Thursday, May 31, 2012

Tragedy of May

May. Semuanya serba tak kena. Bulan ni bulan yang teruk sangat. Aku tak sangka aku akan lalui bulan yang paling teruk dalam hidup aku. Yes. April antara bulan terbaik dalam hidup aku. dan sekarang, May, antara bulan terburuk dalam hidup aku. or in easy word, Worst month ever !

First week of May : 
Everything flows like usually. A happiness in April still didn't end. I hope May will be the way more better than April. Hopefully.

Second week of May : 
Everything starts to turn upside down from what I've thought it will be. There's nothing that hurt me much than knowing everything that he'd told me is a lie. EVERYTHING ! and your words, broke my heart into pieces. How could you ? I trust you, and this what you've done to me ? Great ! Now, leave me alone ! I want to get rid of you from my mind. You don't deserve to be in my heart.

Third week of May :
Semua nak berhenti kerja. Semua tinggalkan aku. Kenapa ? tp aku faham, tu semua untuk masa depan korang jugak kan. Orang yang selalu rapat dengan aku pun dah semakin jauh. Semuanya berubah. Apa yang aku dah buat ? Kenapa korang dah tak macam dulu ? Kenapa ? Aku lukakan korang ke ? 

Last week of May :
I did. Aku dah lupa kan kau. 98%. Tapi sekarang, kenapa kau datang balik ? Kenapa kau muncul balik ? Nak kecewa kan aku lagi ? At the time that I need you much, where are you ? ohh yah. you was there, but to hurt me more. Last two weeks you've said, you love her right ? you have her. and now ? you claimed that I am your girlfriend ? How many times you want to hurt me ? I'm tired to glued my heart that you've stole and gave it back in pieces. I'm sick of your games ! 

Hopes of June : 
I didn't hope much. I just hope everything would be more better than May. If in June there's no laughter like April,March and February, I wish there will be less tears than May. I WISH. Please June. Make it happen. I'm begging you. MAKE IT HAPPEN !

Tuesday, May 29, 2012

Dulu. Sekarang ?

Dulu,
Hampir setiap malam kita on the phone. Hampir setiap pagi awak kejut saya. Hampir setiap kali waktu makan awak text saya. Hampir setiap kali saya balik kerja awak call saya. Sekarang ? Saya rindu waktu tu. 

Kalau tak dengar suara awak satu hari, semuanya tak kena. Saya macam tak boleh buat kerja. Risau. Mesti saya fikir, apa yang awak buat sekarang. Awak borak dengan siapa. Tapi, saya faham, awak kerja, kan ? 

Kalau boleh, saya nak awak sentiasa tahu yang awak ada dalam hati saya walau dengan siapa pun saya borak. Saya nak tahu, saya pun sentiasa ada dalam hati awak juga ke ?

Saya risau bila awak kata awak marah staff perempuan tu sampai menangis. Saya risau, awak akan buat saya menangis juga ke ? Tapi bila awak janji awak takkan, hati saya lega. 

Even time tu awak tengah lepak dengan kawan-kawan awak kat luar, awak tetap call saya, bagitahu apa awak buat sebab awak taknak saya tertunggu-tunggu. Sampai kita bertekak sebab saya paksa awak hung up call sebab nak awak spend time dengan kawan awak. tp awak tak marah saya, awak mengalah jugak. 

Kalau time saya kerja, saya call awak, mesti awak suruh saya hung up. Awak taknak saya kena marah dengan manager, tapi saya degil. Saya nak juga borak dengan awak. Awak kata awak risau kalau saya kena marah dengan manager and phone kena rampas. tapi awak dengar juga apa yang saya bebelkan. 

Awak selalu call saya, layan saya cakap. Even time tu awak baru balik kerja pukul 1 pagi dan sangat penat. tapi awak cakap, awak tak penat. Awak dengar jugak saya nak cakap apa tapi bila turn awak cakap, tak sampai 5 minit awak bercakap, saya dah menguap. Sampai kadang-kadang saya terus tertidur masa awak tengah cakap. Kejamnya saya, kan ? 

Awak tahu-tahu je bila saya tengah bosan atau bila saya tengah ada masalah. Macam awak letak CCTV lepastu upah Spy suruh ikut saya. Psycho nya awak. Awak mesti call saya pada masa tu jugak. Suruh saya cerita kan semuanya. Suara buruk saya menangis melampau ditengah-tengah malam sebab dia pun awak still kata suara saya comel.

Dulu, awaklah bestfriend saya, boyfriend saya, abang saya. Walaupun tak siapa pun tahu siapa awak di hati saya, even kawan saya sendiri, biarlah saya dan awak saja yang tahu sebenarnya.

Dan sekarang, kenapa semuanya berubah dalam sekelip mata ? Saya tahu, saya bukan sesiapa dengan awak. Tapi kenapa benda ni berlaku cepat sangat ? Mungkin 3 bulan kita kenal masih tak cukup untuk saya faham awak dan untuk awak faham saya. Tapi kenapa dengan cara ni ? Saya belum cukup kenal awak. dan saya nak kenal dgn awak lebih lagi. Saya nak awak tahu apa yang ada dalam hati saya sebenarnya. Saya perlu kan lebih masa untuk beritahu awak perkara yang sebenar-benarnya.  Tapi saya rasa saya macam tak ada peluang je nak bagitahu awak semua tu. Kalau saya tak bagitahu, awak akan tahu juga tak nanti ? :)

Monday, May 28, 2012

Jika

Ya Allah ya Tuhan ku,
Jika dia bukan jodohku, 
Kau jauhkanlah kami,
Kau pisahkanlah kami,
Kau bebas kan kami dari segala rasa ini. 

Ya Allah ya Tuhan ku,
Jika dia jodohku, 
Kau kuatkanlah ikatan ini, 
Kau rapatkan hubungan kami,
Kau satukan hati kami ,
Kau buangkan segala rasa curiga ini.

Ya Allah ya Tuhan ku, 
Jika dia tidak dicipta untukku, 
Kau bawalah dia jauh dari pandanganku,
Kau berikanlah yang terbaik buat kami,
Kau tetapkan hubungan kami sebagai sahabat. 

Ya Allah ya Tuhan ku, 
Jika dia dicipta untuk ku, 
Kau satukan kami, 
Kau panjangkan jodoh kami,
Kau kuat kan kasih sayang antara kami. 

Ya Allah ya Tuhan ku, 
Aku terima segala yang telah Kau aturkan untuk ku,
Kerana ku tahu, itu yang terbaik,
Pertemuan itu dan perpisahan ini, 
Aku yakin itu yang terbaik,
Aku bersyukur atas semua yang berlaku. 

Terima Kasih Allah :)

Sunday, May 27, 2012

Four of us :')

Yeah, we didn't always get what we want in our life. There's must be something that we get and the other thing we must let it go for everyone's sake. Its hurts. 

In this story, four of us, we've let go everything that we think deserves better. He let me go because I choose you. I let you go because you choose her. and you let her go because she choose to be happy with a guy who she loves and loves her back. At the end, we all didn't get what we want because we're hoping for someones better. 

Four of us, doesn't meant to be with each other as more than friend. Its written in fate that we only deserves to be a friends and always be there for each other when needed. Nothing more than that. 

Friends is better than enemies. Even though we've been through all things together and get hurt by that, we still stick together as one. and I hope, we'll remain as friends. 

Just a friend

FYI, I have nothing to do with that guy called Khairul Fahmi. He just a friend. Airin tu je yang lebihh -__-" Actually dia kawan kat tempat kerja aku. Not really handsome but cute in blue t-shirts and speck. Cakap pun slow je. alahai sopan. Dia baik kot. Pendiam. Tak macam Daniel botak tu. Suka dengki kitorang. kepoh pulak tuh. -__-"

Tuesday, May 22, 2012

Star and Rainbow

You and me just like star and rainbow. Will never meet. Stars will be there when the night comes. and rainbow only will be there after rain. and usually, after rain in the night, there's no rainbow and stars. See, we will never meet. (*english aku berterabur? sukahati ah. *jeling) 

Kalau dah takdir macam tu, saya terima. Saya terima segala yang dah ditentukan. Sekarang, saya nak pandang masa depan dan nak tinggalkan semua yang ada masa sebelum ni. Saya dah penat. 

Saya nak lupakan semua ni. Jadi saya minta sangat dengan awak. Lepas ni, kalau awak terserempak dengan saya, atau ternampak saya, tolong, anggaplah kita tak pernah kenal langsung. Saya tak nak ingat benda mengarut tu lagi.

Walau apa pun yang jadi lepas ni. Jangan pernah muncul depan saya lagi. Saya tak sanggup. 

I hope you understand. It is not because I hate you that much. But it is because I'm afraid being a heartbroken for once again. We're not meant to be. Just like Stars and Rainbow.

Sunday, May 20, 2012

Falling to the torn

I know I will hurt if I fall for you, but I still wanna take that risk. dan sekarang, padan muka aku. Aku yang degil sangat. Aku sendiri yang mengada-ngada.

I know my heart will broken into pieces for the uncounted times. but I still blind my eyes, empty my brain. Without thinking, confidently I thought you're gonna be mine. I put my heart too high above the sky. and now, it fall to ground and broken into pieces.

Semuanya sia-sia. Macam campak gula-gula kapas dalam air, bercakap dengan dinding, tampar diri sendiri, menangis dalam air.

Semuanya bermula sebab text awak tu. Ya ! Salah awak ! Awak yang mulakan dulu. Mulakan segalanya. Mulakan cerita pahit ni. Awak ! Punca segalanya. dan sekarang, awak pergi macam tu je ? Tanpa penjelasan apa-apa langsung ? Kejam nya ! 

Saturday, May 19, 2012

Gone

 There's a thousand words that I could say
To make you come home
 seems so long ago you walked away
Left me alone
I remember what you said to me
You were acting so strange
and maybe I was too blind to see
That you needed a change

Was it something I said
To make you turn away?
To make you walk out and leave me cold
If I could just find a way
To make it so that you were right here
But right now..

I've been sitting here
Can't get you off my mind
I've tried my best to be a man and be strong
I've drove myself insane
Wishing I could touch your face
But the truth remains..

You're gone
Baby you're gone
Girl you're gone, baby girl, you're gone..
You're gone..

I don't wanna make excuses, baby
Won't change the fact that you're gone
But if there's something that I could do
Won't you please let me know?
Time is passing so slowly now
Guess that's my life without you
and maybe I could change my every day
But baby I don't want to

So I'll just hang around
and find some things to do
To take my mind off missing you
and I know in my heart
You can't say that you don't love me too
Please say you do

I've been sitting here
Can't get you off my mind
I've tried my best to be a man and be strong
I Drove myself insane
Wishing I could touch your face
But the truth remains
You're gone

Oh what'll I do
If I can't be with you
Tell me where will I turn to
Baby where will I be
Now that we are apart
Am I still in your heart?
Baby why don't you see?
That I need you here with me

I've been sitting here
Can't get you off my mind
I've tried my best to be a man and be strong
I've drove myself insane
Wishing I could touch your face
But the truth remains

Been sitting here
Can't get you off my mind
I've tried my best to be a man and be strong
I drove myself insane
Wishing I could touch your face
But the truth remains

You're gone..

Song : Gone 
Artist : N'sync

Maaf, saya tak boleh

Saya tak boleh pandang muka awak. Maafkan saya. Bukan sebab saya benci kat awak tapi sebab saya tak nak awak nampak yang saya kecewa sangat dengan awak. Saya taknak awak rasa bersalah kalau awak tahu saya kecewa dengan awak.

Saya menolong awak kerana saya anggap awak sebagai kawan biasa. Sama macam kawan-kawan saya yang lain. Dan saya juga tolong awak sebab saya percayakan awak tak lebih dari kawan biasa. Kalau kawan saya minta tolong, saya akan tolong dorang juga. Saya minta sangat kat awak, jangan salah faham. Atau awak akan susah, saya pun akan susah nanti.

Memang susah nak percaya saya sanggup buat tu semua. Mulanya saya memang fikir saya buat ni semua sebab saya suka awak. Tapi, saya salah. Sekarang, saya sedar, saya buat tu semua sebab saya tak pernah anggap awak lebih dari kawan saya.

Sekarang saya sedar, apa yang awak tahu dari dorang, dan apa yang saya ingat saya rasa, tu semua tak betul. Sebenarnya, saya pun tak pasti dengan perasaan saya. Ya ! Saya salah ! Salah sebab saya cakap apa yang saya sendiri tak sure. Saya minta maaf.

Petang tadi, saya tak sanggup nak pandang muka awak, mata awak. Bukan sebab saya benci awak. Sebenarnya saya takut awak akan tahu semuanya. Saya takut awak tahu yang apa saya beritahu mereka yang mereka cakap kat awak tu, tak benar. Saya takut awak marah saya sebab beritahu perkara yang saya sendiri tak tahu. Maafkan saya.

Saya tak berani nak pandang awak sebagai kawan biasa. Walaupun itulah hakikatnya. Maafkan saya :'(

Friday, May 18, 2012

I'm sorry but I love you


Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,

Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you,

Mungkin kita tak bersama di takdirkan,
Tak mengapa asal kau bahagia

Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if imiss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you

Actually, aku dengar lagu ni dari Kak Fify. Dia suka gila lagu ni. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi bagi aku, aku suka lagu ni sebab lirik dia. Macam ada kena mengena pulak. -__-"

In Sudden

Entah macam mana, aku boleh tiba-tiba teringat pulak kat budak Permas yang tolong kitorang masa Jcard hari tu. haiihh budak yang Kak Huda cakap muka dia macam Chris Brown tu, yang suka berebut customer dengan aku. haha. haihh. aku kt depan, dia kt depan, aku kat belakang, dia kat belakang. eh hoi ! counter tu besar kot. tapi budak tu wangi gilaa. Aku dari dalam backroom tu boleh bau dia punya perfume. Padahal dia diri jauh sikit kot dari pintu backroom tu. wangi diaaa, haaaaa *melting*

Ni Supervisor aku punya pasal ah ni. Baik aku dah tak ingat sangat kt dia tu terus jadi ingat, dengan bau dia sekali aku ingat. Nasib wangi haha. Ada ke si Miko tu cakap budak tu boyfriend aku. Mengarut !

Time tu aku lalu depan dia yang tengah borak dengan Kak Naza. Saje ah nak tahu.
aku : Sape ? 
Miko : *cakap laju, tak berhenti. macam peluru* 
aku : Sape lahh. 
Miko : Itu lah. you punya boyfriend. 
aku : hah ? 
Miko : Alahh. budak Permas yang hari tu makan dengan you tu, time Jcard. 
aku : ohh. budak tu *terus teringat bau perfume dia yg tersangat wangi dengan muka dia yang mcm Chris Brown tu* 

Actually macam ni. Time Jcard hari tu, 18/4. Budak tu kan part time kat AEON Permas, datang sini AEON Tebrau, tolong kitorang. Di sebabkan dia taktahu kat mana kantin tu semua, so, salah seorang dari kitorang kena rehat dengan dia.
 Miko : Sape rehat pukul 5 ?
Semua pandang aku kot time tu. Aku pun cuak siaa. angkat je ah tangan an. dah macam buadak sekolah dah.
 Kak Naza : Haa rehat dengan Alya je. Alya nanti rehat dengan dia sekali eh. 
Dengan muka cute pakai baju hitam polkadot time tu, aku angguk je ah. dalam kepala otak nak cari akal supaya aku tak payah rehat 2 orang je dengan dia. Nasib baik Kak Dahlia ada. phewww lifesaver ! haha

Time makan, dia tak banyak cakap pun. Aku yang membebel lebih ada ah -__-" Tapi yang menyakitkan hati tu, masa on the way nak jalan masuk counter, jumpa Kak Fatiem, seriously aku tak perasan langsung yg dia kat tepi tu. Tu ah kecik sangat.
 Kak Fatiem : Amboi Alya, sejak ada boyfriend baru, akak kat sini pun tak nampak. 
 aku : Lebih akak nii. 
Masa dia cakap tu, ngam crush (time tu ah) lalu sebelah. Budak Permas tu senyum je lebih. haa actually aku tak tahu pun siapa nama dia hahaha

Dah sampai counter, Kak Huda punya ayat lagi ah. Miko, Angel, Kak Naza semua dengar, pehpehpeh.
  Kak Huda : Alya. Macam mana rehat dengan Chris Brown, best tak ? 
 aku : pehpeh akak. *dorang kt situ gelak kot semua.malu siaa.

Esok nya, (19/4) budak tu masuk lmbat sikit sebab hujan, aku yang muka innocent plus comel gila pakai baju purple kena bahan lagi. haha
  Miko : Alya, boyfriend you datang lambat sikit hari ni. Sebab dia cakap hujan.
Pehpeh. seronok betul Kak Naza gelak dengan Angel. Bila dia dah datang tu, dengan selamba muka bajet lawa si Angel cakap kat budak Permas tu,
 Angel : Tu, girlfriend you risau you masuk lambat. *tunjuk-tunjuk kat aku pehal*
Dia pun dengan muka yg mcm Chris Brown yang sangat wangi cakap,
 Dia : Hujan lah. Kan I dah cakap kat Miko. 
 Miko : Haa I dah cakap. tapi dia nak tunggu you kt bin depan tu jugak. 
Pehpehpeh Miko kejam sangat kot. aishh dua beradik ni sama je. Kak Naza punya gelak tak macam sampai nak nangis pulak an. Nasib aku tengah serve customer, kalau tak... aishhh

So, since tu lah dorang kata budak Permas Chris Brown wangi tu boyfriend aku. adoii. -__-" (kalau betul takpe jugak. wangi wehh :p haha)

Everything in April


Many things happen in April. I learn new things, meet new people, and a great memories happen in April. This year, April is the most awesome month in my life ever ! Thanks everyone for making it different than other months.

She's blind or what ?

Hey girl ! Eh perempuan, nak tanya sikit. Buta ke rabun ? Apa ? Tak faham ? Macam ni lah. terus terang je ah kan. Mamat tu suka kat kau. Kau tak tahu ke, buat-buat tak tahu ? Takkan kau tak tahu yang dia suka kau.

Ni, nak cakap sikit. sikit je ah.

Kau tahu dia suka kau, asal kau buat dia macam tu ? Dia pun manusia lah sayang. Ada hati juga. Kalau tak ada hati, takkan dia boleh suka kat kau pulak kan. Sampai hati kau kan, buat dia macam tu. He'd do anything to get your heart. But what you'd do ? You hurt him, right ? Kau tak kesian ke dekat dia yang macam nak mati cuba dapatkan hati kau ? Kau sakit kan hati dia. Apa yang kau dapat ? I let him stick with his decision if that makes him happy. But the truth is ? He suffered enough with your words, your acts to him. Did you know, its hurts him ? A lot ?! Kalau macam ni lah, I regret for let him go because of you. You didn't deserve his sacrifices. As friend, I want you to stay away. No ! Far far far away, from him. your face just adding his sickness.

you + me + her + happiness = We're siblings =')


Remember the moment where we're sitting, singing, gossiping, laughing together ? Seriously, I really really really miss our moment together. Are we too busy doing our own things ? Are we too ego to admit our own mistakes ? Please. I need both of you. I miss laughing with you. I miss to doing the crazy things with you guys. 

Am I wrong ? I'm sorry then. 

Korang tak rindu masa kita sama-sama tidur lambat sebab menyanyi melalak memekak malam-malam buta tu ke ? Korang tak rindu masa kita bertiga tak jadi tidur sebab kak Eda taknak berhenti gelak tu ? Masa kita berebut nak order dulu kalau time makan kat Kenny Rogers Roasters tu ? 

Memang, tiga orang anak dara mak ni, dah besar semuanya. Tapi kita still bergelak lebih macam budak kecil. Gaduh pasal benda remeh. Cepat terasa hati. Berdendam. Penting kan diri sendiri. ye. Tu anak mak. Tapi anak dara mak ni semua sayang mak. 

Bila sekarang dah tak rapat lagi macam dulu, baru aku tahu, korang penting bagi aku. Korang pelengkap hidup aku. 

Kenapa kita dah tak macam dulu ? ohh, semua dah semakin besar. Semua buat hal sendiri dah. Bila kita nak keluar sama-sama macam dulu lagi ? Bila kita nak ada masa lepak sama lagi ? 

Seriously, aku rindu sangat sangat sangat kat korang.
I love you sisters !! :*  *lap air mata*


Never be the same

Sekarang semua dah berubah kan. Kenapa ? Sekarang dah lain sangat. I know, everything won't remain the same. but why within this short time ? Kenapa sekarang ? Kenapa tak nanti bila aku dah ready nak berhadapan dengan semua perubahan tu ? Memang ! Ada certain yang aku tak rapat sangat tapi rasanya dorang tu best kot.

Yahh. Dalam dunia ni, tak ada benda yang kekal pun. Setiap ucapan hai, mesti ada ucapan selamat tinggal. Kalau bukan sekarang pun, mungkin nanti akan ada jugak. Kita takkan pernah lari dari hakikat tu. But, I'm not ready for all that. Kenapa masa aku tengah happy dengan semuanya, tiba-tiba benda ni berlaku ?

Now, I only can wish for that time come again.

Let it go

"Once we're know, they're not for us. Let them go. Build our own happiness without them" 

 I know, its hard. Really hard to let them go. The one that we think we need them everyday, every hour, every minute. That what we think. Not the real facts. Who says we can't live without them ? "If your name not 'oxygen' I still can live without you"

"Let it go. Let bygone be bygone" 

Actually, its easy to say it than to do it. Nak cakap memang senang. Buat cuba tengok. Kalau tak keluar air mata bergelen-gelen, kalau tak semua kawan-kawan bagi nasihat, boleh ke semua tu berlaku ? 

Benda ni tak sesenang yang semua orang boleh cakap. Tapi tak sesusah yang kita sangka. 

Tak senang : Kalau kita asyik fikir yang semua terjadi sebab salah kita, padahal orang tu yang buat hal, boleh ke kita nak terima yang semua tu hakikat yang sebenar ? Kalau kita duduk sesorang melayan perasaan, (nak menyendiri katanya) boleh ke kita tinggalkan semua kenangan yang kononnya manis tu ? Kalau kita berkeras nak balik kt dia, boleh ke kita nak lupakan semua janji manis gula tambahan dia tu ? Macam mana kita nak terima kenyataan kalau semua yang benar, kita kata tipu ?

Tak susah : Kalau kita hadapi sorang-sorang without any support from friends and family, rasanya boleh ke kita nak berhadapan dengan orang tu setiap hari di tempat kerja/sekolah ? Kalau tak ada orang sekeliling yang hari-hari marah kita suruh berhenti fikir pasal orang tu, boleh ke kita fikir bahawa akan ada yang lebih baik dari yang kita sangka ? Kalau tak ada sesiapa untuk kita luahkan apa yang kita rasa, boleh ke kita nak lepaskan semuanya ? 

What ever it is, kita kena lupakan benda yang berkemungkinan boleh menghalang kebahagiaan kita pada masa akan datang. Memang tak senang nak lepaskan semua yang pernah jadi milik kita tapi mungkin semua yang pernah jadi milik kita tu lebih baik jika jadi milik orang lain. dan mungkin ada yang lain yang lebih baik akan menjadi milik kita nanti, siapa tahu.

Sunday, May 13, 2012

There's no ending

Rintangan yang kita semua tempuhi dalam hidup takkan pernah habis, kan ? Berakhir semua rintangan bermakna berakhir jugalah jangka hayat kita. Ya. Soal hidup mati, jodoh pertemuan semua nya di tentukan oleh Allah S.W.T. Tak siapa yang mampu merubahnya. Tapi nasib hidup kita, mungkin kita boleh ubah menjadi lebih baik dari sekarang. Bukan ke tu yang semua orang harapkan ? Masa depan yang lebih baik dan lebih cerah.

Kita boleh cuba untuk merubah hidup kita menjadi lebih baik dengan usaha, harapan dan keyakinan. Kalau kita tak usaha, dan kita sendiri tak berkeyakinan terhadap diri sendiri, macam mana kita nak cuba merubah hidup kita, kan ? Tapi pokok pangkalnya, kita hanya mampu merancang, selebihnya Allah S.W.T yang tentukan.

Tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat. Tapi kalau kita usaha, tak mustahil kita boleh dapat, kan ? Usaha, harapan, keyakinan dan tawakal tu penting. Tu yang selalu mak cakap pada aku. Tipu kalau cakap apa yang kita nak dalam hidup ni, kita dah dapat semuanya. You're a big liar if you said that. Kita sebagai manusia tak pernah puas. Aku pun tak lari dari semua tu. Banyak lagi yang aku nak tapi tak dapat lagi.

Kita boleh dapat segalanya. Tapi bukan dalam sekelip mata. Ada lah juga step-step yang kita kena buat. Apa yang penting sekarang ni, kalau kita nak dapat apa yang kita nak, kita kena BERUSAHA, BERHARAP, BERKEYAKINAN, TAWAKAL dan yang paling penting, jangan sesekali lupa pada pencipta kita. Nasib hidup kita ada pada diri kita sendiri. Segalanya terserah pada kita :)

allyoucandoisjustsays : Note to myself juga. Tak salah kalau kita saling ingat-ingatkan. kan ? :D

Tuesday, May 8, 2012

Tanpamu

 
TANPAMU HIDUP JADI SUNYI
Tanpamu ku seakan mati
TANPAMU BAGAI MALAM TANPA BINTANG
 
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat  
Tanpamu seakan jantungku berhenti
 
KAU YANG TERINDAH DALAM HIDUP INI
DAN TAK AKAN PERNAH BERUBAH SELAMANYA
AKU TERLAHIR HANYALAH UNTUK KAMU
JADI PELINDUNG DIRIMU 
 
Tanpamu nafas ku terhenti
KERANAMU AKU ADA DISINI
TETAP BERSAMAKU SELALU DISAMPINGKU
UNTUK SELAMANYA
 
KASIH YAKINLAH KEPADA DIRIKU
SAYANG DAN CINTAKU PUN HANYALAH UNTUK MU 
DAN TAKKAN PERNAH BERUBAH UNTUK SELAMANYA
CINTAKU PADAMU 
 
 
 
Part yang saya CAPSLOCK kan tu, untuk awak. benda yang saya nak cakap tapi tak berpeluang. Saya bagi tahu thru this song okay. Seriously, it's hard for me to smile and survive without looking at you. I've made the cover version for this song but I'll show you later. I need you. XX :)

Holding On

For how long I should hold this ? For how long I should waiting ? For how long I should being a heartbroken ? I thought you're the right person to end all this. But I was wrong ! Absolutely wrong. Maybe you're the person but I guess you don't want to, right ?

Kalau saya cakap saya pandang rupa, memang saya tipu, kan ? Kalau saya cakap saya pandang harta, saya ni penipu. Kalau saya cakap saya pandang hati, awak kena percaya cakap saya ni. Saya tak kenal awak sepertimana dorang kenal awak tapi, saya tahu siapa awak. ya. Dorang banyak bagitahu saya pasal awak. 

"Dia orang paling menjengkelkan aku pernah jumpa" -wani
"Eh dia tu okay apa." -mimi
"Dia tu romantik jugak tau" -airin 
"Dia mcm tu pun,dia baik tau" -Ika
"Wei dia kelakar wei" -Ekin 

See. Saya ada banyak spy kalau nak tahu pasal awak tau. Tapi tak tahu lah betul ke tak apa yang mangkuk-mangkuk ni cakap. Dorang pun bukan betul sangat pun :DD
The truth is I don't want to hold this for any longer. I don't want to wait for any longer. I don't want to be a heartbroken anymore. I know you're the right person. Be my hero. Save me. I need you. Did you hear me ? I NEED YOU !!!

How could they ?

Assalamualaikum =') 

Sorry aku cakap ni tapi sampai hati korang buat aku macam ni. kan ? Aku bukan kawan korang lagi dah ke ? ye. aku tahu, aku dah jarang borak dengan korang. Aku dah jarang tegur korang. Bukan aku taknak, tapi aku busy sangat. Tak ada masa. Aku pun bukan selalu ada kredit. Number phone korang pun tak semua aku ada. Aku bukan ex-classmates korang macam yang lain ke ? Korang keluar tak cakap pun. ye. Korang post dekat Facebook. tapi aku bukan nya check Facebook tu hari-hari. Korang boleh text aku or call aku mcm korang buat dekat yg lain, kan ? Aku bukan kawan korang lagi ke ?

Aku tahu salah aku bila satu-satu nya peluang aku untuk keluar dengan korang lepas ambil result hari tu, aku sia-sia kan. Bukan aku taknak keluar, korang pun tahu kan, aku kerja. Bukan boleh sesuka hati minta cuti. Kecil hati aku, terasa sangat bila kau kata 

"yang sombong-sombong tu, boleh blah"
"thanks blablablabla sebab keluar hari ni. blablabla next time kita keluar lagi. yang lain berjanji jangan mcm taik sangat"
 "ramai yang cakap mcm kau ni. rindu rindu tapi bila ajak keluar taknak"

Lebih kurang mcm tu ah kau cakap an. aku terasa gila dho. aku bukan taknak. aku busy sangat. Memang lah aku rindu kt korang. Aku nak sangat lepak dengan korang berborak,gelak, reject orang semua tapi aku tak sempat. Aku tak boleh sesuka hati minta cuti lagi lagi time public holiday mcm hari yg korang keluar hari tu. Aku kerja kt shopping center bukan kerja office. so, kalau time public holiday memang tak akan dapat cuti. 

Yela kan. salah aku jugak. sebab dah tak tegur korang kt FB. sebab dah tak text korang. sebab dah tak bertegur sapa dengan korang. Aku minta maaf k. 

Aku tak minta apa-apa dari korang. Aku minta maaf sangat-sangat kalau selama ni aku ada buat salah dengan korang dari first time aku tegur korang sampai sekarang. Aku tahu salah aku banyak. 

Aku tak mampu bagi apape kt korang sebagai tanda persahabatan kita selama 2 tahun ni selain memori masa kita bersama. dan sekarang aku cuma mampu berdoa dan berharap yang korang semua bahagia dan berjaya dengan life masing-masing. aku berharap korang akan tetap bergelak ketawa macam selalu tanpa aku. Aku harap sangat yang korang takkan lupa kan aku sampai bila-bila. Paling tidak pun, ingat lah yang aku pernah jadi classmates korang. and for sure, aku takkan pernah lupa kan korang.

TERIMA KASIH KAWAN ! :)