Pernah rasa terlalu kecewa sampai kau terfikir nak keluar bersendiri tanpa orang lain? Pernah rasa terlalu sakit sampai kau tak mampu dah nak hadap semua orang? Pernah rasa fed up dengan semua ni sampaikan kau cari dan fikir balik dimana salahnya bermula hidup kau? Aku pernah. Sakit. Tak tertanggung.
Tapi setiap kali perasaan tu timbul, separuh hati akan terusan memujuk separuh hati yang terseksa tu. Ya hati akan memujuk dirinya sendiri. Kerana aku tahu tiada yang mampu memujuk.
Banyak benda. Ya aku tertekan. Tekanan tu tak jauh puncanya. Diri sendiri, kawan, orang sekeliling dan sometimes keluarga.
Hati berbagi dengan situasi dimana aku dipijak dihina dimaki diumpat diabaikan dan dilupakan dengan situasi aku diperlukan dan dicari.
Buta mataku hanya melihat situasi diambil kesempatan. Mata dibutakan untuk tidak nampak semua yang negative hanya untuk kebahagiaan sementara.
Tidak dinafikan, ya aku suka perasaan itu. Rasa bahagia untuk sementara. Kerana aku tahu lebih baik sementara dari tidak merasainya langsung sedangkan aku tahu hakikatnya mereka membenci.
Kadang kadang rasa dunia ni tak adil. Kadang kadang rasa dunia ni menghukum. Aku kecewa. Aku tersakiti.
Silapnya aku kerana sering mencari kebahagiaan sementara itu. Silapnya aku kerana sering berusaha untuk memperlihatkan diri dihadapan mereka sedangkan mereka langsung tak pernah peduli.
Kesian dengan diri sendiri. Tak pernah nampak sandiwara depan mata. Tak pernah tahu beza siapa keladak lumpur hidup. Kesian.
Bila ada waktu aku menyedari semua aku rasa aku perlukan rawatan. Otak hati dan telinga tidak mampu lagi menahan rasa ketidak adilan yang berlaku depan mata.
Wahai dunia. Di mana silap aku hingga kau menghukum aku begini? Wahai dunia. Apa yang perlu aku lakukan supaya aku tidak perlu berhadapan dengan semua permainan dusta?
Bantu aku Ya Allah. Aku penat. Aku lelah. Aku serik. Dengan lakonan manusia yang tak pernah adil.
No comments:
Post a Comment