Friday, April 11, 2014

Aku rindu kau

Aku rindu kau. Sangat. Kenapa kau pergi? Aku perlukan kau. Aku suka kau. Aku sayang kau.

Waktu aku mula sayang, waktu aku mula cuba untuk faham kau, kenapa kau pergi? Kenapa kau tinggalkan aku?

2 minggu yang terlalu singkat tapi berharga buat aku. 2 minggu sepatutnya tiada apa yg harus aku ingat. 2 minggu tulah yang setiap hari aku fikirkan. Yang setiap hari aku kenang.

Sekarang, 4 bulan sejak 2 minggu itu. Kau muncul. Tapi bukan untuk aku. Waktu aku masih tak boleh terima kepergian kau tanpa aku tahu sebabnya, kau kembali menunjuk wajah tanpa sebarang rasa bersalah.

Mana hati kau? Mana perasaan kau? Apa kau manusia? Atau kau adalah buaya tanpa hati?

Senyum padaku waktu aku masih belum terima semuanya seperti tiada apa pernah berlaku antara kita? Aku mengaku kau adalah insan paling kejam yang pernah aku temui.

Kadang aku terfikir. Senangnya kau berlalu pergi. Mudahnya kau melangkah jauh selepas semua kata-kata itu.

Benarkah kenangan yang pernah jadi antara kita tu tak pernah wujud pada kau? Adakah aku hanya seorang asing yang tak pernah kau kenal?

Beri aku jawapan pada semua soalan aku. Waktu kau tunjuk muka didepan aku, jangan hanya berlalu, berhentilah. Dengar kan pada aku semua jawapan tu.

Aku tak marah. Aku cuma kecewa. Aku sakit hati.

Aku mahu dengar alasan itu. Apa pun alasan tak munasabah yang kau reka, aku mahu tahu. Aku mahu dengar.

Aku berhak tahu sebelum aku nekad untuk lupakan semua tu. Sebelum aku benar-benar lepaskan kau. Sebelum aku benar-benar buang kenangan yang pernah terjadi.

Aku penat pura-pura aku boleh bahagia tanpa kau. Aku sakit berpura aku gembira walaupun tanpa kau. Kerana aku tahu aku tak bahagia walaupun aku tengok kau bahagia kerana bahagia kau bukan dengan aku.

Aku nak tahu. Aku perlu tahu. Kerana kau masih penting dalam hidup aku. Kerana aku masih berharap pada kau. Aku tunggu kau sampai semuanya jelas.

Aku rindukan kau. Sangat rindukan kau.

No comments: