Pernah rasa rindu tapi takde apa yang kita boleh buat ? Ye. Aku selalu rasa macam tu. Sakit. Sakit yang sangat dan sangat pedih. Tak siapa yang nak rasa macam tu kan tapi perasaan siapa yang boleh paksa, jangka ? Tak siapa.
Yes. Hari ni punya post sempena christmas kita bergeli geliman berdiri bulu ketiak dan segala bulu yang ada untuk berkata pasal rindu.
Sakit hati, jiwa terseksa sebab menahan rindu. Perit rasa rindu ni. Kalau aku tahu macam ni rasa nya sakit menahan rindu, taknak aku tahu nama kau, taknak tahu kau kelas mana dulu. Taknak ! Bodoh sangat kan aku. Simpan semuanya sendiri hampir 2 tahun. Bodoh. Kalau lah aku tahu macam ni jadinya.
Setiap kali airmata jatuh, kau puncanya. Gambar kau puncanya. Jangan tanya kenapa aku tunggu kau sampai sekarang walaupun ramai orang yang aku kenal. Semuanya tak dapat tandingi kau kat dalam hati aku. Mungkin dia lebih baik tapi aku tetap pilih kau. Aku tahu aku buta mata, tak nampak mana yang terbaik. Tapi sekurang kurangnya aku tahu aku tak buta hati memandang yang lain sedangkan kau masih teguh dalam hati aku.
Confession ? Aku tanya kau. Berapa kali aku confess dekat kau ? Berapa cara aku guna ? Tapi kau ? Apa kau buat ? Absolutely nothing. You left me without any words. You left me dying inside all by myself. How cruel you are.
Aku tolak semuanya untuk kau. Tanpa kau tahu, aku masih harapkan kau. Aku masih tunggu kau. Dan aku akan tunggu kau. Aku tahu, sekuat mana rindu aku pada kau, takkan ada apa yang berlaku. Takkan kau pernah perasan. Aku tahu semuanya sia sia. Aku tahu aku takkan berjaya. Aku tahu aku sakit sendiri bila rindu kau. Tapi ini je yang dapat buat aku terus ingat kat kau walaupun sakit.
Jangan tanya kenapa aku rindu, aku tunggu, aku berharap pada kau. Sebab aku sendiri taktahu.
Aku takkan mengalah. Masa aku selalu ada untuk kau. Aku akan selalu tunggu kau. Rindu aku cuma untuk kau :') x
No comments:
Post a Comment