Monday, November 30, 2015

.

Aku cuba mencari dan menyambung kembali tali yang terputus hilang. Aku berusaha kerana aku tahu tali itu tiada ganti.

Aku rindu kau. Kau yang mampu buat aku tergelak tersenyum seumpama tiada hari esok. Aku rindu kita.

Andai tali itu akan terus hilang tanpa dikesan wahai sahabat, ingat, aku masih sayangkan kau. Aku tiada ganti sahabat.

Thursday, July 9, 2015

Ini semua salah hati

Yang pilih kau tu bukan aku. Angan angan yang terbang tinggi tu bukan aku yang minta. Anggap semua kebetulan tu jodoh bukan aku.

Hati. Semua salah hati. Kalau hati tak berharap terlalu tinggi taklah aku rasa sesakit ni bila jatuh. Kalau hati tak beria suka tak ada maknanya aku akan sekecewa ni bila tahu kebenaran.

Memang. Hati ni sebenarnya jahat. Dia dalam diri tapi bukan diri. Dia dalam badan bersama organ lain tapi tak pernah nak sependapat dengan otak. Hati selalu bercanggah dengan otak. Otak fikir logik. Hati fikir andainya.

Padan muka. Siapa suruh pilih andainya. Impian harapan yang dah tentu akan buat kau jatuh.

Tapi bukan sebab seseorang aku begini. Bukan dia saja. Bukan dia si pencuri hati tetapi dia yang pernah janji sahabat itu untuk selamanya.

Mereka dan dia punca aku jatuh tergolek terhempas terhumban dalam angan angan sendiri. Angan angan takkan boleh berdiri lama sendiri. Kan pernah sembang.

Aku rindukan keadaan tiada apa yang harus aku risaukan. Aku terlalu rindu situasi yang mana aku hanya perlu risau kerana aku keliru nak pilih team mana aku nak masa main baling selipar. Aku rindu. Terlalu rindu.

Padan muka. Hati kau tu jahat. Dia sengaja buat kau terbang terlalu tinggi padahal dia tahu angan angan takkan mampu terbang lama. Sekarang ni jatuh. Siapa nak salahkan? Otak? Lain kali jangan lah pedulikan otak lagi. Kata hati kau kan tepat. Heh

Waiting for how long?

You know you are totally in love with someone when you don't even care how much you have to wait for them. You know they worth your time. But did you ever realize, for how long you have to wait. Wait for something that you don't even sure.

Cerita sedih ni milik aku. Aku yang keliru dengan perasaan sendiri. Aku yang terjerat dengan kata kata gurauan masa lalu. Aku yang terjebak dengan permainan dunia. Aku yang terhantuk kerana angan angan sendiri.

Cerita sadis yang bermula dari satu pandangan yang tak tersangka dan diteruskan dengan kebetulan yang otak tak betul ni anggap, jodoh. Heh

Cerita sedih yang tiada penghujung. Mengharap pada yang tak sedar. Mengingat pada yang melupakan. Berfikir pada yang tak layak.

Sunday, June 14, 2015

Berserah. Mengalah. Pasrah.

Berserah bukan bermakna kau tak usaha langsung. Kadang kadang, kau mula berserah segalanya pada Allah untuk tentukan jalan hidup kau sebab kau rasa kau dah cukup berusaha untuk hidup kau padahal banyak yang tak tercapai. Lagi pun, kalau kau tak berserah sekali pun, jalan hidup kau, takdir hidup kau tu memang Allah dah tentukan. Kau je tak boleh terima hakikat.

Mengalah kadang kala bukan sebab kau kalah. Tapi sebab kau tak sanggup menegakkan benda yang kau tahu tak ada siapa peduli sama ada kau betul atau sebaliknya. Orang sekeliling kau tak pernah peduli pun sebenarnya apa yang jadi atau apa keadaan sebenar. Apa yang mereka dengar untuk kali pertama, itu lah kebenaran bagi mereka. Ya. Tahu. Tak adil. Habis tu? Takkan nak gaduh berperang bertumbuk?

Dan pasrah tu sometimes its just means kau redha je dengan apa jadi. Sebab kau dah terlalu penat nak meyakinkan orang lain yang kau bukan punca sebenar. Yelah penat. Bukan ada orang nak dengar atau percaya dah. Buatpe susah susahkan diri nak explain dekat orang yang taknak dengar. Biarkan apa jadi walau kau tak rela, walau kau tak setuju,itu yang telah terjadi. By hook or by crooked, kau kena terima.

Bukan nak kata aku ni sentiasa betul. Cuma nak orang pandang, nak orang dengar, apa yang aku nak cakap. Aku tak peduli orang nak kata aku betul atau salah. Aku cuma nak orang tahu, nak orang dengar dari mulut aku, dari pihak aku bila sesuatu jadi. Bukan cuma tahu dengar sebelah pihak dan terus menghukum aku semata sebab aku malas nak layan perkara remeh. Sometimes, bagi aku, benda kecil, buatpe kita nak kecoh en. Tapi bagi sesetengah orang tu, benda kecil tu lah punca untuk dia judge kita dan ambil kesempatan. Biasalah tu. Dunia, kan.

Monday, April 20, 2015

Bila mereka

Bila kau rasa kau tak di perlukan, bila kau rasa kau tak penting, bila kau rasa kau disisihkan, itu masanya untuk kau pergi. Trust me. They don't need you anymore. You're not important.

Heartbeaks.

Hancur hati.

Patah.

Berkali pesan kata jangan terlalu rapat, jangan terlalu baik, jangan terlalu berharap. Tapi diri sendiri tak pernah nak sedar. Tak pernah nak fikir.

People are hypocrite. People are selfish.

Jangan perasan sangat.

Sekarang ni nak taknak, kau kena terima.

Jangan tanya kenapa. Jangan mempertikaikan. Jangan minta alasan.

Sebab kau yang pilih. Sebab kau yang minta. Sebab kau yang mahu.

Diam.

Terima.

Kau takkan selamanya bahagia.

Wednesday, April 15, 2015

Random thoughts (part 2)

Di waktu aku sendiri, aku terfikir, benarkah dunia ni tak adil? Di saat aku terdiam, aku merenung, benarkah tindakan aku?

Adakala tak semua yang di impikan itu jadi kenyataan. Kita manusia. Hidup tak semestinya seperti yang diharapkan. Mimpi akan kekal mimpi jika kita tidak bertindak. Benar. Mimpi itu adalah impian walau kadang tak kesampaian. Mimpi tu harapan. Sejauh mana kau mampu bermimpi dan terus usaha menjadikan mimpi itu bukan sekadar impian dan mimpi disiang hari?

Tanya hati, cukup tabah tak? Cukup kuat tak? Cukup sabar tak? Selalu bagi semangat dekat diri sendiri konon konon hati tu sado nak hadap semua sorang diri. Tapi at the end of the day aku tetap perlukan orang lain untuk support bagi semangat. Lemahnya hati. Sado ke? Sadis adaa.

Dunia tak adil, atau kau pentingkan diri?

Bila kau nak minta tolong orang atau ajak orang buat sesuatu perkara, pernah terfikir yang kau ni pentingkan diri? It's not about us. It's about yang penting aku dapat buat benda yang aku nak. Selfish sangat. Patut ke kau macam tu? Pernah terfikir kau tu Selfish and you should do something about it? But end up kau kata, "biarlah. Orang tak pernah kisah, buat apa aku nak kisah." Kalau dalam nisbah 10:100 orang dalam dunia ni perangai dan berfikiran macam kau, musnah dunia weh.

Did you ever think about your friendship? Ever think about how you should communicate with others? Ever think yang selama ni kau salah? Mesti tak pernah. Kan?

Di kala kau terduduk, kau salahkan dunia. Kau kata mereka tak adil. Kau kata mereka tak peduli. Kau kata mereka membenci. Tapi bila kau berdiri teguh, kau angkuh dan megah. Kau langsung tak pandang kebawah. Kau berbangga dengan diri sendiri walaupun itu semua bukan hasil usaha kau. Pernah rasa malu? Tak. Sebab kau beranggap kau layak terima semua tu kerana kau tak sedar siapa yang mengatur.

Life isn't came with a manual book. Follow your heart to do what is correct. Awak dah besar sayang. Janganlah berperangai tak semenggah.

You blame the kids bila mereka berperangai tak bertamadun. Pernah tak kau cermin diri kau apa yang dah kau tunjuk pada budak budak tu semua. And you blame the technologies. Padahal engko pun sama dok main smartphones, tablet apa semua non stop macam takde hari esok.

Tengok video yang jadi viral. Tengok issue yang tengah viral. Bukan turut mengutuk, sebagai orang yang matang kononnya, apalah salah kita sesama berbincang tentang apa yang boleh dibuat untuk mengubah masyarakat supaya think out of the box.

Tengok sekeliling. Sedih dengan keadaan dunia. Humanity seems to fade away. Perhati. Mana kata hak bersuara tu hak kita?

Aku tak suka politik. Dan aku jarang bercakap pasal politik sebab lain orang lain pendapatnya. Tapi aku bosan dengan sikap orang yang semua benda nak dipolitikkan. Makcik jual goreng pisang tepi jalan tu, rasa sambal kicapnya dah lain, tu pun nak dipolitikkan? Dehel bro? Kau taksub atau obses? Aku tak suka segelintir orang yang bercakap pasal politik yang seperti nak meracun fikiran orang lain dan racist. 

Bila aku dah publish blog post ni, mesti akan ada yang berkata, hek eleh minah ni yeye je. Kau tahu aku akan jawab apa? Aku tak minta line internet kau untuk publish blog post ni, kenapa nak senak sangat ni?

Kau boleh menghukum walau kau tak layak. Kau boleh mengata walau kau memfitnah. Kau boleh mengutuk walau kau lebih teruk. Tapi ingat, segala kata kata kau akan makan diri kau sendiri. Kau seperti menyuluh lampu dihadapan cermin. Semua berbalik pada kau.

Aku mungkin terlalu muda untuk bercakap perihal dunia dan hidup. Tapi aku cukup tua untuk berfikir apa yang rasional. Well, hak bersuara tu hak kita. Kan?

Bercakap pasal cinta tu tak merubah masa depan. Bila fikir pasal jodoh konon konon tu tak buatkan duit untuk kau sara hidup kau sendiri turun jatuh dari langit. Aku cukup penat dengan perasaan yang memusnahkan diri sendiri ni. Poyo. Memang sangat poyo.

Orang mengata tentang blog aku. But I've been working on this blog since I'm 14. Too young too dumb to post anything yang berguna. Kesian.

So come on guys. Sudah sudah lah menghukum. Berhentilah menghina. Tahu berapa hati telah kau hancurkan dengan tindakan kau? Tahu berapa semangat yang telah gugur kerana kata kata-kata kau?  Sampai bila nak tengok orang sekeliling kau jatuh? Tak kesian ke? Jangan pentingkan diri. Share the love. Share the happiness.

Tuesday, April 14, 2015

[CERPEN] Kau Muzik diHatiku

*KLING*

"Hi! Welcome!"

Bunyi loceng dipintu kedai itu menandakan ada pelanggan yang masuk disambut mesra oleh seorang wanita cina yang berada dikaunter dengan senyuman manis. Gadis berambut pendek aras bahu itu berjalan sambil tersenyum menuju ke kaunter tersebut.

Itu pertama kali dia menjejakkan kaki ke kedai muzik sedemikian. Selama ini, hanya pernah lalu saja. Minat tu ada dalam bidang muzik cuma dia tidak cukup berani mahu mendalami bidang itu. Takut orang mengata katanya. Padahal confidence level tu rendah. 

"Hi. I dapat tahu sini ada buat piano class. Is it still available?" soalnya dengan sopan.

"Hi. Ada. Still available." jawab wanita cina yang usianya dalam lingkungan 40-an.

"I hope tak ada had umur." balasnya sambil tergelak kecil.

"Oh taklah. Tak ada. So, you mahu sign up untuk siapa?"

"For myself actually. I minat muzik but baru sekarang berani nak belajar secara serius."

"Baguslah kalau you sendiri ada minat muzik. Tak perlu takut-takut. Sini semua tak makan orang. So, you don't have to worry." gurau wanita itu. Dia boleh rasakan gadis tu sedikit gementar. Mana tidaknya, sebelum ini dia tak pernah hadiri mana mana kelas kemahiran.

Dia beredar dari kedai tersebut selepas mengisi borang dan membayar yuran pendahuluan untuk kelas piano itu.Tidak sabar mahu menghadiri kelas itu. Dia teruja. 

*************************************

Pagi hujung minggu itu, selepas bersenam di tasik kawasan berdekatan rumahnya, dia bersedia untuk hadir ke kelas piano yang ditunggunya sepanjang minggu. Dia melangkah sekali lagi ke kedai muzik yang dikunjunginya minggu lalu dengan perasaan yang gemuruh. Kelas piano itu kelas yang pertama buatnya. 

Dia menunggu dibahagian hujung kedai itu. Kata wanita cina tempohari, Madam Wong, kebiasaannya memang hanya seorang pelajar yang diajar seorang guru supaya memudahkan sesi pengajaran. Mendengar kata kata Madam Wong, dia semakin gemuruh. Dihujung kedai itu terdapat barisan keyboard dan piano disusun rapi. Matanya tertarik pada satu jenis piano klasik dipenjuru dinding. Tangannya gatal mahu menyentuh dan cuba menekan satu not piano itu. Matanya terpukau dengan seni reka piano itu membuatkan tangannya tak henti menyentuh piano itu walaupun dia masih belum mahir. 
 
'Kan best kalau aku dah reti main. Lagi best kalau dapat main piano ni. Hmm.' 

"Ehemm." Lamunannya terhenti apabila terdengar satu suara garau yang menegurnya dari belakang. Jantungnya yang sudah reda dari berdegup kencang kini kembali gementar. Dia bingkas bangun dari kerusi piano itu dan menoleh kebelakang. Dia cuak. 

"Seronok main? Kalau macam tu tak payah la saya ajar lagi." ujar lelaki itu sambil menghampirinya. Matanya terkebil kebil. Lelaki itu tergelak. 

"Saya Ashraff. Awak pernah main piano sebelum ni?" Gadis itu sedikit terkejut mendengar kata kata Ashraff sebentar tadi.

'Takkanlah dia ni yang ajar aku? Ya Allah. Biar betul?' bisik gadis itu dalam hati. 

Dia diam tidak menjawab pertanyaan Ashraff. Entah sampai kemana dia mengelamun. 

"Hello? Awak? Dengar tak apa yang saya cakap ni?" Ashraff melambai lambaikan tangannya dihadapan mata gadis itu. 

"A...apa dia?" Gadis itu tersentak. 

"Berangan rupanya. Tak. Pernah main piano tak?" Ashraff menghela nafas kecil.

"Tak. Tak pernah." geleng gadis itu. Dia masih tidak berganjak dari tempatnya berdiri sebelah piano itu sementara Ashraff sudah mengambil tempat duduk dikerusi piano itu. 

"Nama, siapa?" soal Ashraff tenang. 

"Aina Fareka. Boleh panggil Eka je." jawab Eka. Ashraff hanya mengangguk. Jari Ashraff pantas berlari dipapan bunyi piano itu memainkan lagu balada. Eka tak pasti lagu apa tapi yang pasti dia suka lagu tu. Merdu bunyinya. 

******************************************

"Macam mana? Kelas piano kau? Okay?" soal Mastura, rakan serumahnya yang juga teman baiknya sejak kecil. 

"Boleh la." jawab Eka sambil lewa. Matanya leka menonton drama kegemarannya dikaca televisyen ruang tamu rumah mereka. 

"Best tak? Siapa ajar kau? Cikgu tu lelaki ke perempuan?" soal Mastura bertubi tubi. Entah kenapa Mastura pula yang excited nak tahu tentang kelas pianonya. 

Bila Mastura menyebut tentang cikgunya dikelas piano itu, fikirannya tiba tiba teringatkan Ashraff, guru pianonya. Ada sesuatu tentang Ashraff yang menariknya. Dia kagum dengan kemahiran lelaki itu. Dia terbayangkan raut wajah Ashraff ketika mengajarnya pagi tadi. Tegas tapi lembut dan sabar. 

"Oi! Aku tanya kau, kau berangan eh?" Eka tersentak lalu tergelak.

"Apa? Cikgu tu okay lah. Cikgu lelaki." jawabnya selamba. Mastura memandangnya dengan penuh tanda tanya. Dia berminat nak tahu tentang cikgu Eka tu. 

"Lelaki? Serius? Handsome tak?" 

"Boleh lah." 

"Wahh untunglah kau." 

"Apa untungnya? Mengarut lah kau." 

"Belajar pasal piano. Bukan cinta. Ingat tu." gurau Mastura. Mereka bergelak ketawa memecah sunyi malam rumah itu memandangkan hanya mereka tinggal berdua. 

************************************************

Sudah dekat dua bulan Eka belajar piano disana. Setiap hujung minggu kelasnya. Eka pula semakin mahir memainkan piano. Semua hasil tunjur ajar Ashraff. Eka nak belajar sampai mahir. Dia nak mainkan lagu yang sama seperti lagu yang dimainkan Ashraff dulu. Tidak dinafikan mereka semakin rapat dan semakin akrab. Akan tetapi, Ashraff tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia sukakan Eka. Ashraff tak banyak bercakap. Dia hanya bercakap mengenai alat muzik sahaja. Eka tak kisah. Eka selesa begitu. 

"Saya nak nombor telefon awak. Boleh?" soal Ashraff tenang. Eka yang jadi tak tentu hala dengan soalan tu. Biar betul Ashraff minta nombor telefonnya. Dia seakan tidak percaya. 

"Aina Fareka, saya nak nombor telefon awak, boleh tak?" soal Ashraff kali kedua. Kali ini dengan nada sedikit tegas. Garangnya. 

Eka mengeluarkan sehelai kertas dari beg tangannya lalu dihulur kepada Ashraff sambil tersenyum. 

"Saya balik dulu." Eka beredar meninggalkan Ashraf disitu. Kertas tadi dilihatnya sambil tersenyum gembira. 

******************************************

*tut tutt* 

One message received

Bunyi telefon pintarnya yang berada di atas meja bilik menarik perhatiannya. 

Unknown number: Hai? 

Eka keliru. Siapa pula yang menghubunginya malam begini. Tiba tiba dia teringatkan dia ada memberi nombor telefonnya kepada Ashraff tempohari. Ada juga dia menunggu panggilan dari Ashraff tapi hampa. Kali ni, dia yakin ini Ashraff. 

Eka: Ashraff? 

Unknown number: Busy? 

Eka: Come on. Jawab please. Are you Ashraff? 

Unknown number: Nampaknya awak memang tunggu saya contact awak. Are you? 

Eka: ............

Ashraff: Eka, are you there? 

Eka: yes. 

Ashraff: Jadi betul lah awak tunggu saya contact awak sejak hari awak bagi saya nombor ni?

Eka: Well Encik Adam Ashraff, awak yang minta. Bukan saya yang bagi. 

Senyuman lebar terukir dibibir manis milik Eka. Dia lega akhirnya Ashraff menghubunginya. Perbualan itu berlangsung hingga kelewat malam.  

*******************************************

Hujung minggu itu Eka datang ke kedai muzik itu seperti biasa. Ini kelasnya yang terakhir sebelum tempoh pembelajarannya seperti yang dijanjikan tamat. Berat hati nak menamatkan sesi pembelajaran itu tamat. 

Sepertinya Ashraff masih belum tiba. Dia mengambil tempat di piano yang pertama kali dia tertarik. Jarinya perlahan memulakan rentak. Alunan muzik yang bermain di piano itu memukau mindanya diawang awangan. Dia terjatuh didalam melodi itu sehingga itu tidak menyedari Ashraff berada dibelakangnya. 

Ashraff memberikan tepukan setelah Eka selesai. Pipinya merah. Dia tidak perasan sejak bila Ashraff berada dibelakangnya. 

"Bagusnya. Siapalah yang ajar ni kan? " riak Ashraff. Spontan Eka menyiku perut Ashraff. Mereka tergelak. 

"Tahniah. Walaupun belum expert, tapi boleh lah, untuk orang baru belajar macam awak ni. Not bad." 

"Terima kasih selama ni mengajar saya. Dari saya tak tahu apa apa, sampailah saya boleh main dah piano ni. Terima kasih banyak." 

"Terima kasih je?" 

"Dah tu?" 

"Belanja la makan ke, wayang ke. Terima kasih je saya pun boleh cakap." mereka tergelak. Ashraff sudah banyak berubah dari pertama kali mereka berbual. 

"InshaAllah." mendengar jawapan Eka, Ashraff tersenyum. Nampaknya ada peluang untuk dia bertemu lagi dengan Eka. 

Eka memainkan lagu pilihan mereka, River Flows in You oleh Yiruma. Eka suka lagu tu. Tenang. Mendalam maknanya. Ashraff bersandar di sisi piano itu tekun mendengar alunan muzik indah itu. Mereka berdua terbuai didalam melodi melayan perasaan yang tidak pasti. Apa yang pasti, mereka berat hati untuk berpisah dan berjumpa hanya setakat ini. 

************************************************

Thursday, April 9, 2015

[CERPEN] Kerana Hati itu Selamanya Untukmu

Hujan lebat membasahi bumi. Hujan lebat selebat airmatanya. Hatinya pasrah. Dia rela. Dia redha jika itu takdir Allah. Tiada apa yang boleh dihalang.

"Jodoh pertemuan, ajal maut itu semua ketentuan Allah. Saya bersyukur dapat kenal awak. Dapat jumpa awak. Kalau saya pergi dulu, awak jangan menangis. Saya tak ada nak pujuk awak nanti."

Tiada satu patah perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu mampu dilupakannya. Haruman minyak wanginya, suaranya, pandangan matanya, tutur bicaranya, gerak gerinya, senyumannya, gelak tawanya, pendek kata segala-gala tentang lelaki itu tidak mungkin dilupakan.

Impian mahligai yang bakal terbina musnah sekelip mata. Dia terkilan. Bukan ini caranya untuk mereka berpisah. Tapi apakan daya, takdir Allah, siapa dia untuk menghalang.

**********************************

Sakit, perit, pedih ibarat ditikam tepat ke hati apabila menerima berita itu. Gelap dunianya. Seperti ada yang menghalang cahaya. Ya. Lelaki itu, Hafees Erfan, adalah cahaya hidupnya selepas dia kehilangan kedua ibubapanya dalam satu tragedi kemalangan jalan raya. Hafees Erfan memberi sinar harapan baru untuk dia menerima takdir Allah. Hafees Erfan mendampinginya dalam setiap tindak tanduk keputusan.

Dua minggu lagi, ya dua minggu lagi mereka bakal disatukan. Dia menyayangi Hafees Erfan lebih segalanya. Dia hanya punya Hafees Erfan dalam hidupnya. Hati siapa yang tak hancur bila bakal pembimbing hidup pergi untuk selamanya. Dia tak cukup kuat untuk berhadapan seorang diri. Dia tak cukup mampu untuk berdiri tegak pandang kehadapan tanpa semangat dari Hafees Erfan.

*******************************

"Boleh saya tolong?" kepalanya mendongak tepat ke arah lelaki yang tiba tiba muncul dari sebalik keretanya yang tersadai ditepi jalan. Entah apa masalah kereta ni malam malam pula nak buat hal.

Dari riak mukanya, jelas kelihatan dia terkejut. Dia tidak tahu bagaimana mahu beri reaksi kepada lelaki itu. Dia takut.

"Saya Hafees Erfan. Boleh saya tolong awak? Ada apa masalah?"

"Tak. Tak ada apa. Errr... Saya... Saya okay." jawab dia dalam nada yang tersekat sekat. Dia tidak yakin lelaki ini benar benar mahu membantunya.

"Abang. Kenapa? Kereta akak ada masalah ke? Abang tak boleh tolong akak ni ke?" muncul pula seorang gadis dari belakang lelaki itu. Entah isterinya atau adiknya, dia juga tidak pasti. Yang dia pasti gadis itu kelihatan muda dari usianya.

"Macam nilah cik, apa nama awak?"

"Zehra. Aisha Zehra."

"Cik Aisha Zehra. Kereta awak rosak kan? Saya tolong? Boleh? Bahaya awak sorang dekat sini malam macam ni."

"Macam mana?"

"Saya akan call kan mechanic dan tow-truck maybe dorang boleh tolong bawa kereta awak ke bengkel. Dan awak saya hantar kan ke rumah. Boleh?"

"Kereta saya?"

"Kita pergi lepas tow-truck datang bawa kereta awak ke bengkel. Mungkin esok awak boleh datang ke bengkel untuk tahu apa masalah kereta awak."

"Jomlah akak. Abang Erfan akan hantarkan akak ke rumah. Bahayalah akak dekat sini. Takpe. Akak jangan risau. Abang takkan berani buat apa-apa dekat akak. Haira ada." tutur gadis itu.

Entah kenapa kepalanya mengangguk setuju menerima pelawaan mereka. Kakinya juga turut melangkah mengikuti Haira. Sebenarnya dia risau. Manusia zaman sekarang bukannya boleh percaya sangat.

'Betul ke keputusan aku ni? Boleh ke aku percaya? Entah-entah, dorang nak jual aku dekat siam. Ish. Selisih. Cubalah fikir tu positif sikit. Orang nak tolong. Dah naik kereta baru nak fikir orang nak jual kau la apa lah. Ish.'

***************************************

Kebetulan yang tak disangka. Peristiwa yang dianggap malang itu rupanya titik tolak permulaan bagi pertemuan mereka. Pertemuan hidup yang bahagia.

**************************************

"Kenapa awak berhenti bila nampak saya dekat tepi jalan tu? Awak, tak takut ke?" soalan yang sudah lama disimpan olehnya. Dia benar-benar mahu tahu mengapa Hafees Erfan bertindak membantunya malam itu.

"Sebab saya ikut naluri hati." serentak itu dia menjeling Hafees Erfan. Dan serentak itu juga gelak tawa Hafees Erfan memecah keheningan malam.

"Ha ha. Sweet sangat lah tu konon." sindir dia.

"Okay okay. Sebenarnya saya pun tak tahu kenapa saya boleh berhenti malam tu."

"Tipu. Tak takut ke?"

"Nak takut apa?"

"Yelah. Malam malam, ada orang kereta rosak tepi jalan. Kot kot hantu ke, orang perangkap awak nak merompak ke. Awak mana tahu."

"Oi cik kak. Ada ke hantu pakai jeans dengan sweater? Kalau saya tak datang, mungkin awak yang kena rompak."

ayat Hafees Erfan yang terakhir itu buat dia terdiam dan berfikir sejenak. Mungkin benar apa kata Hafees Erfan. Jika lelaki itu tidak datang membantunya, mungkin dia telah dirompak pada malam itu.

****************************************

"Saya berhenti bukan sebab saya nak mengurat awak. Jangan perasan sangat. Saya berhenti sebab saya tak sampai hati tengok awak sorang sorang tengah malam tepi jalan gelap macam tu. Macam mana kalau yang dekat tepi jalan tu adik saya? Keselamatan seorang perempuan itu terletak dibahu setiap lelaki yang berselisih dengannya. Saya anggap itu tanggungjawab saya. Kalau orang nak merompak, dan tanggapan saya, niat saya salah, itu terpulang."

Terharu mendengar ayat dari seorang lelaki yang amat dicintainya. Terasa diri selamat berada disamping lelaki itu. Tidak banyak yang diminta, hanya minta untuk kekal bersama.

****************************************

"Saya tak mampu nak jaga awak sampai bila-bila. Tapi saya berjanji selagi saya bernafas, saya akan jaga awak. Awak hidup saya. Kekurangan saya, saya minta maaf. Kelebihan awak pelengkap saya."

***************************************

Genap setahun pemergian lelaki itu kerana tragedi menyayat hati. Genap setahun hatinya tertutup untuk insan lain. Bukan soal tiada yang mahu, ini soal hati. Tiada yang mampu mengganti Hafees Erfan dihatinya.

Angin laut meniup lembut wajahnya. Cahaya dari matahari hampir senja sangat indah. Hafees Erfan suka tengok matahari terbenam. Dia masih disini, di tempat pertama mereka mengetahui isi hati masing-masing.

*************************************

"Saya ada benda nak cakap. Hmm..." tutur Hafees Erfan perlahan. Dia gugup. Tidak tahu bagaimana mahu memberitahu gadis itu tentang perasaannya.

"Its now or never abang. Kalau abang betul suka dan sayang akak, abang kena cakap juga. Or you will lose her forever." terngiang kata-kata Haira dikotak mindanya. Dia perlu meluahkan isi hatinya. Aisha Zehra perlu tahu apa yang terkandung dalam hatinya.

"Errr... Awak... Awak suka saya tak? Sebab saya suka awak." dengan senafas Hafees Erfan mengeluarkan kata. Tercengang Aisha Zehra dibuatnya. Akhirnya dia ketawa. Tanpa henti.

"Aisha Zehra binti Rosli. Saya, Hafees Erfan bin Kamarul, nombor IC nak tak? Kalau taknak tak apa. Saya suka awak. Saya suka kan awak, sejak kali pertama saya nampak awak. Dan saya mula sayangkan awak lepas kita kerap jumpa dan sekarang, saya dah jatuh cinta dengan awak. Saya nak habiskan hidup saya dengan awak. Awak nak kahwin dengan saya tak? You better say yes sebab saya dah cakap dengan mama nak masuk meminang awak and mama agreed. Please. Kalau tak, saya terpaksa cari orang lain untuk dipinang."

Untuk kali kedua dia terkaku mendengar ayat yang lancar keluar dari mulut Hafees Erfan seperti sudah dihafal sejak dari mula. Matanya terkebil kebil keliru. Dia masih tidak percaya. Tapi otaknya sudah dapat menangkap apa yang cuba disampaikan Hafees. Lelaki pujaannya melamar dirinya untuk dijadikan isteri. Sukar untuk dipercaya.

"Whoa! Laju sangat tu encik Hafees Erfan bin Kamarul. Erm... Saya... Erm... Tak payah kot awak susah susahkan diri nak cari orang lain untuk dipinang. Kalau awak pinang orang lain, siapa nak pinang saya?" kali ni, gilirannya untuk gugup menyusun kata setuju. Takkan terus nak cakap yes. Sebagai seorang gadis, malulah.

"yes?" soal Hafees Erfan kali kedua.

"yepp?" jawab dia gugup.

"Alhamdulillah. Fuhhh..." ucap Hafees Erfan lega.

Senyuman tak lekang dari bibirnya sepanjang minggu. Sama juga Aisha Zehra. Mereka bahagia. Tidak sabar mahu disatukan.

******************************************

Telefon pintar milik Hafees Erfan berada didalam genggamannya. Ibu bapa Hafees Erfan memberikan hak kepada Aisha untuk menyimpan barang peribadi milik Hafees. Mereka tahu, Aisha selayaknya.

Didalam telefon pintar itu terkandung gambar gambar kenangan mereka. Video Hafees menyanyi untuknya juga disimpan. Setiap kali dia merindui lelaki itu, gambar dan video itulah yang ditatap tanpa jemu. Jujur dia amat merindui lelaki itu. Seperti baru semalam mereka bertemu. Ada satu aplikasi didalam telefon pintar itu yang tidak pernah dibuka. Terdetik hatinya mahu mengetahui apa isi didalam.

"Saya sayang awak. Andai kata antara kita bukan untuk selamanya, andai tiada Jodoh antara kita, andai kata yang pergi dulu itu saya, siapa kita untuk menidakkan ketentuan Allah, saya harap awak relakan saya pergi. Awak tak boleh sedih.  Saya tak sanggup nak tengok awak sedih tapi saya tak ada nak pujuk. Saya nak awak jaga diri. Jangan lupa semua yang pernah kita janji. Awak janji nak jaga diri even bukan dengan saya. Saya sayang awak. Selamanya saya, Hafees Erfan sayang awak, Aisha Zehra. Move on sayang. Jangan tangisi kepergian saya. You deserve happiness even without me. Smile and laugh my dear. I'll take care of your love from here. Jaga diri. Saya sayang awak."

Antara kata terakhir yang terkandung. Airmata mengalir deras. Sungguh dia merindui hero yang membantunya malam itu.

***************************************

"Kata orang, perasaan manusia itu berubah. Tapi tidak cinta dan sayang saya untuk awak. Walau beribu batu atau selamanya awak pergi, saya akan pertahankan rasa sayang ni. Maafkan saya andai saya berdusta. Saya redha. Saya lepaskan awak pergi. Tapi cinta awak takkan pernah saya lepaskan. Tunggu saya. Saya, Aisha Zehra, amat sayangkan awak, Hafees Erfan. See you soon, abang."

Friday, January 23, 2015

Dear sahabat

Aku tahu, tak selalunya aku ada untuk korang. Aku tahu aku bukan yang terbaik. Tapi kenapa lately ni semua nya menjauh?

Aku diam sebab nanti kalau aku buka mulut, akan ada yang cakap aku tak puas hati. Tapi bila semakin aku diam, aku rasa aku semakin kehilangan sahabat. Aku taknak.

Lately memang mood aku lari jauh entah kemana. And by that time, I was wondering, mana pergi semua sahabat aku tu? Dan kalau korang ada mesti mood aku tak lari jauh cemni.

I remember bila aku buka wechat semua bersepah dengan korang punya chat je. Dekat group. Berlambak. Sampai aku tak terlarat nak catch up apa yang korang rancak borakkan. And yeah, I miss that moment.

I miss the moment when we used to laugh and joking around tanpa ada yang terasa. Tapi sekarang, bila dekat group, semua pun senyap je. Bila aku start conversation, semua pun reply mcm hm entah. Macam nak taknak. Aku cuba fikir, alah tu perasaan aku je. Takde benda lah. Everytime. Everytime macam ni, aku cuba fikir benda yang sama.

Everything has changed. Ye aku mengaku, tak akan ada benda yang kekal melainkan kenangan. Tapi kenapa kita? Kenapa yang kena berubah tu kita? Atau aku yang dah berubah?

My dearest sahabat, you guys knows that I don't have anyone else like you guys. I don't want to lose you. I want our friendship till Jannah. I want you guys to stay as my friends. Forever. Jadi, kalau yang salah tu aku, aku minta sangat, tegur aku. Bagitahu aku. Sebab aku tak sanggup nak hadap rasa yang korang memang dah menyampah dengan aku.

My dear sahabat, aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki atas semua salah aku, percakapan aku, tindakan aku. Aku minta satu je peluang. Peluang untuk aku kenal semula siapa sahabat. Peluang untuk aku betulkan keadaan walaupun aku tahu dah takkan sama. Aku tahu aku bukan yang terbaik, tapi aku cuba untuk jadi yang terbaik. Sahabat, korang tahu aku sayang korang. Sangat.

Thursday, January 22, 2015

Patah hati tu sakit

Aku pernah rasa patah hati bila orang yang aku suka tu, tahu aku suka dia tapi dia punya response cuma "oh." kau rasa? Sakit hati sia. And by that time aku rasa dah taknak dah nak suka lagi tapi  hari hari lepas tu, aku tak boleh move on dan tetap suka dia. Even sampai lepas setahun lebih aku tak jumpa dia,aku still suka dia. Masa tu aku sendiri confused yang aku ni bodoh atau buta sebab still suka dekat orang yang sama sedangkan dia, tak pernah peduli langsung pasal aku.

Patah hati. Eeee berbahasan habis kau alia. Eeee sastera nya kau. Patah hati la sangat konon nya tu. Eeee

Lepas tu, dalam masa aku tak jumpa dia tu, aku still suka dia tapi dalam masa yang sama, aku ada suka orang lain yang depan mata aku, yang aku boleh jumpa hari hari. Kau tahu apa yang paling bodoh? Bila aku yakin aku tak suka dekat dia dah sebab aku dah jumpa orang yang suka aku juga, tapi bila aku dengan orang tu dah tak ada apa apa, otak aku akan berbalik fikir pasal dia dan perasaan tu datang balik. Well. Kau ni teruk k alia.

Boleh ek kau sekejap suka sekejap takde perasaan dah. Suka suka kau ek

Tapi sejak sejak yang aku confess dekat dia dan jawapan dia cuma oh je tu, aku dah semakin biasa patah hati bila suka dekat orang dan orang tu tak suka aku balik macam mana aku suka dia. Dah biasa. Amboi statement.

Memanglah dah biasa. Madah jumpa orang baru je asyik nak suka je pun tak boleh gak. Memang ah dah biasa patah hati. Dan yang lagi bangang dia apa tau bila kau dah tersuka dekat tunang orang tapi kau taktahu dia dah tunang, yang kau tiba tiba tahu je dia dah nak kahwin. Well padan muka kau. Suka orang yang kau tak kenal sangat. Baru tengok dia tu seronok buat kawan terus kau nak suka. Lepas tu patah hati. Haa padan ah muka.

And by this moment aku create entry ni, ada 2 orang yang aku tengah fikirkan sekarang ni. Ada dua orang yang aku rasa aku suka. Bodoh nya lahai. Dan yang lagi bodohnya kau tahu apa? Bila aku sendiri confuse siapa yang aku suka.

Aku sendiri rasa macam nak hentak otak dan hati ke dinding sebab tak sudah sudah nak fikir dan suka dekat orang yang aku tak kenal sangat.

Kesian dengan diri sendiri. Ergh tensen

Wednesday, January 21, 2015

Pertemuan memusnahkan harapan

Selalu tertanya. Kenapa ada pertemuan kalau akan ada perpisahan. Dan perpisahan, tak ada yang tak sakit. Dan kalau aku tahu begini sakitnya perpisahan, bukan ke lebih baik aku tak bertemu.

Aku tahu sakit perpisahan tu aku tak sanggup nak tanggung. Terutama perpisahan tanpa sepatah kata. Sanggup kau tengok orang tu dari jauh bahagia gembira sedangkan kau dekat sini masih terfikir kenapa dia pergi tanpa kata. Aku tak. Sebab aku tahu aku tak mampu tanggung.

Biar aku tahu bila dia nak pergi. Sekurang kurangnya aku tahu apa kata terakhir dia. And at least aku boleh hargai sisa masa yang tinggal. Dari dia terus pergi dan terus menghilang macam tu je. Kau ingat surprise sangat ke macam tu? Memang aku suka surprises but not this kind of surprise. Tak kelakar langsung.

Well honestly, perpisahan tu bagi aku, tak perlu langsung. If you really care about some people, why would you go and leave them? Why would you let them sad without you?

Okay. Memang kau akan pergi jauh tapi is that means yang kau takkan berhubung langsung dengan dia? Weh sekarang en, sekarang dah 2015 weh. Banyak social networks yang kau boleh guna untuk saling berhubung. Ni tak, kemain update instagram, status facebook la bagai, tapi wechat langsung tak reply. Lagi sadis bila kau rancak gila tweets mention pebenda semua tapi whatsapp langsung takde niat dihati nak reply. Ehh kalau single tick takpe lagi. Ni dah lah double tick, biru pula tu. Double blue tick wehhhh. Last seen online pula lagi. Eh memang sadis sangat la cerita dia sekarang ni. Nampak sangat yang kau memang sengaja taknak contact lagi dengan dia.

Tapi, bila bagi aku lah en. Orang yang dah double bluetick tapi tak reply ni, aku anggap dia terlalu excited sebab aku text dia dulu sebab tu dia tak reply. Okay sadis

So, conclusion dia dekat sini, anyone who left without any words, aku akan boikot dia. Serious. Kau lalu la depan biji mata aku hari hari, memang tak aku nak pandang. Aku boikot. Aku benci orang macam tu. Okay tu je bye

Random thoughts

Cinta? Geli dok bila fikir. Bila teringat. Memang rasa geli gila. Tapi memang menipu kalau kau tak pernah terasa bercinta atau nak bercinta. Tapi eh apesal aku malam ni gedik sangat tetibe cakap pasal cinta ni? Eeee

Sebenarnya teringat pasal orang yang aku suka tu. Ergh suka ke? Suka la juga. Tapi entah. Lantak le malas nak fikir.

Random thought malam ni, terbaca moments kawan aku kata dia rindu gila dekat ex dia sampai dia scroll semua tweets dgn moment pasal ex dia tu. Alahai bro. Kemon la bro. Hati tu sado ah sikit. Muka nak gangster. Badan nak sado je. Tapi cair bila ingat ex. Comel sia. Kahkahkahkah

Gelak sakan nampak. Kemain gelakkan orang. Amboi. Kena sendiri baru tahu. Padan muka.

Okay. Random thoughts for tonight. Bye

Random reminder for myself

Bila aku jatuh, aku sendiri akan naikkan semangat. Bila aku rebah, aku sendiri usaha untuk terus bangkit. Dan bila aku telah bangkit tetapi masih usaha untuk kekal bersemangat, kenapa harus ada orang yang tetap mahu membuat aku rebah semula?

Nak hidup ni, hati kena sado. Tak boleh cepat sentap. Nak hadap dunia, otak kena kuat. Tak boleh cepat mengalah.

Fikir diri sendiri dulu. Baru sibukkan diri nak fikir pasal orang lain. Sebab apa? Bukan nak suruh kau penting kan diri, tapi nak suruh kau sedar, orang lain takkan letak kau sebagai keutamaan dorang. Jadi, kau tak payah semakkan kepala otak kau nak fikir pasal orang lain sebab orang lain takkan pernah nak fikir pasal kau. Bunyi nya kejam en? Tak fikir langsung pasal orang. Tapi itu lah hakikat dunia sayang. Takde yang indah. Dunia indah tu dalam novel je. Bawa bawalah sedar.

Monday, January 19, 2015

Manusia dan dunia

Hidup ni tak semudah yang kau sangkakan. Hidup ni jalan nya tak setegak yang kau harapkan. Hidup ni tak seindah yang kau bayangkan.

Pernah rasa? Ditinggalkan orang yang kau anggap sahabat sampai bila-bila? Pernah rasa? Diabaikan orang yang sangat kau perlukan? Pernah rasa? Dilayan seperti orang yang menagih perhatian orang lain?

Manusia. Aku sering peringatkan diri sendiri, manusia ni mana pernah adil. Jadi setiap kali aku rasa semua tu, aku harus faham. Manusia ni tak pernah adil, buat apa aku nak terasa en. Manusia ni mana nak sedar diri. Bila kau senang, kau mula riak. Kau mula tarik muka dengan yang sedia ada. Bila kau jumpa yang baru, dengan senang kau mengabai yang lama. Kau lupa dia yang ada sentiasa. Kau lupa dia yang ada sedari dulu. Kau lupa siapa dia pada kau. Dan dia? Apa yang dia mampu buat bila kau secara tak langsung membuang dia? Mengundur secara perlahan sebab dia tahu, kau tak perlukan dia. Dan ya. Manusia ni dah lah tak adil, kejam pula tu.

Dunia. Bila sekali kau dekat atas tak bermakna yang kau akan selamanya diatas. Bila kau dekat atas, jangan lupa nak jenguk jenguk yang dibawah. Ingat. Kau juga pernah berada dibawah. Dan mungkin, esok lusa kau akan kembali kebawah. Masa tu sanggup kau nak mendongak ke atas melihat orang yang berada diatas menongkat dagu riak pada kau? Sebab tu, sentiasa menjenguk yang dibawah bila kau diatas. Sebab apa? Karma tu wujud. Kifarah Allah tu ada. Apa yang kau buat dekat orang, sama ada dalam masa terdekat atau tak, dalam apa cara sekali pun, kau tetap akan merasa apa yang kau dah buat dekat orang. Jika baik perlakuan kau, baiklah yang kau dapat. Jika kau sering memandang hina insan lain, terima lah padah yang serupa. Dan masa tu, pada siapa kau nak minta bantuan? Allah.

Manusia bila hidup dimuka bumi, susah nak mengaku silap. Buta. Jalan tak berturap dekat seberang tambak sana tu kau nampak, jalan tak berturap depan rumah sendiri kau buat tak tahu. Manusia dan dunia, sama sama tak adil. Sama sama kejam.

Sunday, January 18, 2015

K A U

Kenapa bila kita rasa manusia tu tak adil tapi kita tak mampu nak buat apa. Ya. Aku sakit tapi aku tiada tindakan. Aku tak faham. Mengapa bila setiap kali aku mahu berubah, akan ada kata negative yang mencucuk untuk aku membenci. Untuk aku mengikari janji.

Bila tahu apa yang orang buat dibelakang aku, aku terkilan, aku terdiam, aku terkaku memikirkan dimana silap aku sehingga begini balasan yang aku terima. Apa yang telah aku lakukan pada kau sehingga kau sanggup mengkhianati aku begini?

Kau kenalan yang aku anggap teman, benarkah apa yang dikatakan oleh dia? Benarkah kau berkata begitu dibelakang aku? Benarkah kau cuba mencucuk aku dari belakang? Aku tak sangka kau begitu. Tegarnya hati kau. Atau dia hanya mahu memecahkan kita. Aku keliru.

Dihadapan aku kau bergelak bersama, kau bergurau sama, kau tak ubah seperti si ibu yang menjaga. Dibelakang, kau tak ubah seperti ular yang lidahnya bercabang. Kenapa begini? Apa yang telah aku lakukan pada kau? Kau kata, masalah ini antara kita. Hanya kita yang akan selesaikan. Tapi mengapa bila ada masalah, kau canang cerita ini kepada semua orang dengan menunding itu semua adalah salah aku. Kau hebahkan pada semua orang betapa kecewa dan geramnya kau dengan tindakan aku. Kau putar balik kan cerita supaya hujung nya kelihatan itu adalah salah aku. Sampainya hati kau perlakukan aku begini. Kau tuturkan setiap bait kata melembutkan hati bila kau ingin kan sesuatu pertolongan. Tetapi bila kau senang berada diatas, kau tabur kata dusta memperlihatkan salah aku. Kau kata kita semua bagai keluarga yang saling membantu. Kau kata teamwork tu perlu. Kau kata kita kena saling percaya baru benda menjadi. Aku sungguh keliru. Aku tak faham. Bagaimana harus aku percaya bila yang kau membunuh aku secara perlahan dari belakang. Kau minta aku bertolak ansur sedangkan kau, sedikit pun tak ambil peduli dengan keadaan sekeliling dan orang lain. Kau pentingkan diri. Itu yang paling dibenci. Setiap kata kau aku akur. Aku turutkan. Semakin lama aku mendiam semakin kau melebihi batas. Ya. Tindakan kau telah melangkaui batas kesabaran aku. Tetapi aku akan kekal diam. Diam bukan membiarkan tetapi kerana aku tahu, karma itu ada. Kau akan merasakan setiap tindakan dan tingkah laku kau terhadap aku. Walau bukan aku yang membalas. Kau akan tetap merasa. Secara perlahan. Karma itu wujud.

Saturday, January 17, 2015

Berikan aku peluang

"setiap manusia berpeluang." ya apa kau cakap tu betul. Setiap patah perkataan yang keluar dari buah bicara engkau itu benar dan masuk akal. Aku meminta peluang yang seharusnya milik setiap orang. Cuma aku perlu bijak merebut peluang dan menggunakan sebaiknya.

Aku tidak berganjak kerana aku tak mahu kelihatan terdesak. Aku tidak langsung terdesak. Entah. Kata hati aku mahukan peluang itu. Untuk apa dan bagaimana, aku sendiri tak mengerti.

Kita sebagai manusia ni sebenarnya pelik. Kita sering meminta sesuatu yang sudah pasti bukan milik kita. Tapi entah kenapa separuh hati tetap berkeras mahukan yang bukan milik kita. Tak adil untuk setiap manusia yang lain.

Kau tahu kenapa? Kerana manusia ni kejam. Manusia tak adil. Manusia penting kan diri. Manusia degil. Setiap bait kata yang terkeluar, bagaimana dirancang, begitu jualah yang dimahukan. Kerana itu kau akan berasakan kau tidak punya peluang itu walhal kau yang tak merebut.

Kenapa? Ya confidence level kau lemah. Sangat rendah lemah kebawah. Kenapa? Kerana setiap manusia yang merendahkan confidence level kau, kau biarkan. Kau hanya menerima dan memperlihat tingkah laku memperkecilkan kau tanpa tindak balas. Kau menerima kata hinaan dan cician yang dilemparkan. Kau hanya menunduk setuju dengan kata kata mereka. Kau yang salah. Kau yang membiarkan semuanya. Semua salah kau!

Bila kau nak sedar wahai diri. Bila kau nak bangkit berdiri menentang kata mereka? Sampai bila harus kau berdiam membiarkan mereka memijak? Sampai bila harus kau mengiakan kata hinaan? Fikirlah otak. Tenanglah hati. Teruskan bangkit. Mereka tidak penting.

Bangkit untuk diri sendiri dan maruah. Jangan toleh ke kiri dan ke kana apatah lagi ke belakang. Mereka tak penting. Ingat! Mereka tak penting!

Tuesday, January 13, 2015

Padah kebahagiaan sementara

Pernah rasa terlalu kecewa sampai kau terfikir nak keluar bersendiri tanpa orang lain? Pernah rasa terlalu sakit sampai kau tak mampu dah nak hadap semua orang?  Pernah rasa fed up dengan semua ni sampaikan kau cari dan fikir balik dimana salahnya bermula hidup kau? Aku pernah. Sakit. Tak tertanggung.

Tapi setiap kali perasaan tu timbul, separuh hati akan terusan memujuk separuh hati yang terseksa tu. Ya hati akan memujuk dirinya sendiri. Kerana aku tahu tiada yang mampu memujuk.

Banyak benda. Ya aku tertekan. Tekanan tu tak jauh puncanya. Diri sendiri, kawan, orang sekeliling dan sometimes keluarga.

Hati berbagi dengan situasi dimana aku dipijak dihina dimaki diumpat diabaikan dan dilupakan dengan situasi aku diperlukan dan dicari.

Buta mataku hanya melihat situasi diambil kesempatan. Mata dibutakan untuk tidak nampak semua yang negative hanya untuk kebahagiaan sementara.

Tidak dinafikan, ya aku suka perasaan itu. Rasa bahagia untuk sementara. Kerana aku tahu lebih baik sementara dari tidak merasainya langsung sedangkan aku tahu hakikatnya mereka membenci.

Kadang kadang rasa dunia ni tak adil. Kadang kadang rasa dunia ni menghukum. Aku kecewa. Aku tersakiti.

Silapnya aku kerana sering mencari kebahagiaan sementara itu. Silapnya aku kerana sering berusaha untuk memperlihatkan diri dihadapan mereka sedangkan mereka langsung tak pernah peduli.

Kesian dengan diri sendiri. Tak pernah nampak sandiwara depan mata. Tak pernah tahu beza siapa keladak lumpur hidup. Kesian.

Bila ada waktu aku menyedari semua aku rasa aku perlukan rawatan. Otak hati dan telinga tidak mampu lagi menahan rasa ketidak adilan yang berlaku depan mata.

Wahai dunia. Di mana silap aku hingga kau menghukum aku begini? Wahai dunia. Apa yang perlu aku lakukan supaya aku tidak perlu berhadapan dengan semua permainan dusta?

Bantu aku Ya Allah. Aku penat. Aku lelah. Aku serik. Dengan lakonan manusia yang tak pernah adil.

Wednesday, January 7, 2015

Ego yang memakan diri

Kau tahu? Ye. Sekarang dah 2015. 2015 tapi still tak boleh move on dengan habit lama. Ye. Teruk sangat perangai aku. Habit lama? Apa? Suka orang yang tak sepatutnya. Suka orang yang tak pernah nampak siapa aku dimatanya. Ya. Aku selalu syok sendiri. Tapi bila perasaan tu datang, aku tak mampu halang.

Biasa memang setakat suka dan minat. Bukan suka, minat, dan mungkin sayang. Aku keliru. Aku tak dapat pastikan apa aku rasa. Degupan jantung yang berdegup laju setiap kali aku melihat kau, aku sedar aku suka kau. Dan itu sebab setiap kali bertembung, aku melarikan pandangan. Aku taknak kau nampak aku suka kau. Aku taknak kau nampak aku yang terhegeh hegeh suka kau sedangkan kau cuma menganggap aku hanya kawan biasa.

Ya aku beria. Aku beria bergurau mengatakan kau adalah jodoh aku. Bodoh nya perangai. Tapi aku rasa itu semua gurauan. Aku tak bermaksud lebih dari itu. Aku ego dan sombong bergurau tentang kau kerana aku terlalu yakin perasaan itu tidak akan wujud. Tapi setiap bait kata tentang engkau akhirnya memakan diri aku. Dan aku terjatuh dalam perangkap perasaan aku sendiri.

Aku penat. Setiap kali jumpa orang baru, asyik nak suka je pun payah gak kan.

Kau inspirasi aku untuk berubah. Ya. Cara kau, kata-kata kau, aku terjatuh didalamnya. Kau membuka mata aku yang selama ni buta tentang kehidupan. Dan ketika aku cuba berubah mengikut cara kau, aku sedar bahawa kau dan aku terlalu berbeza. Aku tak layak berada dalam dunia kau dan hidup kau.

Dan hari ini, waktu ini, ketika ini, walau sesukar mana aku mencuba untuk membuang kau yang telah hadir dalam kotak hati serta minda aku, aku tahu ianya mustahil. Aku mencuba dan aku gagal. Aku mencuba untuk membuang bukan kerana aku putus asa dengan kau, aku mencuba kerana aku sudah terlalu penat dengan keadaan begini. Aku penat dengan perasaan yang membunuh aku secara perlahan.

Jika aku salah. Salah dalam membenarkan perasaan itu wujud, tunjukkan aku jalan bagaimana mahu memperbetulkan semua. Bantu aku untuk merubah keadaan. Kerana aku mahu kau kekal dalam hidup ini walau hanya sebagai kawan.