Kenapa bila kita rasa manusia tu tak adil tapi kita tak mampu nak buat apa. Ya. Aku sakit tapi aku tiada tindakan. Aku tak faham. Mengapa bila setiap kali aku mahu berubah, akan ada kata negative yang mencucuk untuk aku membenci. Untuk aku mengikari janji.
Bila tahu apa yang orang buat dibelakang aku, aku terkilan, aku terdiam, aku terkaku memikirkan dimana silap aku sehingga begini balasan yang aku terima. Apa yang telah aku lakukan pada kau sehingga kau sanggup mengkhianati aku begini?
Kau kenalan yang aku anggap teman, benarkah apa yang dikatakan oleh dia? Benarkah kau berkata begitu dibelakang aku? Benarkah kau cuba mencucuk aku dari belakang? Aku tak sangka kau begitu. Tegarnya hati kau. Atau dia hanya mahu memecahkan kita. Aku keliru.
Dihadapan aku kau bergelak bersama, kau bergurau sama, kau tak ubah seperti si ibu yang menjaga. Dibelakang, kau tak ubah seperti ular yang lidahnya bercabang. Kenapa begini? Apa yang telah aku lakukan pada kau? Kau kata, masalah ini antara kita. Hanya kita yang akan selesaikan. Tapi mengapa bila ada masalah, kau canang cerita ini kepada semua orang dengan menunding itu semua adalah salah aku. Kau hebahkan pada semua orang betapa kecewa dan geramnya kau dengan tindakan aku. Kau putar balik kan cerita supaya hujung nya kelihatan itu adalah salah aku. Sampainya hati kau perlakukan aku begini. Kau tuturkan setiap bait kata melembutkan hati bila kau ingin kan sesuatu pertolongan. Tetapi bila kau senang berada diatas, kau tabur kata dusta memperlihatkan salah aku. Kau kata kita semua bagai keluarga yang saling membantu. Kau kata teamwork tu perlu. Kau kata kita kena saling percaya baru benda menjadi. Aku sungguh keliru. Aku tak faham. Bagaimana harus aku percaya bila yang kau membunuh aku secara perlahan dari belakang. Kau minta aku bertolak ansur sedangkan kau, sedikit pun tak ambil peduli dengan keadaan sekeliling dan orang lain. Kau pentingkan diri. Itu yang paling dibenci. Setiap kata kau aku akur. Aku turutkan. Semakin lama aku mendiam semakin kau melebihi batas. Ya. Tindakan kau telah melangkaui batas kesabaran aku. Tetapi aku akan kekal diam. Diam bukan membiarkan tetapi kerana aku tahu, karma itu ada. Kau akan merasakan setiap tindakan dan tingkah laku kau terhadap aku. Walau bukan aku yang membalas. Kau akan tetap merasa. Secara perlahan. Karma itu wujud.
No comments:
Post a Comment