Kau tahu? Ye. Sekarang dah 2015. 2015 tapi still tak boleh move on dengan habit lama. Ye. Teruk sangat perangai aku. Habit lama? Apa? Suka orang yang tak sepatutnya. Suka orang yang tak pernah nampak siapa aku dimatanya. Ya. Aku selalu syok sendiri. Tapi bila perasaan tu datang, aku tak mampu halang.
Biasa memang setakat suka dan minat. Bukan suka, minat, dan mungkin sayang. Aku keliru. Aku tak dapat pastikan apa aku rasa. Degupan jantung yang berdegup laju setiap kali aku melihat kau, aku sedar aku suka kau. Dan itu sebab setiap kali bertembung, aku melarikan pandangan. Aku taknak kau nampak aku suka kau. Aku taknak kau nampak aku yang terhegeh hegeh suka kau sedangkan kau cuma menganggap aku hanya kawan biasa.
Ya aku beria. Aku beria bergurau mengatakan kau adalah jodoh aku. Bodoh nya perangai. Tapi aku rasa itu semua gurauan. Aku tak bermaksud lebih dari itu. Aku ego dan sombong bergurau tentang kau kerana aku terlalu yakin perasaan itu tidak akan wujud. Tapi setiap bait kata tentang engkau akhirnya memakan diri aku. Dan aku terjatuh dalam perangkap perasaan aku sendiri.
Aku penat. Setiap kali jumpa orang baru, asyik nak suka je pun payah gak kan.
Kau inspirasi aku untuk berubah. Ya. Cara kau, kata-kata kau, aku terjatuh didalamnya. Kau membuka mata aku yang selama ni buta tentang kehidupan. Dan ketika aku cuba berubah mengikut cara kau, aku sedar bahawa kau dan aku terlalu berbeza. Aku tak layak berada dalam dunia kau dan hidup kau.
Dan hari ini, waktu ini, ketika ini, walau sesukar mana aku mencuba untuk membuang kau yang telah hadir dalam kotak hati serta minda aku, aku tahu ianya mustahil. Aku mencuba dan aku gagal. Aku mencuba untuk membuang bukan kerana aku putus asa dengan kau, aku mencuba kerana aku sudah terlalu penat dengan keadaan begini. Aku penat dengan perasaan yang membunuh aku secara perlahan.
Jika aku salah. Salah dalam membenarkan perasaan itu wujud, tunjukkan aku jalan bagaimana mahu memperbetulkan semua. Bantu aku untuk merubah keadaan. Kerana aku mahu kau kekal dalam hidup ini walau hanya sebagai kawan.
No comments:
Post a Comment