"Haihh. Kenapalah waktu-waktu macam ni kau nak jem. Aku nak cepat time tu lah nak jem. Ish." rungutku sendiri. Aku diminta oleh Encik Farid untuk menggantikannya bertemu dengan Datuk Razlan. Bukan aku sudah terlewat, aku cuma tidak mahu tiba pada waktu yang lewat atau pun sedikit terlewat.
Sedang aku leka memikirkan alasan yang wajar aku berikan pada Datuk Razlan sekiranya aku lewat, tiba-tiba kedengaran satu hentaman yang tidak begitu kuat. Bunyinya seperti datang dari belakang keretaku. Aku melangkah keluar untuk melihat keadaan keretaku.
"Ya Allah! Kereta aku!" aku terkejut melihat sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna hitam melanggar belakang kereta milikku.
"Saya minta maaf. Saya cuai. Awak okay ke?" Soal pemandu terbabit.
"Ya Allah. Kenapalah. Macam mana awak bawa kereta? Kereta saya warna sikit punya terang macam ni pun awak tak nampak ke? Ke awak main handphone? Ish. Awak tahu tak bahaya main handphone sambil drive? Awak dah bahayakan pemandu lain. Tengok apa dah jadi. Nasib baik sikit je ni." ujarku panjang. Boleh pula aku membebel dekat situ.
"Zaris?" Aku terdiam sebaik mendengar nama yang disebutkan oleh pemandu terbabit. Aku mendongak untuk melihat siapa sebenarnya pemandu itu dan aku kehilangan kata-kata.
"Zaris? It's you. Zaris Dania right? You haven't change." balas lelaki itu seperti dalam nada keriangan.
"Sa... Saya tak kenal awak."
"What? Mustahilnya awak tak kenal saya. Saya lah. Kamal Khuzairi. Takkan awak tak kenal saya?"
"Saya tak kenal sesiapa dengan nama tu."
"Sayang? What's wrong? Kita akan terlambat nanti." Muncul seorang wanita dari dalam keretanya. Cantik rupa paras wanita itu. Berwajah kacukan sesuai dengan dirinya yang juga ada darah campuran cina.
"Hurm.. Macam nilah Encik, siapa nama awak tadi, Kamal ye? Macam nilah Encik Kamal, memandangkan benda ni sikit je, saya cadangkan untuk kita settle sini je. Tak payah lah buat report segala bagai ni walaupun memang dah jelas salah awak, tapi takpe. Kita settle sini je."
"Mana boleh. Saya yang salah. Saya patut bayar ganti rugi dekat awak. Kalau awak tak buat report, macam mana awak nak claim insurans?"
"Takpelah. Saya tak kisah. Saya sendiri akan bayar dekat bengkel nanti."
"Awak tak pernah nak berubah. Kalau setiap kali awak accident orang langgar awak dan awak berkelakuan macam ni, orang akan senang-senang tipu awak tahu tak?"
"Accident dengan awak je saya macam ni." ucapku perlahan.
"Apa dia?"
"Sayang? Apa yang lama sangat tu? Hurry!" wanita itu bersuara lagi. Kali ini dengan nada yang lebih manja. 'Eeee gedik betul makwe. Sepak satgi sia-sia je.'
"Ye. sabarlah." balasnya.
"Saya nak cepat ni. Takpe. Anggap je benda ini tak pernah berlaku."
"Mana saya nak jumpa awak lagi lepas ni? Boleh saya cari awak?"
"Jangan. Ini yang terakhir."
"Kenapa? Banyak benda yang saya nak cakap dengan awak."
"Saya tak kenal awak pun. Saya tak ada benda nak cakap dengan awak. Saya sibuk ni. Saya pergi dulu." Serentak dengan perkataan terakhirku, aku mengangkat kaki berlalu masuk ke dalam kereta meninggalkannya kebingungan disitu. 'Siapa dia tu? Aku tak kenal dia. Tapi macam mana dia boleh tahu nama aku? Tapi aku macam pernah nampak lah muka dia. tapi kat mana? ishh banyak betul tapi aku. hmm'
No comments:
Post a Comment