Saturday, December 29, 2012

Final

Assalamualaikum guysss ;)

Today sabtu, esok ahad, lepas tu isnin. (Apa ke bangang aku ni, post kat blog semata mata nak kata pasal hari) okay. Aku bukan nak kata pasal turutan hari benda bagai tu semua, aku nak kata hari ni sabtu dan esok ahad adalah weekend terakhir kita dalam tahun 2012 ni. Entah akan datang, dapat ke kita jumpa dengan 2013's first weekend ? Wallahualam.
So untuk weekend yang terakhir ni, apa plan korang ? Ehh last weekend pun last weekend juga, next week dah start sekolah kan ? Akak yang comel lotey ni nak tanya, adik adik yang tak comel tu dah beli barang sekolah ke belum ? Kalau belum, akak sarankan tak payah la beli terus, dah last minute macam ni, kau nak beli even stoking sekolah pun dah tak ada saiz. So terpaksa lah kau dengan rela hatinya memakai barang sekolah kau yang tahun lepas punya. Budak budak yang nak SPM tu, tak payah la nak lepak ke hang out ke dating kat bandar lagi, kau duduk rumah study ke apa, ada jugak pekdah nya. Ni tak, awal tahun jelah konon nak study bebetul, nak jadi pelajar pintar konon, dah masuk bulan kedua, tanduk kau nak buat hal kat sekolah pun keluar kan. Ahaks. (Macam cilaka kan aku gelak macam ni)

Final weekend. Korang ni mesti dah tetapkan azam baru untuk tahun yang baru kan ? Kan ? Azam baru pun, azam tahun ni yang tak tercapai lagi, apa cerita ? Aku cakap orang, aku pun sama. Ahaks. Azam dari tahun lepas punya tahun lepas punya tahun lepas yang tak tercapai, semuanya dibawa step forward untuk tahun yang seterusnya dengan harapan konon akan tercapailah azam kau tu. Tapi, apa pun takde. Entah entah dah lupa apa azam tahun baru benda bagai tu.

Final weekend. Cuba kita flashback balik apa yang dah kita buat sepanjang tahun 2012 ni. Cuba tengok balik, banding kan diri kita pada 2011 dengan 2012. Apa yang berbeza. Yes. Kita dah berubah. Kalau tak banyak pun, mesti at least ada juga kan. Persekitaran mungkin, yang menyebabkan perubahan kita tu. Mungkin persekitaran mengubah kita untuk menjadi lebih matang dalam sesetengah perkara. Mengubah kita untuk bertindak berdasarkan situasi. Some changed to something good, some change from something we hope they never change.

Sepanjang 2012, mesti banyak suka duka, pahit manis yang di tempuhi. Ada yang kita nak kekal kan kenangan tu, ada yang kita masih tertanya tanya, kenapa perkara itu harus terjadi. Meh sini, aku muhasabah kan sikit diri korang tu pada hari hari terakhir 2012 ni kn. Apa pun yang terjadi dalam 2012 ni, semua tu mematang kan kita dalam membuat sesuatu keputusan. Keadaan sekeliling berubah, orang sekeliling bertukar ganti, kawan datang dan pergi, macam macam cabaran untuk tahun 2012 ni. Kita cuma perlu tabah je. And guess what, we made it through ! Sekarang nak 2013, means kita dah hampir berjaya menempuhi semua dugaan hidup sepanjang 2012. Kita dah belajar macam macam walaupun kadang kala, kita hampir putus asa dengan cabaran tu semua. Kenangan manis yang buat kita banyak mengukirkan senyuman, kita ambil sebagai memori indah 2012 yang tak dapat dilupakan. Yang mana kenangan pahit yang hampir putuskan semangat kita, kita jadikan sebagai pengajaran dan panduan untuk kita kekal kuat pada 2013 nanti.

Bajet pakar motivasi kan aku, nak muhasabah kan diri orang bagai. Takde la muhasabah sangat pun. Kalau korang nak muntah pelangi sekarang pun dah boleh aku rasa. So, pesanan aku untuk kali terakhir dalam 2012 ni, (terakhir sebab aku tak tahu aku nak post lagi tak dalam masa 2 hari ni) jangan nak celebrate celebrate sangat new year eve nanti. Duduk rumah je tengok bunga api dari tingkap bilik. Tak payah ngengada nak keluar celebrate dengan boipreng pergi merempit lepak dataran. Kang kalau apa apa jadi kang, tak merasa lah kau new year eve nya tu. Baru kau tahu haaa. Kata kata akhir aku, (dari tadi akhir, tak habis habis jugak kan) SELAMAT TAHUN BARU DAN SELAMAT MENUNAIKAN SEMUA AZAM TAHUN BARU ANDA. Jangan nakal nakal tau *stail miasara

No comments: