Okay, hari ni kita macam touching touching geli sikit cakap pasal jodoh. Walaupun aku memang tak berapa nak touching touching sebab mood aku tengah happy macam rasa nak melompat lompat. *turn on minus one ombak rindu*
Jodoh. Tak siapa pun tahu siapa jodoh kita. Jodoh tu ketentuan Allah. Kita tak mampu memilih dan tak mampu mengubahnya, tak macam dalam iklan keselamatan jalanraya tu. Apa yang aku tahu, jodoh kita dah ditentukan sejak kita berusia 4 bulan dalam kandungan ibu. Jodoh tu tak siapa mampu mengelak. Sekuat mana kita menolak, kalau dah kata dia jodoh kau, tetap dia lah jugak jodoh kau. Aku tak kata aku ni expert sangat nak cakap pasal jodoh bagai tapi aku sekadar nak kongsi apa pendapat aku pasal jodoh walaupun aku muda comel lagi tapi hak bersuara tu hak individu. *pegang sepanduk hak bersuara*
Bila tengok keadaan sekeliling, apa yang aku nampak semuanya couples yang aku rasa muda lagi. Tapi masing masing dah berjanji sehidup semati Iloveyou till jannah katanya. Pernah tak kau terfikir yang kau tu muda sangat lagi. Ada tu yang PMR pun tak pegang kertas soalan lagi. Update dekat Facebook / Twitter iloveyou, jangan tinggalkan I. I sayang you bagai. Ada tu yang aku tengok dalam seminggu dua minggu dah break. Yang teruknya, masa couple semua kau puji dia, dia kentut bau telur tahap kritikal punya busuk pun kau kata wangi. Tapi bila dah break, amboii kemain semua buruk dia kau cerita kat orang, kau update kat facebook amenda semua sampai gaduh gaduh. Yang lagi teruk ada yang sampai dah hilang dara pun ?! Lepas tu cerita kat semua orang ?! Tak malu ke ?! Penangan cinta kelaut diusia muda. K aku dah lari tajuk. Ni nak cakap pasal cinta ke pasal jodoh ?
Jodoh. Kalau dia jodoh kau, kau dengan dia berpisah 639juta batu jauhnya sekalipun kalau dah Allah kata dia jodoh kau, macam mana cara, kat mana sekalipun korang akan tetap bersama jugak. Kalau dia bukan jodoh kau, hari hari kau jumpa dia lunch sama pun, kalau dah Allah kata dia bukan jodoh kau, dekat macam mana, sayang macam mana sekali pun, korang akan tetap berpisah jugak. Jarak antara kau dengan dia tak menjamin apa apa. Mungkin kau terseksa sebab dia bukan untuk kau tapi kau kena percaya yang Allah dah tentukan ada yang lebih baik untuk kau. Cuma mungkin bukan sekarang masa nya. Tak payah susah susah nak masuk agensi cari jodoh online semata mata nak dapat jodoh katanya.
Aku tahu, seyakin mana kita mahu orang itu jodoh kita, kalau Allah kata bukan, maknanya bukan. Selama mana kita tunggu orang itu, jika Allah kata bukan, maknanya bukan. Aku tahu, sekuat mana kita tak nak orang itu jodoh kita, kalau Allah kata dia orang nya, dia lah orangnya. Selama mana kita tutup hati kita untuk dia, kalau Allah kata dia orangnya, tetap, dia juga orangnya. Kita takkan mampu buat apa. Lambat laun hati kita akan terbuka jugak untuk orang yang kita tak suka tu.
"kalau benci orang tu, jangan benci kuat sangat, jangan beria-ia sangt tak suka kat dia, mana tahu dia jodoh kita. Tak boleh buat apa dah. Kalau suka tu, jangan berharap sangat yang dia akan jadi milik kita bersama dengan kita, mana tahu dia bukan jodoh kita, seteruk mana kita bersedih menangis sebab tak dapat bersama dengan dia pun takde guna lagi kalau takdirnya dia bukan milik kita. Ingat tu."
Tu yang mak selalu cakap dengan aku. Mak tak pernah halang aku berkawan tapi mak tak pernah sokong kalau aku terlalu berharap. Mak selalu nasihat yang tak semua benda yang kita harapkan kita akan dapat. Walaupun kadang kadang aku rasa mak macam tak support aku langsung, tapi aku tahu mak taknak aku kecewa dengan apa yang aku harapkan. Sebab tu aku malu nak kongsi dengan mak kekecewaan aku. Tapi akhirnya mak tetap tahu jugak.
Jodoh. Aku tak layak nak cakap lebih lebih pasal jodoh. Aku sendiri pun tak tahu siapa jodoh aku. Kadang kadang aku terfikir, siapa jodoh aku. Dekat ke jauh. Aku pernah terserempak dengan dia tak. Aku pernah berselisih dengan dia tak. Atau dia salah sorang dari orang yang aku kenal. Macam mana cara kitorang jumpa. Semua tu aku pernah terfikir dan aku selalu cerita dekat mak. Tapi aku cuba untuk tak berharap. Aku cuba lupakan soalan yang macam tak penting tu.
Jodoh ? Boyfriend pun takde, nak cakap pasal jodoh. Bajet gilaa kan aku. Ala. Kan hak bersuara tu hak semua. Yang ada boy/girlfriend ke, yang takde ke, kan semua boleh share pendapat masing masing. Why not kan.
Sebab aku tahu jodoh itu ada untuk aku, aku tak pernah susah sangat nak cari jodoh. Kalau ada dia untuk aku, tak payah beria sangat pun aku boleh dapat kan. Haa sebab tu lah aku tak beria sangat pun.
p/s : hubungan tanpa restu ibubapa pun takkan berkat apatah lagi nak bahagia. So, kalau nak pilih pasangan biarlah pasangan yang diredhai ibubapa. Baru berkat aman sentosa hidup. *tetibe