Kehilangan. Kita takkan tahu apa yang kita ada dan kita takkan tahu menghargai apa yang kita ada selagi kita tak kehilangan. Masa tu baru nak rasa menyesal sebab tak hargai dia masa dia ada. Masa tu dah tak guna dah. Masa ada, kau buat taktahu. Tak pernah nak hargai, bila dah tak ada, baru sibuk nak cari cari, baru sibuk nak rindu rindu. Tak guna dah semua tu.
Perit rasanya bila kehilangan. Sakit. Kehilangan mengajar kita sesuatu. Mengajar kita untuk lebih menghargai sesuatu dan seseorang. Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. Betul. Tapi takkan pernah sama dengan yang sebelumnya. Contoh la, kau punya bantal busuk ke bear yang selalu kau bawa tidur or what, koyak dan digantikan dengan yang baru. Bila tidur dengan bantal busuk baru, bear baru, takkan sama rasa nya dengan yang lama. Feel nak tidur dengan nyenyak tu takde. Tak best. Macam tu la jugak. Kau ada kawan yang selalu ada dengan kau, selalu tolong kau, tolong orang, selalu buat kau happy, bak kata orang, kalau dia tak ada, suasana tak meriah. Tapi orang lain tak suka dia. Sebab dia selalu tak buat kerja betul betul. Dan bila dia tak ada, keadaan sekeliling rasa tak meriah ibarat raya puasa tak ada ketupat, raya cina tak ada limau, krismas tak ada pokok krismas. Rasa lain. Kehilangan dia tu, terasa sangat. Dan pada masa tu lah, orang lain tu sibuk cakap, bila dia dah tak ada, rasa tak best. Bosan. Tak ada hero dah nak tolong tolong kat sini. Dan pada masa tu lah, aku rasa macam nak maki je orang tu. Bila dia ada, kau tak suka dia, marah marah dia. Sekarang, bila dia tak ada, kau sibuk nak rindu dia benda bagai. Menyampah kau tahu tak. *sigh
Kehilangan dan perpisahan sesuatu yang paling aku tak suka. Kenapa dia ada kalau kita tahu kita akan kehilangan. Kenapa ada pertemuan kalau ada perpisahan. Yes. Betul. Bila kita bahagia, tak semestinya kita akan selaaamanya bahagia, one fine day, kita akan bersedih juga. Walaupun hampir semua fairytales yang kita tengok masa kanak kanak dulu mengajar kita that everyone deserve to live happily ever after. Dari princess yang cantik jelita tapi didengki ibu tiri yang jahat macam Snow White sampailah ke mahluk hijau buruk hodoh lagi busuk yang digeruni semua orang macam Shrèk. Endingnya semua sama, "they will live happily ever after ~ the end :) "
Dulu kecil kecil percaya yang semua orang akan hidup dalam keadaan yang bahagia walaupun pelbagai rintangan yang dilalui. Tapi sekarang dah besar, fikir sendirilah. Sampai bila princesses tu semua akan hidup bahagia. Memang lah tu hanya sekadar cerita dongeng yang dicipta. Tapi ada juga yang kat luar sana tengah bahagia hidup mereka. Fikir. Sampai bila mereka boleh hidup bahagia. Mereka akan hadapi kehilangan juga. Kehilangan orang tersayang. We all knows, yang hidup, akan mati jugak nanti. Cuma tak tahu bila masanya. Thats the reason kenapa orang kata, "selagi kita boleh nikmati hidup bersama yang tersayang, dan selagi mereka ada dengan kita, hargailah mereka, jangan sia sia kan mereka. Kerana suatu hari nanti, mereka akan pergi dulu atau kita yang akan pergi dulu."
Tak ada siapa yang nakkan kehilangan. Aku rasa semua orang tak suka kot bila kehilangan. Bila dia tak ada, menyesal sangat dengan apa yang kita dah buat dengan dia masa dia ada. Menyesal dengan layanan kita pada dia masa mula mula dulu. Dan sekarang, dia tak ada, menyesal pun dah tak guna. Nak ingat ingat balik pun dah tak guna. Aku tak pernah rasa kehilangan macam ni. Hari aku rasa kosong sejak dia tak ada. Andai boleh aku putarkan balik masa pada mula mula dulu, dah lama aku buat. Tapi, semua tu mustahil untuk aku. Terkenang pun dah tak guna. Tulah, masa ada, taknak terima, sekarang nak menyesal dah tak guna. Kehilangan tu terlalu menyakitkan untuk aku terima.
I would love to freeze our moments, to rewind all the laughs, jokes, fights, everything. I miss that so much. I wish I can. But I can't. Its too impossible for me to make it happen. I want you, them to be like before. Be with me. Stay with me. FOREVER :') x
No comments:
Post a Comment