tu balik. Seriously, aku malas gilaa plus fed up nak layan customer tu. Beli 3 kasut, 2 kasut yang sama, saiz je lain. Satu besar, satu kecil. Dah tahu tak fit in kat kaki, yang nak beli jugak kenapa. Ni lah punca punca. Buat orang sakit hati je. Lepas tu tak tahu Miko buat deal apa tah dengan dia. Dah bagi padding satu nak 2. Wak dia. Sesuka hati. Orang dah bagi da bagus. Apa benda padding tu ? Aku tak menyediakan perkhidmatan google translate kat blog ni, so korang boleh pergi search kat google translate tu sendiri apa dia makna padding k. Masa aku nak dekat 1 jam setengah habis nak serve dia je. Nasib beli. Bila dia dah blah dah ambil kasut dia semua, lega gilaa rasa. Tu lagi dia kata kalau nak tukar size nanti dia datang lagi tukar sebab dia ada order kasut dengan Miko. Tinggal kan number phone lagi siap. Cakap nak marah. Aku syak Encik ni tak bole cakap slow slow agaknya.
Penat tahu tak, nak layan customer yang serupa gini. Ye. Aku tahu customer always right, in fact, kitorang selalu di ingatkan pasal tu. Tapi tahu tak korang yang jenis customer yang macam aku ceritakan tu lah yang buat spoiled mood kitorang. Dan akan effect cara kitorang serve customer lain. Yelah, bila customer tadi dah buat kita takde mood, takkan kita tetibe nak senyum entah kenapa bila serve customer lain. Dan cuba kau bayang kan apa effect dia dekat customer seterusnya. Kalau customer seterusnya tu makcik tua dan kitorang memang down gilaa sebab customer sebelumnya marah marah. Tapi setakat ni Alhamdulillah, tak pernah lagi aku serve customer nak taknak disebabkan customer sebelumnya.
So untuk customers sekalian, tolonglah repect kitorang yang kerja dibawah pengendalian customer service. Kitorang tahu customer tak suka dilayan secara kasar, dan kitorang pun taknak layan anda begitu. Tapi pernah tak anda terfikir yang kitorang juga manusia yang perlu anda hormat. Ya. Hormatlah kami. Jangan ingat kami berkerja untuk melayan anda, anda boleh buat kami macam hamba abdi. Suka hati kau je kan. Sekali aku hempuk kau guna kerusi yang kusyen dah koyak tu kang, koyak muka kau haa. Lepas tu sibuk nak pergi customer service center nak buat aduan service tak memuaskan konon. Eh tolong ah. Repect kitorang kalau nak kitorang serve korang dengan penuh kasih sayang.
No comments:
Post a Comment