Saturday, April 26, 2014

Life is Unfair

Seronok kan kenkadang duduk lepak bahan orang, reject orang atau dalam erti kata lain mengutuk orang. Bunyinya macam dah biasa buat. Biasalah duduk lepak ramai-ramai bergurau gelak ketawa mesti ada antara salah sorang tu kena bahan. Tak kira apa yang ada kena mengena dengan dia, yang kita dan kengkawan rasa kelakar, pantang ada peluang, mesti nak bahan. Gelak sesama, bergurau katanya, tapi kita tahu tak apa perasaan orang yang kena bahan tu? Dia tak kisah? Betul ke?

Dunia ni tak adil. Betul.

Bukan nak kata membahan orang tu salah sebab kenkadang pun aku ada buat juga tapi sebagai orang yang madah selalu kena bahan tak kira lepak dengna siapa pun, aku sangat membantah jika ada antara yang membahan secara melampau. Memanglah gelak, tapi kalau kau, sampai hati ke nak marah orang yang tengah seronok gelak kan kita dan sekali gus buat spoiled suasana? Aku tak. Some people might said, "Hek eleh. Gurau pun nak marah. Tak boleh gurau masuk surau aaa." Kalau dah membahan sampai buat orang sakit hati dan sekali gus membahan benda yang buat orang ni sakit hati, bergurau kepala anda. Beragak ah. Tu dah kira menghina. Sakit hati doh dengar even kita pun gelak sama.

Yang buat aku lagi tak puas hati bila dia bahan kita boleh, aku bahan dia nak sentap pula. Otak awak. Karma tahu karma? Kau dah seronok bahan aku, bila sampai aku nak bahan kau, kau nak sentap touching bagai. Ain't nobody got time for that. Fikir aku nak say sorry amende bagai ah? Kau menghina mengutuk aku takde pula aku dengar perkataan sorry tu keluar dari mulut kau. sepak satgi tahu. haaa

Marah k. Aku cerita dekat kau pasal tu sebab aku percaya kau. Tak sangka tetibe kau gunakan point tu nak bahan aku? Otak kau dekat mana sehh. eeee Rasa macam nak tapak-tapak je muka kau.

Tak pe. Sabar. Kawan kan. Sabar.

Thursday, April 24, 2014

[CERPEN] Biarkan ia berlalu 2

"Haihh. Kenapalah waktu-waktu macam ni kau nak jem. Aku nak cepat time tu lah nak jem. Ish." rungutku sendiri. Aku diminta oleh Encik Farid untuk menggantikannya bertemu dengan Datuk Razlan. Bukan aku sudah terlewat, aku cuma tidak mahu tiba pada waktu yang lewat atau pun sedikit terlewat.

Sedang aku leka memikirkan alasan yang wajar aku berikan pada Datuk Razlan sekiranya aku lewat, tiba-tiba kedengaran satu hentaman yang tidak begitu kuat. Bunyinya seperti datang dari belakang keretaku. Aku melangkah keluar untuk melihat keadaan keretaku.

"Ya Allah! Kereta aku!" aku terkejut melihat sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna hitam melanggar belakang kereta milikku.

"Saya minta maaf. Saya cuai. Awak okay ke?" Soal pemandu terbabit.

"Ya Allah. Kenapalah. Macam mana awak bawa kereta? Kereta saya warna sikit punya terang macam ni pun awak tak nampak ke? Ke awak main handphone? Ish. Awak tahu tak bahaya main handphone sambil drive? Awak dah bahayakan pemandu lain. Tengok apa dah jadi. Nasib baik sikit je ni." ujarku panjang. Boleh pula aku membebel dekat situ.

"Zaris?" Aku terdiam sebaik mendengar nama yang disebutkan oleh pemandu terbabit. Aku mendongak untuk melihat siapa sebenarnya pemandu itu dan aku kehilangan kata-kata.

"Zaris? It's you. Zaris Dania right? You haven't change." balas lelaki itu seperti dalam nada keriangan.

"Sa... Saya tak kenal awak." 

"What? Mustahilnya awak tak kenal saya. Saya lah. Kamal Khuzairi. Takkan awak tak kenal saya?" 

"Saya tak kenal sesiapa dengan nama tu." 

"Sayang? What's wrong? Kita akan terlambat nanti." Muncul seorang wanita dari dalam keretanya. Cantik rupa paras wanita itu. Berwajah kacukan sesuai dengan dirinya yang juga ada darah campuran cina.

"Hurm.. Macam nilah Encik, siapa nama awak tadi, Kamal ye? Macam nilah Encik Kamal, memandangkan benda ni sikit je, saya cadangkan untuk kita settle sini je. Tak payah lah buat report segala bagai ni walaupun memang dah jelas salah awak, tapi takpe. Kita settle sini je." 

"Mana boleh. Saya yang salah. Saya patut bayar ganti rugi dekat awak. Kalau awak tak buat report, macam mana awak nak claim insurans?" 

"Takpelah. Saya tak kisah. Saya sendiri akan bayar dekat bengkel nanti." 

"Awak tak pernah nak berubah. Kalau setiap kali awak accident orang langgar awak dan awak berkelakuan macam ni, orang akan senang-senang tipu awak tahu tak?" 

"Accident dengan awak je saya macam ni." ucapku perlahan.

"Apa dia?" 

"Sayang? Apa yang lama sangat tu? Hurry!" wanita itu bersuara lagi. Kali ini dengan nada yang lebih manja. 'Eeee gedik betul makwe. Sepak satgi sia-sia je.' 

"Ye. sabarlah." balasnya.

"Saya nak cepat ni. Takpe. Anggap je benda ini tak pernah berlaku."

"Mana saya nak jumpa awak lagi lepas ni? Boleh saya cari awak?" 

"Jangan. Ini yang terakhir." 

"Kenapa? Banyak benda yang saya nak cakap dengan awak." 

"Saya tak kenal awak pun. Saya tak ada benda nak cakap dengan awak. Saya sibuk ni. Saya pergi dulu."  Serentak dengan perkataan terakhirku, aku mengangkat kaki berlalu masuk ke dalam kereta meninggalkannya kebingungan disitu. 'Siapa dia tu? Aku tak kenal dia. Tapi macam mana dia boleh tahu nama aku? Tapi aku macam pernah nampak lah muka dia. tapi kat mana? ishh banyak betul tapi aku. hmm' 


Friday, April 11, 2014

Aku rindu kau

Aku rindu kau. Sangat. Kenapa kau pergi? Aku perlukan kau. Aku suka kau. Aku sayang kau.

Waktu aku mula sayang, waktu aku mula cuba untuk faham kau, kenapa kau pergi? Kenapa kau tinggalkan aku?

2 minggu yang terlalu singkat tapi berharga buat aku. 2 minggu sepatutnya tiada apa yg harus aku ingat. 2 minggu tulah yang setiap hari aku fikirkan. Yang setiap hari aku kenang.

Sekarang, 4 bulan sejak 2 minggu itu. Kau muncul. Tapi bukan untuk aku. Waktu aku masih tak boleh terima kepergian kau tanpa aku tahu sebabnya, kau kembali menunjuk wajah tanpa sebarang rasa bersalah.

Mana hati kau? Mana perasaan kau? Apa kau manusia? Atau kau adalah buaya tanpa hati?

Senyum padaku waktu aku masih belum terima semuanya seperti tiada apa pernah berlaku antara kita? Aku mengaku kau adalah insan paling kejam yang pernah aku temui.

Kadang aku terfikir. Senangnya kau berlalu pergi. Mudahnya kau melangkah jauh selepas semua kata-kata itu.

Benarkah kenangan yang pernah jadi antara kita tu tak pernah wujud pada kau? Adakah aku hanya seorang asing yang tak pernah kau kenal?

Beri aku jawapan pada semua soalan aku. Waktu kau tunjuk muka didepan aku, jangan hanya berlalu, berhentilah. Dengar kan pada aku semua jawapan tu.

Aku tak marah. Aku cuma kecewa. Aku sakit hati.

Aku mahu dengar alasan itu. Apa pun alasan tak munasabah yang kau reka, aku mahu tahu. Aku mahu dengar.

Aku berhak tahu sebelum aku nekad untuk lupakan semua tu. Sebelum aku benar-benar lepaskan kau. Sebelum aku benar-benar buang kenangan yang pernah terjadi.

Aku penat pura-pura aku boleh bahagia tanpa kau. Aku sakit berpura aku gembira walaupun tanpa kau. Kerana aku tahu aku tak bahagia walaupun aku tengok kau bahagia kerana bahagia kau bukan dengan aku.

Aku nak tahu. Aku perlu tahu. Kerana kau masih penting dalam hidup aku. Kerana aku masih berharap pada kau. Aku tunggu kau sampai semuanya jelas.

Aku rindukan kau. Sangat rindukan kau.

Monday, February 24, 2014

Memories won't fade (part one)

Rasa sakit yang tak terkata bila kita rasa terlalu rindu dekat orang yang tak pernah hargai kita walaupun sekali. Lagi sakit bila dapat tahu orang yang kita rindukan sangat tu tak pernah kisah pun pasal tu semua. Rindu semua benda yang pernah jadi dan kita tahu kita tak dapat nak rasa semua tu lagi sebab keadaan dah tak sama.Tak payah cerita macam mana rasa sakit tu. Memang orang yang merindui je tahu macam mana sakitnya rasa merindui.


 

Aku rindu waktu aku kerja dengan kak naza. Serious tak tipu. Aku rasa seronok sangat kerja situ sampaikan aku kalau boleh asyik nak overtime je even kenkadang tak perlu. Aku rindu waktu kerja yang tak stress dan still boleh bergelak ketawa berbagai. Aku rindu waktu orang tak judge orang lain. Dulu aku kerja, tak stress langsung. Happy je nak kerja. Sampai tak sabar nak masuk kerja. Siap minta masuk awal lagi. Aku tak kisah semua kerja berat yang aku kena buat. Angkat stock berpuluh carton dengan kak naza tetengah panas, turun naik empat lima kali hantar stock sebab troli ada satu, tutup buka offer bin, turun naik rak dekat dalam sampai koyak baju sebab tersangkut dekat besi, salin daily sales yang bukan main panjang bila time jcard, jari luka terkena paper cuts. Rindu semua tu. Rindu sangat. Tak nak cerita rindu masa ada sahabat kerja situ. Nak cerita pasal aku baru masuk kerja. Aku suka flash back benda tu semua. Teringat first day kerja, Syudd turun jemput aku dekat bawah. Aku salam cium tangan dia and aku panggil dia akak. Aku cuma tahu dia bawah aku bila dia bagitahu. "Nama kita syudd. Kita 18. eee kita pakai tudung ni macam makcik-makcik kan?" Aku takkan lupa benda tu sampai sekarang. Bila nak rehat, pergi rehat dengan Hanis, dari merata kaunter semua kawan dia. Teringat bila rehat reramai dengan dorang, Hanis, syud dengan kengkawan dia tu semua makan mihun tomyam sampai hingus semua keluar. Lepas tu gaduh nak pergi beli teh o panas. Ya Allah rindu nyaaa semua tu. Rindu nak suruh Jenny ikat rambut aku. Rindu nak tengok kak naza gelak sampai terduduk sampai menangis. :( Bukan nak kata tempat kerja sekarang tak best. Kerja dengan Timberland under OJC Boutique memang best. Manager, boss semua best. tapi rasa best tu, rasa seronok tu tak seseronok masa dengan akak. How I wish time could rewind :( 






 

Sahabat akan selamanya sahabat. Ingat tak? Ya. Aku rindu korang sesangat. Perasan tak? Sejak-sejak ni kita banyak bergaduh. Kita dah tak macam dulu. And it kills me inside. Wechat group dah makin sunyi. Dulu tiap malam memekak. Tiap pagi ada je yang bising suruh bangun. Even semua ada dekat-dekat, still wechat saling membahan. Sekarang? Semua senyap. Ya. Aku faham korang semua belajar. Busy. Tak ada masa nak huha huha macam dulu tapi takkan nak reply wechat pun sampai tak ada masa. Aku rindu waktu kita baru kenal. Rindu nak tengok amran gaduh dengan nina. Rindu nak halang amran dengan nina dari gaduh. Rindu nak dengar faten gelak. Rindu nak dengar azeam membebel sebab aku tak ambil lesen lagi. Rindu nak tengok zahira makan banyak. Rindu nya dekat korang! Harap sangat apa yang kita plan kan akan datang tu menjadi. Aku taknak hilang korang. 




Antara kita, aku kenal zahira dulu. Zahira kerja dengan kakfang. Apa yang aku nampak zahira ni anak orang kaya. Pergi kerja drive kereta sendiri. Aku jealous lah kot dengan dia. Dia bawah aku pun pergi kerja drive sendiri. Aku tak kenal dia sangat. At first, dia panggil aku kak lia tapi hanis marah. "kau takyah nak akak akak sangat la dengan dia ni. geli aku dengar." haha sebab hanis pun aku dah biasa ber-aku-kau je dengan dia. Zahira nak panggil aku akak dengki betul dia dengan aku. haahaha. Lepas tu baru aku kenal faten. Faten masuk kerja dekat santa. Dia ganti tempat bani. At first tak suka faten sombong. Mata comel pakai contact lens tapi sombong. Menyampah. Dah lama sikit baru okay sebab dia macam rapat dengan farah and farah pun acah-acah mcm rapat dengan aku. Tak lama lepas tu baru amran masuk kerja ganti farah. Amran je okay sikit. Tapi memula aku rasa dia ni bajet gila sebab everytime aku lepak tempat dia dengan dorang, dia blah. Acah-acah rajin susun kasut. Bajet gila an mamat ni. Macam aku nak sangat je borak dengan dia. haha. Masa aku cuti, aku datang kaunter, aku tengok ada budak baru dekat sole tapi dia tengah tolong kak naza angkat stock. Rupanya azeam. Nak cakap apa. Buat bodoh dah aaa. tapi dengan azeam je yang aku okay sikit even baru memula kenal. Lepas tu baru nina masuk sembonia ganti niko sekejap. Aku tolong bawa dia pergi interview. Aku tengok nama dia dekat borang je aku dah confuse nak panggil dia apa. hahaha. Sebelum dia masuk kerja, aku tak suka nina. Serious. Sebab nina macam bajet gila. Hari-hari kot datang Aeon. Semak tahu semak? Kecoh pula tu. haha. tapi dah kenal lelama okay. Baru tahu macam mana semua. Rasa seronok gila kerja semua ada. Semua dekat-dekat pula tu. Pantang takde orang, madah gelak, gaduh, membahan. Sampai kena warning dengan bluewaves. haha. Bila amran, nina dengan azeam berhenti, rasa bosan gila dekat situ. Tinggal aku, faten dengan zahira je. Faten pindah dekat handbag. Tu pun sementara nak tunggu sambung belajar. Tepu gila bila dengar semua nak resign, so better aku blah dulu sebelum semua blah kan. haha. Rindu sahabat! Nak lepak lagi! :( 



First, aku nak meluahkan rasa tak puas hati aku sebab gambar kita yang lama semua dah hilang. Laptop hilang, dengan gambar-gambar dalam tu semua sekali hilang. Dan aku tak ada lagi gambar kita sesama. ada ni yang tinggal. Tak puas hati nyaaaa. Dua orang mangkuk yang membesar sesama dengan aku. Dari kecik makan sesama, mandi sesama, main sesama, kena marah sesama, tidur sesama, buat jahat sesama, pergi sekolah sesama. Muka nilah bertiga. Kalau dekat rumah saudara ke apa, muka ni mesti ada melekat sesama. Sampai sekarang, bila dah kerja, kurang masa kita nak lepak, nak jumpa. Eceh. Padahal kerja satu bangunan tu. Boleh aje kalau nak jumpa. Dah korang busy sangat mengalahkan supervisor, nak kata apa. haha. Semua dah besar. Memasing ada gelaran dari kecik sampai sekarang kita still guna. Bila lepak, ada je benda nak buat kita gelak. Bila lepak makan, lori yang lalu depan rumah pun boleh jadi bahan kita nak gelak. Kita bertiga je yang selalu buat kerja gila satu malam tak tidur, semata nak borak, nak gelak sampai pagi terus pergi beli sarapan. Bila kata esok nak beli sarapan je, malam ni tak boleh tidur sbb takut esok tak bangun. Dulu selalu ikut pakcik sebelah pergi jogging. Lepas jogging pergi laut ke makro ke carrefour ke. Dulu selalu main baling seliper tetengah panas sampai muka memasing hitam. Mandi hujan, main explorace sampai satu taman kita pusing. Rindu sangat masa dulu. Kita bertiga je suka sangat makan dekat luar, order bebanyak sampai penuh satu meja padahal yang makannya cuma tiga orang sampai orang yang lalu lalang pun tengok kita pelik. Sekarang ni, nak makan sama pun susah. Apatah lagi nak lepak ke apa ke macam dulu. Semua dah kerja, dah busy. Tak ada masa. Kita je yang tengok cerita sampai siap berlakonkan balik cerita tu. Kita je yang suka dengar lagu kuat-kuat lepas tu menari macam nak apa. Kita je yang pernah campurkan air kickapoo dengan aiskrim milo. Kita je yang sanggup campur benda entah apa-apa kengkonon nak macam fear factor. I miss our childhood. I miss us. Too much memories to forget. Aku takkan lupa. Dekat luar bukan main sombong jalan tak pandang orang. Aku peduli apa orang nak kata korang sombong ke berlagak ke apa ke. Dorang bukan kenal korang pun. Aku tahu korang taklah sombong mana. okay. memang sombong gila. bajet betul. high class sangat. hahaha. tapi cuba kalau kenal, boleh lepak borak gelak macam nak apa. Aku kenal korang dari kecik so aku tahu korang macam mana. 



JAZREEN SHAQILA JOHARI, JAZMEEN SHAZWEEN JOHARI. a best friend, a sister, an enemies. Memang annoying gila budak berdua ni. tapi yang annoying tu lah yang buat aku gelak dari dulu sampai sekarang. I miss both of you. I miss us. :'( 

Saturday, February 22, 2014

Guys is an ATM machine for girls?

Sangat biasa kita tengok bila a couple keluar sesama and boyfriend yang bayar the expenses. Movie tickets, popcorn, dinner, petrol gas, gifts, or anything. Bukan nak kata girlfriend tak ada keluar apape tapi most of the times, kita tengok boyfriend yang buat semua. Kenapa? Oh sebab nampak lah sikit yang lelaki tu gentlemen la berbagai sebab belanja girlfriend dia and so on. pffftttt. Kalau boyfriend kau tu datuk boleh ah cerita.

Selalu la juga terbaca dekat twitter and so on pasal things boys do for girls. Okay. Tak tipu. Most of it pasal boyfriend bagi present yang besar-besar dekat girlfriend. Huge teddy, huge bouquet of roses, a box of dresses, a huge box of chocolates. Dan ada juga terbaca pasal things yang girls nak boys buat untuk dorang. Contohnya macam nak boys tetibe datang memalam buat surprise bawa makanan sebab kau lapar, nak boys tetibe letak depan pintu satu box yang dalam dia ada dress, heels, accessories semua untuk kau pakai makan malam nanti dengan dia, nak boys tetibe datang bawa breakfast for girls, nak boys prepared some fireworks lah hape lah. Sweet. Memang sweet. Tapi hakikatnya? Guys. They will never do it until girls asks them to. Tu semua dalam drama je buat dik. You're on reality. Takyahlah nak berharap sangat.

Entah kenapa macam dah jadi lumrah pula bila keluar dengan partner, boys yang bayar. Seems like, girls melepaskan tanggungjawab nak bayar apa yang digunakan tu. He's not your husband yet. Kenapa nak tunggu dia juga bayar. Okay. Dia yang volunteer nak bayar. Tapi ada kau offer nak bayar sekali? Macam 50-50. Kau bayar separuh, dia bayar separuh. Kau tak offer, memang lah dia je yang bayar sorang.

Yang jenis suka bergantung dekat boyfriend tunggu boyfriend bayar movie tickets, meals tu okay lah lagi. Atau yang jenis nak pakwe kaya je. Yang jenis nak beli barang pun minta duit boyfriend apa cerita? Nak beli kasut suruh boyfriend bayar? Well boyfriend kau tu ATM ke cemana? Kau memang dah tak ada duit langsung nak bayar ke cemana? Lainlah kalau dia kata dia nak belanja sempana birthday ke anniversary ke, logik la juga. Ni tak. Kau yang merengek minta sampai hentak-hentak kaki apa pasal? Kau siapa? Kau bukan tanggungan dia. Okay sekarang aku tengah bercakap pasal couple yang tak kahwin lagi tu. Memang dia kerja nak suruh kau habis duit dia cemana? Kalau boyfriend taknak belikan, merajuk sampai taknak contact for a week. Seriously? ergh please lah. Lepas tu dok update dekat social networks merajuk dengan boyfriend cause he didn't get you what you wanted.

GIRLS please. Guys is not an ATM machine. Jangan nak beria sangat minta memacam dekat dia. Dia kerja penat weh cari duit nak sara hidup dia. Kau sesenang nak minta memacam. Kau ingat kau bini dia? Lepas tu kalau dia kerja lebih masa kau kata dia keluar dengan perempuan lain. Apa seh jenis perempuan macam kau. Please understand. Tak semua barang yang awak nak awak akan dapat dengan suruh boyfriend belikan. Duit sendiri ada kan? Beli lah guna duit sendiri. And please do not expect on guys untuk buat surprises yang macam melampau siap belikan dress letak dalam box bagai. Guys never thought about it pun kalau tak ada orang yang bagitahu. Guys is a simple creature. Dorang tak ada terfikir nak buat surprise yang sarat-sarat ni kalau tanpa kawan perempuan yang suggest. Don't expect on guys to much. Kang tak dapat awak juga kecewa.

Guys, don't worries. I know how you feel bro. Biarkan je kalau makwe jenis yang merengek sampai hentak kaki bila tak dapat apa yang dia nak. Biar dia merengek tepi tu. Dia ingat kau apa an bro. Duit sendiri simpan, duit kau dia kebas kasi licin an. Murah takpe, ni taknak kalah. Nak teddy bear yang paling besar je. Dia tak tahu harga teddy bear tu sampai beratus. Kalau dia tahu pun dia nak juga. Dia ingat kau tadah duit guna baldi belakang rumah agaknya. Biarkan je bro perempuan gitu. Aku sebagai perempuan pun sedih gak tengok perempuan gitu. Dia bukan wife kau, so kau boleh biar je dia kat situ even sampai tahap kebulur pun.

As a girl, sedih tengok perempuan gitu. Duit kau tahu taknak keluar. Duit lelaki tu, sampai koyak wallet kau kerjakan. Think rational lah. Takkan benda remeh pun semua nak berkira. Kalau macam aku, aku tak biasa guna duit orang lain melainkan dia yang kata dia nak belanja. Kalau tak, memang akan rasa bersalah madah nak bayar balik je duit yang dia dah keluarkan untuk kita. Entah lah eh, mungkin dah biasa tanggung diri sendiri. Semahal mana pun barang yang aku nak beli, selagi bukan duit aku, aku takkan beli. Even dia offer nak kasi pinjam duit ke apa, memang tak ah kan. Melainkan kalau dia beli as a present ke okay la lagi an. Tapi seriously, I'll be tolerate with guys about money. You're buying a movie tickets? okay then, I'll get the popcorn and snacks. You're paying for the dinner? Never mind, I'll fill up your petrol gas. Why should we bother about money. Tak matilah keluar sikit duit untuk pakwe awak. Always give and take untuk hubungan yang lebih harmoni. Tak adalah rasa rugi sangat kalau break nanti. (Y)

Second Chances

Yes. Everybody deserves a second chances. I believe in that. Semua orang berhak untuk peluang kedua tapi dalam keadaan yang tertentu. Itu kalau ikut aku lah. Semua orang berhak peluang kedua tapi beragak lah. Bukan main pakai hentam kau kasi semua orang peluang kedua even no matter how hard they hurts you. Itu bangang nama dia.

In case, your partners cheat on you with your own bestfriend. :O wuuuuu~ panas sangatkan contoh. okay. Sakit hati tak bila tahu pasal benda tu? Sakit kan? Bila dapat tahu your partner cheat on you even bukan dengan bestfriend pun, tak sakit hati kau? Takkan happy bergembira suka ria bersama pula kan. mesti sakit hati betul tak. And mesti rasa marah sampai kenkadang ada rasa nak hentak sensorang tu guna water jet kan? Uishh sakit hati kena tipu ni takyah cerita lah. Memang sakit sangat gamaknya. okay. He cheat on you with your bestfriend and he lied about it and still taknak mengaku. Dah lah curang, dengan kawan baik kita, dah kantoi, taknak mengaku lagi tu. Apa agaknya yang patut dorang tu dapat selayaknya? Kaki? Tak payah. Kasi je terus batu bata yang orang dok buat rumah tu. Sesuka hati dorang je nak buat gitu kan. Okay. Kau dah tahu ni pasal ni, tapi dia still taknak mengaku. Still kata tak ada apa. Dan kau pun membangangkan diri mempercayai kata-kata dusta lelaki yang sering menanam tebu di tepi bibir. Gives him a chance dengan harapan yang dia akan tunaikan janji yang taknak curang lagi. Suddenly, one day, kau dapat tahu dia curang lagi. Kali ni memang kantoi depan mata punya. Amboi bukan main mesra. Patutlah bila ajak bestfriend tu teman shopping taknak. Balik kampung jaga atuk sakit konon. Mudanya atuk kau. Mesra sangat. Patutlah bila tanya boyfriend kerja ke tak kata tak kerja tapi nak keluar lepak dengan Haziq cari barang kereta. Sampai panggung wayang cari barang kereta dengan Haziqah rupanya. Bagus sangat perangai boyfriend dengan bestfriend. Orang macam ni patut rejam je. ishhh aku pula yang geram ni.

okay. Based on what example on above, lelaki perangai begitu tak layak peluang kedua. Bukan lelaki je, kalau ada juga perempuan yang buat gitu, aku mohon, korang tarik lah dua-dua rejam guna vacuum sampai mampus. Takguna. Orang macam tu tak patut wujud dalam masyarakat. Menyusahkan orang je. okay. Aku dah terlebih emo dah ni rasanya.

That guy has cheat on you, twice. I repeat, TWICE!!! And do you still thinking to give him a second chances? g mati please. Bukan peluang kedua je, peluang pertama pun tak tentu dapat kalau dengan aku. Jangan harap.

Eh hello, please. Dia dah tipu kau. Dah curang dengan kau. Kau rasa dia layak dapat apa lagi selain dari kaki? He's not deserves a second chances at all. Kau dah bagi dia peluang sebelum ni kan. Apa lagi yang dia nak. Kalau kau bagi dia peluang kedua atas alasan sayang, mohon dengan kau-kau sekali pergi terjun gaung sana.